You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tel : 04-4841079
Sekolah Kebangsaan Sri Limau Faks : 04-4849117
09600 Lunas, Kedah Darul Aman E-mel : KBA5010.moe.edu.my
______________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKSL 50/006/8( )
Tarikh : 21 September 2022

Ibu bapa/ Waris/ Penjaga,


Murid SK Sri Limau.

Tuan,

LAWATAN JELAJAH MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak sekolah dibawah kelolaan Jawatankuasa Tahun 6 dan
Unit Bimbingan Kaunseling akan mengadakan lawatan berikut kepada murid tahun 6 SK Sri Limau.

2. Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 1.12.2022 – 3.12.2022 (Khamis hingga Sabtu)


Tempat : Melaka Bandaraya Bersejarah
Bayaran : RM 230.00

3. Untuk makluman, bayaran penyertaan adalah termasuk pengurusan pengangkutan, makanan,


penginapan dan tiket-tiket masuk ke premis-premis yang dilawati.

4. Sehubungan itu, pihak sekolah membuka penyertaan berikut kepada murid tahun 6 yang berminat.
Pengesahan penyertaan adalah dengan mengisi borang jawapan dan sertakan bayaran pendahuluan
sebanyak RM50.00. Bayaran seterusnya boleh dijelaskan secara ansuran sehingga tarikh lawatan.

5. Pihak sekolah akan memberi maklumat lanjut dari semasa ke semasa kepada murid. Pertanyaan
dan maklumat lanjut boleh hubungi Pn. Rusniza binti Che Amin (011-14434383). Kerjasama daripada pihak
tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

................................................

*potong di sini.

BORANG JAWAPAN

Saya __________________________________ No K/P _____________________ memberi persetujuan


kepada anak / jagaan saya________________________________ kelas ________ untuk menyertai
LAWATAN JELAJAH MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.
Bersama dengan ini, saya sertakan bayaran pendahuluan sebanyak RM 50.00.

Tandatangan : ................................................ Tarikh : .........................................

You might also like