You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KLIAS BARU


Peti Surat 159, Tel : 087 212 601
89807 Beaufort Fax : 087 212 601
Sabah. Malaysia Portal : jpnsabah.mo.gov.my
E-mel : skkliasbaru1@gmail.com

Rujukan Kami : SKKBB.100-13/1/4


: 16 Mac 2023

Kepada:

Semua ibu bapa/penjaga murid


SK Klias Baru, Beaufort.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA PIBG SK KLIAS


BARU

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program


gotong-royong pada ketetapan berikut:

Tarikh: 18 Mac 2023 (Sabtu)


Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

3. Antara aktiviti gotong-royong ialah pemindahan kerusi meja murid dari kelas
4Z ke bilik Aula, keceriaan kelas, keceriaan persekitaran sekolah, Taman Herba, dan
Taman Minda Sihat RMT.

4. Pihak tuan/puan dikehendaki membawa peralatan yang bersesuaian digunakan


semasa gotong-royong.

5. Sehubungan itu, kehadiran dan komitmen tuan/puan ke program gotong-


royong tersebut amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya Yang Menjalankan Amanah,

...................................................
(EN.ISMAIL BIN HJ.MD KASSIM)
Guru Besar ,
SK. Klias Baru,
BEAUFORT

Sk : - Fail

You might also like