You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

FRANCIS
(MBB2047)
55, JALAN CHAN KOON CHENG
75000 MELAKA Tel: 606-2823432
Faks: 606-2823432
email: MBB2047@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKSFM.600-3/5/28


Tarikh : 18 April 2022

Encik Mohammad Farid bin Ishak


Timbalan PPD
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah
Leboh Ayer Keroh
75450 Melaka

Tuan,

PERMOHONAN PENGANJURAN DAN HEBAHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA


SECARA DALAM TALIAN, PROGRAM MERIAH KOKURIKULUM NEGERI MELAKA TAHUN
2022

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan, Sekolah Kebangsaan St. Francis, akan mengelolakan


Kejohanan Merentas Desa Secara Dalam Talian, bagi tujuan Program Meriah Kokurikulum
Negeri Melaka Tahun 2022

3. Pihak kami mempelawa sekolah dalam Kumpulan 8 Sekolah Daerah Melaka Tengah
Program Meriah Kokurikulum untuk menyertai kejohanan ini. Berikut adalah maklumat berkaitan
kejohanan.

Bil Perkara Butiran


i) Tarikh 1 Mei – 31 Mei 2022 (Pendaftaran dijalankan semasa mengisi borang
Kejohanan pertandingan)
ii) Tempat Dimana-mana sahaja dengan mematuhi SOP semasa
iii) Penglibatan Terhad kepada murid tahun 4, 5 dan 6 yang bersekolah di
Sekolah i) SK St. Francis
ii) SK Bandar Hilir
iii) SK Sacred Heart
iv) SK Convent Infant Jesus (1)
v) SK Convent Infant Jesus (2)
ii) Kategori Tahun 6 Lelaki dan Perempuan (4 km)
Pertandingan Tahun 5 Lelaki dan Perempuan (3 km)
Tahun 4 Lelaki dan Perempuan (2.5 km)
iii) Cara i) Murid berlari dengan merekod larian menggunakan Aplikasi seperti
Perlaksanaan Strava, Runkeeper, Running Tracker dan sebagainya.
ii) Memuat naik tangkapan layar (screenshot) rekod larian dan
gambar larian di dalam borang disediakan sebagai pendaftaran
dan bukti.
iv) Maklumat http://sites.google.com/moe-dl.edu.my/merentas-desa-virtual-g8-2022/
Kejohanan home

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


#jpnmelakajenamakerajaannombor1
4. Dengan ini, pihak sekolah memohon kelulusan dari pihak tuan untuk pengelolaan dan
hebahan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En Mohd Farhan Haniff bin Ab Rahman,
Penyelaras Merentas Desa SK St. Francis di talian 012-9055958

Kerjasama dan komitmen daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................
(EDIE GAN)
Guru Besar,
SK St. Francis,
Melaka.

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA


#jpnmelakajenamakerajaannombor1

You might also like