You are on page 1of 15

KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN


“KELAB KERJAYA” SEBAGAI AKTIVITI
KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN

SUNGAI UDANG
JLN YADI 41250
KLANG,
SELANGOR.

DISEDIAKAN OLEH:

WAN HANIM
NAJIAH BT HJ
WAN MUDA

SK. SUNGAI UDANG,


KLANG

Page
1
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

KANDUNGAN
TAJUK
1. PENGENALAN
i. LATAR BELAKANG
ii. RASIONAL
iii. MATLAMAT
iv. OBJEKTIF
v. VISI
vi. MISI
vii. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
viii. JAWATANKUASA PENAJA

2. PERLEMBAGAAN
i. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR
ii. MATLAMAT
iii. OBJEKTIF
iv KESETIAAN ALAM SEKITAR
v. LOGO DAN PENGERTIAN
vi. BENDERA DAN PENGERTIAN
vii. KEAHLIAN
viii. PAKAIAN RASMI
ix. GURU PENASIHAT
x. AHLI JAWATANKUASA
xi. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
xii. KEWANGAN
xiii. KEHADIRAN
xiv PERATURAN-PERATURAN
xv. TINDAKAN DISIPLIN
xvi. PINDAAN PERLEMBAGAAN
xvii PEMBUBARAN
xviii HAL-HAL LAIN

9. RANCANGAN PROGRAM TAHUNAN


10. PENUTUP

LAMPIRAN

2
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

TAJUK

Kelab Kerjaya

1. LATAR BELAKANG
Kelab Kerjaya SK Sungai Udang, Klang baru ditubuhkan pada tahun 2021. Kelab ini
ditubuhkan untuk membantu murid mengenalpasti minat dan kecenderungan masing-
masing. Kelab Kerjaya juga mampu membantu murid untuk melakukan eksplorasi kerjaya
melalui aktiviti - aktiviti kelab yang akan dilaksanakan pada waktu kokurikulum sekolah
pada tahun ini.

2. RASIONAL
2.1 Murid merupakan modal insan yang sangat berharga untuk menentukan arah
pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan,
kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid
secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin
murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak
ruang yang perlu dipenuhi untuk mengisi agenda generasi muda pada era yang semakin
mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid
yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI).

2.2 Menyedari keperluan ini, Kelab Kerjaya SK Sungai Udang, Klang mestilah bergerak aktif
demi memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat murid berdasarkan objektif dan
matlamat yang dihasratkan.

3. MATLAMAT
3.1 Memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pemilihan awal
tentang kerjaya boleh menentukan matlamat hidup yang jelas.

4. OBJEKTIF
4.1 Membentuk sahsiah murid, keyakinan diri , disiplin kendiri, semangat membina
kecemerlangan, mematuhi peraturan dan undang-undang.

4.2 Mencungkil dan memupuk bakat kepimpinan di kalangan murid.

4.3 Memberi kemahiran-kemahiran asas yang boleh dijadikan aktiviti tambah nilai selepas
meninggalkan sekolah.

4.4 Mencungkil bakat dan memupuk bakat ke tahap yang lebih tinggi dan mengasah
kemahiran

 4.5 Memberi peluang kepada murid melibatkan diri dalam kegiatan yang dirancang

3
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

5. VISI
5.1 Untuk mengembang, mencungkil bakat dan kemahiran pelajar dalam pelbagai
bidang serta mengisi minat, hobi atau kegemaran pelajar secara terancang,
berhalatuju, sistematik dan bermanfaat untuk jangka masa pendek dan jangka
masa panjang.
6. MISI
6.1 Penglibatan pelajar dalam persatuan / kelab merupakan salah satu daripada
kegiatan ko-kurikulum pelajar di peringkat sekolah.  Kegiatan ko-kurikulum dapat
dibahagikan kepada dua kegiatan iaitu kegiatan dalaman (intramurul) dan luaran
(extramurul).  Matlamat utamanya adalah untuk menyumbang ke arah
perkembangan kurikulum sekolah bagi mencetuskan generasi pelajar yang
berketerampilan yang seimbang dalam biang pendidikan akademik dan bukan
akademik selaras dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan dan wawasan
pendidikan.

7. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN


7.1 Kelab adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang
telah dikeluarkan oleh kerajaan, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan.
7.2 Objektif kelab akan tercapai dengan gabungan aktiviti dalaman, lawatan sambil
belajar dan penyelesaian masalah secara praktikal.

7.3 Tumpuan aktiviti adalah ke atas projek-projek tempatan di mana ahli-ahli :


i) mengenal pasti masalah di persekitaran mereka
ii) mendapatkan maklumat yang perlu
iii) memikir dan membina tindakan-tindakan alternatif yang sesuai.

8. JAWATANKUASA PENAJA KELAB KERJAYA

Jawatankuasa "Kelab Kerjaya" akan terdiri daripada:

i. Pengerusi : En Abdul Halim B Ahmad

ii. Naib Pengerusi : En Muhammad Hafiz B Hj Damanhuri

iii. Ketua : Pn Hayati Bt Jamaain

4
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

iv. Naib Ketua : Pn Wardatul Farha Bt Md Takim

v. Setiausaha : Pn Wan Hanim Najiah Bt Hj Wan Muda

vi. Ahli Jawatankuasa : Pn Makelthom Bt Mohamed

Cik Siti Nurhanum Bt Roslan

En Nik Muhammad Kamil B Nik Razali

5
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

KELAB KERJAYA
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI
UDANG
NO. PENDAFTARAN
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

PERATURAN 1: NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Persatuan: Kelab Kerjaya
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Sungai Udang,


Jln Yadi 41250 Klang,
Selangor.

PERATURAN 2: MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang
dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3: OBJEKTIF
Tujuan Kelab Kerjaya ditubuhkan ialah:
3.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki
ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi
pelbagai cabaran kehidupan.
3.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu
dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan
nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara.
3.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna
dadah, budaya lepak dan juvana.
3.4 Mempelbagaikan kegiatan berpersatuan di sekolah bagi menyediakan
pelajar- pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan
mengurus dan memimpin.

6
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

3.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama,
bangsa dan Negara Malaysia.

7
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

PERATURAN 4: KESETIAAN DALAM


KERJAYA
4.1 memahami tugas manusia sebagai khalifah di dunia
4.2 mencintai setiap keindahan dan kebersihan ciptaan Tuhan
4.3 melestari alam dalam bentuk semulajadi dan pembangunan berhikmah

PERATURAN 5: LOGO DAN PENGERTIAN


5.1 Logo Kelab Kerjaya

5.2 Pengertian logo


i.

PERATURAN 6 : BENDERA DAN PENGERTIAN


6.1 Bendera Kelab Kerjaya

6.2 Pengertian bendera Kelab Kerjaya


i. Warna putih melambangkan keikhlasan dalam kesetiaan terhadap kerjaya.
ii. Warna hitam melambangkan keunggulan dalam kerjaya yang bakal dicapai.

PERATURAN 7: KEAHLIAN
76.1 Keahlian terbuka kepada semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan
Sungai Udang tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan kedudukan sosial pelajar.
7.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
7.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.
7.4 Setiap ahli berhak menyuarakan pendapat dan bertanggungjawab dalam kemajuan
kelab.
8
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

7.5 Berhak mengundi dalam Mesyuarat Agung.


7.6 Harus menghadiri setiap perjumpaan yang diadakan.

PERATURAN 8 : PAKAIAN
8.1 Sesi perjumpaan mingguan - pakaian seragam sekolah
8.2 Sesi aktiviti kelab - Baju T dan seluar trek sukan
- Kasut dan berstokin

9
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

PERATURAN 9 : GURU PENASIHAT


9.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
9.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 10 : AHLI JAWATANKUASA


10.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
10.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai Ahli Jawatankuasa.
10.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
10.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
10.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
10.6 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:-
10.6.1 Pengerusi
10.6.2 Naib Pengerusi
10.6.3 Setiausaha
10.6.4 Bendahari
10.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 11 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


11.1 Pengerusi
11.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
11.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

10
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

11.2 Naib Pengerusi


11.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
11.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
11.3 Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatankegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli
11.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
11.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.
11.5 Bendahari
11.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan/Kelab
11.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
11.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
11.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
i. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
11.7 Ahli Jawatankuasa
11.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
11.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
11.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa

PERATURAN 12 : KEWANGAN
12.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat
Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 2.00 seorang sebulan.
12.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

11
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

12.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

PERATURAN 13 : KEHADIRAN/PENYERTAAN
13.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.
13.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 14 : PERATURAN-PERATURAN
14.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
14.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
14.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 15 : TINDAKAN DISIPLIN


15.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan
yang ditetapkan.
15.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
15.2.1 Amaran lisan
15.2.2 Amaran bertulis
15.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada
Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

PERATURAN 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN


16.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
16.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
16.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
16.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

12
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA SKSU 2020

PERATURAN 17 : PEMBUBARAN
17.1 Kelab tidak boleh dibubarkan kecuali pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftaran Persatuan
secara bertulis
17.2 Pendaftar berhak membatalkan kelab sekiranya didapati menyeleweng
daripada
Perlembagaan dan mendatangkan kesulitan kepada pihak sekolah

PERATURAN 18 : HAL-HAL LAIN


15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

11. RANCANGAN PROGRAM


TAHUNAN

11.1 Penerangan tentang kerjaya - kerjaya masa kini


11.2 Menguruskan kekemasan dan keceriaan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
11.3 Mencari bahan-bahan kerjaya di Internet
11.4 Pertandingan Karnival pendidikan kaunseling kerjaya peringkat sekolah

PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan “Kelab Kerjaya” merupakan satu asset yang bernilai kepada
sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik sekolah
melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu juga, kemahiran dan disiplin yang
diterapkan dalam kelab Kerjaya mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan
berhemah tinggi. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan
sewajarnya daripada pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh
kita semua. Sekian, terima kasih.

13
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA 2021

Disediakan oleh,

.................................
WAN HANIM NAJIAH BT HJ WAN MUDA
Guru Penasihat Kelab Kerjaya
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Disemak oleh, Disahkan oleh,

................................. .................................
MUHAMMAD HAFIZ B HJ DAMANHURI ABDUL HALIM B AHMAD
GPK Kokurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Udang Sekolah Kebangsaan Sungai Udang
KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB KERJAYA 2021

14

You might also like