You are on page 1of 12

17

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN REMAJA


Muhammad Razzi Abu Amin
Sekolah Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan
mrazzi7795@gmail.com

Kamarul Azmi Jasmi


Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
qamar@utm.my

Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak
Menurut United Nation Office on Drugs and Crime (2007), kadar penglibatan remaja
dalam penyalahgunaan bahan semakin meningkat di peringkat global. Penyalahgunaan
dadah merupakan perbuatan yang merosakkan akal fikiran seseorang dan memudaratkan
diri orang yang mengambilnya. Penyalahgunaan dadah ini semakin menular dalam
kalangan remaja disebabkan faktor pengaruh daripada rakan sebaya remaja itu sendiri.
Kertas kerja ini membincangkan mengenai faktor-faktor berkait yang mendorong kepada
alasan untuk menyalahgunakan dadah. Selain itu, kupasan teliti juga terhadap kesan
penyalahgunaan dadah dari sudut pandangan Islam. Manakala, dari sudut langkah
penyelesaian kepada masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja turut
dihuraikan dalam kertas kerja ini.

Kata kunci : Penyalahgunaan dadah; memudaratkan; merosakkan akal fikiran

PENGENALAN
Penyalahgunaan dadah telah menjadi satu masalah yang kian dipandang serius yang oleh
setiap negara di dunia tidak terkecuali negara Malaysia. Menurut kamus Komprehensif
Bahasa Melayu, dadah dapat ditakrifkan sebagai ubat-ubatan atau bahan yang merosakkan
atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berterusan dan akhirnya
membahayakan kesihatan dan membawa kepada maut (Othman & Karim, 2005).
Pengertian dadah juga tidak terhad kepada bahan-bahan pelarut seperti gam dan petrol,
alkohol dan tembakau, kesemua bahan ini mempunyai banyak persamaan tetapi berbeza
dari segi kesan sampingannya kepada manusia (Agensi Dadah Kebangsaan, 2012). Dadah
juga boleh diertikan sebagai bahan kimia psikoaktif yang memberi kesan dari segi mental
dan fizikal kepada penggunanya.

METODOLOGI
Satu kajian analisis konten telah dilakukan terhadap mass media awam di Malaysia dengan
tujuan kajian adalah untuk mencari jenis kumpulan yang terlibat dalam penyalahgunaan
dadah, faktor yang mendorong kepada gejala ini, saringan ujian bagi mengenalpasti gejala
dadah, jenis dadah yang digunakan, kesan, kaedah menangani penyalahgunaan dadah dan
harapan negara terhadap isu ini.
Pemilihan kajian dengan menggunakan kata kunci ‘dadah dalam kalangan remaja’ di
Google yang memfokuskan kepada artikel akhbar ternama di Malaysia serta beberapa
jurnal yang dikeluarkan di Google Scholar tersebut. Hasilnya terdapat dua puluh tiga
160

artikel mass media dan tiga jurnal yang dipilih untuk dijadikan verbatim data dengan
penggunaan kod verbatim ialah AA bagi Ahmad Ismadi Ismail (2020); AB bagi Alwin
Lawrence (2019); AC bagi Amir Abd Hamid (2020); AD bagi Asrol Awang (2020); AE
bagi Bernama (2019); AF bagi Bernama, Astro Awani (2019); AG bagi Bernama, Malaysia
Kini (2019); AH bagi Bernama, Sinar Harian (2019); AI bagi Bernama (2020); AJ bagi
Bernama (2020); AK bagi Dilah Tuah (2019); AL bagi Jauni Munir Abu Bakar (2020);
AM bagi Khairul Mohd Ali (2020); AN bagi Khalid Awang (2019); AO bagi Media Baharu
(2019); AP bagi Mohamed Farid Noh (2019); AQ bagi Mohd Fahmi Md Saleh (2020);
AR bagi Mohd Sabran Md Sani (2019); AS bagi Muhamaad Razis Ismail (2019); AT bagi
Nio James (2019); AU bagi Nur Izati Mohamad (2019); AV bagi Syaherah Mustafa
(2020); AW bagi Vivi Olviana Najurus (2020); AX bagi artikel Chan Yuen Fook et. al.
(2009); AY bagi Norhayati Ibrahim et. al. (2018) dan kod AZ bagi Norruzeyati Che Mohd
Nasir et. al. (2019). Semua artikel ini kemudiannya dianalisis menggunakan Nvivo 12 Plus
bagi menghasilkan tema dan sub tema untuk mencapai tujuan kajian.
Hasil dapatan kajian turut dibincangkan dalam setiap sub tajuk dalam artikel ini
dengan penutup perbincangan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja daripada
perspektif Islam. Hal ini kerana penyelesaian masalah dalam perspektif Islam merupakan
asas yang menjadi pemangkin bagi menangani isu dadah dalam kalangan remaja sebelum
menggunakan alternatif lain dalam membendung masalah penyalahgunaan dadah ini.

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian menjelaskan lima perkara, iaitu faktor yang mendorong kepada
penyalahgunaan dadah, jenis dadah yang digunakan, kesan daripada kegiatan
penyalahgunaan dadah, pihak yang wajar menangani penyalahgunaan dadah, dan langkah
pencegahan penyalahgunaan dadah.

Faktor Yang Mendorong Kepada Penyalahgunaan Dadah


Golongan remaja terbukti merupakan golongan yang terlibat dalam penyalahgunaan
dadah. Faktor utama mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah berdasarkan analisis
akhbar ialah kerana kesibukan ibu bapa bekerja, pengaruh liberal, demi membiayai
kehidupan, pengaruh rakan sebaya dan juga sikap tidak peduli masyarakat dalam
penyalahgunaan dadah ini.
Jadual 1 Faktor yang mendorong kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja
Bil. Faktor AF AK AN AP AQ AR AT AU AY AZ
1. Kesibukan Ibu Bapa Bekerja - - - - - X - X - -
2. Membiayai Kehidupan - - - X - - - - X X
3. Pengaruh Liberal - - X - - - - - - -
4. Pengaruh Rakan Sebaya - X - - X - X - X X
5. Sikap Tidak Peduli Masyarakat X X - - X - - - - -

Sebagai contoh dari petikan berikut menggambarkan pengaruh rakan sebaya


merupakan faktor utama remaja terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah:

Daripada statistik AADK, pengaruh kawan menjadi sebab utama penagihan dadah.
(Dilah Tuah, 2019)

Statistik 2014 hingga 2018 menunjukkan pengaruh rakan sebaya menyumbang punca
tertinggi sebanyak 59 peratus.
(Mohd Fahmi Md Saleh, 2020)
161

Antara fakta yang signifikan sebab-sebab mengapa berlakunya penggunaan atau


bermulanya pengambilan dadah adalah pengaruh rakan, perasaan ingin tahu dan
keseronokan. Keadaan ini merupakan tiga sebab utama bermulanya penggunaan dadah.
(Nio James, 2019)

Peringkat umur remaja adalah masa di mana mereka cenderung untuk mencari rakan
sebaya untuk meminta pandangan dan panduan berbanding daripada keluarga.
Rakan sebaya sebagai model contoh seperti yang diterangkan oleh Bandura di dalam Teori
Pembelajaran Sosial dimana remaja mungkin dipengaruhi keputusan mereka untuk
merokok, minum arak atau menggunakan dadah melalui pemerhatian idola dalam
lingkungan mereka dan memahami norma sosial yang berkaitan dengan penyalahgunaan
bahan atau kerana tekanan mahu diterima di dalam satu kumpulan.
(Norhayati Ibrahim et. al. 2018)

Terdapat faktor yang bersifat instrumental dalam konteks hubungan dengan rakan-rakan
seperti sumber sokongan sosial, menjaga hubungan yang sedia terjalin, sikap percaya dan
mengelak daripada disisihkan oleh rakan-rakan.
(Norruzeyati Che Mohd Nasir et. al. 2019)

Terbukti bahawa faktor pengaruh rakan sebaya menjadi dorongan utama dalam
kegiatan penyalahgunaan dadah. Pemilihan rakan sebaya merupakan faktor penting dalam
menentukan masa depan seseorang remaja yang semakin meningkat usia.

Jenis Dadah Yang Digunakan


Kebanyakan laporan yang didapati di dalam media massa dan akhbar mendapati bahawa
dadah jenis syabu merupakan yang tertinggi dan sering disalahgunakan kerana terdapat
peningkatan permintaan terhadap dadah sintetik seperti methamphetamine dalam
kalangan remaja (Bernama, 2020). Menurut kajian, setiap jenis dadah mempunyai kesan
sampingannya yang tersendiri seseorang individu. Hal ini sebagaimana ditunjukkan dalam
Jadual 2.
Jadual 2 Jenis dadah yang digunakan
Bil. Jenis Dadah AC AD AE AI AK AL
1. Dadah Psikoaktif (NPS) - - - - - X
2. Ekstasi - - - - X -
3. Ganja X - - - - -
4. Heroin X X X - - -
5. Pil Kuda - - X X - -
6. Syabu X X X X X -

Sebagai contoh petikan akhbar berikut menjukkan bahawa dadah syabu merupakan
yang paling dikenali dalam kalangan remaja:

"Tiga jenis dadah popular dalam urus niaga adalah heroin, syabu dan ganja," katanya
pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Program We Love, We Serve, We Hope
yang dilancarkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara
Kumar di Pusat Komuniti Gombak, di sini, hari ini.
(Amir Abd Hamid, 2020)
162

“Daripada Januari hingga Disember lepas, dadah jenis methamphetamine seperti syabu
dan pil kuda adalah jenis dadah yang paling banyak disalah guna iaitu sebanyak 61.9
peratus daripada keseluruhan dadah”.
(Bernama, 2019)

Terdahulu, Mazlan dalam ucapannya, berkata jenis dadah yang disalahgunakan berbeza
saban tahun, namun yang paling jelas terdapat peningkatan permintaan terhadap dadah
sintetik seperti methamphetamine dan mahu semua pihak memainkan peranan agar
masalah dadah dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.
(Bernama, 2020)

Penangkapan tiga tokan dadah di Bau yang melibatkan dadah jenis syabu seberat 6.25-
gram dan dipercayai memulakan pengedaran dadah pada awal tahun ini.
(Dilah Tuah, 2019)

Kesan Daripada Kegiatan Penyalahgunaan Dadah


Kegiatan penyalahgunaan dadah ini memberi kesan yang besar kepada seseorang individu
tersebut sebagaimana analisis yang dilaporkan terhadap berita akhbar. Kesan ini
ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3 Kesan daripada penyalahgunaan dadah kepada masyarakat Malaysia
Bil. Kesan AF AQ AX AY AZ
1. Berhadapan stigma negatif daripada masyarakat - X - - -
2. Cenderung melakukan jenayah X - - - -
3. Gangguan Emosi - - X - -
4. Kesukaran dalam bidang akademik - - X X -
5. Melumpuhkan institusi kekeluargaan X X - - -
6. Menghadapi lemah daya tahan dan kerosakan mental X X X X X
7. Menyebabkan maut - - X - -

Kesan terbesar bagi kegiatan penyalahgunaan dadah ini ialah menghadapi lemah daya
tahan dan kerosakan mental. Seterusnya, penyalahgunaan dadah juga memberikan
kesukaran dalam bidang akademik, melumpuhkan institusi kekeluargaan, memberikan
kesan negatif dari aspek emosi seseorang, lebih cenderung untuk melakukan jenayah,
berhadapan stigma negatif daripada masyarakat dan akhirnya, menyebabkan maut.

Menghadapi Lemah Daya Tahan dan Kerosakan Mental


Kegiatan penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang individu tersebut untuk
menghadapi lemah daya tahan dan kerosakan mental. Daya ketahanan mental boleh
dimaksudkan sebagai salah satu proses yang menjadikan seseorang itu untuk bertindak
ketika berhadapan dengan kesukaran, trauma dan juga tekanan. Dadah menyebabkan
kesan buruk psikologi kepada otak dan minda individu yang menyalahgunakan dadah. Ini
termasuklah rasa seronok dan khayal dan pada masa yang sama hilang kawalan diri dan
pemikiran. Sebagai contoh petikan akhbar berikut menjukkan bahawa dadah memberikan
kesan lemah daya tahan dan kerosakan mental kepada remaja:

Mereka yang terjebak dengan dadah berisiko menghadapi lemah daya tahan dan kerosakan
mental yang boleh mengancam institusi keluarga mereka.
163

(Bernama Astro Awani, 2019)

Dari sudut kesihatan fizikal ia mengganggu tumpuan, melambatkan proses berfikir,


penglihatan kabur dan mengganggu percakapan akibat ketidakseimbangan fungsi minda.
(Mohd Fahmi Md Saleh, 2020)
Selain itu fungsi daya kognitif dan pemikiran individu yang terlibat dengan dadah juga akan
turut terjejas. Penyalahgunaan dadah akan mengakibatkan mereka membuat tindakan yang
tidak rasional dan dengan secara tidak langsung sukar untuk mencetuskan idea yang bernas
yang diperlukan sebagai seorang pelajar.
(Chan Yuen Fook et. al. 2009)

Penggunaan alkohol dan dadah memberi kesan buruk kepada kebolehan kognitif kanak-
kanak dan remaja.
(Norhayati Ibrahim et. al. 2018)

Masalah penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja ialah gejala sosial yang boleh
memberi impak negatif kepada kesejahteraan psikososial individu, keluarga, komuniti serta
boleh mengancam pembangunan dan keselamatan sesebuah negara.
(Norruzeyati Che Mohd Ismail, 2019)

Kesukaran Dalam Bidang Akademik


Lanjutan daripada kesan seperti lemah daya tahan dan kerosakan mental, penyalahgunaan
dadah juga memberikan kesukaran dalam bidang akademik remaja. Kemungkinan besar
remaja tidak akan mengambil berat terhadap pelajaran dan lebih memberikan waktu
kepada kegiatan ketagihan dadah. Akibatnya, remaja tersebut sering tidak hadir ke sekolah
dan ketinggalan dalam sesi pembelajaran di mana pengurusan diri mereka juga terabai dan
seterusnya, hilang minat dan mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran, keluarga,
pekerjaan serta masyarkat sekeliling (Chan Yuen Fook et. al. 2009). Hal ini juga
mengakibatkan mereka terlibat dengan masalah disiplin dan berprestasi rendah dalam
bidang akademik, juga menjadikan mereka mempunyai sikap untuk tidak mementingkan
ilmu ekoran daripada masalah penyalahgunaan dadah (Norhayati Ibrahim et. al. 2018).

Melumpuhkan Institusi Kekeluargaan


Penyalahgunaan dadah juga melumpuhkan sebuah institusi kekeluargaan di mana individu
yang terbabit kemungkinan besar dibuang keluarga atau tidak dipercayai dan seterusnya
mengancam keluarga mereka sendiri (Bernama Astro Awani, 2019). Justeru, dapat kita lihat
di mana penyalahgunaan memberikan kekecewaan terhadap keluarga dan mengancam
institusi sesebuah keluarga. Terdapat juga akhbar yang melaporkan tindakan di luar
kawalan penagih dadah seperti ugutan dan kecurian, dan akhirnya mempunyai kehendak
untuk membunuh ahli keluarga sendiri demi memenuhi keinginan untuk mendapatkan
wang bagi bekalan dadah (Mohd Fahmi Md Saleh, 2020).

Cenderung Melakukan Jenayah


Kesan yang lebih buruk juga dijangkakan oleh akhbar bahawa penyalahgunaan dadah
mendorong para remaja untuk terlibat dengan jenayah yang lebih berat, iaitu kes samun,
mencuri, dan membunuh sebagaimana dalam petikan oleh Bernama Astro Awani (2019):

Penagihan dadah menyebabkan berlakunya kes-kes jenayah seperti samun, curi dan bunuh
yang memberi impak kepada kehancuran generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara
pada masa akan datang.
164

Kenyataan ini membuktikan kebenaran bahawa kebiasaannya para remaja yang ketagihan
dadah mendorong mereka untuk melakukan jenayah-jenayah berat yang kesudahannya
membinasakan diri dan memberikan impak kepada kepimpinan negara pada masa yang
akan datang.

Gangguan Emosi
Penyalahgunaan dadah juga boleh memberikan kesan negatif kepada emosi seseorang.
Seperti yang diketahui, dadah itu sendiri mempunyai kesannya yang tersendiri kepada para
remaja. Setiap jenis dadah mempunyai kesan-kesan yang tertentu seperti membawa kepada
perubahan emosi yang teruk seperti pergolakan dan kemurungan di mana akan memberi
impak kepada kehidupan sosial seseorang remaja (Chan Yuen Fook et. al. 2009). Sikap
seperti meradang tanpa sebab, mengabaikan tanggungjawab dan kemerosotan paras rupa
dan kebersihan diri juga disebabkan oleh gangguan emosi akibat daripada penyalahgunaan
dadah (Chan Yuen Fook et. al. 2009).

Berhadapan Stigma Negatif Masyarakat


Penyalahgunaan dadah juga menimbulkan kesan kepada stigma negatif masyarakat
sekeliling. Ini adalah kerana dadah merupakan bahan yang paling dibenci dan merbahaya
kepada pengguna yang menggunakannya. Jika seseorang telah ketagihan dadah dan
seterusnya telah melakukan rawatan pemulihan, besar kemungkinan mereka juga akan
dipandang negatif oleh masyarakat walhal mereka telah pun pulih dari ketagihan najis
dadah tersebut (Mohd Fahmi Md Saleh, 2020).

Menyebabkan Maut
Berhadapan dengan pelbagai kesan dalam penyalahgunaan dadah, impak yang lebih buruk
juga dijangkakan oleh khabar di mana dadah juga boleh membawa maut. Sebagai contoh,
dadah syabu merupakan dadah yang sering digunakan oleh para remaja. Kesan seperti
masalah kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik juga cenderung
kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya yang akhirnya membawa kepada maut
(Chan Yuen Fook et. al. 2009).
Kegiatan penyalahgunaan dadah ini seolah-olah memberikan kesan berantai kepada
orang ramai. Akibat sikap buruk remaja, keluarga terpaksa menanggung segala kesusahan
dan seterusnya memberikan kesan kepada negara.

Pihak Yang Wajar Menangani Penyalahgunaan Dadah


Pelbagai pihak wajar berganding bahu bagi menangani kegiatan penyalahgunaan dadah
ini, termasuklah ahli masyarakat (Bernama, 2019; Bernama Astro Awani, 2019; Mohd
Fahmi Md Saleh, 2020), bantuan majikan (Ahmad Ismadi Ismail, 2020), guru (Bernama,
2020; Khairul Mohd Ali, 2020; Mohamed Farid Noh, 2019; Nio James, 2019; Chan Yuen
Fook et. al. 2009), ibu bapa (Ahmad Ismadi Ismail, 2020; Bernama, 2019; Bernama Astro
Awani, 2019; Dilah Tuah, 2019; Khalid Awang, 2019; Nur Izati Mohamad, 2019), ketua
masyarakat (Dilah Tuah, 2019; Mohamed Farid Noh, 2019), badan Non-Government
Organisation (NGO) (Khalid Awang, 2019; Mohamed Farid Noh, 2019) dan Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) (Ahmad Ismadi Ismail, 2020). Hal ini demikian seperti mana
yang ditunjukkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 Pihak yang wajar menangani kegiatan penyalahgunaan dadah
Peranan untuk mencegah AC AD AG AH AJ AK AM AN AR AS AW AZ
Ahli Masyarakat - - X - - - - - X X - -
Bantuan Majikan - - - - - - - - - - X -
Guru - X - X - X - X - - - X
165

Ibu Bapa X - - - X - X - X X X -
Ketua Masyarakat - - - X - - X - - - - -
NGO - - - X X - - - - - - -
PBT - - - - - - - - - - X -

Langkah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah


Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh cadangan utama daripada petikan
akhbar dan artikel bagi menangani isu penyalahgunaan dadah ini, iaitu melalui kempen
kesedaran (Ahmad Ismadi Ismail, 2020; Bernama, 2019; Dilah Tuah, 2019; Khalid
Awang, 2019; Media Baharu, 2019; Mohd Fahmi Md Saleh, 2020; Chan Yuen Fook et.
al. 2009), menggunakan media massa (Khalid Awang, 2019; Mohamed Farid Noh, 2019;
Nio James, 2019), menyediakan modul pembelajaran (Bernama, 2019; Dilah Tuah, 2019;
Chan Yuen Fook et. al. 2009), pengawasan daripada ibu bapa (Ahmad Ismadi Ismail,
2020; Bernama, 2019; Bernama Astro Awani, 2019; Dilah Tuah, 2019; Khairul Mohd Ali,
2020; Khalid Awang. 2019; Mohamed Farid Noh, 2019; Nur Izati Mohamad, 2019),
perkhidmatan ‘Care and Cure’ oleh kementerian (Alwin Lawrence, 2019), Program
Intervensi di sekolah-sekolah (Mohamed Farid Noh, 2019) dan juga sokongan daripada
komuniti (Ahmad Ismadi Ismail, 2020; Bernama, 2019; Bernama Astro Awani, 2019;
Mohamed Farid Noh, 2019; Mohd Fahmi Md Saleh, 2020). Langkah pencegahan ini
ditunjukkan dalam Jadual 5.
Jadual 5 Langkah pencegahan penyalahgunaan dadah di Malaysia
Bil. Tema AA AB AE AF AJ AK AM AN AO AP AQ AT AU AX
1. Melalui Kempen X - X - - X - X X - X - - X
Kesedaran
2. Menggunakan Media - - - - - - - X - X - X - -
Massa
3. Menyediakan Modul - - - - X X - - - - - - - X
Pembelajaran
4. Pengawasan daripada X - X X - X X X - X - - X -
Ibu Bapa
5. Perkhidmatan 'Care and - X - - - - - - - - - - - -
Cure' oleh Kementerian
6. Program Intervensi di - - - - - - - - - X - - - -
Sekolah-Sekolah
7. Sokongan Komuniti X - X X - - - - - X X - - -

Berdasarkan cadangan ini bahawa masalah penyalahgunaan dadah dapat ditangani


dengan pengawasan daripada ibu bapa di rumah, seterusnya diikuti dengan melalui
kempen kesedaran, sokongan daripada komuniti, menggunakan media massa,
menyediakan modul pembelajaran, perkhidmatan ‘Care and Cure’ oleh kementerian, dan
akhirnya melaksanakan program intervensi di sekolah-sekolah.

Melalui Kempen Kesedaran


Langkah terbaik dalam menangani isu penyalahgunaan dadah adalah melalui kempen
kesedaran bagi membuka mata masyarakat mengenai bahana dadah. Melalui kempen yang
dianjurkan secara relevan dan besar-besaran, pelbagai info boleh disebarkan dan seterusnya
memberikan mesej kesedaran kepada semua lapisan masyarakat (Ahmad Ismadi Ismail,
2020; Khalid Awang, 2019). Setiap program yang dijalankan boleh digabungkan bersama
aktiviti-aktiviti yang membuka minda dengan usaha-usaha ofensif badan-badan
penguatkuasaan demi mengukuhkan lagi perjuangan untuk menentang dadah (Khalid
Awang, 2019). Terdapat pelbagai kursus dan usaha bagi membendung gejala
penyalahgunaan dadah daripada berleluasa, antaranya termasuklah membuat pengekalan
kepulihan klien Orang Kena Pengawasan (OKP) (Bernama, 2019), Kursus Bina Harapan
(Media Baharu, 2019) dan bekerjasam dengan pihak AADK serta pihak polis dalam
penganjuran program kesedaran anti-dadah (Dilah Tuah, 2019). Justeru, kempen dan
166

program yang dilaksanakan ini memberikan impak yang bagus kepada segenap lapisan
masyarakat (Mohd Fahmi Md Saleh, 2020) dan usaha untuk memerangi penyalahgunaan
dadah seharusnya bermula daripada peringkat sekolah bagi meningkatkan pengetahuan
mereka tentang bahaya dadah (Chan Yuen Fook et. al. 2009).

Menggunakan Media Massa


Media massa merupakan sebuah platform di mana semua jenis maklumat dapat
dikumpulkan dan menjadi kemudahan dalam menyebarkan berita atau maklumat.
Dengan menggunakan media massa ini, maklumat mengenai keburukan dadah dapat
diketengahkan dan disebarkan ke setiap lapisan masyarakat dengan hanya menggunakan
cara seperti sembang santai (Khalid Awang, 2019). Dengan melantik ramai ikon dan duta
dalam kalangan selebriti serta ahli sukan negara akan melancarkan agenda dalam
membasmi penyalahgunaan dadah terhadap negara berikutan mereka merupakan orang
yang berpengaruh dalam kalangan generasi muda (Mohamed Farid Noh, 2019).
Seterusnya, pendidikan pencegahan melalui media sosial boleh dilaksanakan bagi
membolehkan masyarakat terutamanya golongan remaja memahami tentang bahaya dadah
dan tidak terdorong untuk menyalahgunakannya (Nio James, 2019).

Menyediakan Modul Pembelajaran


Seterusnya, modul pembelajaran berkaitan dadah juga penting dalam menangani isu
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dengan memulakan dari peringkat sekolah
rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi serta komuniti (Bernama, 2019).
Maklumat yang boleh disampaikan mengenai dadah dikhususkan kepada dadah jenis
sintetik seperti syabu, methamphetamine, ketamin, erimin dan ekstasi di mana mungkin
sesetengah daripada mereka mempunyai sedikit pengetahuan dalam perkara ini (Dilah
Tuah, 2019). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan semua sekolah
untuk menjalankan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bagi meningkatkan
pengetahuan murid tentang bahaya dadah pada peringkat awal persekolahan (Chan Yuen
Fook et. al. 2009). Ini adalah kerana masalah penyalahgunaan dadah telah dilaporkan
berlaku sejak di bangku sekolah kerana sifat ingin tahu yang membuak dalam diri serta
mengikuti rakan-rakan sebaya.

Pengawasan daripada Ibu Bapa


Selain daripada kempen, media massa dan modul pembelajaran, pengawasan daripada ibu
bapa juga penting kerana setiap pergerakan anak-anak kesemuanya bermula daripada
rumah. Ibu bapa merupakan orang yang terpenting dalam mencorakkan kehidupan anak-
anak bagi mengelakkan daripada mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah (Nur Izati
Mohamad, 2019). Oleh itu, ibu bapa seharusnya berpendirian tegas mengenai
kemudharatan dan bahaya penyalahgunaan dadah agar anak-anak mereka tidak terjerumus
ke dalam kancah dadah ini (Khalid Awang, 2019). Ibu bapa juga harus bekerjasama pihak
berwajib agar tidak menyembunyikan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan
dadah yang membabitkan pelajar (Khairul Mohd Ali, 2020). Latar belakang keluarga juga
wajar diperiksa bagi mengenalpasti sama ada keluarga mereka terbabit dengan dadah atau
pun sebaliknya (Mohamed Farid Noh, 2019). Justeru, ibu bapa memainkan peranan
penting dan berupaya menyelamatkan golongan muda daripada najis dadah (Ahmad
Ismadi Ismail. 2020; Bernama, 2019; Bernama Astro Awani, 2019; Dilah Tuah, 2019).

Perkhidmatan ‘Care and Cure’ oleh Kementerian


Salah satu cara untuk menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja
ialah melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Kementerian. Perkhidmatan yang
dinamakan ‘Care and Cure’ merupakan salah satu pusat khidmat yang disediakan bagi
167

golongan yang bermasalah ini untuk meminta nasihat dan dorongan bagi merubah diri ke
arah yang lebih baik secara sukarela (Alwin Lawrence, 2019). Segala maklumat penagih
dadah tersebut akan disimpan dan identiti mereka tidak akan didedahkan. Justeru,
memberikan peluang kepada mereka untuk berani berhadapan dengan masalah yang
dihadapi dan melakukan perubahan terhadap diri mereka.

Program Intervensi di Sekolah-Sekolah


Salah satu cara untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan
remaja ialah dengan melaksanakan program intervensi di sekolah rendah dan menengah.
Di peringkat sekolah rendah, Program Pintar boleh dilaksanakan sebagai langkah
intervensi dan pencegahan segera manakala bagi sekolah menengah dinamakan Program
Shield (Mohamed Farid Noh, 2019). Program intervensi ini boleh dilaksanakan
berdasarkan ujian saringan air kencing, soal selidik murid, tangkapan polis atau AADK di
luar kawasan sekolah serta menerusi pemerhatian tingkahlaku murid di dalam kelas oleh
guru.

Sokongan Komuniti
Akhir sekali, sokongan daripada komuniti juga memainkan peranan penting dalam
mencegah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja agar mereka tidak berasa tersisih
dan mengulangi perbuatan menagih dadah (Ahmad Ismadi Ismail, 2020; Bernama, 2019;
Bernama Asrtro Awani, 2019; Mohamed Farid Noh, 2019). Justeru, sokongan daripada
komuniti juga penting kepada golongan ini untuk sentiasa kekal positif dan bersemangat
dalam menjauhi gejala penyalahgunaan dadah (Mohd Fahmi Md Saleh, 2020).

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN


Pada sudut pandangan Islam, setiap muslim dilarang untuk mendekati perbuatan-
perbuatan yang keji dan membinasakan diri kerana Islam sentiasa memuliakan umatnya
dan menganjurkan kehidupan yang sejahtera. Dadah di dalam Islam menyamai istilah
khamr yang digunakan untuk semua bahan yang memabukkan, mengkhayalkan, menjadi
punca penagihan, pergantungan, perubahan tingkah laku dan sebagainya (Dr Rosni Wazir
et. al. 2018). Justeru, penyalahgunaan dadah dianggap perbuatan yang berdosa kerana dua
perkara, merosakkan akal fikiran dan membawa kemudharatan kepada diri, masyarakat
dan keturunan.

Merosakkan Akal Fikiran


Sebagai seorang remaja Muslim, setiap perbuatan yang dilakukan memerlukan akal yang
waras dalam membuat sesuatu tindakan. Melalui akal fikiran seseorang menentukan
haluan dan pertimbangan. Justeru, akal fikiran dalam erti kata lain dapat membimbing
seseorang ke arah jalan yang betul. Oleh itu, manusia dikatakan terbentuk menjadi ‘imej
yang paling mulia’ sepertimana firman Allah dalam surah at-Tin ayat ke-4:
‫ﻳﻢ‬ َ ْ‫ﺴﺎﻥَ ِﻓﻲ ﺃَﺣ‬
ٍ ‫ﺴ ِﻦ ﺗَ ْﻘ ِﻮ‬ َ ‫ﻧ‬ِ ْ ‫َﻟ َﻘ ْﺪ َﺧ َﻠ ْﻘ َﻨﺎ‬
‫ﺍﻹ‬
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya”
(Surah at-Tin: 4)

Maqasid sunnah juga telah meletakkan penjagaan akal sebagai keperluan yang wajib
dipelihara. Dalam hal ini dikaitkan khusus dengan keadaan fikiran dan akal. Menurut Ibn
Taimiyyah (Al-Ba’li, 1386 H), segala benda yang memabukkan adalah dikira sebagai najis
sama seperti arak. Beliau turut mengumpamakan arak seperti air kencing dan dadah pula
168

seperti tahi. Oleh itu, setiap perkara yang boleh memabukkan adalah dilarang untuk
dimakan atau diminum sama ada dengan kadar sedikit apatah lagi banyak. Perkara ini
disokong oleh hadis nabi yang menjelaskan:

َ َْ َ
ٌ ‫ َﺣ َﺮ‬‫ َ َﻘﻠﻴﻠُ ُﻪ‬‫ َﻛﺜ ُ ُه‬‫ﻜ َﺮ‬
 ‫ام‬ ِ ِ ‫أﺳ‬‫ﻣﺎ‬

Maksudnya: Perkara yang memabukkan dalam jumlah yang banyak maka dalam
jumlah yang sedikit pun tetap haram.

(Al-Tirmidhi, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Oleh itu, setiap perkara yang memabukkan adalah jelas haram dalam Islam termasuklah
dadah (Sabir Bin Abd Ghani et. al. 2014). Hal ini kerana pengharaman itu tidak
bergantung pada nama atau jenama sesuatu benda, tetapi bergantung pada akibat daripada
penggunaan benda tersebut sehingga membawa kesan memabukkan dan menghilangkan
kewarasan akal (Sabir Bin Abd Ghani et. al. 2014; Dr Rosni Wazir et. al. 2018).

Membawa Kemudaratan kepada Diri, Masyarakat dan Keturunan


Seperti yang diketahui, dadah juga membawa kemudaratan kepada diri sendiri, masyarakat
dan juga keturunan. Jenayah merupakan suatu bentuk kezaliman terhadap dari sendiri,
masyarakat dan pengkhianatan kepada negara (Dr. Rosni Wazir et. al. 2019). Sabda Nabi
SAW dalam hadis qudsi. Sesungguhnya Allah berfirman:

َُ ُ َ ُ ْ َ َ ْ % ُ ْ #َ ّ
‫ف‬،‫ر ًﻣﺎ‬# ِ‫ﺈ‬6‫ ْﻢ‬2‫ﻧ‬‫ َي‬‫ب‬‫ َو َﺟ َﻌﻠﺘُﻪ‬،*ِْ ‫ف‬
+ ‫ن‬(َ ‫اﻟﻈﻠ َﻢ‬‫ﺖ‬ ‫ﺣﺮﻣ‬‫ن‬ِ‫إ‬‫ ِﻋﺒَﺎ ِدي‬ِ‫ﻳَﺈ‬
َ ََ
 ‫ ُﻤﻮا‬9‫ﻈﺎ‬:

Maksudnya: “Wahai Hambaku! Sesungguhnya aku telah mengharamkan kezaliman


keatas diri-Ku dan mengharamkan ianya antara kamu maka janganlah kamu
berlaku zalim”
(HR Muslim, Kitab al-Bir wa al-Silah wa al-Adab, Bab Tahrim Zulm no. 2577)

Islam merupakan agama yang mementingkan kesejahteraan dalam segenap aspek. Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri:

 ‫ﻻ;ر وﻻ ;ار‬

Maksudnya: “Tidak memudaratkan dan tidak didatangkan mudarat.”

(Ahmad, Musnad Bani Hashim, No. 2865)

Hadis ini jelas menyatakan panduan penting buat umat Islam iaitu kepentingan
menghilangkan mudarat di mana pengaruh dadah tersangatlah besar, ia boleh
memudaratkan penggunanya dan orang lain (Rosni Wazir, 2018). Dadah memberi impak
buruk kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan tokoh ulama
kontemporari Yusuf al-Qaradhawi, semua jenis dadah termasuklah ganja, kokain, heroin
dan sebagainya mempunyai pengaruh dan kesan buruk terhadap diri dan masyarakat (Sabir
169

Bin Abd Ghani et. al. 2014). Justeru, penyalahgunaan dadah bukan sahaja mendatangkan
merosakkan kepada individu penagih, malah menimbulkan kerosakan kepada agama,
bangsa dan negara memandangkan golongan muda terutamanya remaja merupakan aset
berharga kepada masyarakat.

IMPLIKASI DAN RUMUSAN


Secara ringkasnya, semua benda yang memabukkan seperti dadah adalah haram di sisi
Islam. Sebagai seorang remaja yang bertamadun, kita tidak seharusnya terjebak ke dalam
lubuk dadah kerana ia bukan sahaja merosakkan individu itu sendiri, bahkan akan
menimbulkan kerosakan kepada agama, bangsa dan negara memandangkan golongan
muda terutamanya remaja merupakan aset yang berharga kepada masyarakat dan bakal
mencorakkan negara pada masa yang akan datang. Justeru, pelbagai pihak daripada
pelbagai cabang seharusnya berganding bahu dan memainkan peranan penting dalam
mendidik anak remaja tentang bahayanya najis dadah. Jika perkara ini dapat difahami, ia
akan memberikan natijah bahawa permasalahan dadah ini boleh ditangani dan
mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah di Malaysia.

RUJUKAN
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). (2012). Laporan Dadah Tahun 2011. Malaysia:
Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Ahmad Ismadi Ismail. 2020. “Remaja paling berisiko terlibat dadah” dlm. Sinar Harian.
07/11/2020.
Alwin Lawrence. 2019. “Dadah punca utama peningkatan kes jenayah di Kuching” dlm.
Sarawak Voice.com. 03/03/2019.
Amir Abd Hamid. 2020. “Tangkapan kes dadah di ibu negara meningkat mendadak” dlm.
My Metro. 19/09/2020
Asrol Awang. 2020. “Empat termasuk pelajar ditahan edar dadah” dlm. Harian Metro.
28/09/2020.
Bernama. 2019. “Belia paling ramai terlibat salah guna dadah” dlm. Sinar Harian.
30/04/2019
Bernama. 2019. “Sikap tidak peduli antara punca penyalahgunaan dadah sukar ditangani”
dlm. Astro Awani. 07/08/2019.
Bernama. 2019. “Golongan belia paling ramai terlibat salah guna dadah – Muhyiddin”
dlm. Malaysia Kini. 30/04/2019.
Bernama. 2019. “Kes remaja bawah umur salah guna dadah meningkat di Sarawak” dlm.
Sinar Harian. 20/11/2019.
Bernama. 2020. “177 pelajar sekolah menengah positif dadah di Johor” dlm. Berita Harian
Online. 12/09/2020.
Bernama. 2020. “Polis Johor akan siasat isu penagihan dadah pelajar sekolah” dlm. Astro
Awani Network Sdn Bhd. 14/09/2020.
Chan Yuen Fook, Abd Halim Mohd. Hussin, Gurnam Kaur Sidhu, Nazeera Ahmed Bazari
dan Rozilah Abdul Aziz. 2009. Tahap Pengetahuan Murid Sekolah Rendah Malaysia
Tentang Bahaya Dadah. Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009 yang bertemakan
“Memperkasakan Individu, Keluarga & Komuniti Melalui Perkhidmatan Kaunseling
Berkualiti”. Palace of The Golden Horses, Kuala Lumpur, 3-5 November 2009.
Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Norsaleha Saleh, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang dan
Syamim Zakwan Rosman. 2018. Hadis Targhib Dan Tarhib Dalam Isu Penagihan
Dadah. e-Proceeding of 3rd INHAD International Muzakarah & Mu'tamar on
Hadith (IMAM 2018). KUIS, Kajang, Selangor. 27 December 2018.
170

Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Norsaleha Saleh, Suriani Sudi, Abdul Hadi Awang,
Syamim Zakwan Rosman. 2019. Tuntutan Pencegahan Dadah Menurut Maqasid
Sunnah. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 24-25 April 2019.
Dilah Tuah. 2019. “Dadah di luar bandar semakin parah” dlm. Suara Sarawak.
19/07/2019.
Juani Munir Abu Bakar. 2020. “Siasat punca pelajar dapat dadah” dlm. Utusan Malaysia.
29/09/2020.
Khairul Mohd Ali. 2020. “Jangan sembunyikan penyalahgunaan dadah” dlm. Utusan
Malaysia. 16/09/2020.
Khalid Awang. 2019. “KOMENTAR: Isu dadah boleh ditangani menerusi langkah-
langkah inspirasi” dlm. Berita MediaCorp. 15/03/2019.
Media Baharu. 2019. “Usaha menangani penyalahgunaan dadah di kalangan remaja
sebagai salah satu daripada Indeks Prestasi Utama” dlm. Berita Semasa, Berita RTM.
30/07/2019.
Mohamed Farid Noh. 2019. “2 juta pelajar berisiko tagih dadah- AADK” dlm. BH
Online. 13/05/2019.
Mohd Fahmi Md Saleh. 2020. “Masyarakat berperanan banteras salah guna dadah” dlm.
BH Online. 13/02/2020.
Mohd Sabran Md Sani. 2019. “Usia 12 tahun dah ketagih dadah” dlm. My Metro.
24/10/2019.
Muhamaad Razis Ismail. 2019. “Pelajar tingkatan tiga mengedar dadah” dlm. Harian
Metro. 05/11/2019.
Nur Izati Mohamad. 2019. “Penagih dadah seawal darjah satu” dlm. My Metro.
27/04/2019.
Norhayati Ibrahim, Rozmi Ismail, Noh Amit, Noordeyana Tambi, Mohd Nasir Selamat,
Muhammad Ajib Abd Razak, Nor Azri Ahmad dan Nurul Shafini Shafurdin. 2018.
Perbandingan Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Kesan Dadah Dalam Kalangan Remaja
Sekolah Berisiko. Jld. 38 (2). 114-126. Jurnal Psikologi Malaysia.
Norruzeyati Che Mohd Nasir, Mohammad Rahim Kamaluddin, Noor Azizah Ahmad dan
Nurhazlina Mohd. Ariffin. 2019. Penglibatan Remaja Perempuan Dalam
Penyalahgunaan Bahan. 17-35. Insitut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia.
Othman, A., & Karim, N. S. (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd. Malaysia, Selangor: Herald Printers Sdn. Bhd.
Sabir Bin Abdul Ghani, Fadzli Bin Adam dan Muhammad Rashidi Bin Wahab. 2014.
Penilaian Penyalahgunaan Dadah Menurut Fatwa Ulama Dari Perspektif Islam. Jld.
2 (1). 57-62. Journal of Business and Social Development.
Syaherah Mustafa. 2020. “Kes penagihan dadah meningkat ketika PKP” dlm. Harian
Metro. 24/06/2020.
Vivi Olviana Najurus. 2020. “Sembilan pelajar terlibat penyalahgunaan dadah ditahan”
dlm. Utusan Borneo Online. 15/07/2020
Wartawan Berita Sabah. 2019. “Masih Ditahap Membimbangkan. Sabah catat
peningkatan 14.6 peratus penyalahgunaan dadah” dlm. Berita Sabah.com.
06/11/2019.

You might also like