You are on page 1of 4

Ruj Tuan:

Ruj. Kami: JPNK.600-3/4/4 (96)


Tarikh : 21 April 2022

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah.

Tuan,

HEBAHAN PROGRAM PEMBELAJARAN KENDIRI DAN PERTANDINGAN


CREATIVITY@SCHOOLS TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Bahagian
Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), nombor rujukan
KPM.600-3/1/10 (81).

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BSKK, KPM dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Sdn.
Bhd. (MDEC) akan mengadakan Program Pembelajaran Kendiri Dan Pertandingan
Creativity@Schools Tahun 2022 seperti ketetapan berikut:

Tempoh Pembelajaran Kendiri : 18 April 2022 – 31 Oktober 2022


Tempoh Pertandingan : 1 Julai 2022 – 30 September 2022
Pautan Pendaftaran : http://delima.edu.my

3. Untuk makluman pihak tuan, prgoram pembelajaran kendiri dan maklumat berkenaan dengan
Creativity@Schools boleh diakses dalam Portal DELIMa (rujuk lampiran) selepas 18 April 2022.
Program ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah. E-sijil
penyertaan akan diberikan kepada peserta. Bersama-sama surat ini dilampirkan bersama poster
pertandingan dan surat kebenaran program dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pihak
penganjur, Puan Priya Ramarao (priya.ramarao@mdec.com.my) di talian 03-8315 3018 atau
pegawai yang menguruskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly Zolkapali, Penolong
Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-7745 174 / 014-9090 844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

s.k.: 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPNK.600-3/4/4 (96)
PERKARA: HEBAHAN PROGRAM PEMBELAJARAN KENDIRI DAN PERTANDINGAN
CREATIVITY@SCHOOLS TAHUN 2022
__________________________________________________________________________________

SENARAI LAMPIRAN

You might also like