You are on page 1of 3

BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN

Sports, Co-curricular and Arts Division


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Ministry of Education Malaysia
Aras 1, 2 & 7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Telefon : +603 8884 1001 / +603 8884 1002
62604 PUTRAJAYA Faks : +603 8884 1034 / +603 8888 6790
MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.m y

Ruj. Kami : KPM.600-4/2/11 ( 52


Tarikh 1 Mac 2024

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan,

PENDAFTARAN KEAHLIAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) BAGI SESI AKADEMIK
2024/2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk dan surat daripada Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) bertarikh 1 Mac 2024 adalah berkaitan (surat seperti di lampirkan).

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima
surat pemakluman berkaitan prosedur pendaftaran keahlian BSMM tahun 2024/2025 bagi ahli yang
menyertai B SMM yang ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah KPM. Penglibatan guru dan
murid dalam pasukan badan beruniform ini telah membawa impak yang besar dan memberi manfaat
kepada pembentukan disiplin, jati diri, sahsiah selain memupuk nilai sivik, patriotism, sukarelawan
dan perpaduan kaum.

3. Sehubungan dengan itu, penyertaan dan penglibatan murid dalam persatuan ini wajar
dilaksanakan dengan mematuhi penetapan oleh badan induk persatuan iaitu dengan membuat
pendaftaran keahlian mengikut prosedur yang ditetapkan.

4. Untuk sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YB hg. Datuk/Dato'/Dr./tuan boleh


menghubungi lbu Pejabat Kebangsaan B SMM, Cik Mimie Zalia binti Mahdzhir di talian 03-2142 8122
atau e-mel mimie.zalia@redcrescent.org.my/ secgen@redcrescent.org.my.

Kerjasama dan sokongan YBhg. Datuk/Dato'/Dr./tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

N HJ. MOHD NOR)

ukan, Kokurikulum dan Kesenian


Ian Pendidikan Malaysia

s.k. : Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Malaysia


Ruj: MRC/NHQ/Youth/Pendaftaran/2024/1

1 Mac 2024

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E8
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

YBrs. Tuan Haji,

PENDAFTARAN KEAHLIAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)


BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM (IPK


BSMM) telah membangunkan modul pendaftaran secara dalam talian bagi ahli
Junior (Sekolah Rendah) dan Kadet (Sekolah Menengah) dalam sistem MRCS
Community. Mulai tahun 2022, semua pendaftaran guru pemimpin, ahli Junior
dan Kadet mesti dilaksanakan melalui sistem ini.

3. Kadar yuran pendaftaran keahlian adalah sepertimana yang diluluskan


oleh Majlis Kebangsaan BSMM dalam mesyuaratnya pada 28 November 2021
seperti berikut:

Ahli Junior (Sekolah Rendah) - RM 3 setahun


Ahli Kadet (Sekolah Menengah) - RM 3 setahun
Pegawai Junior / Pegawai Kadet - RM 8 setahun
(Guru Pemimpin) (dengan pilihan 1, 3 atau 5 tahun
sekali transaksi dan setiap transaksi
dikenakan RM 10 fi pemprosesan)

4. Bersama-sama surat ini dilampirkan kod QR untuk panduan pendaftaran


keahlian melalui sistem MRCS Community. Adalah dimaklumkan bahawa
pendaftaran bagi semua kategori keahlian hanya sah jika dilakukan melalui
sistem MRCS Community. Sebarang pendaftaran keahlian yang tidak dilakukan
melalui sistem ini tidak akan diiktiraf dan mereka tidak layak untuk menyertai
aktiviti anjuran BSMM serta tidak berhak untuk menikmati manfaat atau
membuat tuntutan sebagai ahli BSMM.
MRC/NHQ/Youth/Pendaftaran/2024/1

5. Sehubungan itu, pihak IPK BSMM ingin memohon kelulusan kutipan yuran keahlian seperti
ketetapan di atas. Pihak kami juga memohon agar pihak tuan boleh memaklumkan kandungan surat ini
kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk mengikuti
peraturan pendaftaran keahlian ini agar pelaksanaannya berjalan dengan lancar pada semua peringkat.
Pendaftaran keahlian perlu diselesaikan sebelum 31 Mei 2024.

6. Pihak tuan boleh menghubungi Cik Mimie Zalia Binti Mahdzhir, Pegawai Belia BSMM pada alamat
e-mel Mimie.Zalia@redcrescent.org.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan
perkara tersebut.

7. Sokongan, perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan dalam perkara ini amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

HJ HAKIM BIN HJ HAMZAH, KMN, AMW


Setiausaha Agung

s. k. - Setiausaha, Majlis Belia Kebangsaan


- Semua Setiausaha BSMM Negeri

PANDUAN PENDAFTARAN AHLI KADET DAN JUNIOR BSMM MELALUI


LAMAN MRCS COMMUNITY

You might also like