You are on page 1of 3

NO.

30B, JALAN DIPLOMATIK


PRESINT 15
62050 PUTRAJAYA, MALAYSIA
TEL: 603-8880 0330
official@ypm.edu.my

Ruj. Kami: YPM-MOE/10001/10/04-( 01)


Tarikh: 18 MEI 2021

YBhg Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof


Ketua Setiausaha
Pejabat Ketua Setiausaha
Aras 8 Blok E8
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya

YBhg Datuk,

PERMOHONAN HEBAHAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA UNTUK TURUT SERTA MENYUMBANG KEPADA
YAYASAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Yayasan Pendidikan merupakan yayasan tidak berasaskan keuntungan yang


ditubuhkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di
bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258). Penubuhan yayasan
memfokuskan kepada 3 objektif utama:

i. Memberi bantuan awalan dalam bentuk kewangan atau barangan


sebagai persediaan untuk sambung belajar di peringkat Sekolah
Rendah, Sekolah Menengah dan Institut Pengajian Tinggi;
ii. Membantu kebajikan pelajar-pelajar asnaf dan B40 seluruh Malaysia
dalam bentuk kewangan atau skim perlindungan; dan
iii. Menyediakan bantuan kewangan dalam menaik taraf infrastruktur
bantuan pendidikan dan pembelajaran

3. Bagi pelan perancangan tahun 2021, YPM mendukung hasrat YAB Perdana
Menteri untuk membantu lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat
yang lebih tinggi dan kami komited untuk memenuhi aspirasi YAB Perdana Menteri
dalam melahirkan lebih ramai rakyat yang terpelajar dan berdaya saing serta kaya
dengan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.

4. Fokus YPM adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu pelajar miskin
yang berpotensi dalam pelajaran termasuklah meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan merangkumi bidang ilmu seperti kepimpinan, keusahawanan, dan
kepakaran. Selari dengan tema 'Mendidik Bangsa Membina Negara', Yayasan
Pendidikan Malaysia komited dalam memperkasakan institusi pendidikan negara

“Mendidik Bangsa, Membina Negara”



Yayasan Pendidikan Malaysia, No 30B Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel : 03-8880 0330| E-mail : official@ypm.edu.my | Web : www.ypm.edu.my
melalui pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat berasaskan
pengetahuan menerusi 3 inisiatif strategik seperti berikut:

i. Program Bantuan Pendidikan (YPM Apply)


ii. Pembangunan Bakat (YPM Talent)
iii. Pembangunan Strategik (YPM Partners)

5. Sukacita dimaklumkan bahawa YPM telah diberi kelulusan pengecualian


cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 berkuatkuasa tarikh
15 Disember 2018 dan setiap sumbangan ini layak mendapat resit pengecualian
cukai. Sumbangan yang melebihi RM1000 dalam jumlah terkumpul dalam tempoh
setahun, penama sumbangan akan dihantar secara terus ke LHDN. Pengumpulan
dana ini akan disalurkan kepada pelajar miskin yang berpotensi dalam pelajaran
termasuklah meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. YPM komited dalam
memperkasakan kualiti taraf pendidikan anak muda tanpa mengira bangsa.

6. Sehubungan itu, pihak kami memohon kerjasama pihak YBhg Datuk


untuk membuat hebahan kepada semua kakitangan di MOE berkenaan untuk
turut serta menyumbang kepada Yayasan Pendidikan Malaysia (YPM). Hebahan
ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana menerusi pengecualian cukai YPM bagi
meneruskan perjalanan program-program sedia ada dan akan datang di bawah
YPM. Dilampirkan bersama QRcode capaian ke laman web bagi sumbangan ke
YPM.

7. Kami dengan rendah dirinya berharap pihak YBhg Datuk’ dapat menunaikan
permintaan kami dan berharap melalui sumbangan ini dapat menjayakan objektif
yayasan seperti yang dinyatakan serta memberi manfaat kepada kumpulan sasar.

8. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan pihak YBhg Datuk boleh
menghubungi Puan Mardhiah Khalid di talian 013-3564253 / emel
mardhiah@ypm.edu.my. Segala keprihatinan dan persetujuan YBhg Datuk, saya
dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam

“Mendidik Bangsa Membina Negara”

(FARAHWAHIDAH BINTI BUJANG)


Pengarah Yayasan Pendidikan Malaysia

“Mendidik Bangsa, Membina Negara”



Yayasan Pendidikan Malaysia, No 30B Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel : 03-8880 0330 | E-mail : official@ypm.edu.my | Web : www.ypm.edu.my
“Mendidik Bangsa, Membina Negara”

Yayasan Pendidikan Malaysia, No 30B Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya
Tel : 03-8880 0330 | E-mail : official@ypm.edu.my | Web : www.ypm.edu.my

You might also like