You are on page 1of 2

3

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: JPNK.600-3/4/4 (10)
Tarikh : 7 November 2021

Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah.

Tuan,

PEMAKLUMAN PERTANDINGAN KEDAH MICRO:BIT ONLINE QUIZ COMPETITION PERINGKAT


NEGERI 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah akan menganjurkan pertandingan Kedah Micro:Bit Online Quiz Competition
Peringkat Negeri 2021 secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh Pertandingan : 13 November 2021 (Sabtu)


Masa Pertandingan : 2.00 petang – 3.00 petang
Pautan Pentandingan : https://forms.gle/YYygs3k8r3X52tGA9 (Sekolah Menengah)
https://forms.gle/5xGsKNfLJajkXatT7 (Sekolah Rendah)

3. Untuk makluman pihak tuan, pertandingan ini adalah untuk menguji kefahaman murid dalam bidang
teknologi dan pengaturcaraan. Pertandingan ini juga mengukuhkan pemahaman murid dalam subjek STEM
dan memberi peluang kepada murid untuk mendapat sijil penyertaan peringkat negeri. Murid tuan diminta
untuk log masuk ke akaun MOE-DL terlebih dahulu sebelum akses ke pautan pertandingan pada 13
November 2021.

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai yang
menguruskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly Zolkapali, Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-7745 174 / 014-9090 844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

s.k.: 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPNK.600-3/4/4 (10)
PERKARA: PEMAKLUMAN PERTANDINGAN KEDAH MICRO:BIT ONLINE QUIZ COMPETITION
PERINGKAT NEGERI 2021
_____________________________________________________________________________

SENARAI LAMPIRAN

You might also like