You are on page 1of 1

Ruj. Kami : JPNK.

600-4/1/1 (75)
Tarikh : 11 September 2022
Pengetua / Guru Besar
Sekolah - Sekolah Negeri Kedah
Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KECERGASAN SUKAN LOMPAT TALI 1MURID


1SUKAN (1M1S) PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN SECARA DALAM TALIAN
TAHUN 2022
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada surat daripada Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian KPM.600-5/5/30 Jld3(9) bertarikh 9 September 2022.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Program Kecergasan Sukan
Lompat Tali 1Murid 1Sukan (1M1S) Peringkat Negeri Dan Kebangsaan Secara Dalam
Talian Tahun 2022. Pendaftaran bagi pertandingan ini dibuka seperti ketetapan berikut:
Peringkat Negeri : 12 September hingga 22 September 2022
Peringkat Kebangsaan : 3 Oktober hingga 14 Oktober 2022
Maklumat : https://mylink.la/koko1murid1sukan
Pertandingan
3. Sehubungan itu, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah tidak
menghalang pihak sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bagi meningkatkan
lagi kemahiran dalam kalangan murid. Maklumat berkaitan pertandingan boleh rujuk di dalam
pautan di atas. Bersama-sama ini dilampirkan juga Kertas Konsep Program Kecergasan
Sukan Lompat Tali 1Murid 1Sukan (1M1S) Peringkat Negeri Dan Kebangsaan Secara
Dalam Talian Tahun 2022 sebagai rujukan pihak tuan.
4. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara tersebut, pihak tuan boleh menghubungi
Encik Mohd Razmir Bin Abdul Rashit, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid di talian
04-7745169 / 013-4425737.
Segala perhatian dan sokongan tuan berhubung perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(SABRI BIN OSMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p. Pengarah Pendidikan Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
s.k.: 1. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah.

MRBAR/ProgramKecergasanLompatTali1M1Snegeri&Kebangsaan2022/D:\2022\1M1S\PROGRAM KECERGASAN

You might also like