You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BARU,


KM.5 BUKIT BARU,
75150 MELAKA
Tel & Faks : 06-2827572 E-mel : MBA2014@moe.edu.my

Ruj Kami : SKBBM. FP.800/19( )


Tarikh : 16 Januari 2019

Pengarah,

INSTITUT SENI MALAYSIA MELAKA,

NO 9, RUMAH KERAJAAN BUKIT PERINGGIT,

75150 MELAKA.

Tuan,

PERMOHONAN MENJADI SEKOLAH ANGKAT INSTITUT SENI MALAYSIA MELAKA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah SK Bukit Baru telahpun merangka pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun
2019. Ini bertujuan untuk meningkatkan nilai tambah murid selain akademik murid.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon sumbangan tenaga pengajar Institut Seni Malaysia Melaka
(ISMMA) untuk melatih murid-murid yang berminat di dalam aspek kebudayaan khususnya tarian,
gendang warisan dan dondang sayang.

4. Selain daripada itu, dengan kerjasama daripada pihak tuan, kami memohon agar SK Bukit Baru
dijadikan sebagai sekolah angkat kepada Institut Seni Malaysia Melaka. Terjalinnya hubungan ini, akan
mencetuskan pelbagai kerjasama lain di antara dua belah pihak. Pihak kami sangat mengalu-alukan
sebarang bentuk cadangan dan bantuan daripada pihak tuan.

5. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR,HIJAU, BERSIH”
“MENDIDIK DARIPADA HATI DENGAN PENUH INTEGRITI”

Saya yang menjalankan amanah

b/p Guru Besar

s.k: Fail Sekolah

“Berakhlak, Berilmu, Beramal”

You might also like