You are on page 1of 2

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

43800 DENGKIL
SELANGORDARULEHSAN Tel: 03-8925 5255 Fax:03-89255244
Laman Web :http://kvsepang.moe.edu.my
Email: bha9001@moe.edu.my
______________________________________________________________________________

Ruj. kami : KVS – 600-3/1/4(12 )


Tarikh : 15 November 2022

MOHD AZUAN BIN KAMIRAN


BELL PALM INDUSTRIES SDN BHD.
KAMPUNG PARIT JU,
MUKIM 4 SIMPANG KIRI,
83000 BATU PAHAT, JOHOR.

Tuan,

LANTIKAN SEBAGAI PENGADIL KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA SEPANG KALI KE-


2 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa Unit Sukan dan Kokurikulum Kolej Vokasional
Sepang akan menganjurkan Kejohanan Sofbol Terbuka Sepang 2022. Butiran kejohanan adalah
seperti berikut:

Nama Kejohanan : “KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA SEPANG 2022”


Tarikh : 2 HINGGA 4 DISEMBER 2022 (Jumaat,Sabtu & Ahad)
Tempat : Padang Kolej Vokasional Sepang, Selangor
Kategori : TERBUKA LELAKI (12 Sepasukan)
TERBUKA PEREMPUAN (8 Sepasukan)
Yuran Penyertaan : RM 600.00 sepasukan

3. Objektif kejohanan ini bertujuan untuk merancakkan kembali sukan sofbol di kalangan
peminat-peminat sofbol Malaysia setelah aktiviti ini terencat akibat pandemik Covid-19 yang melanda
seluruh dunia. Kejohanan ini turut melibatkan penyertaan lebih ratusan pemain sofbol dari seluruh
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan masyarakat.

4. Kejohanan juga turut berpeluang memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar KV Sepang


dengan gerak kerja penganjuran sesuatu program sukan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang merupakan satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani . Di samping itu, pelajar juga dapat memenuhi keperluan
pentaksiran berterusan kursus ECC 4022 Kokurikulum (Permainan) bagi program Diploma
Vokasional Malaysia (DVM).

5. Jesteru itu, jawatankuasa pengelola telah bersetuju untuk melantik tuan sebagai salah seorang
pengadil kejohanan pada edisi kali ini. Besar harapan kami agar tuan dapat memberikan sokongan
terhadap usaha murni ini demi melahirkan modal insan yang cemerlang di kalangan pelajar kolej

KNOWLEDGE●VALUES●SKILLS
vokasional. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih.

Sekian.

”MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

SUPIAN BIN ABDUL KADIR


Pengarah
Kolej Vokasional Sepang

sk: Timb. Pengarah Sokongan Akademik


Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum

You might also like