You are on page 1of 1

Abstrak

Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keharmonian


sesuatu negara. Malaysia, sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik
amatlah sangat penting jika perpaduan dapat dikekal mahal diperkuatkan bagi menjamin
keharmoniam negara. Kaum, agama dan juga budaya sesetengah majoriti masyarakat di
Malaysia menuntut dan mempunyai hak dan kemahuan yang berbeza bagi menjaga
kepentingan golongan itu tersendiri. Bagi mengelakkan berlakunya kemusnahan negara
bangsa supaya negara Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai, perpaduan
antara warga Malaysia yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai.

Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula


dari akar umbinya termasuklah pelajar sekolah rendah yang merupakan calon golongan elit
yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju negara pada masa akan datang. Hal ini kerana
system Pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara kea
rah yang lebih baik. Dasar Pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk
memperi pelajaran di sekolah semata mata tetapi sebahai alat untuk merealisasikan perpaduan
bangsa. Melalui system persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran
kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Walaubagaimanapun, sejak Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 1957, hubungan


perpaduan di Malaysia tidak mencapai pada satu tahap yang boleh dikatakan kukuh.
Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui system persekolahan, iaitu
sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan India.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan dibawah tajuk “Persepsi Mahasiswa di UTHM
Terhadap Penutupan Sekolah Vernakular”. Antara objektif kajian ini ialah untuk
mengenalpasti kewujudan sekolah alairan vernakular masih relavan lagi pada waktu ini dan
menganalisa pendapat dan cadangan mahasiswa UTHM tentang sekolah aliran vernakular.
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah menerusi soal selidik dan temu bual.

You might also like