You are on page 1of 1

SK BATU BERENDAM 2

K.M. 6.5, HANG TUAH JAYA, BATU


BERENDAM,75350 MELAKA (MBA2044)
email : MBA2044@moe.edu.my
NO. TEL. : 06-3177589
NO. FAKS : 06-3177502

Rujukan Kami : 600-4/1/19(20)


Tarikh : 9 Mei 2023

Ibu/Bapa/Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2

Tuan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK DAN BMI 5-9


SK BATU BERENDAM 2, FASA 1 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Batu Berendam 2 akan ujian SEGAK bagi murid tahun 4,5 dan
BMI 5-9 bagi murid tahun 1,2, 3, PPKI dan Prasekolah seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 Mei hingga 26 Mei 2023 (Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Kejora, SK Batu Berendam 2
Jadual aktiviti : Dilampirkan

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan melaksanakan aktiviti mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Melaka. Sebagai
langkah berjaga-jaga, pihak kami mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat membekalkan air
kosong secukupnya serta menasihatkan anak-anak di bawah jagaan tuan-tuan dan puan-puan sentiasa
meminum air kosong ketika ujian SEGAK dan BMI 5-9 berlangsung.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................................
MASTURA LIM BINTI A. GHANI
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2
Melaka

“ Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”


#jpnmelakaBITARA

You might also like