You are on page 1of 37

Ketagihan dan Penyalahgunaan Dadah di kalangan Selebriti Tempatan: Kajian

terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik


(Drug Use among Celebrities in the Malaysian Film, Television and Music Industry)

Abstrak

Kajian ini dijalankan berhubung dengan penggunaan dadah di kalangan selebriti tempatan di
dalam Industri Filem, Televisyen dan Muzik di Malaysia. Kajian ini telah menggunakan
kaedah campuran yang melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Tujuan kaedah ini
digunakan adalah untuk memastikan data yang di kumpul adalah menyeluruh dan mendalam.
Proses pengumpulan data bagi kajian ini telah dibahagikan kepada dua fasa iaitu kaji selidik
dan temuduga. Populasi kajian adalah merupakan ahli SENIMAN seramai 4488 ahli.
Keseluruhaanya, kajian ini telah berjaya mengumpul sebanyak 766 responden baji kaji selidik
dan 89 responden bagi kaedah temuduga yang termasuk sesi kumpulan fokus dan temuduga
secara individu.

Analisa kuantitatif menunjukkan bahawa lebih 80 peratus responden bersetuju bahawa


penggunaan dadah akan menyebabkan kepada reputasi negatif terhadap artis. Hasil kajian ini
juga menunjukkan bahawa ganja adalah merupakan jenis dadah yang paling kerap digunakan
di kalangan artis. Hasil penemuan ini telah disokong oleh hasil penemuan dari kaedah
kualitatif yang mana ganja adalah merupakan jenis dadah yang paling kerap di sebut semasa
sesi temuduga. Rakan, individu, bergembira dan tekanan adalah merupakan faktor utama
kepada penggunaan dadah di kalangan artis. Penggunaan dadah di kalangan artis, menurut
hasil kajian telah memberi lebih banyak kesan negatif berbanding persepsi positif. Kesan
negatif terhadap kerja, kesihatan dan emosi adalah membimbangkan. Penemuan dari hasil
kajian ini telah berjaya memberikan satu sumber rujukan kepada pihak AADK dan juga
SENIMAN mengenai tahap keterlibatan artis dalam penyalahgunaan dadah. Isu-isu strategik
seperti masa kerja berlebihan dan juga integrasi strategik antara artis dan pihak berkuasa perlu
diambil tindakan segera dan ini dapat membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)
membangunkan langkah dasar bagi mengenal pasti serta membendung penggunaan dadah di
kalangan kategori ini di Malaysia.

1
1.0 Pengenalan

Ini merupakan kajian yang dijalankan terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik di
Malaysia berhubung dengan penggunaan dadah dalam kalangan selebriti tempatan. Kajian ini
merupakan usahasama antara Multimedia University (kampus Cyberjaya), Persatuan Seniman
Malaysia (SENIMAN) dan di biayai oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), di bawah
Kementerian Dalam Negeri. Kajian ini mengambil masa lebih dari 9 bulan bermula pada
Oktober 2015 dan tarikh akhir laporan adalah pada Jun 2016 yang mana mewakili keputusan
hasil kajian yang telah dijalankan.

Bahagian seterusnya bermula dengan latar belakang kajian dan diikuti dengan konteks
kajian. Bahagian metodologi berikutnya pula diteruskan dengan penerangan mengenai kaedah
pengumpulan dan analisa data. Rangka kerja terdiri daripada tiga elemen utama penggunaan
dadah iaitu faktor penggunaan, kesan penggunaan dan kaedah-kaedah pencegahan atau
pengurangan, dan digunakan untuk membentuk hasil kajian ini. Yang terakhir, satu set
kesimpulan dan cadangan akan dikemukakan.

1.1 Objektif kajian

Secara tidak langsung, ada di antara faktor-faktor yang menyebabkan selebriti ketagihan
dadah adalah seperti berikut 1:

1. Kesunyian

2. Ketidakupayaan mengatasi tekanan menjadi popular

3. Kadar kehidupan yang pantas

4. Perasaan sunyi yang menjurus kearah rasa tidak gembira (muram)

5. Selebriti menjadi mangsa mudah bagi pengedar dadah

6. Kemampuan

1
https://www.quora.com/Why-do-so-many-celebrities-become-addicted-to-drugs

2
Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk yang berikut:

1. Memahami sifat dan tahap penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti yang


dipilih di dalam warga SENIMAN – khususnya bagi menyelesaikan isu mengenai
jenis/kategori dadah yang digunakan, sumber dan kekerapan penggunaan;

2. Mengumpul statistik diskriptif asas dari segi pengunaan di kalangan kategori


seperti isu mengenai umur, jantina dan kaum;

3. Menentukan faktor-faktor yang menjurus ke arah pengunaan dadah di kalangan


komuniti terbabit;

4. Mengenal pasti langkah-langkah pengurangan dan pencegahan bagi membantu


kumpulan-kumpulan berkenaan terutamanya bagi kes ketagihan dan
penyalahgunaan; dan

5. Membantu Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) membangunkan langkah


dasar bagi membendung/mengenal pasti penggunaan dadah di kalangan kategori
ini di Malaysia.

2.0 Ulasan Karya dalam Penggunaan dan Penagihan Dadah

Norliza et al. (2014) menyatakan bahawa terdapat hanya “109 artikel yang berkaitan dengan
penyalahgunaan dadah yang ditemui dalam carian melalui pangkalan data khusus untuk
mengindeks semua data asal yang berkaitan dengan dadah yang diterbitkan di Malaysia
antara 200-2013” [ms.1]. Daripada jumlah ini, majoriti risalah/kajian ini berkaitan dengan
hasil daripada pengunaan dadah, berdasarkan kepada perspektif psikologi-klinikal.
Risalah/kertas kerja lain memberi fokus kepada isu dan cabaran berkenaan dengan kemudahan
dan proses pengurusan penyalahgunaan dadah di dalam negara ini. Tambahan lagi, kajian ini
lebih menjurus kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan bagi masalah ketagihan.

Sehingga kini, tiada sebarang laporan yang memberikan statistik diskriptif asas yang
menunjukan ke arah tahap penyalahgunaan dadah di kalangan populasi seni penggambaran
dan persembahan. Walaubagaimanapun, pihak awam sering membaca laporan-laporan
penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis-artis hanya di media kebanyakannya. Dengan itu,

3
kajian yang menyelidik sifat dan tahap penggunaan dadah di kalangan artis di Malaysia adalah
wajar.

Akta Dadah Berbahaya (1952) telah dikuatkuasakan di Malaysia bagi mentadbir


masalah yang berkaitan dengan ketagihan dan/atau penyalahgunaan dadah di Malaysia.
Norliza et al. (2014) melaporkan bahawa “penyalahgunaan dadah paling kerap termasuk
perangsang, kratom, ganja dan ketamine jenis heroin, methamphetamine dan amphetamine”
[ms. 55].

Ariaratnam et al (2007) telah menjalankan satu kajian berkenaan dengan


penyalahgunaan dadah di kalangan remaja di Malaysia. Penulis menyebutkan bahawa tekanan
adalah merupakan sebab utama remaja (pelajar sekolah menengah di Selangor) terjebak
dengan penyalahgunaan dadah. Kajian ini juga menyatakan bahawa kumpulan remaja ini tidak
menyedari akan kesan sampingan atas pengunaan dadah seperti methamphetamine and
ketamine.

Tambahan pula, kajian oleh Marican et al (2007) menunjukkan bahawa secara


keseluruhannya, tiada perbezaan yang ketara dari segi tahap dan bahan-bahan bagi tujuan
penyalahgunaan dadah diantara kaum yang berlainan di Malaysia. Kajian ini juga melaporkan
bahawa di Malaysia, lebih ramai kaum lelaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah berbanding
dengan kaum wanita. Mereka juga melaporkan bahawa Sabah merekodkan jumlah yang
tertinggi bagi penyalahgunaan dadah di kalangan kaum wanita di Malaysia. Kesan sampingan
negatif terhadap penyalahgunaan dadah termasuk penyakit Sifilis dan Hepatitis C amat kerap
di kesan (Vicknasingam et al., 2009).

2.1 Penyalahgunaan dan ketagihan dadah dalam kalangan selebriti

Kajian-kajian di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa kajian yang telah dijalankan
mengenai penyalahgunaan dadah di Malaysia hanya menjurus ke arah isu am. Lebih lagi, tiada
sebarang kajian yang dilaksanakan bagi memeriksa tahap penyalahgunaan dadah di kalangan
selebriti tempatan. Oleh itu, kajian ini adalah wajar dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan
kadar penyelidikan terhadap isu ketagihan dan penyalahgunaan dadah.

4
Selebriti memberikan kesan secara tidak langsung kepada masyarakat, secara
khususnya di kalangan remaja dan belia. Satu kajian yang dijalankan oleh Fraser & Brown
(2002) menunjukkan “the powerful influence that celebrities can have on those who identify
closely with their mediated images” [ms.183]. “Pengaruh selebriti pada abad ke-21 ini bukan
hanya sekadar hiburan sahaja”, menurut Choi & Berger (2010:313).

Di samping itu, mereka menunjukkan bahawa internet merupakan pemacu utama di


mana ia telah membolehkan usaha global untuk kemahsyuran selebriti seperti seni “famous for
being famous” atau ”terkenal kerana menjadi terkenal” [ms.314]. Malah, Internet
membolehkan pembiakan yang lebih besar daripada imej-imej dan cerita-cerita tentang
kehidupan seharian selebriti yang mana secara tidak langsung melibatkan pengikut bagaimana
untuk mengaitkannya dengan kehidupan harian mereka sendiri.

Sebaliknya, pendekatan ini, kajian psikologi menunjukkan di mana “hanya manusia


yang mempunyai keupayaan untuk memerhati dan meniru tingkahlaku yang kompleks” (Choi
& Berger, 2010:315). Ia seperti menggalakkan pengikut untuk menjadi seperti selebriti.
Selebriti berupaya mempengaruhi para remaja dengan menjadi model dan idola kepada
kumpulan yang senang di pengaruhi (remaja).

Oleh itu, aktiviti-aktiviti negatif oleh kumpulan ini, seperti penyalahgunaan dadah,
boleh memberikan kesan yang besar kepada masyarakat Malaysia. Lebih lagi, seperti yang
dinyatakan, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai maklumat asas terhadap tahap dan
sifat penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti Malaysia. Jadi, di sinilah peranan Persatuan
Seniman Malaysia (SENIMAN) dalam kajian ini diketengahkan.

3.0 Metodologi

Berdasarkan kepada kebimbangan mengenai isu maklumat sulit dan privasi, kajian ini akan di
buat secara berhati-hati. Data akan dikumpulkan melalui kaedah campuran dalam dua fasa
yang akan melibatkan kaedah kuantitatif (survey) dan kualitatif (kumpulan fokus/temuduga).
Data akan merangkumi artis-artis penggambaran dan persembahan yang terletak di sekitar
Lembah Klang sahaja. Fasa-fasanya adalah seperti berikut.

5
3.1 Fasa Pertama – Kaji Selidik

Bagi Fasa Pertama, aktiviti pengumpulan data melalui kaji selidik telah dijalankan. Ia telah
melibatkan proses kaji selidik menggunakan ahli seniman (4488 ahli) sebagai populasi
sampel. Bagi mendapatkan jumlah responden yang baik, aktiviti kaji selidik ini telah
dijalankan beberapa peringkat. Sila rujuk Jadual 1 bagi maklumat lengkap pengumpulan data
bagi kaji selidik.

3.1.1 Fasa Pertama – Pengumpulan Data

Tujuan proses ini dijalankan adalah bagi mendapatkan statistik demografik mengenai ahli-ahli
seniman tentang beberapa perkara termasuk kesedaran mengenai dadah dan penggunaan
dadah itu sendiri. Soalan kaji selidik telah disediakan dengan merangkumi tiga (3) bahagian:
(1) soalan demografi (empat (4) soalan), (2) soalan berkaitan keterlibatan artis dalam bidang
seni (satu (1) soalan), dan (3) soalan berkaitan keterlibatan artis dalam pengunaan dadah (dua
(2) soalan).

Soalan-soalan kaji selidik ini telah diadaptasikan daripada kajian yang telah dilakukan
oleh penyelidik dari John Hopkins University mengenai ketagihan dadah. Soalan-soalan juga
telah dimuatkan dalam satu (1) muka surat bagi memudahkan responden menjawab. Aktiviti
pengumpulan data bagi Fasa Pertama telah bermula sejak Ogos 2015 dan berakhir pada
Januari 2016. Kaji selidik ini telah dijalankan secara berperingkat menerusi aktiviti-aktiviti
SENIMAN. Ini adalah bagi memastikan jumlah responden adalah mencukupi dan bersesuaian.

Secara keseluruhannya, jumlah responden yang berjaya diperolehi adalah sebanyak


974 respon. Walaubagaimanapun, dari jumlah ini, hanya 766 respon boleh di guna pakai.
Sebanyak 208 (21%) respon tidak dapat di guna pakai. Terdapat beberapa sebab mengapa ini
terjadi, sebab utama ialah dimana terdapat responden yang tidak menjawab borang kaji selidik
dengan lengkap atau memulangkan borang kosong. Aktiviti-aktiviti pengumpulan data kaji
selidik melalui SENIMAN adalah seperti Jadual 1 berikut:

6
Jadual 1: Jumlah Responden untuk Fasa Pertama

Aktiviti SENIMAN Tarikh Jumlah Responden


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 15 Ogos 2015 634
Majlis Korban Aidil Adha (Masjid Antarabangsa) 26 Sept 2015 37
Festival Filem Malaysia (KLCC) 5 Sept 2015 83
KL Street Jam (Dataran Merdeka) 2 & 9 Okt 2015 220
Jumlah 974

3.1.2 Fasa Pertama – Analisa Data

Bagi Fasa pertama ini, data telah dianalisa menggunakan perisian kuantitatif SPSS. Dengan
menggunakan perisian SPSS, data dapat diurus dan dianalisa dengan lebih efektif dan teratur.

3.2 Fasa Kedua – Kumpulan Fokus dan Temuduga

Berdasarkan daripada penemuan Fasa Pertama, Fasa Kedua telah melibatkan kaedah kualitatif
melalui sesi kumpulan fokus (focus group) dan temuduga (interview). Kedua-dua kaedah ini
telah menggunakan strategi ikutan atau “snowballing”. Teknik pensampelan “snowball” akan
digunakan bagi mengenalpasti selebriti yang dapat menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan. Kajian ini menjangkakan seramai 100 responden (n=100) akan digunakan
sebagai unit analisa bagi memastikan objektif kajian ini dicapai.

3.2.1 Fasa Kedua – Pengumpulan Data

Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada beberapa kategori. Ia termasuk artis yang
berkemungkinan mengambil dadah mengikut maklumat SENIMAN; artis yang di ketahui
umum mengambil dadah dan akses kepada artis terbabit. Walaubagaimanapun, tempat dan
masa untuk mengendalikan temuduga berpihak pada ketersediaan artis.

Soalan temuduga / kumpulan fokus

Bagi Fasa Kedua, kedua-dua kaedah telah menggunakan set soalan yang sama. Sila rujuk
Lampiran 2 bagi contoh soalan kumpulan fokus dan temuduga. Ia adalah merupakan soalan

7
berstruktur yang telah disediakan berdasarkan kepada ulasan karya yang berkaitan dengan
subjek penyelidikan. Soalan-soalan bagi Fasa Kedua merangkumi dua (2) bahagian: (1) soalan
demografi dan (2) soalan yang merujuk kepada objektif kajian. Walaubagaimanapun,
bahagian kedua soalan ini telah dibahagikan kepada dua tema iaitu dikhaskan untuk pengguna
dan bukan pengguna dadah. Tujuan kaedah ini adalah bagi memastikan responden berasa
selesa apabila ditemuduga. Pada dasarnya, soalan-soalan Fasa Kedua ini lebih tertumpu
kepada pengalaman artis dalam menggunakan dadah atau pengalaman mereka dalam
berinteraksi dengan artis lain yang menggunakan dadah. Soalan-soalan ini di bentuk
berdasarkan objektif kajian dimana beberapa tema telah diketemukan termasuk faktor-faktor
menggunakan dadah; kesan-kesan penggunaan dadah dan kaedah pencegahan atau
pengurangan bagi penggunaan dadah.

Semua sesi kumpulan fokus telah di selengara oleh pihak SENIMAN dan pihak
Multimedia University bertindak sebagai pemerhati. Pihak SENIMAN telah mengenal pasti
artis-artis yang berada didalam genre yang sama untuk disatukan di dalam satu kumpulan
fokus. Strategi ini dilakukan bagi memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih relevan
dan lengkap. Semua sesi kumpulan fokus telah dijalankan di pejabat SENIMAN sendiri.

Bagi Fasa Kedua ini, data juga telah di perolehi melalui aktiviti temuduga secara
persendirian yang lebih mendalam (in-depth interview). Melalui teknik ini, responden telah
berkongsi pengalaman mereka terlibat dengan dadah dengan lebih mendalam dan lengkap.
Disebabkan oleh kekangan masa dan kesibukan artis itu sendiri, kebanyakan sesi temuduga ini
telah dijalankan secara tidak formal.

Secara keseluruhan, Fasa Kedua telah berjaya mengumpul seramai 89 orang responden
termasuk sesi kumpulan fokus dan sesi temuduga seramai 64 orang (19 kumpulan) dan 25
orang masing-masing. Jumlah tempoh rakaman adalah selama lebih kurang 12 jam.

8
Jadual 2: Pengumpulan Data – Fasa Kedua – Sesi Kumpulan Fokus

Jadual 3: Pengumpulan Data – Fasa Kedua – Sesi Temuduga

9
3.2.2 Fasa Kedua – Analisa Data

Bagi Fasa Kedua, data telah dianalisa menggunakan teknik analisa tematik. Kaedah analisa
tematik ini adalah merupakan kaedah yang popular dalam kajian kualitatif. Menurut teknik
ini, tema akan timbul sama ada dari data itu sendiri atau boleh di garap dari soalan atau
objektif kajian. Bagi kajian ini, tema yang telah digunapakai adalah merujuk kepada objektif
kajian dan juga tema yang timbul dari data itu sendiri. Antara tema-tema yang telah
digunapakai adalah termasuk faktor-faktor penggunaan dadah, kesan-kesan pengunaan dadah,
jenis-jenis dadah dan kaedah-kaedah pencegahan dan pengurangan. Terdapat juga tema yang
timbul dari data responden seperti hak masing-masing; nasihat dan persepsi atau tanggapan.

Kajian ini telah menggunakan perisian kualitatif NVivo10 bagi membantu


menguruskan data yang telah di perolehi dari kedua-dua kaedah terbabit. Berbanding dengan
kaedah analisa secara manual, penggunaan perisian kualitatif telah membolehkan analisa
dijalankan secara lebih efisien dan efektif.

Jadual 4: Analisa Data (NVivo) – Tema Penting

10
4.0 Penemuan hasil analisa data

Berikut adalah perbincangan berkenaan penemuan hasil bagi Fasa Pertama dan Kedua.

4.1 Hasil Penemuan - Fasa Pertama

Secara keseluruhannya, Fasa Pertama telah berjaya mengumpul sebanyak 766 responden yang
boleh digunapakai.

4.1.1 Kesan penggunaan dadah

Setelah di analisa menggunakan perisian kuantitatif SPSS, analisa data bagi 766 responden
telah menunjukkan bahawa seramai 617 responden (80.55%) telah bersetuju dan memahami
bahawa dadah adalah berbahaya dan boleh membawa kepada reputasi yang negatif (lihat
Rajah 1).

4.1.2 Jenis dadah

Walaubagaimanapun, daripada 766 kaji selidik yang boleh dipakai, cuma 18 responden telah
menjawab bahawa mereka pernah menggunakan dadah. Data ini telah di perolehi dari soalan
b.dari borang kaji selidik yang menyoal kepada mereka “pernahkah anda menggunakan
dadah dibawah ini?”. Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis dadah yang pernah digunakan oleh 18
responden ini. Daripada rajah tersebut, kebanyakan daripada mereka tidak menyedari jenis
dadah yang mereka gunakan kerana mereka lebih mementingkan kesan penggunaan dadah
tersebut daripada jenis dadah terbabit.

11
Rajah 1: Kesan penggunaan dadah

Rajah 2: Jenis dadah yang digunakan (18 responden)

12
4.1.3 Statistik demografi

Bagi Fasa Pertama, analisa seterusnya telah dilakukan bagi 18 responden terbabit sahaja. Ini
adalah bagi memastikan penemuan kajian adalah lebih relevan dan tepat. Statistik diskriptif
bagi demografi telah menunjukkan bahawa 67% responden yang menggunakan dadah adalah
lelaki dan 33% adalah perempuan.

Bagi analisa bangsa dan agama, kesemua 18 responden yang mengaku menggunakan
dadah adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Dari segi umur dan keterlibatan dalam industri seni, analisa telah menunjukkan
bahawa 67% adalah berumur 35 tahun kebawah dan 72% hanya terlibat dalam industri seni
kurang dari 10 tahun. Rajah 3 dibawah menunjukkan butir-butir demografi berkenaan dengan
18 responden tersebut.

Berdasarkan kepada analisa data bagi Fasa Pertama, kajian telah mendapati, terdapat
bukti dasar yang menunjukkan adanya penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti. Oleh itu,
Fasa Kedua telah dijalankan bagi mendapatkan penemuan yang lebih mendalam.

4.2 Hasil Penemuan - Fasa Kedua

Pihak SENIMAN telah berjaya mendapatkan seramai 89 responden untuk mengambil


bahagian dalam sesi temuduga/kumpulan fokus di mana ianya telah terdiri daripada sebanyak
19 kumpulan fokus dan 25 temuduga secara individu. Kumpulan fokus tersebut terdiri di
antara 4-6 responden di mana sesi-sesi tersebut mengambil masa selama 10 hingga 60 minit.

Berdasarkan kepada analisa data Fasa Kedua, terdapat beberapa tema yang telah
dikenalpasti. Secara dasarnya, tema-tema ini adalah merujuk kepada soalan dan objektif
kajian.

13
Rajah 3: Analisa demografi bagi 18 responden yang menggunakan dadah

14
4.2.1 Jenis dadah

Merujuk kepada objektif kajian mengenai jenis-jenis dadah yang digunakan, penemuan hasil
daripada Fasa Kedua menunjukkan bahawa “ganja” adalah jenis dadah paling dikenali dalam
kalangan selebriti tempatan. Ini adalah kerana perkataan “ganja” telah disebut sebanyak 244
kali melalui sesi-sesi temuduga/kumpulan fokus. Ini telah diikuti oleh dadah jenis “heroin”
dan “ais” masing-masing disebut sebanyak 50 dan 42 kali, seperti Rajah 4 berikut.

Rajah 4: Jenis dadah sering disebut dalam sesi-sesi Fasa Kedua

4.2.2 Faktor-faktor penggunaan dadah

Tema seterusnya adalah faktor-faktor artis menggunakan atau tidak menggunakan


dadah. Kajian telah mendapati bahawa terdapat sub-tema yang wujud apabila analisa
mendalam dijalankan. Jumlah respon yang di dapati merujuk kepada tema ini adalah sebanyak
176. Struktur penemuan kajian ini adalah berdasarkan kepada populariti tema-tema yang
terbabit.

15
Rajah 5: Faktor-faktor penggunaan dadah

Faktor penggunaan yang paling popular di kalangan selebriti di Malaysia adalah


pengaruh rakan-rakan (36 respon). Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber


“Bagi saya faktor utama, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran. Sebab FG18
dari situ, kita terasa ingin mencuba ...”

“...kebanyakkan sebab kawan sebab terpengaruh dengan kawan. Dia rapat I15
pun dengan kawan-kawan yang ambil dadah jugak.”

Faktor yang seterusnya adalah kecenderungan individu (26) terhadap dadah. Majoriti
adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan bukan kerana orang lain. Seperti yang
dinyatakan oleh responden-responden:

Kata-kata responden Sumber


“Benda tu bergantung kepada individu juga. Kadang-kadang ada je individu I24
yang ambil atas alasan yang tersendiri, kita tak boleh nak menafikan benda
tu. Diaorang lebih tahu kalau ambil dan tak ambil tu jadi macam mana.”

“...sebenarnya faktor ni alasan je. Sebenarnya diri sendiri yang nak ...” FG19

16
“Dari situ kenal nya ganja, tapi kita takdelah salahkan kawan-kawan. Tu diri FG19
kita sendiri. So, aku pun cuba lah. Memang terasa feel.”

Sebab popular yang seterusnya terhadap penggunaan dadah adalah disebabkan oleh
tekanan (23) dan untuk berseronok (23). Para responden menyatakan bahawa sebab mereka
mengambil dadah adalah hanya untuk berseronok semata-mata dan tidak lebih dari itu:

Kata-kata responden Sumber


“…saya ambil tu memang suka-suka takde masalah keluarga ke saya takde I7
stress, masa tu stress dengan kerja sekolah ke apa takde…”

“…kebanyakkan semua for fun, yang banyak saya kenal semua untuk fun.” I2

Walaubagaimanapun, dapat juga dikenalpasti bahawa faktor-faktor penggunaan dadah ini


adalah disebabkan tekanan. Dan akibat tekanan daripada isu-isu peribadi, mereka boleh
beralih kepada penggunaan dadah bagi melepaskan atau mengurangkan tekanan mereka.

Seperti yang disahkan oleh responden:

Kata-kata responden Sumber


“…himpunan tekanan yang menyebabkan aaaaa keinginan-keinginan FG5
seseorang itu menjurus kearah itu.”

“…selepas penceraian tu lah saya banyak tekanan, mula berkawan dengan


orang-orang macam ni.”

Faktor-faktor umum yang ketara di kalangan selebriti adalah untuk meningkatkan


emosi/mood mereka, menstabilkan keadaan emosi mereka dan untuk mendapatkan lebih
banyak idea dan ilham (18). Seperti yang dinyatakan oleh responden bahawa dadah
mengukuhkan emosi mereka bagi memastikan kerja mereka berjalan dengan lancar.

Kata-kata responden Sumber


“… mula-mula ambil sebab berlakon tapi kadang2 sebab emosi. Ganja I5
menguatkan emosi sendiri.”

“… kita punya pekerjaan menggunakan emosi ...” I13

17
Faktor seterusnya membincangkan tentang penggunaan dadah yang disebabkan oleh
perkara-perkara berkaitan dengan kerja (16). Terutama sekali bagi pelakon, mereka
memerlukan tahap ketenangan tertentu ketika mempersembahkan lakonan mereka.
Kebanyakan pelakon ini mempunyai perasaan malu dan mereka hanya boleh bekerja apabila
mereka menggunakan dadah. Dan mereka menggunakan dadah sebagai jalan mudah untuk
menghapuskan kegugupan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh para responden.

Kata-kata responden Sumber


“Saya ni agak pendiam. Bila saya menceburi bidang lakonan, saya agak I25
gugup dan malu. Bila saya ambil ganja, saya dapat sikit ketenangan. Bila
dah tenang, saya mudah untuk menjiwai watak.”

“Itulah, mungkin pada awalnya nak hilangkan rasa nervous tu haaa tu FG12
rasarasanya laaa. Kononnya boleh cepat hafal skrip …”

Faktor lain penggunaan dadah yang berkaitan dengan aktiviti kerja adalah untuk
menambahkan tahap keyakinan diri (9). Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang
responden:

“…dia tak takda self-esteem, dia takde motivation, itu sebab dia perlukan
benda yang sebegitu untukmendapatkan keselesaan pada diri dia…
maksudnya bila time-time dia nak menyanyi atau time dia nak buat
perfomance benda tu akan bagi dia … motivate sendiri …”

Sumber: I6

Mengikut responden, budaya luar dan tenaga (8) juga merupakan salah satu penyebab
dalam penggunaan dadah. Salah seorang responden memberitahu bagaimana budaya barat
menjadi penyebab kepada pengunaan dadah:

“Jadi kita kena faham, dadah ni berasal dari barat. Di barat ni, kita jadi
ikutan jadi kebanggaan, maknanya kalau kita nak jadi penyanyi ke … jadi
pemain gitar ke … jadi artis ke … kita tengok … kita mesti nak jadi macam
barat. Sebab di barat tu dia jadi kebanggaan, kalau tak hisap dadah ni kira
kita ketinggalan laaa …”

18
Sumber: I8

Dalam bidang penggambaran, keperluan untuk bekerja dalam masa yang panjang dan
tidak menentu menjadikan artis melibatkan diri dalam gejala penggunaan dadah. Seperti yang
ditegaskan oleh seorang responden:

“Dalam industri hiburan, kerja kita tak sama macam orang lain,
kadangkadang orang tengah cuti pun, tapi kita masih kerja. 2 atau 3 pagi
masih shooting. Then, energy tu different …”

Sumber: I24

4.2.3 Faktor-faktor tidak menggunakan dadah

Terdapat pelbagai sebab penting bagi menolak penggunaan dadah dalam kalangan selebriti.
Secara umum, sebab-sebab atau faktor-faktor yang menolak dadah adalah disebabkan oleh
keyakinan diri yang kukuh, hubungan kekeluargaan dan agama. Kenyataan di bawah
menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan memainkan peranan dalam menentukan
kebarangkalian penggunaan dadah atau tidak. Ada juga responden yang menyebut tentang
kepentingan disiplin diri:
Kata-kata responden Sumber
“… saya berjanji dengan mak saya dah, mak saya pun dah janji dengan saya I1
dah, dia cakap kalau awak ambil benda-benda macam ni, terjadi apa-apa
tanggung la sendiri, sakit badan tanggung sendiri itu je…”

“... kenapa perlu ambil sesuatu yang merbahayakan diri pada diri sendiri.” FG2
“… saya dah tune dalam kepala otak itu haram haram lah benda tu I8
merosakkan merosakkanlah saya tak akan ada keinginan langsung nak
mencuba benda yang merepek-repek macam tu.”

Beberapa responden menyatakan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan seseorang


tidak melibatkan diri dalam penggunaan dadah adalah disebabkan oleh iman yang kuat dalam
pegangan agama:

Kata-kata responden Sumber

19
“... paling wajib kuatkan iman kita supaya kita boleh kawal ataupun FG1
kita berhenti, minta dijauhkan dari benda-benda macam ni.”

Daripada penemuan diatas, dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor penyebab kepada


penggunaan dadah adalah lebih bersifat kesalingpercayaan dan keperluan kerja dalam industri.

4.2.4 Kesan-kesan penggunaan dadah

Salah satu aspek yang paling penting dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan
penggunaan dadah dalam kalangan selebriti di Malaysia. Berdasarkan analisa, setiap
responden mempunyai perspektif yang berbeza mengenai kesan-kesan pengambilan dadah. Ia
termasuk kesan negatif, positif dan neutral.

4.2.4.1 Kesan negatif penggunaan dadah

Majoriti responden (38 daripada 44) mendapati bahawa penggunaan dadah mempunyai kesan
negatif ke atas pengguna. Ia mempunyai kesan negatif melibatkan beberapa perspektif. Ia
termasuk kesan kepada kerja, isu-isu kesihatan, emosi, personaliti dan lain-lain.

Rajah 6: Kesan-kesan penggunaan dadah

20
Rajah 7: Kesan negatif penggunaan dadah

Kebanyakan responden menyatakan bahawa dadah yang digunakan telah memberi


kesan terhadap kerja-kerja selebriti dengan pelbagai cara. Kesan yang biasa dapat dilihat
adalah kehilangan fokus ketika bekerja. Manakala, sebahagian selebriti pula apabila
menggunakan dadah, mereka tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dengan baik.
Sehingga satu tahap dimana, ia memberi kesan terhadap disiplin kerja mereka yang mana
secara tidak langsung turut memberi kesan kepada hasil kerja orang lain. Ini telah dinyatakan
oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber


“... ada yang kena tu lost, lost sampai tak ingat dialog, macam blur je kan FG3
dating ...”

“...effect kepada bila berkerja tidak boleh berkejasama dengan baiklah.” FG2
“… I mean personal life dia then affect kita punye personal jugak… ko kita FG1
nak datang keje tapi ko datang lambat la tu 4 to 6, 5.30 ko baru sampai,
orang pukul 6 dah nak habis, ko tak menyusahkan orang ke?...”

21
Masalah disiplin ini memaksa kepada penundaan tempoh kerja kerana penggambaran
terpaksa dibatalkan kerana selebriti tersebut. Seperti dinyatakan oleh beberapa orang
responden:

Kata-kata responden Sumber


“Kadang-kadang kita shooting, kerana dia sorang haa dah tak jadi nak FG12
shooting.”

“… kesan-kesan dari segi disiplin arr kot yang saya nampak, disiplin arrr I4
hilang daripada set arrr datang set yang kalau macam setengah orang yang
normal datang set lambat daripada call time, lambat setengah jam ataupun
arr kurang daripada sejam arr itu normal.”

Antara sudut lain yang membimbangkan mengenai kesan sampingan penggunaan


dadah ini adalah dari segi kesihatan. Kesan ini dapat dilihat dari segi psikologi dan fizikal.

Secara fizikal, penggunaan dadah telah memberi kesan dengan pelbagai cara. Seperti
yang dinyatakan oleh salah seorang responden:

Kata-kata responden Sumber


“Lepas tu satu lagi kan, dia pergi rumah orang kahwin kan, dia rasa macam FG12
filem negatif yang black and white. Dia tak kenal orang kat situ siapa-siapa,
dia cakap je.”

“Pengalaman saya masa mula ambil benda ni, saya rasa saya tak boleh nak FG18
handle, saya tak boleh nak berdiri, pening, jalan bergoyang, tak boleh nak

buat kerja. So saya rasa benda ni sangat memberi kesan yang tak baik. Jadi,
better saya berhenti.”

“… bila ending dia tu macam sakit-sakit badan arr ending dia sakit sendi I7
sakit rahang apa semua kan jadi kacip kan so bila kacip kita dah ending tu
arr besok tu baru rasa arrr dia punya siksa tu kan…”

Dari segi psikologi, ia telah memberi kesan kepada pengguna dadah untuk menjadi gila
atau tidak siuman. Seperti yang dinyatakan oleh seorang responden:

22
“… jadi tak betul macam short wire short so orang kata mungkin ada effect
daripada apa yang dia ambil ada separuh artis saya tengok dia ketagih,
takde dia jadi tak betul …”

Sumber: I11

Kesan negatif paling popular yang seterusnya tentang penggunaan dadah adalah kesan
terhadap emosi. Secara umumnya, hampir separuh daripada jawapan temuduga ini menyebut
bahawa penggunaan dadah telah memberi kesan kepada emosi pengguna.

Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan tahap yang berbeza-beza, daripada kesan ringan


sehingga kepada tahap agresif. Ada juga kesan yang membolehkan perubahan mood yang
mengkhayalkan sehingga boleh membawa selebriti tersebut ke dalam alam halusinasi. Emosi
yang tidak menentu adalah merupakan salah satu kesan negatif kepada pengguna dadah.

Seperti yang dikongsikan oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber


“… bila yang amik benda tu dia memang buat sesuatu di luar kawalan dan FG1
dia pun tak sedar apa yang dia dah buat.”

“Dia biasa je lek jee, bila dah kena dia asing dah, jadi FG12
menyorokmenyorokkan diri. Bila pengarah tengking, pommm dia naik, dia
melenting.

Emosi dia naik …”

“Ganja ni kekadang, ada yang kita dapat tu membuatkan kita rasa nak I25
bersendirian, nak diam. Ada yang jenis macam tu. Tapi ada juga yang
membuatkan kita rasa seronok, teruja tak pasal-pasal. Pengalaman abang
sendiri. Kadang-kadang jadi diam, sedih.”

Kesan negatif ini boleh sampai ke satu tahap yang mana dadah itu boleh mengawal
kehidupan seharian artis terbabit. Senario terburuk ialah apabila dadah itu sendiri mengawal
tingkah laku dan gerak-geri dalam melakukan sesuatu perkara.

Kata-kata responden Sumber

23
“Kelainan laa, sebelum tu biasa je seronok, normal je. Tapi bila dah kena FG12
benda tu bila dah ramai bercerita kann jadi dia macam mendayu laa kadang
saya dengar rasa macam dia jauh jee kadang dekat jeee. Dia halusinasi
laaa…”

“… tengok diorang kena, boleh cakap sampai benda tu dah macam control FG13
dia laa, dia dah tak boleh kawal pun benda tu laaa pasal dia dah kena pagi
petang rutin dia mesti kena, kalau tak kena mesti blur.”

Kesan dadah pada emosi pengguna juga telah menjejaskan personaliti mereka.
Perubahan emosi menyebabkan orang lain disekeliling mereka perlu berjaga-jaga tentang
risiko bahawa akan berlaku perubahan emosi secara drastik. Ketidakstabilan emosi mereka
juga menyebabkan mereka juga gemar mengambil risiko.

Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang responden apabila ditanya mengenai
pengalaman mereka berurusan dengan rakan-rakan yang menggunakan dadah atau
pengalaman mereka sendiri.

Kata-kata responden Sumber


“… ada setengah yang dangerous especially lelaki agak bahaya la sebab tu I13
saya tak akan dekat dengan lelaki yang hisap tu semua sebab mereka akan
jadi aggresif … lelaki yang lemah lembut pon boleh jadi aggresif, so saya tak
berani …”

“… actually i takut sebenarnya bersama orang yang di kalangan orang yang FG6
mengambil dadah membuatkan i takut sebab nanti dia might do something
ridiculous ataupun benda-benda yang tak boleh diterima akal.”

“… jangan cabar ermm kalau-kalau diri saya jangan cabar... saya boleh I7
buat benda tu, dia suruh saya pergi kalau dia suruh saya pegi merompak pun
saya boleh pergi arr sampai maksudnya sampai tahap macam tu la tapi
belum pernah terjadi lagi lah …”

Penggunaan dadah telah menjadi rutin atau cara hidup mereka, apabila mereka hanya
bergantung kepada pengambilan dadah sepanjang hari. Ini seperti yang dinyatakan oleh
seorang responden:

24
“…sebab saya ada kawan macam dia sarapan pagi dia itu, makan tengah
hari itu minum petang itu makan malam itu arr dia bangun pagi dia celik je
dia belum basuh muka lagi dia hisap dia buat benda tu dulu dia ambil kokain
dulu dia snap dulu ok pastu baru pergi…”

Sumber: I7

Kesan lain penggunaan dadah di kalangan selebriti termasuklah jenayah dan keluarga.
Kecenderungan pengguna dadah untuk melakukan jenayah adalah lebih tinggi kerana
kurangnya penilaian terhadap sesuatu yang baik atau buruk dalam diri. Pada masa yang sama,
responden bersetuju bahawa penggunaan dadah telah menyebabkan rasa malu kepada keluarga
pengguna yang mana boleh memusnahkan hubungan kekeluargaan.

4.2.4.2 Kesan-kesan penggunaan dadah – Kesan Positif

Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada analisa temuduga, terdapat juga perspektif artis


yang mengatakan terdapat kesan positif tentang penggunaan dadah. Pemangkin idea atau
kreativiti, bahagia / tenang dan memberi tenaga adalah merupakan kesan-kesan positif yang
dinyatakan oleh responden ketika ditemuduga.

Menurut perspektif responden, penggunaan dadah mempunyai pengaruh yang positif.


Ia memberikan mereka ketenangan yang membolehkan mereka untuk berehat dan berbahagia.

Kata-kata responden Sumber


“…bila time break makan malam atau minum petang diorang akan hilang I3
sekejap dan akan masuk balik dengan wajah yang berlainan, diorang bagai
ceria, itu perkara biasa … tapi itu tidak mengganggu la...jadual kerja.”

“Bagi abang, tengok pada kualiti ganja tu. Kadang-kadang ada yang kita I25
dapat tu membuatkan kita rasa gembira, geli hati. Benda yang tak berapa
lucu pun, kita rasa kelakar …”

“Kalau sebelum tu memang rasa baran lah. Tapi takdelah baran sampai kau FG19
rasa nak mengamuk. Tapi bila kau dah dapat sikit, kau akan rasa cool.”

25
Rajah 8: Perspektif positif penggunaan dadah

Lebih penting lagi, mengikut kata responden, penggunaan dadah membolehkan mereka
untuk meningkatkan gaya kerja mereka. Selain itu, mereka mampu menjadi lebih fokus
dengan memberi tumpuan yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka. Responden juga
telah menegaskan bahawa penggunaan dadah telah mencetuskan idea-idea baru dan
meningkatkan daya kreativiti. Lebih-lebih lagi, bagi artis-artis yang bergantung kepada
penjanaan idea, menurut responden, kesan dadah membolehkan mereka untuk berfikir di luar
kotak pemikiran. Mengeluarkan dengan lebih banyak idea yang kreatif. Ini telah dikongsikan
oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber


“…dia dia akan lebih menjiwai watak kalau berlakon, lebih menjiwai watak, FG9
dia akan jadi lebih fokus.”

“…emosi sebelum layan dadah normal, bila dan terlibat dadah mesti rasa tak I14
normal dan gian. Lepas layan, bila buat kerja sy akan lebih fokus. Dadah dah
control kita.”

“Dia sebenarnya dadah tu ... sebenarnyaa … dia expand kita punya daya I18
kreativiti kita tu. Maknanya kalau kita 1 dia boleh jadi 10, boleh jadi 5,

makna dia… dipanggil amplify.”


“Ingatan saya memberikan saya satu kuasa lain untuk lahirkan saya lebih I21
kreatif …”

26
“… kekadang yang amik aaaa benda ni dia punya tahap lawak dia kekadang FG5
luar kotak kadang-kadang kita sendiri tak boleh masuk dengan lawak-lawak
dia …”

“… secara sainsnya, memang tidak bagus untuk kesihatan … tapi secara FG9
psikologi, bagusnya dia apabila dia arr menggunakan bahan organic semula
jadi iaitu ganja untuk memberi sumber inspirasi agar lebih untuk berkarya
dalam industri tuntutanya ialah berkarya …”

Terutama bagi krew-krew produksi, menurut responden yang di temuduga, dadah


memberikan mereka lebih banyak tenaga untuk buatkan mereka kekal bertenaga.

Kata-kata responden Sumber


“… because of kerja masa energy dorang macam mana dorang nak I9
bertahan dari pagi ke pagi itu benda-benda macam ni lah, so boleh
stay bertahan… kekadang dorang tak boleh tahan dorang mengantuk,
dorang tidur nanti bos bos dorang bising, kena buang kerja so dorang
nak bertahankan benda ni …”

“… boleh bertambah tenaga supaya boleh buat kerja lebih masa lah… I1
sekarang ni kita di Malaysia ni kerja macam pekerja buruh, hah 8 pagi
sampai 8 pagi huh shooting dorang perlukan energy…”

Selain dari itu, ia juga telah meningkatkan keyakinan dalam mempersembahkan hasil
kerja mereka atau ketika berurusan dengan orang. Menurut beberapa orang responden, dadah
juga telah meningkatkan keupayaan mereka untuk menghayati atau menjiwai ketika hendak
menyanyi atau berlakon terutamanya. Seperti yang dikongsikan oleh responden:

Kata-kata responden Sumber


“Kesan dia macam ais, emosi jadi terlampau yakin dan rasa macam kita je I14
betul. Dalam kareer, kalau tak layan rasa tak confident.”

“Tu yang kadang-kadang dia rasa dah buat bagus, mungkin katanya nak FG12
elakkan nervous takut ke apa. Macam tu laa …”

27
“Kalau saya shooting, saya memang memerlukan mood, lagi-lagi mood FG19
dalaman. So saya guna ni memang boleh menghasilkan kreativiti saya lah.
Walaupun ada scene yang tak perlu menangis, tapi bila guna ni, jadi lagi
better. Ganja ni membantu …”

“Kalau sebelum dia macam biasa je pun. Tapi bila masuk ganja an dia akan FG15
jadi sedih, kalau cerita benda lebih2 dia jadi menangis sensitive, romantic
gilaaa entah aku tak retilaa dia jadi macam mana.”

Lebih membimbangkan lagi, penggunaan dadah itu dikaitkan dengan kebolehan


menjana lebih banyak wang. Ini telah dinyatakan oleh seorang responden:

“So kalau aku dapat ganja, aku dapat feel, aku dapat hasilkan karya yang bagus.
Gaji aku tinggi. Aku boleh beli …”

Sumber: FG19

Walaubagaimanapun, hanya sebilangan sahaja yang menyatakan bahawa penggunaan


dadah adalah untuk tujuan perubatan.

4.2.5 Kesan-kesan pengunaan dadah – kesan neutral

Analisa temuduga juga menemui beberapa kesan neutral penggunaan dadah. Mereka
menyatakan bahawa penggunaan dadah tidak memberi sebarang pengaruh terhadap kualiti
kerja sesorang selebriti. Sehingga tahap ada yang menyebut bahawa tiada masalah untuk
mengambil dadah jika ia tidak menjejaskan kerja mereka atau mereka tahu bagaimana untuk
mengawalnya. Ini telah diperjelaskan oleh beberapa orang responden.

Kata-kata responden Sumber


“…bila dah sedap dengan benda tu, maknanya mempengaruhi kerja kita dan I23
kononnya benda tu dapat membantu kerja kita. Padahal tak membantu
langsung pun.”

“Mungkin rupanya eh aku ni kalau tak kena benda ni pun takpa sebenarnya. FG15
Kalau tak kena pun aku boleh nyanyi, padahal sama je.”
“… saya rasa kalau kita pandai menggunakan dia tak salah …” FG10

28
“… selagi tak menggangu kerja selagi tak menganggu production …” I9
“… setakat ni saya bekerja selama beberapa belas tahun ni daripada I5
menyanyi sampai berlakon… untuk saya la, biasa bekerja dengan orang tu
tak bagi masalah kat saya, ada juga orang yang tak ambil dadah yang saya
rasa, tak ambil dadah ada je yang datang lambat …”

4.2.6 Kaedah-kaedah pencegahan / pengurangan

Tema seterusnya yang timbul dari sesi temuduga ialah cara-cara untuk mengelakkan atau
mengurangkan penggunaan dadah dalam kalangan selebriti. Kebanyakan daripada responden
menyebut bahawa kerjasama antara selebriti dan agensi-agensi berkaitan adalah sangat
penting untuk menjadi pengantara penggunaan dadah. Ini telah dijelaskan oleh beberapa orang
responden:

Kata-kata responden Sumber


“… aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh NGO-NGO ataupun aaa…mendapat I3
seruan daripada kerajaan supaya kita belia dan jugak selebriti sebagai ikon
bebas daripada dadah.”

“… apa kata kalau korang tukar benda tu since kitaorang macam artis kan FG8
dia adalah seorang ikon kan, arrr ajak kitaorang uttuk macam belia kita buat
ke anti dadah kita buat ramai-ramai biar semua orang happy ke kan bila
orang buat macam tu so orang rasa motivated.”

“… mengharapkan agar sebuah badan ataupun persatuan seperti seniman, I3


gafim, ataupun persatuan karyawan mengambil langkah… aaa …mengada
aktiviti ataupun program artis bersama masyarakat … aaa …aktiviti yang
bertujuan membebaskan diri kita daripada … aaa … gejala dadah …”

Ada juga di antara responden yang menceritakan bahawa bagaimana mendekatkan diri
dengan Tuhan atau bertaubat kepada Tuhan dapat mengelakkan mereka daripada mengambil
dadah. Seperti yang ditegaskan oleh beberapa orang responden:

Kata-kata responden Sumber


“Kadang-kadang abang tak nak fikir. Tapi abang cuba dekatkan diri dengan I25
Tuhan dan solat. Abang berazam lah tak nak bergantung dengan ganja.”

29
“…yang dah guna, saya minta jaga solat baca Al-Quran supaya diri tu FG14
kuat.”

“Jadi aaa kita nyanyi, kita hidup ni bismillahirrahmanirrahim, kerana Allah I18
yang kita kasihi. Tetapi kalau kita dah berpegang kepada tu, maknanya kita
dah hampir ke syirik, faham tak … tak boleh. Jadi pada saya ialah kita nak
nyanyi kita nyanyi, kita happy …”

Walaubagaimanapun, hanya seorang responden yang menyebut tentang kepentingan


pengetahuan mengenai dadah.

“…kalau kita takda knowledge tentang barang-barang ni boleh arrrr merosakkan


badan kita …”

Sumber: FG4

Berdasarkan kepada analisa temuduga, terdapat beberapa orang responden yang


mengenalpasti bahawa tahap penggunaan dadah di kalangan selebriti di Malaysia masih boleh
dianggap sedikit dan terkawal.

“…masih lagi dapat control kerana adanya profima, kerana adanya


pengarahpengarah dan producer yang tegas dalam perkara ini, maka gejala-gejala ni
dapat … aaa … dibendung perlahan-lahan …”

Sumber: I3

Dan apabila ditanya tentang nasihat yang ingin diberikan pada pengguna, kebanyakan
daripada responden bersetuju bahawa selebriti tidak sepatutnya dipengaruhi oleh dadah dan
penggunaan dan ketagihan dadah perlu dielakkan. Mengikut kata responden, ini adalah kerana
semuanya sekadar populariti.

Kata-kata responden Sumber


“…bersih hati bersihkan minda arrr bebaskan diri daripada permasalahan I8
yang bakal mendatang sepatutnya kita merancang untuk menjadi lebih baik
bukan merancang untuk menjadi lebih .... terbalik arr itu lah nasihat saya
kalau boleh elak-elakan lah jauh-jauhkan …”

30
“… kalau sekadar nak kejar popularity untuk menaikkan nama better tak FG2
payah la sebab apa kalau kita mati kita meninggal sekali pun hanyalah
tinggal nama je…”

Daripada penemuan kajian di atas, boleh dirangkumkan bahawa terdapat beberapa perkara
yang telah di kenalpasti. Secara dasarnya, objektif kajian ini telah berjaya dicapai melalui
kaedah yang telah dilakukan. Antaranya, kajian ini telah mendapat garapan tentang jenis
dadah yang popular dan dikenali di kalangan artis. Pengaruh rakan, untuk bergembira dan
tekanan adalah merupakan penyebab atau faktor utama pengambilan dadah di kalangan artis di
Malaysia. Daripada kajian ini juga, dadah lebih banyak memberi kesan negatif kepada
penggunanya iaitu termasuk kesan terhadap kerja, kesihatan dan juga emosi.
Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan positif yang telah disebut iaitu idea/kreativiti,
bahagia/ketenangan dan memberikan tenaga.

5.0 Kesimpulan

Merujuk kepada objektif kajian ini, hasil penemuan kajian secara dasarnya telah memberi satu
maklumat asas tentang keterlibatan selebriti dalam penyalahgunaan dadah. Daripada kaedah-
kaedah penyelidikan yang dijalankan, sifat dan tahap penyalahgunaan dadah di kalangan
selebriti yang dipilih di dalam warga SENIMAN telah dikenalpasti khususnya bagi
menyelesaikan isu mengenai jenis/kategori dadah yang digunakan. Kajian ini telah
mengumpul statistik diskriptif asas dari segi pengunaan di kalangan kategori seperti isu
mengenai umur, jantina, kaum, agama dan sebagainya.

Kaedah kumpulan fokus dan temuduga yang dijalankan telah berjaya memberikan satu
bukti asas tentang faktor-faktor yang menjurus ke arah penggunaan dadah di kalangan
komuniti terbabit. Pada masa yang sama, analisa kualitatif telah mendedahkan kesan-kesan
terhadap penggunaan dadah itu sendiri.

5.1 Implikasi kajian

Analisa data daripada 89 responden yang telah ditemuduga secara individu atau
kumpulan fokus telah memberikan cetusan idea bagi mengenal pasti langkah-langkah

31
pengurangan dan pencegahan bagi membantu kumpulan-kumpulan berkenaan terutamanya
bagi kes ketagihan dan penyalahgunaan.

5.1.1 Implikasi kajian dari segi praktikal – Agensi Anti-Dadah


Kebangsaan (AADK)

Pada masa ini, pihak berkuasa tidak mempunyai maklumat tepat tentang tahap keterlibatan
artis dengan gejala dadah. Hasil penemuan dari kajian ini dapat memberikan satu sumber
rujukan kepada pihak AADK tentang permasalahan penagihan dadah di kalangan artis. Pada
masa yang sama, berdasarkan daripada kajian ini, satu dasar penambahbaikan standard masa
kerja melalui kajian tanda aras dengan industri terbabit dapat dijalankan bagi memastikan
tiada isu masa kerja berlebihan di kalangan artis berleluasa. Pada masa yang sama, kebajikan
artis perlu dijaga dengan memastikan terdapat unsur keselamatan, royalti, pencen dan
perlindungan insuran disediakan. Pada masa yang sama, kajian ini mendapati tahap
pengetahuan artis mengenai dadah itu sendiri adalah terhad.

Oleh itu, kajian ini dapat memberikan idea kepada pihak bertanggungjawab tentang
aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran
artis. Secara tidak langsung, aktiviti riadah dan kemasyarakatan ini dapat menguatkan
kesedaran mereka terhadap impak mereka sebagai artis kepada masyarakat sekeliling.

5.1.2 Implikasi kajian dari segi teori

Berdasarkan daripada ulasan karya yang telah dijalankan, kajian terhadap penyalahgunaan
dadah di kalangan artis di Malaysia adalah terhad. Oleh itu, kajian ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan ketersedian maklumat tentang tahap keterlibatan artis dalam gejala dadah.
Faktor-faktor dan kesan-kesan penggunaan dadah yang temui dapat digunakan sebagai
rujukan kepada penyelidikan akan datang.

Sebagai kesimpulan, penemuan dari hasil kajian ini telah berjaya memberikan satu sumber
rujukan kepada pihak AADK dan juga SENIMAN mengenai tahap keterlibatan artis dalam
penyalahgunaan dadah. Isu-isu strategik seperti masa kerja berlebihan dan juga integrasi
strategik antara artis dan pihak berkuasa perlu diambil tindakan segera dan ini dapat

32
membantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) membangunkan langkah dasar bagi
membendung/mengenal pasti penggunaan dadah di kalangan kategori ini di Malaysia.

6.0 Rujukan

[1] Norliza, C., Norni, A., Anandjit, S., & Mohd, F. M. (2014). A review of substance abuse
research in Malaysia. The Medical Journal of Malaysia, 69, 55-58.

[2] Ariaratnam, S., Musa, R., AB, E., Aye, S. S., & AHH, N. (2007). Pilot study on
depression among secondary school students in Selangor. Medical Journal of Malaysia,
62(3), 218-222.

[3] Marican, S., Mohamed, M. N., & Ismail, R. (2007). Trend dan punca penggunaan dadah
di kalangan penagih dadah wanita di negeri Sabah: implikasi kepada rawatan dan
pemulihan dadah. Jurnal Antidadah Malaysia (Malaysian Anti-Drugs Journal), 2(2),
111136.

[4] Vicknasingam, B., Narayanan, S., & Navaratnam, V. (2009). Prevalence rates and risk
factors for hepatitis C among drug users not in treatment in Malaysia. Drug and alcohol
review, 28(4), 447-454.

[5] Malaysia, Akta Dadah Berbahaya (The Dangerous Drugs Act) 1952
[6] Fraser, B. P., & Brown, W. J. (2002). Media, celebrities, and social influence:
Identification with Elvis Presley. Mass Communication & Society, 5(2), 183-206.

[7] Choi, C. J., & Berger, R. (2010). Ethics of celebrities and their increasing influence in 21st
century society. Journal of business ethics, 91(3), 313-318.

[8] Arthur, M. W., Hawkins, J. D., Pollard, J. A., Catalano, R. F., & Baglioni, A. J. J. (2002).
Measuring risk and protective factors for use, delinquency, and other adolescent problem
behaviors the communities that care youth survey. Evaluation Review, 26(6), 575-601.

[9] No name (no date). Why do so many celebrities become addicted to drugs? [Online].
Available: https://www.quora.com/Why-do-so-many-celebrities-become-addicted-todrugs
[July 2015]

33
Lampiran 1

KAJISELIDIK KETERLIBATAN SELEBRITI DALAM GEJALA DADAH 2015

Kajiselidik ini adalah bertujuan untuk pengumpulan data bagi kajian pihak SENIMAN. Kajiselidik ini akan
mengambil masa lebih kurang 5 minit dan jawapan lengkap anda adalah amat dihargai. KAJISELIDIK INI
ADALAH TANPA NAMA dan PANDANGAN ANDA KEPADA KAJIAN INI ADALAH SULIT.

Jantina: Lelaki Perempuan


Umur: < 20 20 – 25 26 – 35 36 – 45 46 – 55 >55
Bangsa: Melayu Cina India Bumiputera Lain-lain
Agama: Islam Buddha Hindu Kristian Lain-lain

Bidang apakah yang anda ceburi dalam industri ini? (anda boleh tandakan lebih dari satu)
Filem Televisyen Muzik

Sudah berapa lamakah anda berkecimpung dalam industri ini?


<5 tahun 5 – 10 tahun 11 – 15 tahun 16 – 20 tahun > 20 tahun

a) Pernahkah anda menggunakan jenis-jenis dadah dibawah ini?


Tandakan satu kotak untuk setiap jenis.
Ya Tidak Tidak Pasti
(a) Ganja atau hashish
(b) Penenang atau sedatif (tanpa preskripsi doktor / pegawai perubatan)
(c) Amphetamines (pill semangat)
(d) Methamphetamine
(e) Ecstasy
(f) LSD
(g) Lain-lain hallucinogens (contoh: "magic mushrooms")
(h) Relevin
(i) Kokain
(j) Crack
(k) Heroin (contoh: smack, horse)
(l) Lain-lain candu (tanpa preskripsi doctor / pegawai perubatan)
(m) Dadah menggunakan suntikan jarum (contoh: heroin, kokain,
amphetamine)
(n) Pelarut atau inhalants (contoh: gam, lain-lain)
Pada pendapat anda, adakah penggunaan dadah akan... Tandakan satu
kotak untuk setiap jenis.
Ya Tidak Tidak Pasti

a) menjadikan / menyebabkan kehidupan seseorang lebih bahagia?


b) mengurangkan perasaan malu atau rendah diri dikalangan orang
sekeliling?
c) memberikan kesan negatif terhadap reputasi seseorang artis?
d) meningkatkan tahap keyakinan sebagai artis?
e) memangkin cetusan idea baru bila berkarya?
f) membantu dalam mencapai cita-cita seseorang artis?
g) membantu meningkatkan produktiviti seseorang artis?
Lampiran 2

Soalan Demografi
a. Nama
b. Umur
c. Tahap pendidikan
d. Pekerjaan
e. Status perkahwinan
f. Status penginapan

Soalan kepada Pengguna Dadah

1. Ceritakan mengenai penglibatan anda dalam penggunaan dadah.


a. Umur kali pertama menggunakan dadah
b. Jenis dadah
c. Kekerapan penggunaan (sehari/seminggu/sebulan)
d. Cara penggunaan (oral/hidung/hisap/suntikan)
e. Cara memperolehi dadah

(soalan ini akan menjurus kepada perbincangan mengenai sejarah


penggunaan spt. Kali pertama menggunakan dadah, umur, kekerapan, jenis-
jenis, dengan kehadiran siapa, cara memperolehi, dsb.)

2. Apakah yang anda rasakan apabila menggunakan dadah?


a. Emosi sebelum/selepas penggunaan dadah
b. Masalah ketagihan - hilang kawalan/kegianan
c. Kegunaan masa – mencari/mendapat/mengguna/berkhayal/pulih

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai emosi yang dirasakan


ketika menggunakan dadah – sebelum dan selepas, masalah ketagihan,
keperluan dadah yang berbeza, jenis-jenis dadah yang popular, dsb.)

3. Berapa ramai kenalankah yang anda ketahui menggunakan dadah dan


mereka mengetahui anda menggunakan dadah?
a. Faktor-faktor penggunaan dadah – faktor dalaman/luaran

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai faktor-faktor yang


terlibat dalam penggunaan dadah spt. Galakan rakan-rakan, keperluan cara
hidup, popularity, keadaan kesihatan, peningkatan prestasi, etc. Ini juga akan
menunjukkan samada pengguna dadah sering meluangkan masa bersama
disebabkan oleh kepentingan yang sama.)

4. Apakah yang akan anda beritahu kepada orang lain mengenai penggunaan
dadah?
a. Keinginan untuk mengurangkan/mengawal penggunaan dadah – Berjaya?
b. Masih meneruskan walaupun bermasalah – sosial/interpersonal/
fizikal/psikologikal
(Ini akan mendedahkan perspektif pengguna itu mengenai dadah spt. Samada
penggunaan dadah itu salah, kemungkinan sebab-sebab untuk berhenti
menggunakan dadah, dadah adalah keperluan dalam hidup, dsb.) [Type text]
[Type text] Lampiran 2

Soalan kepada bukan pengguna

1. Berapa ramai kenalankah yang anda ketahui menggunakan dadah dan


mereka mengenali anda?
a. Faktor-faktor penggunaan dadah – faktor dalaman/luaran

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai factor-faktor yang terlibat


dalam penggunaan dadah spt. Galakan rakan-rakan, keperluan cara hidup,
popularity, keadaan kesihatan, peningkatan prestasi, etc. Ini juga akan
menunjukkan samada yang tidak menggunakan dadah akan cenderung
menggunakan dadah apabila sering meluangkan masa bersama pengguna
dadah disebabkan oleh kepentingan yang sama.)

2. Apakah perasaan anda apabila melihat seseorang menggunakan dadah?


a. Emosi sebelum/selepas penggunaan dadah
b. Masalah ketagihan - hilang kawalan/kegianan
c. Kegunaan masa – mencari/mendapat/mengguna/berkhayal/pulih
d. Masalah-masalah yang wujud akibat penggunaan dadah -
sosial/interpersonal/ fizikal/psikologikal

(Ini akan menjurus kearah perbincangan mengenai emosi yang dirasai –


personaliti individu sebelum dan selepas menggunakan dadah, masalah
ketagihan, pengaruh dalam perhubungan dan masalah yang diwujudkan (jika
ada), dsb.)

3. Apakah yang akan anda beritahu kepada orang lain mengenai penggunaan
dadah?
a. Kesan-kesan penggunaan dadah - sosial/interpersonal/
fizikal/psikologikal
b. Sebab-sebab berhenti menggunakan dadah - sosial/interpersonal/
fizikal/psikologikal

(Ini akan mendedahkan perspektif seseorang mengenai penggunaan dadah


spt. Samada penggunaan dadah itu salah, kemungkinan sebab-sebab untuk
berhenti menggunakan dadah, dadah adalah keperluan dalam hidup,
mempengaruhi perhubungan, dsb.)

You might also like