You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN / PRAKATA
Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah
pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan,
kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi
murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah
membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap bidang kesukanan.
Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengisi agenda
generasi muda pada era yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara
maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani (JERI).

Menyedari keperluan ini, Kelab Olahraga di semua sekolah di seluruh Malaysia


mestilah bergerak aktif demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid
berdasarkan objektif dan matlamat yang dihasratkan.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 TARIKH PELAKSANAAN
Kelab Olahraga Sekolah Kebangsaan St John 1 mempunyai ahli seramai 32 orang
murid dan terdiri daripada empat orang guru penasihat. Aktiviti persatuan ini
dijalankan pada setiap hari Rabu iaitu pada pukul 11.15 pagi hingga 12.15 tengah
hari bagi penggal pertama dan pada pukul 1.30 2.30 petang pada penggal
kedua bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan St. John 1.

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


2.2.1 KETUA GURU PENASIHAT:
En. Muhammad Syamim bin Md. Mohsin
2.2.2 GURU-GURU PENASIHAT:
En. Safwan bin Buyamin
En. Ki Hooi Sang
Pn Ida Azira bt Mohd Yusof
2.2.3 PENGERUSI:

2.2.4 NAIB PENGERUSI:


2.2.5 SETIAUSAHA
2.2.6 BENDAHARI:

2.2.7 AJK:
i. Ahmad Danish Reqelmy
ii. Faheem Umair Mukhriz
iii. Adam Thaqif bin Halimi
iv. Muhammad Raiian bin Irwan
v. Ahmad Aqil Firash bin Noor Hisham
vi. Rayyan Mukhriz bin Mukhriz
2.3 OBJEKTIF
i. Membentuk dan melahirkan murid yang sihat dan berkemahiran dalam
sejarah olahraga, asas dan teknik larian agar dapat membentuk
siasiah murid yang cemerlang.
ii. Mengetahui sejarah olahraga
iii. Memahami teknik asas larian dan padang
iv. Mengetahui peraturan dalam acara larian dan padang

2.4 BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN


i. Alatan sukan olahraga

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI

i. Mengadakan pemilihan jawatankuasa murid untuk Kelab Olahraga 2017


ii. Mengadakan latihan kelab sepanjang tahun mengikut jadual.
iii. Mengadakan pemilihan dan latihan khas untuk mewakili sekolah.
iv. Memberi penerangan tentang sejarah olahraga.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


Aktiviti dapat dijalankan dengan begitu baik dan terancang. Murid terlibat aktif dalam
aktiviti kumpulan dan kehadiran murid sangat baik.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH


Dari tahun ke tahun, didapati terdapat kemajuan dalam jumlah kehadiran murid yang
hadir menyertai aktiviti Kelab Olahraga. Hal ini kerana, guru-guru berjaya merancang
dan menjalankan aktiviti bahasa dalam bentuk yang menarik dan ini dapat menarik
minat murid untuk hadir pada setiap kali perjumpaan diadakan.
Namun begitu, terdapat satu masalah yang dikenal pasti iaitu masalah kekurangan
alatan sukan olahraga.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Guru perlu merancang aktiviti kumpulan yang lebih menarik dan berbentuk
penerokaan atau pun kerja projek.

7.0 PENUTUP
Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dirancang secara teliti dan menarik ini, diharapkan
agar murid-murid SK ST John 1 dapat menyumbang idea, kemahiran, tenaga dan
kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan.
Disediakan oleh, Tarikh: 25 OGOS 2017
................
(MUHAMMAD SYAMIM BIN MD MOHSIN)

Disahkan oleh, Tarikh:

SK ST. JOHN (1)


JALAN BUKIT NANAS
50250 KUALA
LUMPUR
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
KELAB OLAHRAGA
TAHUN 2017

You might also like