You are on page 1of 4

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN KIDURONG II

TARIKH :
1 FEBRUARI 2024

TEMPAT :
DEWAN ADIWIRAKU
SEKOLAH KEBANGSAAN KIDURONG II

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM, SK KIDURONG II
1. Pendahuluan
Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum adalah satu acara tahunan yang diadakan
bagi memantapkan lagi minda murid dengan ilmu yang tidak didapati secara
langsung melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, ianya
juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid supaya aktif, bukan sahaja
dalam bidang kokurikulum tetapi juga menggalakan mereka aktif dalam bidang
kemasyarakatan.
Aktiviti kokurikulum sekolaha adalah sebahagian daripada proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti pasukan berunifrom, kelab dan persatuan,
dan sukan serta permainan. Kepentingan aktiviti ini juga selari dengan kepentingan
aktiviti kurikulum di bilik darjah kerana peranannya sebagai pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pembangunan sahsiah murid.

2. Matlamat
Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum diadakan bertujuan untuk :
2.1 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang telah membantu
sekolah sebagai pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
2.2 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam kokurikulum.
2.3 Melahirkan bakal pemimpin pada masa depan dikalangan murid.
2.4 Meningkatkan sifat bekerjasama, bertolak ansur dan ikatan perpaduan dalam
kalangan murid dan guru-guru.

3. Objektif
3.1 Menyediakan satu landasan untuk murid-murid memperagakan aktiviti mereka.
3.2 Membina dan meningkatkan kerjasama dikalangan pasukan badan beruniform,
kelab/persatuan dan sukan/permainan.
3.3 Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat mereka dalam
bidang ko-akademik dan sukan/permainan.
3.4 Mewujudkan semangat persaingan yang sihat dikalangan murid-murid.
3.5 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang.

4. Pelaksanaan
Tarikh : 1 Februari 2024
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Dewan Adiwiraku SK Kidurong II

5. Sasaran
Semua murid (PPKI, Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6)
6. Jawatankuasa Pengelola Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum Sk Kidurong II

PENASIHAT : AFENDI BIN SOON (Guru Besar)


PENGERUSI :SULONG YAHYA (PK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI : BETTY KUMARI BINTI BASIR KHAN(PK Pentadbiran)
MET ANAK NYUAWE (PK Hal Ehwal Murid)
MASTIAH BINTI MUNIR (PK PPKI)
PENYELARAS :

SETIAUSAHA : MOHAMAD ZA’IM FAISHAL BIN MOHHD. RAMAWI


BENDAHARI : (PT Kewangan)

7. Jawatankuasa Kerja Hari Anugerah Kokurikulum


Rujuk lampiran

8. Anggaran Perbelanjaan
Rujuk lampiran

9. Aturcara
Rujuk lampiran

10. Penutup
Dengan ini diharapkan agar cadangan kertas kerja ini diluluskan bagi memenuhi
tujuan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum ini diadakan di SK Kidurong II.
Perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan baik.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………… ……………………………………..
(MOHAMAD ZA’IM FAISHAL BIN MOHD RAMAWI) (SULONG YAHYA)
Setiausaha Unit Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
Sk Kidurong II SK Kidurong II

Disahkan oleh :

…………………………………..
AFENDI BIN SOON
Guru Besar,
SK Kidurong II

You might also like