You are on page 1of 8

Ruj.

Tuan:
Ruj. Kami: JPK.SPPK.UKK.600-3/5/9 Jld 6 (13)
Tarikh : 24 Mei 2021

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah-Sekolah Negeri Kedah.

Tuan,

HEBAHAN PERTANDINGAN THE SCHOOL MEMORY CHALLENGE ONLINE 2021

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada Malaysia
Mnemonic Association, bertarikh 15 Mei 2021.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Malaysia Mnemonic Association akan menganjurkan


pertandingan The School Memory Challenge Online 2021 secara dalam talian seperti ketetapan
berikut:

Tarikh Pertandingan : 5 Jun 2021 (Sabtu)


Kategori Pertandingan : A (7 – 12 tahun) dan B (13 – 17 tahun)
Platform Pertandingan : Zoom Live dan Quizizz

3. Untuk makluman pihak tuan, tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan daya ingatan
murid-murid supaya dapat membantu mereka dalam pelajaran dan mempromosikan teknik memori
kepada golongan yang diperlukan. Bersama-sama surat ini disertakan juga surat kebenaran program
daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dan
kertas konsep pertandingan (rujuk lampiran).

4. Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini pihak tuan boleh berhubung dengan pihak
penganjur, Encik Vincent Chin Chen Ming (emel: mymnemonicorg@gmail.com) di talian 0111-
1649 9969 atau pegawai yang menguruskan di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah iaitu Encik Zuherly
Zolkapali, Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 04-
7745 174 / 014-9090 844.

Perhatian dan kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
b/p: Pengarah Pendidikan Kedah

s.k.: 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


2. Malaysia Mnemonic Association

ZZ/ProgramSTEMKedah/locald
JPK.SPPK.UKK.600-3/5/9 Jld 6 (13)
PERKARA: HEBAHAN PERTANDINGAN THE SCHOOL MEMORY CHALLENGE ONLINE 2021
_________________________________________________________________________________

SENARAI LAMPIRAN (SURAT KEBENARAN PROGRAM)


SENARAI LAMPIRAN (KERTAS KONSEP)

You might also like