You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU,


KM.5 BUKIT BARU,
75150 MELAKA
Tel & Faks : 06-2827572 E-mel : MBA2014@moe.edu.my

Ruj Kami : SKBBM. FP.500/18( )


Tarikh : 10 Oktober 2018

Kepada;

PENGARAH,
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,
Jalan Istana
75450 MELAKA.
u/p : UNIT KOKURIKULUM

Tuan

SURAT TUNJUK SEBAB ATAS KETIDAKHADIRAN KURSUS PENINGKATAN


KEJURULATIHAN KRS & TKRS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2018

Saya dengan hormatnya merujuk kepada surat Jabatan Pendidikan Melaka (


JPNM.SPK.KOKU.600-3/3/8( ) BERTARIKH 4 Oktober 2018 adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah telah mencalonkan seorang Guru Penasihat TKRS
iaitu Masyliah bt Ebrahim untuk menghadiri kursus tersebut. Pihak sekolah mendapat makluman
bahawa beliau tidak menghadiri kursus tersebut.

3. Ketidakhadiran ini disebabkan beliau terpaksa menjaga anaknya yang diserang demam pada
29 dan 30 September yang lalu.

4. Dukacita dimaklumkan juga, pihak kami tidak dapat mencari pengganti kerana makluman dari
beliau diterima pada hari Isnin ( 1 Oktober 2018).

Pihak kami memohon maaf diatas kesulitan ini .

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH “
“MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI”

Saya yang menjalankan amanah,

b/p Guru Besar

s.k: Fail Sekolah


PENGARAH,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA,
JALAN ISTANA
75450 MELAKA.
u/p : UNIT KOKURIKULUM

PENGARAH,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA,
JALAN ISTANA
75450 MELAKA.

“Berakhlak, Berilmu, Beramal”

You might also like