You are on page 1of 98

PELAN

STRATEGIK
TRANSFORMASI
PENDIDIKAN
VOKASIONAL

ii

PELAN
STRATEGIK
TRANSFORMASI
PENDIDIKAN
VOKASIONAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


2011

iii

Hak Cipta
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011
Penerbit
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Laman web: http://www.moe.gov.my
Dokumen ini bukan untuk bacaan dan rujukan umum. Oleh itu tiada mana-mana
bahagian yang boleh dipetik atau disiar-terbitkan dalam sebarang bentuk dan
dengan apa-apa cara sekalipun.
Sebarang pertanyaan berkenaan atau maklum balas terhadap dokumen ini
hendaklah diajukan kepada:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 5&6, Blok E14, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
Laman web: http://www.moe.gov.my/bptv/
Telefon: 03 8884 5031
E-mel: info@bptv.edu.my
Tarikh: 31 Ogos 2011
Pencetak
Cepat Cetak Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Sri Kenari 9,
Taman Sri Kenari.
43000 Kajang, Selangor
Tel. : 03-8733 6216 Faks : 8737 8200

iv

KANDUNGAN
Kata Iringan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Singkatan dan Akronim
Glosari

ix
xi
xiii

Ringkasan Eksekutif

Pendahuluan

Konsep Transformasi Pendidikan Vokasional


Parameter Transformasi Pendidikan Vokasional
Penggerak Transformasi Pendidikan Vokasional

11
17
35

Pelan Tindakan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional

41

Tindakan 1 : Melaksanakan Kurikulum Program Pendidikan


Asas Vokasional.
Tindakan 2 : Melaksanakan Kurikulum Kolej Vokasional.
Tindakan 3 : Mewujudkan Program Pendidikan Asas Vokasional.
Tindakan 4 : Menubuhkan Kolej Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tindakan 5 : Menubuhkan Kolej Vokasional Agensi Awam Lain.
Tindakan 6 : Menubuhkan Kolej Vokasional (Swasta)
menerusi inisiatif pembiayaan swasta.
Tindakan 7 : Menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan
Vokasional Kebangsaan.
Tindakan 8 : Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Standard
Kompetensi Vokasional.
Tindakan 9 : Mewujudkan Sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Tindakan 10: Memperkasakan sumber manusia pendidikan
vokasional menerusi latihan.
Tindakan 11: Memperkasakan sumber manusia pendidikan
vokasional menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan.

47

Langkah Selanjutnya

131

57
67
75
89
95
101
107
119
121
125

Senarai Jadual
Jadual 1

Perangkaan am dan petunjuk ekonomi negara ekonomi


pendapatan tinggi terpilih dan Malaysia, 2008.

26

Jadual 2

Ringkasan konsep Kurikulum Pendidikan Asas


Vokasional.

50

Jadual 3

Senarai pengkhususan kemahiran dalam mata pelajaran


Kemahiran Vokasional.

51

Jadual 4

Struktur Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional.

53

Jadual 5

Ringkasan konsep Kurikulum Kolej Vokasional.

60

Jadual 6

Senarai bidang dan kursus kemahiran vokasional


dalam Kurikulum Kolej Vokasional.

61

Jadual 7

Struktur Program Pendidikan Asas Vokasional.

68

Jadual 8

Sasaran bilangan sekolah, bilik darjah dan enrolmen


murid Program Pendidikan Asas Vokasional, 20122020.

70

Jadual 9

Sistem pengajian semester Kolej Vokasional.

79

Jadual 10

Bidang tujahan perindustrian dan program pengajian


usaha sama Kolej Vokasional dengan pihak swasta
di setiap koridor ekonomi.

81

Jadual 11

Sasaran enrolmen pelajar dan bilangan Kolej Vokasional


Kementerian Pelajaran Malaysia, 20112020.

83

Jadual 12

Sasaran enrolmen pelajar dan bilangan Kolej Vokasional


(Swasta), 20112020.

97

Jadual 13

Matriks pentaksiran paras kompetensi.

110

Jadual 14

Wajaran pentaksiran peringkat sijil.

111

vi

Senarai Rajah
Rajah 1

Model konsep transformasi pendidikan vokasional.

12

Rajah 2

Lanskap dan struktur sistem pendidikan Kementerian


Pelajaran Malaysia selepas transformasi
pendidikan vokasional.

14

Rajah 3

Lanskap dan struktur sistem pendidikan kebangsaan


sebelum transformasi pendidikan vokasional.

15

Rajah 4

Lanskap dan struktur sistem pendidikan kebangsaan


selepas transformasi pendidikan vokasional.

16

Rajah 5

Model skematik transformasi nasional.

19

Rajah 6

Model skematik Rancangan Malaysia Kesepuluh.

23

Rajah 7

Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem


pendidikan Peranchis.

26

Rajah 8

Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem


pendidikan Finland.

28

Rajah 9

Model pendidikan vokasional dalam sistem dual Jerman.

29

Rajah 10

Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem


pendidikan Jerman.

30

Rajah 11

Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem


pendidikan Korea Selatan.

31

Rajah 12

Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem


pendidikan Singapura.

32

Rajah 13

Model Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional.

48

Rajah 14

Model Kurikulum Kolej Vokasional.

59

Rajah 15

Struktur Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan


Pendidikan yang diubah suai untuk guru pendidikan vokasional.

127

vii

Senarai Lampiran
Lampiran I

Jawatankuasa Transformasi Pendidikan Vokasional

137

Lampiran II

Senarai Sekolah Menengah Teknik

141

Lampiran III

Senarai Sekolah Menengah Vokasional

143

Lampiran IV

Senarai Mata Pelajaran Aliran Teknikal di Sekolah


Menengah Teknik

145

Lampiran V

Senarai Kursus Aliran Vokasional di Sekolah


Menengah Vokasional

147

Lampiran VI

Senarai Mata Pelajaran Aliran Teknikal di Sekolah


Menengah Kebangsaan

149

Lampiran VII

Senarai Inisiatif dan Ahli Kumpulan Lab Transformasi


Pendidikan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia

151

viii

Kata Iringan Timbalan Perdana Menteri Malaysia


BAGI MENGHADAPI suasana persaingan yang semakin sengit, terutama dalam
usaha menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh lagi bergantung kepada
faktor kos buruh yang murah. Kita hanya akan mampu terus bersaing sekiranya
tenaga kerja negara ini mampu mengimbangi kenaikan kos buruh dengan
peningkatan dalam produktiviti mereka. Berdasarkan kesedaran itulah, Kerajaan
memberikan penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai salah satu
teras utama dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Modal insan yang berpengetahuan
tinggi, berkualiti dan bertaraf dunia adalah satu keperluan dalam usaha Malaysia
untuk meneroka sumber pertumbuhan ekonomi baharu yang berasaskan teknologi
tinggi seperti dalam bidang bioteknologi, nanoteknologi, teknologi tanpa wayar,
teknologi laser dan sebagainya. Dalam konteks ini, institusi pendidikan dan latihan
sewajarnya melakukan penambahbaikan secara kreatif dan inovatif ke atas sistem
penyampaian pendidikan dan latihan untuk membolehkan negara mengeluarkan
lebih banyak tenaga kerja yang bukan sahaja mahir malah berdaya inovatif dan
kompetitif. Selain daripada institusi pendidikan dan latihan, pihak majikan dan warga
pekerja sendiri juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan
program pembangunan modal insan ini.2

TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN


Timbalan Perdana Menteri Malaysia
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Dipetik daripada teks ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempena Perhimpunan Hari Pekerja 2011
pada 1 Mei 2011 dalam Laman Web Rasmi Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia (19 Mei 2011).

ix

Singkatan dan Akronim


BIBB

Federal Institute for Vocational Education and Training


(Bundesinstitut fr Berfusbildung)

BPTV

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

DUN

Dewan Undangan Negeri

ECER

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region)

ETP

Program Transformasi Ekonomi


(Economic Transformation Programme)

FPK

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

GLC

Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Link Company)

GNI

Pendapatan Negara Kasar (Gross National Income)

GTP

Program Transformasi Kerajaan


(Government Transformation Programme)

ILKA

Institusi Latihan Kemahiran Awam

ILKS

Institusi Latihan Kemahiran Swasta

IPGM

Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPS

Inisiatif Pembaharuan Strategik

IPT

Institusi Pengajian Tinggi

ISKANDAR
MALAYSIA

Wilayah Pembangunan Iskandar

JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam

KDNK

Keluaran Dalam Negeri Kasar

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

KRIVET

Korea Research Institute for Vocational Education and Training

KUP

Khas Untuk Penyandang

KV

Kolej Vokasional

KV (A)

Kolej Vokasional (Agensi Awam Lain)

KV (S)

Kolej Vokasional (Swasta)

MPAT

Mata Pelajaran Aliran Teknikal

MPAV

Mata Pelajaran Aliran Vokasional

MPEN

Majlis Penasihat Ekonomi Negara

MPPVK

Majlis Penasihat Pendidikan Vokasional Kebangsaan

MPT

Mata Pelajaran Teknikal

MPV

Mata Pelajaran Vokasional

MQA

Agensi Kelayakan Malaysia (

xi

NCER

Koridor Ekonomi Wilayah Utara


(Northern Corridor Economic Region)

NEM

Model Baru Ekonomi (New Economic Model)

NKEA

Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area)

NKRA

Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area)

OJT

Latihan Dalam Kerja (On-job training)

P&P

Pengajaran dan Pembelajaran

Parlimen

Parlimen Malaysia

PAV

Pendidikan Asas Vokasional

PPP

Perkongsian Awam-Swasta (Public-Private Partnership)

PKS

Perusahaan Kecil dan Sederhana

PLC

Syarikat tersenarai di Bursa Malaysia (Public Listed Company)

PMR

Penilaian Menengah Rendah

PPA

Pusat Penyenggaraan Alat

RMK-10

Rancangan Malaysia Kesepuluh

RMK-11

Rancangan Malaysia Kesebelas

SCORE

Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak


(Sarawak Corridor of Renewable Energy)

SDC

Koridor Pembangunan Sabah (Sabah Development Corridor)

SKM1

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1

SKM2

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2

SKM3

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

DKM

Diploma Kemahiran Malaysia

DLKM

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

SMK

Sekolah Menengah Kebangsaan

SMT

Sekolah Menengah Teknik

SMV

Sekolah Menengah Vokasional

SPM

Sijil Pelajaran Malaysia

SR

Sekolah Rendah

STPM

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

UPSR

Ujian Penilaian Sekolah Rendah

US$

Dolar Amerika Syarikat

xii

Glosari
dalam dokumen ini.
Murid

Penuntut sekolah peringkat prasekolah, rendah,


menengah rendah dan menengah atas.

Pelajar

Penuntut institusi pendidikan dan latihan


pascamenengah.

Pendidikan rendah

Peringkat persekolahan asas dari darjah satu hingga


darjah enam.

Pendidikan menengah
rendah

Peringkat persekolahan dari tingkatan satu hingga


tingkatan tiga.

Pendidikan menengah
atas

Peringkat persekolahan dari tingkatan empat hingga


tingkatan lima.

xiii

xiv

Ringkasan Eksekutif

RINGKASAN EKSEKUTIF
Pengenalan
1. Transformasi
pendidikan
vokasional
merupakan
usaha
merekayasa
(reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem
pendidikan vokasional baharu yang dapat menyumbang kepada agenda
transformasi Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
1.1.

1.2.

Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia


yang responsif kepada pelbagai inisiatif Kerajaan dan berkolaborasi
dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang
berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan.
Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing, memiliki
kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional
dan diterima oleh pasaran kerja.

Pelan Tindakan Strategik


2. Perekayasaan sistem pendidikan vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan
tindakan strategik dalam tempoh 20112020 yang dibahagikan kepada tiga fasa:
fasa lonjakan (20112013), fasa peningkatan (20142016) dan fasa
pemerkasaan (20172020).
Objektif
3. Tindakan strategik pada setiap fasa ditumpukan kepada pencapaian lima objektif
berikut:
3.1.
3.2.
3.3.
3.4.
3.5.

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil


kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan
kebangsaan.
Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia
melanjutkan pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.
Menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang memiliki sijil atau
diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan
kebangsaan.
Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang berupaya menjadi
usahawan yang berdaya saing.
Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional.

Lima Strategi, Lima Inisiatif


4. Bagi memaksimumkan penggemblengan sumber dan daya upaya, serta petunjuk
prestasi utama bagi setiap objektif tersebut menjadi nyata pada penghujung fasa
pelaksanaan, tindakan pelaksanaan transformasi direncanakan menerusi lima
strategi yang dijelmakan dalam bentuk lima inisiatif berikut:

Lima Strategi

Lima Inisiatif

Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja serta
bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Transformasi kurikulum
pendidikan vokasional.

II

Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja serta
bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Transformasi institusi
pendidikan vokasional.

III

Mempergiat usaha kolaborasi dengan rakan strategik dalam industri


bagi memperluas akses dan menjamin kualiti pendidikan vokasional
dan mempertingkatkan kebolehkerjaan (employability) lulusan
pendidikan vokasional.

Kolaborasi dengan
industri.

IV

Menyediakan mekanisme pentaksiran yang menjurus kepada


pentauliahan dan pengiktirafan lulusan pendidikan vokasional.

Transformasi
pentaksiran pendidikan
vokasional.

Mempertingkatkan daya upaya organisasi pendidikan vokasional


Kementerian Pelajaran Malaysia.

Transformasi
organisasi pendidikan
vokasional.

Sebelas Tindakan
Selanjutnya dikenalpasti 11 tindakan strategik yang kritikal serta mempunyai kesan
sistemik kepada keberhasilan transformasi dan peningkatan kualiti pendidikan dan
latihan vokasional secara keseluruhan. Sebelas tindakan strategik tersebut serta
sasaran keberhasilannya adalah seperti berikut:
Tindakan

Sasaran Keberhasilan Strategik

Tindakan 1: Melaksanakan Kurikulum


Pendidikan Asas Vokasional.
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional
dilaksanakan untuk murid pendidikan
menengah rendah yang mengikuti Program
Pendidikan Asas Vokasional.

Lulusan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia


Tahap 1 dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.
Lulusan memiliki kemahiran bekerja.
Lulusan berpeluang melanjutkan pendidikan dan
latihan vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.

Tindakan 2: Melaksanakan Kurikulum


Kolej Vokasional.
Kurikulum Kolej Vokasional dilaksanakan
untuk murid pendidikan menengah atas
yang mengikuti program pengajian di Kolej
Vokasional.

Lulusan dianugerahkan Sijil Kolej Vokasional dan


Diploma Kolej Vokasional yang memenuhi ketetapan
Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga
tahap 4.
Lulusan merupakan pekerja mahir berwatak
profesional, berdaya keusahawanan dan diterima
oleh pasaran kerja.
Lulusan berpeluang melanjutkan pendidikan dan
latihan vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.

Tindakan

Sasaran Keberhasilan Strategik

Tindakan 3: Mewujudkan Program


Pendidikan Asas Vokasional.
Program Pendidikan Asas Vokasional ialah
pendidikan aliran vokasional selama tiga
tahun peringkat pendidikan menengah
rendah untuk murid yang berminat
mengikuti pendidikan vokasional.

Enrolmen sebanyak lima peratus daripada murid


pendidikan menengah rendah.
Sebanyak 2,640 kelas Program Pendidikan Asas
Vokasional dengan enrolmen 79,200 murid pada
tahun 2020.
Menghasilkan remaja berkompetensi vokasional
dengan sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 1.
Lulusan berpeluang melanjutkan pendidikan dan
latihan vokasional di Kolej Vokasional dan institusi
latihan kemahiran lain.

Tindakan 4: Menubuhkan Kolej


Vokasional Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Kolej Vokasional ialah institusi pendidikan
vokasional peringkat menengah atas dan
pascamenengah untuk murid lepasan
pendidikan menengah rendah.

Enrolmen sebanyak 40 peratus daripada murid


pendidikan menengah atas.
Sebanyak 274 Kolej Vokasional dengan enrolmen
324,300 pelajar pada tahun 2020.
Menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi
dengan kelayakan Sijil Kolej Vokasional dan Diploma
Kolej Vokasional yang diiktiraf oleh industri.
Lulusan berpeluang melanjutkan pengajian ke
institusi pendidikan dan latihan tinggi vokasional.
Lulusan dapat mengendalikan perusahaan sendiri.

Tindakan 5: Menubuhkan Kolej


Vokasional Agensi Awam Lain.

Institusi latihan kemahiran awam menggunakan


Kurikulum Kolej Vokasional.
Transformasi institusi latihan kemahiran awam
kepada Kolej Vokasional.

Tindakan 6: Menubuhkan Kolej


Vokasional (Swasta) menerusi
perkongsian awamswasta.

Pihak swasta membiayai penubuhan dan


mengoperasi 186 buah Kolej Vokasional (Swasta)
dengan enrolmen pelajar berjumlah
sekurang-kurangnya 218,700 orang.

Tindakan 7: Menubuhkan Majlis


Penasihat Pendidikan Vokasional
Kebangsaan.
Badan yang bertanggungjawab terhadap
perundingan dan pemuafakatan Kerajaanindustri-institusi pendidikan dan latihan
vokasional peringkat kebangsaan untuk
memajukan pendidikan dan latihan
vokasional.

Kualiti pendidikan dan latihan vokasional


kebangsaan yang mendapat pengiktirafan industri
dan agensi standard vokasional antarabangsa.
Lulusan pendidikan vokasional yang tinggi tahap
kebolehkerjaan.
Partisipasi aktif segenap sektor perindustrian untuk
memajukan pendidikan dan latihan vokasional
kebangsaan.
Lulusan pendidikan vokasional yang diterima
sepenuhnya oleh pasaran kerja.

Tindakan 8: Melaksanakan Pentaksiran


Lulusan Program Pendidikan Asas Vokasional dan
Berasaskan Standard Kompetensi
Kolej Vokasional yang diiktiraf oleh industri, agensi
Vokasional.
standard pekerjaan dan agensi kelayakan serta
Pentaksiran Berasaskan Standard
diterima oleh pasaran kerja.
Kompetensi Vokasional (PBSKV) ialah
Lulusan Program Pendidikan Asas Vokasional dan
kaedah untuk mengukur pencapaian
Kolej Vokasional yang diiktiraf institusi pendidikan
kompetensi vokasional sebagaimana yang
dan latihan kemahiran yang lebih tinggi.
ditetapkan oleh Kurikulum Pendidikan Asas
Vokasional dan Kurikulum Kolej Vokasional
sebagai ukuran dalam melaksanakan
tugasan di tempat kerja. Tumpuan utama
pentaksiran ialah kebolehan pelajar
mempamerkan kompetensi vokasional
yang dikuasai menerusi pelbagai cara dan
dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan.

Tindakan

Sasaran Keberhasilan Strategik

Tindakan 9, tindakan 10 dan tindakan 11 : Organisasi tadbir urus pendidikan teknik dan
Faktor kritikal kejayaan tindakan
vokasional yang berdaya upaya melaksanakan
strategik pertama hingga tindakan
strategi transformasi pendidikan vokasional dengan
strategik ke-8 transformasi pendidikan
berkesan.
vokasional.
Sumber manusia pendidikan teknik dan vokasional
Tindakan 9 : Mewujudkan Sektor
yang profesional, responsif dan inovatif dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam
menyampaikan perkhidmatan pendidikan dan
struktur organisasi Kementerian Pelajaran
latihan vokasional yang menepati standard dan
Malaysia.
tanda aras kualiti antarabangsa.
Tindakan 10: Memperkasakan sumber
Kuantiti dan kualiti sumber manusia sistem
manusia pendidikan vokasional menerusi
pendidikan vokasional kebangsaan yang memenuhi
latihan.
norma amalan pembelajaran yang berkualiti dan
Tindakan 11 : Memperkasakan sumber
menepati standard yang ditetapkan oleh organisasi
manusia pendidikan vokasional menerusi
akreditasi institusi pendidikan dan latihan vokasional.
penambahbaikan skim perkhidmatan.

Merealisasikan Visi
5. Modal insan berjati diri, berilmu, berkemahiran dan bersikap positif terhadap
pekerjaan adalah hasil pelaksanaan strategi dan tindakan strategik yang
dirumuskan sebagai inisiatif transformasi ini. Modal insan inilah yang diperlukan
untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing industri sedia ada dalam negara.
Modal insan ini juga menjadi tarikan pemodal asing untuk melabur dalam industri
berpulangan tinggi yang tentunya melibatkan proses kerja dan kemahiran aras
tinggi serta teknologi terkini.
6. Wahana pembinaan modal insan yang dicitakan oleh industri itu ialah pendidikan
dan latihan vokasional era baharu. Inisiatif transformasi ini adalah rangka
tindakan strategik untuk membentuk pendidikan dan latihan vokasional era
baharu tersebut. Langkah selanjutnya ialah komitmen semua pihak yang
berkepentingan untuk melaksanakannya mentransformasi visi kepada realiti.

Penggubalan kurikulum PAV dan KV.


Memulakan projek rintis PAV.
Menaik taraf SMV kepada KV.
Latihan guru PAV dan KV.
Memulakan usaha kolaborasi dengan
industri dan IPT.
Memulakan usaha pengiktirafan
kelayakan dan sijil.
Merintis penubuhan MPPVK

Pengoperasian PAV dan KV


sepenuhnya.
Merancakkan usaha kolaborasi
dengan pihak industri dan IPT.
Menggiatkan usaha pengiktirafan
kelayakan dan sijil.
Perekrutan dan latihan dalam
perkhidmatan guru PAV dan KV.
Pengoperasian MPPVK

83 KV KPM.
Enrolmen KV pada 2013: 62,370.
(7.5% lulusan PMR menyertai KV)
Enrolmen PAV pada 2013: 9,450
(0.63% lulusan UPSR menyertai PAV)

15 projek rintis PAV dilaksana.


Sektor Pendidikan Teknik dan
Vokasional dalam organisasi KPM.
5 IPGM bertanggungjawab melatih
guru PAV dan KV.
Sekretariat MPPVK ditubuhkan.

Enrolmen PAV pada 2016: 53,400.


(3.56% lulusan UPSR menyertai PAV)

122 KV KPM, 90 KV swasta.


Suruhanjaya Vokasional berperanan
sebagai badan pemuafakatan utama
dalam memajukan pendidikan
vokasional.
Enrolmen KV pada 2016: 228,390.
(27.9% daripada lulusan PMR
menyertai KV)

Petunjuk pencapaian sasaran strategik utama penghujung setiap fasa pelaksanaan:

Tindakan Strategik:

Sisipan 1 Peta tuju transformasi pendidikan vokasional.


(Pelaksanaan inisiatif kritikal dan petunjuk pencapaian sasaran strategik utama.)
RMK-10
2011
2013
2014
2016
2012
2015
FASA LONJAKAN
FASA PENINGKATAN

RMK-11
2019
2018
FASA PEMERKASAAN
2020

182 KV KPM, 186 KV swasta.


100 peratus lulusan KV mendapat
pekerjaan selepas tiga bulan tamat
pengajian.
KV sebagai pusat kecemerlangan
industri.
Suruhanjaya Vokasional diinstitusikan
menerusi peruntukan undang-undang.
Enrolmen KV pada 2020: 324,300.
(40.5% daripada lulusan PMR
menyertai KV)
Enrolmen PAV pada 2020: 79,200.
(5.28% daripada lulusan UPSR
menyertai PAV)

Peluasan akses dan pemantapan


operasi PAV dan KV.
Pemantauan dan penjaminan kualiti
PAV dan KV.
Peningkatan profesionalisme guru
dan pentadbir PAV dan KV.
Kajian impak PAV dan KV.

2017

2011

40.5

4.65%

2012

45.6

5.42%

Sisipan 2

2013

62.4

7.51%

2014

97.3

11.93%

2015

160.8

20.08%

Tahun

2016

228.4

27.85%

2017

260.1

32.34%

2018

278.1

36.15%

2019

293.7

36.61%

2020

315.3

40.54%

Bilangan Kolej Vokasional


(KPM).

Bilangan Kolej Vokasional


(swasta).

Jumlah enrolmen (ribu).

Peratus enrolmen daripada


kohort lepasan Pendidikan
Menengah Rendah.

Sasaran enrolmen pelajar dan bilangan Kolej Vokasional, 20112020.

Pendahuluan

10

KONSEP TRANSFORMASI
PENDIDIKAN VOKASIONAL
Transformasi pendidikan vokasional merupakan usaha merekayasa kurikulum,
institusi, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, tadbir urus dan sumber
manusia sehingga terbina sistem pendidikan vokasional baharu yang berupaya:

Berfungsi dengan cekap dan berkesan sebagai jentera pendidikan untuk


kecemerlangan kerjaya modal insan sama ada sebagai pekerja mahir
mahupun sebagai usahawan berdaya saing dan berwatak profesional.

Menggembleng sumber dalaman dan luaran untuk menyampaikan


perkhidmatan pendidikan dan latihan vokasional yang berkualiti tinggi ke arah
memenuhi keperluan individu pelajar, masyarakat moden, industri berasaskan
pengetahuan dan negara yang sedang melonjak ke tahap negara maju
berpendapatan tinggi.

Menggerakkan sumber manusia yang berupaya menjadi modal insan yang


berilmu, berkemahiran dan berkelayakan yang diiktiraf oleh industri serta
tinggi kebolehkerjaannya.

Mendorong tenaga profesional menghasilkan modal insan yang menghayati


budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Selain pendekatan merekayasa sistem dan komponennya yang sedia ada, inisiatif
transformasi ini adalah untuk mencari pendekatan terbaharu dalam menangani
cabaran dan perubahan seterusnya meneroka peluang dan merintis kolaborasi
dengan memanfaatkan sumber dan kekuatan yang sedia ada.
Konsep transformasi pendidikan vokasional ditunjukkan pada Rajah 1.

11

12

Pendidikan Vokasional
Laluan Terunggul untuk
Kecemerlangan Kerjaya

Menyediakan pendidikan
dan latihan vokasional yang
inovatif untuk memenuhi
keperluan individu, masyarakat,
industri dan negara

Proses merekayasa tersebut dilaksanakan menerusi lima inisiatif strategik


sebagaimana yang terkandung dalam pelan tindakan strategik transformasi
pendidikan vokasional. Pelan tindakan strategik itu dirangka berpandukan
parameter, nilai-nilai teras, visi, misi dan matlamat transformasi. Aspek-aspek ini
dihuraikan dalam bab berikutnya.
Keberhasilan usaha transformasi ini ialah pendidikan vokasional era 2020 yang
menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.
Sumbangan pendidikan vokasional era 2020:

Sistem pendidikan vokasional yang dinaik taraf serta berupaya menghasilkan


tenaga mahir yang memiliki sijil dan diploma yang diiktiraf oleh industri, agensi
kelayakan, badan-badan standard pekerjaan dan institusi pengajian tinggi.

Kenaikan taraf sistem pendidikan vokasional sebagai institusi menengah dan


pascamenengah yang dapat menganugerahkan sijil pendidikan vokasional
dan diploma pendidikan vokasional sekali gus mengangkat darjat dan
keupayaan sistem pendidikan kebangsaan dalam konteks pendemokrasian
pendidikan berkualiti.

Peningkatan akses pendidikan vokasional yang berorientasikan pekerjaan


khususnya kepada murid lepasan sekolah rendah yang berminat mengikuti
pendidikan vokasional.

Ruang keciciran akan mengecil kerana sistem pendidikan menyediakan lebih


banyak peluang pembelajaran yang sesuai dengan minat, bakat dan
kebolehan murid.

Pengurangan masalah sosial yang membebankan masyarakat. Dengan ini


Kerajaan dapat menyalurkan lebih banyak sumber kepada aktiviti yang lebih
produktif dan mendatangkan kesejahteraan.

Murid dapat memanfaatkan potensi dan bakat tertentu yang dimilikinya


dengan lebih awal untuk kesejahteraan diri melalui penambahan laluan
pendidikan untuk kerjaya.

Pertambahan tenaga pekerja negara sebagai pekerja mahir yang diperlukan


oleh industri. Ini menjamin kemampanan daya saing industri dan seterusnya
menjamin kemampanan pembangunan ekonomi negara.

Stok tenaga mahir negara yang mencukupi, khususnya tenaga mahir dalam
sesuatu bidang vokasional yang baharu, akan menarik lebih banyak
pelaburan asing ke negara ini dalam sektor-sektor ekonomi yang berimpak
tinggi. Ini mempercepatkan lonjakan ekonomi negara ke tahap negara
berpendapatan tinggi.

13

Semangat keusahawanan pekerja mahir yang terdedah kepada perusahaan,


perdagangan dan perindustrian baharu tersebut akan meningkat dan
mencetuskan keinginan untuk memulakan perusahaan sendiri dan
berkembang ke tahap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bukan
sahaja menjadi penyumbang utama kepada kemajuan perusahaan besar dan

Selanjutnya perekayasaan dan pengaplikasian inisiatif transformasi pendidikan


vokasional akan mengubah lanskap dan struktur sistem pendidikan kebangsaan.
Perubahan tersebut bermaksud perkembangan dan kemajuan kerana
keberhasilannya dan impaknya, sebagaimana yang telah dihuraikan, adalah positif
serta bermanfaat kepada semua individu, keluarga, masyarakat, industri dan
negara, dalam jangka pendek mahupun dalam jangka panjang.
Rajah 2 memaparkan lanskap dan struktur sistem pendidikan dalam konteks KPM
yang menjurus kepada perkembangan dan kemajuan tersebut. Perkembangan
ketara ialah kewujudan institusi baharu yang menyediakan pendidikan vokasional
pada peringkat menengah rendah dan pendidikan vokasional pada peringkat
menengah atas.

ALAM PEKERJAAN

IPGM
(Ijazah/Diploma)
MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM
(STPM/STAM)

KOLEJ VOKASIONAL

ILKA/ILKS

PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL


((4 tahun)
(Diploma Kolej Vokasional,
Sijil Kolej Vokasional)

PENDIDIKAN MENENGAH ATAS


(2 tahun) (SPM)

(Di luar sistem


pendidikan KPM)

(SKM1, SKM2,
SKM3, DKM )

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDIDIKAN MENENGAH RENDAH


(3 tahun) (PMR)

PROGRAM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

(3 tahun) (SKM1, SKM2)

95%

5%

PENDIDIKAN RENDAH
(6 tahun, UPSR)

Rajah 2 Lanskap dan struktur pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia selepas


Rajah
2 Lanskap dan
struktur sistem
pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
transformasi
pendidikan
vokasional.
transformasi
pendidikan
vokasional.
(Nota: Peratusan selepas
ialah unjuran
enrolmen pada
tahun 2020.)

(Nota : Peratusan ialah unjuran enrolmen pada tahun 2020.)

Rajah 3 dan Rajah 4 pula menggambarkan lanskap dan struktur sistem pendidikan
kebangsaan sebelum dan selepas transformasi pendidikan vokasional.

14

SEBELUM TRANSFORMASI

ALAM PEKERJAAN

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN TINGGI

INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN
(AWAM/SWASTA)

POLITEKNIK

MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM
(STPM)

(DIPLOMA LANJUTAN/ DIPLOMA/SIJIL)

LATIHAN KEMAHIRAN
(SKM1, SKM2, SKM3, DKM)
PENDIDIKAN MENENGAH ATAS
(SPM)

PENDIDIKAN MENENGAH RENDAH


(PMR)

PENDIDIKAN RENDAH
(UPSR)

Rajah 3 Lanskap dan struktur sistem pendidikan kebangsaan


sebelum transformasi pendidikan vokasional.

15

16
Lanskap dan struktur sistem pendidikan kebangsaan
selepas transformasi pendidikan vokasional.

PARAMETER TRANSFORMASI
PENDIDIKAN VOKASIONAL
Inisiatif transformasi pendidikan vokasional direncanakan dalam konteks agenda
besar membina negara dan bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Agenda
besar itu terungkap dalam mukadimah Rukunegara:
Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung citacita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.1
Selanjutnya agenda besar itu direalisasikan menerusi rangkaian prakarsa nasional
yang berkesinambungan dan saling berkait. Antara prakarsa nasional yang utama
ialah Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia dan agenda transformasi negara menerusi
Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Prakarsa nasional tersebut diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang membuahkan
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menerusi pelbagai daya usaha
bersepadu. Antara daya usaha bersepadu yang utama ialah Inisiatif Strategik Model
Baru Ekonomi dan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dalam
Rancangan Malaysia Ke-10.
Prakarsa inilah yang menjadi parameter serta prinsip panduan perencanaan dan
pelaksanaan transformasi pendidikan vokasional.

Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan kerangka besar daya upaya untuk menjadikan Malaysia
negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dicita-citakan wawasan ini ialah
kejayaan membentuk bangsa Malaysia yang matang, membina masyarakat
bertatasusila serta berasaskan kehidupan berkeluarga, menyuburkan ekonomi
perindustrian, dan melestarikan keadilan sosioekonomi.
Wawasan 2020 menggariskan sembilan cabaran yang perlu ditangani dalam
perjalanan menuju kemajuan tersebut. Dua daripadanya ialah cabaran untuk
mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi masyarakat menikmati
kekayaan negara secara adil dan saksama, dan masyarakat makmur yang dicirikan
oleh ekonomi yang berdaya saing, dinamik, giat dan kental.
Rukunegara dalam myGovernment <http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovRukunegara/Pages/
GovRukunegara.aspx> (12 Mei 2011)

17

Justeru kemakmuran merupakan impak daripada keadilan sosioekonomi, maka


kedua-dua cabaran itu hanya berupaya ditangani sekiranya setiap anggota
masyarakat dapat mengambil bahagian secara aktif dan menyumbang dengan
berkesan dalam kerja-kerja pembangunan sosial dan pembangunan ekonomi. Ini
bermakna setiap anggota masyarakat wajib dipersiapkan menerusi wahana
pendidikan dan wahana latihan dengan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan dalam persekitaran sosial dan perkembangan ekonomi.

1Malaysia
Gagasan 1Malaysia ialah formula yang dirumuskan untuk membantu memastikan
aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020, tercapai jika intipatinya diterapkan ke dalam
sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat1. Intipati gagasan ini
ialah penyatupaduan bangsa Malaysia demi meneruskan agenda membina negara
maju.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu
dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara
akan berjalan dengan lebih lancar.2
Gerakan membina negara maju berlandaskan penyatupaduan bangsa Malaysia itu
pula digemblengkan menerusi tiga teras penerimaan, prinsip kenegaraan dan
keadilan sosial. Teras keadilan sosial ini tentulah menuntut, sebagaimana yang telah
dihuraikan sebelum ini, kehadiran warganegara yang terdidik serta menghayati
tonggak kerukunan masyarakat dan memiliki kemahiran secukupnya untuk
mengambil bahagian secara aktif serta menyumbang dengan berkesan dalam kerjakerja pembangunan sosioekonomi negara.
Rajah 5 menunjukkan secara skematik komponen agenda transformasi nasional
untuk menterjemahkan gagasan 1Malaysia menerusi pelaksanaan ETP dan GTP
dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11.

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dalam Pejabat Perdana Menteri Malaysia <www.pmo.
gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf> (25/11/2010)
2
Ibid.
1

18

Rajah 5 Model skematik transformasi nasional.


(Sumber: Ringkasan Eksekutif Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia Bahagian Akhir (2010))

19

Program Transformasi Ekonomi


Selari dengan perkembangan dalam persekitaran ekonomi global yang semakin
kompetitif, kerja-kerja pembangunan sosioekonomi negara sedang melalui fasa
transformasi yang giat dan menyeluruh. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)
telah merumuskan Model Baru Ekonomi (NEM) dan memperakukan inisiatif Program
Transformasi Ekonomi (ETP). Dua
PENGELASAN EKONOMI OLEH BANK DUNIA
agenda ETP Inisiatif Pembaharuan
MENGIKUT PNK PER KAPITA TAHUN 2009
Strategik (IPS) dan Aktiviti Utama
Ekonomi Nasional (NKEA).
Pendapatan tinggi: US$12,196 dan ke atas.

Aspirasi ETP menerusi agenda IPS


ialah peningkatan kualiti hidup rakyat
menerusi pencapaian matlamat
berpendapatan tinggi, keterangkuman
dan kemampanan.

Pendapatan sederhana: US$996 hingga


US$12,195
Pendapatan rendah: US$995 dan ke bawah.

Sumber: How we Classify Countries dalam The World


Bank < http://data.worldbank.org/about/country(13 Mei 2011)

Berpendapatan tinggi bermaksud penganjakan ekonomi negara daripada ekonomi


berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Strategi untuk
menganjakkan ekonomi negara daripada ekonomi berpendapatan sederhana
kepada ekonomi berpendapatan tinggi ialah daya usaha meningkatkan produktiviti
dan daya saing. Dalam konteks inilah
tampilnya keperluan terhadap tenaga
PNK PER KAPITA MALAYSIA
kerja mahir pada segenap peringkat
PNK per kapita Malaysia pada tahun 2010 ialah
perusahaan dalam segenap sektor
US$8,258.
dan subsektor ekonomi.
Sasaran PNK per kapita pada tahun 2015 ialah

US$12,139.
Sasaran PNK per kapita pada tahun 2020 ialah
US$15,000 US$17,000.

Keterangkuman pula bermaksud tiada


anggota komuniti yang terpinggir
Sumber: Ringkasan Eksekutif Rancangan Malaysia
daripada
arus
pembangunan
Kesepuluh 2011-2015 dan Ringkasan Eksekutif Model
sosioekonomi negara. Semua beroleh
baru ekonomi Untuk Malaysia Bahagian Akhir.
akses kepada nikmat kemajuan dan
semua beroleh peluang untuk
menyumbang kepada usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Dalam konteks pendidikan, keterangkuman bermakna pendemokrasian pendidikan
berkualiti, iaitu setiap warganegara beroleh perkhidmatan pendidikan yang berkualiti
yang berupaya mempersiapkan mereka untuk menganggotai komuniti modal insan
yang produktif dan berdaya saing.
Kemampanan bermaksud kelestarian khazanah kekayaan dan sumber kekuatan
negara untuk faedah generasi masa hadapan. Termasuk dalam aspek kemampanan
khazanah kekayaan ialah kekayaan ilmu, kekayaan sumber alam, kekayaan budaya,
kekayaan sejarah dan kekayaan budi bahasa. Kemampanan sumber kekuatan pula
ialah kemerdekaan dan kedaulatan negara, kesatuan ideologi negara dalam bentuk
Rukunegara, amalan pemerintahan yang demokratik, kesatuan Bahasa Kebangsaan,
kesepaduan dan kerukunan hidup masyarakat majmuk, dan kemajuan dan
kemakmuran sosioekonomi.

20

MPEN seterusnya memperakukan lapan strategi dalam agenda IPS untuk


dilaksanakan bagi mencapai matlamat berpendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan. Satu daripada strategi tersebut ialah membangunkan tenaga kerja
berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing1.
Antara tindakan yang disebut secara khusus oleh MPEN dalam pelaksanaan strategi
pembangunan modal insan ini ialah mentransformasikan pendidikan secara
berkesan, mempertingkatkan kualiti kemenjadian pelajar, menggunakan kurikulum
yang moden dan yang menekankan kemahiran kreatif dan inovasi, mempertingkatkan
kualiti profesionalisme dan motivasi guru, dan menggiatkan kerjasama Kerajaanswasta dalam perkhidmatan pendidikan.
Selain transformasi pendidikan, transformasi tenaga kerja juga menjadi salah satu
langkah strategik dalam ETP. Langkah strategik ini bertujuan meninggikan kemahiran
dan meningkatkan kualiti tenaga kerja negara, khususnya pekerja tanpa kemahiran
dan pekerja separa mahir supaya mereka kekal relevan dalam ekonomi baharu yang
diterbitkan oleh transformasi ekonomi.
Seterusnya langkah strategik ini secara kolaboratif dengan pihak industri dan badanbadan profesional serta diharmonikan dengan standard amalan antarabangsa.
Pendekatan kolaboratif ini bertujuan memudahkan kerja-kerja penyeragaman untuk
pensijilan formal, pentauliahan, pengiktirafan dan akreditasi.

Program Transformasi Kerajaan


Kejayaan agenda dan keberkesanan strategi yang dirumuskan dalam ETP
memerlukan kehadiran faktor kejayaan kritikal. Selain pelaburan intensif pihak
swasta, faktor kejayaan kritikal tersebut ialah daya upaya sektor awam. Oleh itu
Kerajaan, dengan perakuan MPEN, melaksanakan agenda Program Transformasi
Kerajaan (GTP) untuk membangunkan kapasiti dan keupayaan jentera pentadbiran
negara supaya lebih cekap dan berfokuskan pelanggan.
Keberhasilan GTP ialah sektor awam berkapasiti tinggi untuk merangsang daya
saing dan berkeupayaan untuk menyesuaikan diri dengan pandangan dunia baru
serta bersedia untuk respon terhadap cabaran-cabaran baharu dengan menggunakan
kaedah baharu. Ini termasuklah cabaran untuk membina perusahaan domestik yang
dinamik dan cabaran untuk memanfaatkan peluang-peluang dalam persekitaran
serantau dan antarabangsa.
Satu daripada langkah dasar GTP yang diperakukan oleh MPEN ialah pembaharuan
birokrasi. Maksud pembaharuan birokrasi ialah memperluaskan penyampaian
perkhidmatan awam oleh sektor swasta dengan membenarkan akses, secara
kompetitif, kepada pembiayaan awam atau pendanaan awam2.
Menerusi langkah pembaharuan birokrasi ini sektor swasta akan diberi peluang
dengan lebih luas untuk menyediakan perkhidmatan kepada rakyat yang selama ini
dipikul sepenuhnya oleh sektor awam. Dengan demikian rakyat mempunyai banyak
pilihan tawaran perkhidmatan yang saling bersaing, lebih berkualiti dan mengikut
1
2

Ringkasan Eksekutif Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia Bahagian Akhir.


Ibid.

21

harga pasaran. Peranan utama sektor awam pula ialah sebagai pemudah cara,
pengawal selia dan penjamin kualiti.
Serentak dengan pembaharuan birokrasi
ialah pembaharuan pengurusan, iaitu
strategi untuk mempercepat penyampaian
melalui pengurusan keberhasilan (outcome)
yang
telus
dan
bertanggungjawab.
Pengurusan keberhasilan diguna pakai pada
peringkat perancangan, pengagihan sumber,
pemantauan dan penilaian kemajuan. Inisiatif
utama pembaharuan pengurusan ialah
metodologi NKRA.

pelaksanaan NKRA menuntut amalan


budaya
kerja
cemerlang,
sikap
kebertanggungjawaban dan semangat
mujahadah setiap daripada kita untuk
melakukan yang terbaik demi nusa dan
bangsa.
Justeru, tugas besar yang menanti para
warga pendidik ialah untuk menjayakan
transformasi dan pembaharuan pendidikan
dengan satu hasrat dan satu tekad bagi
meningkatkan mutu pendidikan negara.
TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN

BIN HAJI MOHD YASSIN


NKRA yang dipertanggungjawabkan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
Sumber: Teks ucapan majlis perasmian
memperbaiki keberhasilan pendidikan dengan
Persidangan Perkembangan Baru Dalam
Pendidikan 20102012.1
mempertingkatkan
pencapaian
murid.
Menerusi inisiatif NKRA ini diharapkan sistem
pendidikan dapat menyumbang dengan bermakna dalam usaha membina tenaga
kerja berdaya saing.

Dalam konteks membina dan membekalkan tenaga kerja untuk mengekalkan daya
maju ekonomi negara, Kementerian Pelajaran Malaysia merangka inisiatif NKRA
yang lebih khusus memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran.

Rancangan Malaysia Ke-10


Aspirasi, matlamat, objektif dan inisiatif yang dirangkakan dalam ETP dan GTP
direalisasikan pelaksanaannya menerusi RMK-10 dengan tema 1Malaysia:
Mencarta Pembangunan Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi. Tema ini dijayakan
menerusi 10 idea utama. Tiga daripada idea utama tersebut ialah ekonomi pacuan
faktor dalaman, negara berpendapatan tinggi, dan produktiviti dan inovasi sebagai
peneraju pertumbuhan.

Teks ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin
bin Haji Mohd Yassin ketika merasmikan Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 20102012 pada
28 Oktober 2009 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dalam Portal Rasmi Kementerian Pelajaran
Malaysia< http://www.moe.gov.my/index.php?id=25&aid=433 1/ > (28 Januari 2011).

22

Rajah 6 Model skematik Rancangan Malaysia Kesepuluh.


(Sumber: Ringkasan Eksekutif Rancangan Malaysia Kesepuluh 20112015)

Ketiga-tiga idea utama ini mempunyai hubungan langsung dengan transformasi


pendidikan vokasional kerana ketiga-tiganya memerlukan kehadiran tenaga kerja
mahir dalam kuantiti yang mencukupi dan kualiti yang menepati kehendak industri.
Apatah lagi dengan strategi RMK-10 untuk menganjakkan ekonomi yang bersaing
berdasarkan kos dan sumber asli kepada ekonomi yang dijana modal insan
berbakat, terdidik dan terlatih.
Salah satu teras dalam strategi penganjakan tersebut ialah membangunkan
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi
serta melonjakkannya ke pentas perdagangan serantau dan global. Inisiatif yang
direncanakan ialah pembinaan daya upaya PKS menerusi latihan kemahiran dan
penerapan budaya keusahawanan. Sasaran inisiatif ini sudah tentu merangkumi
komuniti pengusaha dan bakal pengusaha serta pasukan pekerja dan bakal pekerja
segenap entiti PKS.
Selari dengan negara berpendapatan tinggi, RMK-10 juga mensasarkan pencapaian
negara maju menerusi pembangunan ekonomi yang inklusif. Sasaran ini digarapkan
dalam empat perspektif:

Perspektif 1Malaysia untuk menyediakan peluang yang saksama kepada


rakyat untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

23

Perspektif pendapatan untuk meningkatkan pendapatan purata isi rumah


dalam kohort 40 peratus terendah.
Perspektif sosial untuk memastikan kumpulan yang kurang mendapat
manfaat pembangunan diberi sokongan supaya menjadi ahli masyarakat
yang produktif dan dihargai.
asas tanpa mengira lokasi.

Faktor kritikal kejayaan dalam merealisasikan keempat-empat perspektif tersebut


ialah pembangunan daya upaya menerusi pendidikan dan latihan yang berkualiti,
khususnya dalam aspek pembinaan sikap positif, kemahiran vokasional dan
kemahiran keusahawanan. Dalam konteks pendidikan, inisiatif RMK-10 ialah
mentransformasi sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi murid dan
menyediakan latihan yang membekalkan murid dengan kemahiran dan keupayaan
untuk bekerja.

24

Sisipan 3 Perspektif Pendidikan Vokasional Antarabangsa


Agenda transformasi negara dicartakan oleh Kerajaan dalam konteks perkembangan
ekonomi global, terutamanya perlumbaan negara-negara perindustrian maju untuk
meningkatkan daya produktiviti dan daya saing masing-masing.
Demikian juga inisiatif transformasi pendidikan vokasional. Pemetaan dan
perencanaan transformasi ini turut mengambil kira amalan negara lain, khususnya
negara ekonomi pendapatan tinggi, dalam mengelola dan menuai hasil daripada
sistem pendidikan dan latihan vokasional mereka. Antara negara tersebut ialah
Peranchis, Finland, Jerman, Korea Selatan dan Singapura.
Negara-negara ekonomi pendapatan tinggi tersebut unik daripada sudut sumber
kemakmurannya yang tidak bergantung kepada hasil bumi tetapi dijana oleh
rakyatnya yang berilmu, berkemahiran dan mempamerkan watak profesional dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.
Eksport utama negara Finland misalnya, ialah perkakasan elektrik dan elektronik,
perkakasan telekomunikasi, kertas dan hasilan kertas bernilai tambah, kenderaan
dan peralatan kenderaan, pelbagai jenis kapal dan kenderaan pengangkutan marin,
dan bahan-bahan kimia industri. Demikian juga Korea Selatan, rakyatnya menghasilkan
kereta dan komponen kereta, perkakasan elektronik pengguna dan industri,
pelbagai kenderaan marin, perkakasan telekomunikasi digital, mesin pemprosesan
data automatik, dan komponen-komponen mesin industri dan mesin pengguna untuk
masyarakat antarabangsa.
Malah Singapura yang saiz buminya hampir 500 kali lebih kecil daripada Malaysia
merupakan negara perdagangan yang mengeksport pelbagai keperluan negara
serantau seperti China, Hong Kong, Indonesia dan Malaysia antara yang utama
ialah litar elektronik bersepadu, mikropepasang elektronik, produk berasaskan
petroleum, komponen mesin industri, dan bahan kimia industri.

25

Jadual 1 menunjukkan keluasan, jumlah penduduk, KDNK per kapita dan GNI per
kapita negara-negara tersebut.
Jadual 1 Perangkaan am dan petunjuk ekonomi
negara ekonomi pendapatan tinggi* terpilih dan Malaysia, 2008.
Petunjuk

Peranchis

Finland

Jerman

Korea Selatan

Singapura

Malaysia

551,500

338,419

357,114

99,678

705

330,803

62

82

48

27

KDNK per kapita


(US$, semasa)

44,675.4

51,409.2

44,362.8

19,295.5

39,423.2

8,197.0

GNI per kapita


(US$, semasa)

44,971.8

51,054.3

45,084.6

19,421.8

38,346.5

7,921.2

Keluasan
(kilometer persegi)
Penduduk
(juta)

Sumber:
dalam laman web UNdata < http://data.un.org > (30/5/2011). UNdata ialah pangkalan
data digital negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diterbitkan oleh United Nations Statistics
Division.
*Bank Dunia mentakrifkan negara ekonomi pendapatan tinggi sebagai negara yang GNI per kapitanya tidak
kurang daripada US$12,196 pada tahun 2009. Sumber: How we Classify Countries dalam laman web The World
Bank < http://www.worldbank.org > (30/5/2011).

Kajian mendapati bahawa penyumbang kepada produktiviti yang diukur oleh


KDNK per kapita dan daya saing rakyat negara-negara tersebut ialah pendidikan.
Penelitian terhadap lanskap sektor pendidikan itu pula menunjukkan kewujudan
kerja mahir, bertauliah dan berwatak profesional. Segmen itu ialah pendidikan
vokasional.

Pendidikan Vokasional di Peranchis


Rajah 7 menunjukkan, secara umum, lanskap pendidikan vokasional di Peranchis.

Rajah 7 Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan Peranchis.

26

Murid pendidikan menengah atas di Peranchis menjalani pendidikan teknik dan


vokasional secara intensif selama tiga tahun di sekolah teknik, sekolah profesional
dan pusat perantisan yang pembelajarannya mengandungi 70 peratus elemen
vokasional :

Sekolah teknik menyediakan pendidikan bidang teknik yang membawa


kepada penganugerahan diploma (Technical Baccalaureat) dalam jurusan
industri, seni dan reka bentuk, insurans dan perbankan, kosmetik dan terapi,
alam sekitar, pelancongan dan perhotelan, dan muzik dan drama. Lulusan
sekolah teknik dapat menyertai alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi di IPT.

Sekolah profesional menyediakan pendidikan vokasional yang membawa


kepada penganugerahan diploma (Professional Baccalaureat) dalam jurusan
industri berasaskan kayu, seni dan kraftangan, perusahaan bakeri,
pembinaan, seni bina, pelukis pelan, pereka bentuk, tekstil, fesyen dan muzik.
Lulusan sekolah profesional dapat menyertai alam pekerjaan atau melanjutkan
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPT.

Pusat perantisan menyediakan pendidikan dan latihan vokasional yang


membawa kepada penganugerahan sijil kemahiran (
Aptitude dan
) semua jenis kerja sokongan
dalam sektor perkhidmatan, sektor perindustrian dan sektor perdagangan.
Antara contoh program perantisan ialah tukang emas, pembuat coklat,
penggubah bunga, pembuat dan pembaik pulih jam dan penala piano. Lulusan
pusat perantisan dapat menyertai alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian
peringkat diploma di sekolah profesional.

Pendidikan Vokasional di Finland


Sistem pendidikan vokasional Finland dikelolakan menerusi peruntukan undangundang Vocational Education and Training Act and Decree serta diterajui oleh pihak
industri dan ahli profesional yang bermuafakat dalam National Education and
Training Committee dan National Co-ordination Group for Education and Training.
Rajah 8 menggambarkan secara umum lanskap pendidikan vokasional di Finland.

27

Rajah 8 Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan Finland.

Hampir 50 peratus murid pendidikan menengah atas di Finland menuntut di kolej


vokasional yang menyediakan pendidikan dan latihan vokasional intensif selama tiga
tahun dengan 75 peratus kandungan kurikulumnya ialah kemahiran vokasional dan
latihan dalam kerja (OJT). Orientasi kurikulum kolej vokasional Finland ialah
kemahiran untuk bekerja dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
dalam jurusan vokasional atau jurusan teknologi. Oleh itu guru-guru pendidikan
vokasional mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman industri dan
menjalani latihan pedagogi intensif selama sekurang-kurangnya setahun.
Bidang pengajian utama kolej vokasional Finland ialah pengajian sumber asli,
teknologi dan pengangkutan, perniagaan dan pentadbiran, pelancongan, penyajian
makanan dan ekonomi rumahtangga, sains sosial dan sains kesihatan, kebudayaan,
pendidikan dan kemanusiaan, dan sains tabii.

Pendidikan Vokasional di Jerman


Belajar semasa bekerja atau learning on-the-job merupakan komponen tradisi dalam
sistem pendidikan Jerman. Oleh itu pendidikan vokasional sangat sebati dengan
keseluruhan sistem pendidikan negara itu. Matlamatnya ialah memupuk kompetensi
profesional yang komprehensif bagi sesuatu bidang pekerjaan.
Kurikulum pendidikannya pula tidak digubah semata-mata untuk memenuhi
kehendak pasaran kerja, tetapi turut mengandungi elemen bagi memenuhi
keperluan individu untuk menguasai ilmu, kemahiran dan pelbagai kompetensi yang
dapat menyerlahkan watak profesional individu tersebut sama ada sebagai pekerja
mahupun sebagai usahawan. Prinsip yang diguna pakai dalam mereka bentuk
program latihan vokasional ialah kandungannya seboleh mungkin umum berkenaan
bidang vokasional yang ingin dikuasai dan sedapat mungkin khusus mengikut
bidang atau subbidang pekerjaan yang akan dilaksanakan.

28

Pada masa ini, pendidikan vokasional Jerman


dimantapkan dengan unsur-unsur untuk
mengekalkan daya saing negara itu sebagai
negara pengeksport. Unsur-unsur tersebut ialah
bahasa-bahasa perdagangan antarabangsa,
tabiat pasaran dalam negara sasaran eksport
dan budaya korporat.
Warga muda Jerman yang berusia antara enam
hingga 18 tahun wajib menjalani pendidikan dan
latihan. Setelah menamatkan persekolahan asas
(pendidikan rendah dan menengah rendah),
mereka sama ada meneruskan pengajian
akademik peringkat menengah atas atau
mengikuti pendidikan vokasional selama tiga
tahun di sekolah vokasional separuh masa
dalam sistem dual.

Sistem dual bermaksud latihan


vokasional dilaksanakan di dua pusat
pembelajaran:

Entiti industri atau perusahaan.


Sekolah vokasional.

Biasanya latihan vokasional ini


mengambil masa selama tiga tahun.
Objektif latihan ialah untuk
memperlengkap warga muda Jerman
dengan kompetensi yang diperlukan
oleh pekerja mahir yang bertauliah.
Dalam sistem dual juga terdapat
sekolah teknik atas (Fachoberschulen)
dan sekolah vokasional atas
(Berufsoberschulen) yang mengajar
teori dan kemahiran pekerjaan yang
khusus serta menganugerahkan sijil
untuk melanjutkan pengajian ke IPT.

Rajah 9 menggambarkan model pendidikan vokasional dalam sistem dual Jerman.

Rajah 9 Model pendidikan vokasional dalam sistem dual Jerman.

Lepasan pengajian akademik peringkat menengah atas kemudiannya menyertai


sekolah vokasional sepenuh masa yang menyediakan mereka untuk bekerja
sebagai pekerja mahir atau menyertai latihan vokasional dalam sistem dual atau
mengikuti pendidikan vokasional lanjutan sama ada di akademi vokasional atau
universiti.

29

Lepasan sistem dual, yang merupakan segmen terbesar dalam sistem pendidikan
Jerman serta menerima lebih dua pertiga murid lepasan menengah rendah,
memiliki kemahiran vokasional yang diiktiraf oleh industri dan menjadi pekerja mahir
yang menyerlahkan watak profesional. Mereka bukan sahaja mempunyai kemahiran
kebolehkerjaan, tetapi juga kemahiran untuk menjalani latihan berterusan dalam
melaksanakan pekerjaan, terutamanya latihan berkenaan proses kerja baharu yang
menggunakan teknologi baharu dalam persekitaran perkerjaan yang berubah
dengan pantas.
Rajah 10 memaparkan secara umum lanskap pendidikan vokasional dalam sistem
pendidikan Jerman.

Rajah 10 Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan Jerman.

Kualiti sistem pendidikan vokasional Jerman sedemikian rupa kerana


pengelolaannya bukan sahaja dikendalikan oleh pakar pendidikan dan latihan
vokasional, malah mendapat pimpinan dan khidmat sokongan pembangunan
daripada suatu badan yang menghimpunkan wakil-wakil kerajaan, industri,
perusahaan dan pertubuhan pekerja. Badan tersebut ialah Institut Pendidikan dan
Latihan Vokasional Persekutuan (BIBB) yang ditubuhkan pada tahun 1970 di bawah
Vocational Education and Training Act 1969. Institusi ini bertanggungjawab memeta
haluan strategik pembangunan pendidikan dan latihan vokasional, memberikan
khidmat perundingan berkenaan standard dan pengiktirafan, penyelidikan dan
penajaan.

30

Pendidikan Vokasional di Korea Selatan


Institusi utama dalam sistem pendidikan vokasional di Korea Selatan ialah sekolah
tinggi profesional yang menyediakan pendidikan vokasional dalam bidang pertanian,
perikanan, ekonomi rumahtangga, kejuruteraan, perindustrian, perniagaan dan
pengajian maritim. Sekolah tinggi profesional merupakan hasil penjenamaan semula
sekolah tinggi vokasional bagi menarik lebih banyak enrolmen murid dalam bidangbidang vokasional yang ditawarkan. Selain menyediakan murid dengan kompetensi
pekerjaan, sekolah tinggi profesional juga menjadi laluan murid menengah atas ke
IPT.
Rajah 11 menunjukkan lanskap pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan
Korea Selatan.

Rajah 11 Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan Korea Selatan.

Bermula pada tahun 2010 Kerajaan Korea Selatan melaksanakan transformasi


pendidikan vokasional dengan menubuhkan Sekolah Tinggi Meister membina
sekolah baharu, menaik taraf sekolah tinggi profesional sedia ada, dan menaik taraf
sekolah tinggi perindustrian milik swasta yang ditanda aras kepada sekolahsekolah vokasional seumpamanya di Jerman. Sekolah ini mengkhususkan pendidikan
dan latihan vokasional yang bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri
berimpak tinggi seperti pembinaan kapal, kejuruteraan mekanikal, pembuatan
animasi dan penyediaan makanan.
Satu lagi institusi penting dalam sistem pendidikan vokasional Korea Selatan ialah
Korea Research Institute for Vocational Education and Training (KRIVET) yang
ditubuhkan pada tahun 1997 untuk merealisasikan matlamat dasar pembangunan
sumber manusia dan mempertingkatkan kompetensi vokasional tenaga pekerjanya.

31

Antara peranan KRIVET ialah:

Menyokong jaringan pihak berkepentingan dalam pendidikan dan latihan


teknik dan vokasional.
Melaksanakan penyelidikan berkenaan pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional.
Menggiatkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pengauditan institusi pendidikan dan latihan vokasional.
Pengantarabangsaan pendidikan dan latihan vokasional.
Pengumpulan, pengelolaan dan penataran maklumat berkenaan pendidikan
dan latihan vokasional.

Pendidikan Vokasional di Singapura


Sistem pendidikan vokasional Singapura bermula pada peringkat menengah
menerusi institusi sekolah menengah normal (teknik) (SNT). Sekolah ini
melaksanakan kurikulum pendidikan vokasional selama empat tahun untuk murid
yang cenderung dalam aspek teknik dan vokasional. Enrolmen di SNT ialah kira-kira
15 peratus daripada kohort murid sekolah menengah.
Menerusi pengajian di SNT murid berpeluang menyempurnakan pendidikan asas
selama 10 tahun dengan kelayakan GCE N Level dan dapat meneruskan
pengajian pascamenengah di Institute of Technical Education (ITE). Oleh itu
kurikulum SNT digubah supaya menumpukan kepada kaedah pembelajaran
berorientasikan amali atau practice-oriented learning bagi memantapkan asas
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan apabila menyertai ITE.

Rajah 12 Lanskap pendidikan vokasional dalam sistem pendidikan Singapura.

32

Dalam sistem pendidikan vokasional Singapura, ITE merupakan institusi utama


sebanyak 25 peratus lepasan pendidikan menengah menyertai ITE setiap tahun
yang bukan sahaja menjalankan pendidikan teknik dan vokasional untuk
menghasilkan tenaga kerja berkemahiran, malah bertanggungjawab membangunkan
standard dan sijil kemahiran pekerjaan negara itu.
Pada masa ini ITE mengelolakan pendidikan yang membawa kepada penganugerahan
kelayakan berikut:

Sijil ITE (Nitec) yang setaraf dengan GCE Ordinary/Normal Level.


Higher Nitec yang setaraf dengan GCE Ordinary/Normal Level jurusan
akademik.
Sijil Master Nitec iaitu kelayakan Nitec berserta tiga tahun pengalaman
bekerja. Program ini merupakan pengajian separuh masa dan dilaksanakan
secara kolaborasi dengan industri. Struktur kurikulumnya ditanda aras kepada
program Meister di negara Jerman.
Diploma Jurutera Teknik (TED) dalam bidang teknologi mesin, teknologi
automotif dan seni kulinari.

ITE melaksanakan tiga langkah berikut untuk memastikan kurikulum pendidikannya


memenuhi keperluan dan diiktiraf oleh industri :

Menggunakan kaedah DACUM (Developing-A-Curriculum) dalam penggubalan


kurikulum. Kaedah ini diiktiraf oleh komuniti pendidikan tinggi antarabangsa
dalam kerja-kerja pembinaan kurikulum pembelajaran bersama pihak industri.
Menubuhkan pusat teknologi dan pusat kecemerlangan tajaan industri.
Pensijilan bersama dengan rakan industri untuk sesuatu program pengajian
yang direka bentuk khas untuk melahirkan pekerja mahir rakan industri
berkenaan.

Satu lagi institusi dalam sistem pendidikan vokasional Singapura ialah NorthLight
School yang ditubuhkan pada tahun 2006. Sekolah ini melaksanakan kurikulum
yang direka bentuk khas untuk murid yang telah menduduki peperiksaan Primary
School Leaving Examination (PSLE) tetapi gagal memenuhi syarat minimum bagi
melanjutkan pengajian ke sekolah menengah.
Kurikulum sekolah ini bertujuan memotivasi murid, membina asas akademik dan
mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi
melaksanakan tanggungjawab di tempat kerja dan seterusnya melibatkan diri dalam
pembelajaran sepanjang hayat. Pendekatan P&P di sekolah ini ialah pembelajaran
menerusi pengalaman atau experiential learning yang menjurus kepada pemantapan
emosi dan penyuburan harga diri.
Bagi mencapai tujuan tersebut, kurikulum NorthLight School terdiri daripada tiga
komponen pendidikan asas, pendidikan jati diri, dan pendidikan vokasional.
Komponen pendidikan vokasional di sekolah ini meliputi tiga aspek berikut:

33

Latihan vokasional untuk menerapkan kompetensi dan kemahiran bekerja.


Latihan kemahiran prapekerjaan untuk melengkapkan murid dengan
kemahiran asas mencari kerja seperti etika kerja, penulisan surat permohonan
kerja, penampilan diri dan kemahiran menghadiri temu duga.

Lepasan NorthLight School dianugerahkan Sijil Kemahiran ITE tahap dua (ISC2)
dan dijangkakan dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri dan kesejahteraan
komuniti.

34

PENGGERAK TRANSFORMASI
PENDIDIKAN VOKASIONAL
Daya upaya modal insan dan khazanah sumber Kementerian Pelajaran Malaysia,
khususnya warga BPTV dan warga SMT dan SMV, digabung jalin, digembleng dan
digerakkan ke arah penjanaan transformasi pendidikan vokasional bagi mencapai
satu visi dan menyempurnakan satu misi sepunya yang terbit daripada seperanggu
nilai teras yang menjadi pegangan bersama.

Visi Pendidikan Vokasional


Pendidikan vokasional laluan pendidikan terunggul untuk kecemerlangan kerjaya.
Keunggulan pendidikan vokasional yang dihasilkan oleh inisiatif transformasi ini
terbentuk daripada unsur pendidikan yang berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah lebih memperkembang potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan,
berketerampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.1
Keunggulan pendidikan vokasional ini menjadi acuan penempaan modal insan
unggul menerusi penerapan nilai murni, penurapan nilai aspirasi, penyuburan sikap
positif, penguasaan ilmu dan pengasahan kemahiran. Modal insan unggul keluaran
model pendidikan vokasional ini membawa bersamanya kecintaan kepada budaya
pembelajaran sepanjang hayat. Dengan demikian keinginan untuk terus belajar dan
berlatih
Kecemerlangan kerjaya lulusan pendidikan vokasional ini tercapai menerusi program
latihan yang berorientasikan pembelajaran berasaskan kerja. Orientasi work-based
learning (WBL) ini memungkinkan kandungan ilmu dan kemahiran yang dibekalkan
kepada murid sentiasa dipertingkatkan dan diselaraskan supaya menepati keperluan
baharu dalam industri, perniagaan dan masyarakat.
1

Akta Pendidikan 1996

35

Misi Pendidikan Vokasional


Memberikan pendidikan dan latihan vokasional yang inovatif
untuk memenuhi keperluan individu, masyarakat, industri dan negara.
Komitmen untuk memberikan pendidikan dan
PRINSIP KERJA X-PLUS
latihan vokasional yang inovatif adalah
1
selari dengan prinsip kerja X-PLUS prinsip
X untuk cemerlang (excellence)
kerja yang mengutamakan prestasi aras
P untuk pengetahuan
L untuk latihan
cemerlang, bersumberkan pengetahuan yang
U untuk usaha
terkini, berasaskan latihan peningkatan
S untuk sepasukan
profesionalisme yang intensif dan berterusan,
didorong oleh ketekunan dan kesungguhan
usaha, dan semangat sepasukan yang menjadi amalan warga profesional
Kementerian Pelajaran Malaysia pada segenap peringkat.
Inovasi dalam gerak kerja pendidikan dan latihan vokasional menjadi prasyarat
kesempurnaan pengembangan bakat dan potensi individu, khususnya dalam aspek
kemajuan kerjaya, daya keusahawanan, kebijaksanaan dan partisipasi aktif dalam
pelbagai entiti masyarakat sivil. Ini bermakna lulusan pendidikan vokasional wajib
dilengkapkan dengan gugusan kompetensi yang sangat kritikal kepada daya saing
industri, kemahiran teknik, kemahiran insaniah dan kemahiran kompetitif.
Tekad untuk memberikan pendidikan dan latihan vokasional yang memenuhi
keperluan industri, masyarakat dan negara merupakan kesinambungan hasrat Dasar
Pelajaran Kebangsaan untuk menghasilkan modal insan sebagaimana yang
diperakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan DasarDasar Pelajaran (1974):
Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat
yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi
bilangan jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki,
bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu
diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi
terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap,
sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai
dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang
mulia.Tegasnya, individu yang dilahirkan daripada sistem
persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan
pembangunan kemanusiaan.2

1
2

Haluan Kerja Pendidikan (2011)


Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar-Dasar Pelajaran (1979). Muka surat 227.

36

Nilai Teras Penggerak Transformasi Pendidikan Vokasional


Responsif, inovatif dan kolaboratif inilah tiga nilai teras yang mencetuskan
dan menggerakkan inisiatif transformasi pendidikan vokasional ini. Nilai-nilai ini juga
menjadi kompas yang menjuruskan arah haluan transformasi, sekali gus
menyatukan sudut pandangan tenaga kerja profesional BPTV yang menjulang obor
menuju garis cemerlang pendidikan vokasional negara.

Responsif
Inisiatif transformasi ini merupakan usaha untuk membangunkan program
pendidikan dan latihan vokasional bagi mencapai matlamat jangka pendek dan
jangka panjang. Dengan demikian perencanaan strategiknya digubah sedemikian
cara bagi mengupayakan Kementerian Pelajaran Malaysia menggembleng sumber
dan daya upayanya serta mengelola tindakan-tindakannya mengikut perubahan dan
perkembangan dalam persekitaran nasional, serantau dan antarabangsa.
Perencanaan dan tindakan strategik transformasi ini sendiri merupakan natijah sifat
responsif jentera pendidikan negara terhadap dinamika sosioekonomi sejagat demi
memastikan kekuatan daya upayanya menangani, mengurus, memimpin dan
menjuarai perubahan.
Dalam konteks ini, perumusan visi dan misi transformasi pendidikan vokasional
mengambil kira faktor-faktor luaran ilmu baharu, teknologi baharu, persaingan
yang semakin sengit, keperluan individu, keperluan masyarakat, keperluan industri
dan keperluan negara yang juga berubah dan berkembang dengan pesat. Ini juga
bermakna strategi yang kompetitif wajib disusun ke arah penyempurnaan misi
pendidikan dan latihan. Demikian juga pembentukan organisasi baharu serta
penambahbaikan organisasi sedia ada supaya sumber dapat digemblengkan
seoptimumnya ke arah pelaksanaan strategi yang kompetitif itu.
Pendidikan vokasional yang terbit daripada perencanaan yang responsif ini juga
merupakan institusi dan program yang responsif kepada kehendak dan keperluan
baharu individu, masyarakat, industri dan negara. Sifat responsif tersebut tergambar
dengan nyata dalam kurikulum, amalan pengajaran dan pembelajaran, etika
kepimpinan dan pengurusan, dan pengukuran prestasi yang mengutamakan
keberhasilan (outcome) dan impak (impact).

Inovatif
Pemacu inovasi dalam pendidikan vokasional ialah kepimpinan yang altruistik dan
kreatif, reka bentuk kurikulum yang berorientasikan keperluan setiap indvidu pelajar,
dan khidmat pengajaran dan bimbingan oleh profesional dalam sesuatu bidang
pengajian. Amalan kepimpinan, reka bentuk dan pelaksanaan kurikulum dan
tatacara pengajaran dan bimbingan itu pula sentiasa disemak, dinilai, diubah dan
ditambah nilai.

37

Warga profesional yang memacu dan menggerakkan transformasi ini dan pendidikan
vokasional yang terhasil kemudiannya percaya bahawa kejayaan merealisasikan visi
dan menyempurnakan misi sangat bergantung kepada bentuk dan bagaimana
tindakan dilakukan. Oleh itu aspek kreativiti menjadi elemen utama pengukuran
prestasi kepimpinan, sumber manusia, perancangan strategik dan proses kerja.
Natijah daripadanya ialah penyuburan budaya inovasi dalam organisasi pendidikan
vokasional pada segenap peringkat.

Kolaboratif
Wawasan, misi, matlamat dan objektif pendidikan vokasional direalisasikan menerusi
pemuafakatan dan persekutuan strategik dengan semua pihak yang berkepentingan
(stake holders) komuniti setempat, institusi pengajian tinggi, institusi penyelidikan,
institusi standard dan pelesenan, pertubuhan ikhtisas, usahawan dan peneraju
industri.
Asas pendekatan kolaboratif dalam inisiatif tranformasi ini dan pendidikan vokasional
yang terbit daripadanya ialah keyakinan bahawa setiap organisasi, kerana
objektifnya dan persekitarannya berbeza, akan mendekati sesuatu permasalahan
dengan sudut pandangan dan strategi yang berbeza.
Demikian juga dengan tuntutan masyarakat dan aspirasi negara yang semakin
meningkat serta mengutamakan keberhasilan kerja. Maka pengendalian organisasi
dan pengelolaan program perlu ditanda aras pada mod efektif.
Organisasi dan program yang efektif menuntut kebijaksanaan dalam penggemblengan
sumber, perkongsian maklumat dan penggabungan strategi. Jalan penyelesaiannya
ialah amalan kolaboratif pada peringkat kepimpinan, pengurusan dan tenaga kerja
profesional.

38

Sisipan 4

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

20002010

2010

Inisiatif transformasi pendidikan vokasional bermula.

2009

Pengenalan semula aliran kemahiran di SMV. Pelajar aliran kemahiran


menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran
Malaysia.

2006
20052010
2003

MPAV dilaksanakan sepenuhnya di semua SMV.


Agenda pemerkasaan SMT dan SMV menerusi agenda Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.
Mata pelajaran aliran vokasional (MPAV) mula diperkenalkan di SMV.

1995
1993
19901999

19911995

1987
19801989

1982
1980
1978
1974

Sebanyak 69 buah SMV dinaik taraf kepada SMT.


BPTV dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Teknikal.
Bilangan SMV meningkat kepada 70 buah.
Pembinaan lapan buah Sekolah Menengah Teknik baharu. Penawaran
mata pelajaran teknik di sekolah berasrama penuh, sekolah kawalan,
sekolah premier dan sekolah menengah kebangsaan.
Kursus dan kurikulum SMV disemak dan diperbaharui dengan
memperkenalkan Kursus Kemahiran Khusus
Bilangan SMV meningkat kepada 29 buah.
Pelajar-pelajar vokasional berpeluang mengambil ujian Lembaga Latihan
Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK)
Penyusunan semula kurikulum SMV. Sukatan pelajaran baru
diperkenalkan.
Pengoperasian 18 buah SMV di seluruh negara.

19701979
1968
1965
1964

19601969

19001959

1962
1961

Bermulanya era SMV dengan tujuh buah sekolah.


Sistem Pelajaran Aneka Jurusan (Komprehensif) empat aliran di
Pendidikan menengah rendah: Seni Perusahaan, Sains Pertanian,
Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.
Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional (BPTV)
ditubuhkan sebagai agensi pusat untuk mengelola Sekolah Menengah
Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV).
Lahirnya Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962. Institut
Teknik ditukar kepada Sekolah Menengah Teknik.
Jurusan akademik dan jurusan vokasional pada peringkat menengah
atas.

1957

14 buah Sekolah Tukang ditubuhkan

1956

Sekolah Teknik Treacher ditukar kepada Institut Teknik.

1946

Sekolah Pertanian dinaik taraf kepada Kolej Pertanian.

1941

Sekolah Teknik dinaik taraf kepada Maktab Teknik.

1931

Sekolah Pertanian, Serdang.

1926

Trade School, Kuala Lumpur. Penubuhan Sekolah Teknik.

1905

Sekolah teknik pertama: Sekolah Teknik Treacher, Kuala Lumpur.

39

40

Pelan Tindakan Strategik


Transformasi Pendidikan
Vokasional

41

42

PELAN TINDAKAN STRATEGIK


TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL
Matlamat transformasi pendidikan vokasional ialah untuk membentuk lepasan
pendidikan vokasional yang bersedia menyertai pasaran kerja, menjadi usahawan
berdaya saing dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut menjelang tahun 2020, pelan tindakan
strategik transformasi pendidikan vokasional dirangka dan direncanakan dengan
lima objektif khusus.

Objektif Pertama

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah


yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh badanbadan pensijilan kebangsaan dan Kerajaan.

Objektif Kedua

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah


yang bersedia melanjutkan pengajian vokasional ke
peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Ketiga

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang


memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh badan-badan
pensijilan kebangsaan dan Kerajaan.

Objektif Keempat

Menghasilkan lepasan pendidikan menengah atas yang


berupaya menjadi usahawan oleh badan-badan pensijilan
kebangsaan dan Kerajaan.

Objektif Kelima

Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian


Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan transformasi
pendidikan vokasional.

43

Lima objektif tersebut akan dicapai menerusi pelaksanaan lima strategi dalam
tempoh 20112020 yang dibahagikan kepada tiga fasa fasa lonjakan, fasa
peningkatan dan fasa pemerkasaan.

Fasa lonjakan dari tahun 2011 hingga penghujung tahun 2013.


Fasa peningkatan dari tahun 2014 hingga penghujung tahun 2016.
Fasa pemerkasaan dari tahun 2017 hingga penghujung tahun 2020.

Lima strategi transformasi pendidikan vokasional:


Strategi 1

Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja
serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.

Strategi 2

Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja
serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.

Strategi 3

Mempergiat usaha kolaborasi dengan rakan strategik dalam


industri bagi memperluas akses dan menjamin kualiti
pendidikan vokasional dan mempertingkatkan kebolehkerjaan
lulusan pendidikan vokasional.

Strategi 4

Menyediakan mekanisme pentaksiran yang menjurus kepada


pentauliahan dan pengiktirafan lulusan pendidikan vokasional.

Strategi 5

Mempertingkatkan daya upaya organisasi pendidikan


vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelima-lima strategi tersebut diterjemahkan ke dalam bentuk lima inisiatif yang


mengandungi sebelas tindakan strategik seperti berikut:

44

45
Inisiatif 5:
Transformasi organisasi pendidikan vokasional.

Inisiatif 3:
Kolaborasi dengan industri.

Strategi 3:
Mempergiat usaha kolaborasi dengan rakan strategik
dalam industri bagi memperluas akses dan menjamin
kualiti pendidikan vokasional serta mempertingkatkan
kebolehkerjaan lulusan pendidikan vokasional.

Strategi 5:
Mempertingkatkan daya upaya organisasi pendidikan
vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.

Inisiatif 2:
Transformasi institusi pendidikan vokasional.

Strategi 2:
Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang
dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran
untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Inisiatif 4:
Transformasi pentaksiran pendidikan vokasional.

Inisiatif 1:
Transformasi kurikulum pendidikan vokasional.

Strategi 1:
Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang
dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran
untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

Strategi 4:
Menyediakan mekanisme pentaksiran yang menjurus
kepada pentauliahan dan pengiktirafan lulusan
pendidikan vokasional.

Inisiatif

Strategi

Tindakan 11:
Memperkasakan sumber manusia pendidikan vokasional
menerusi penambahbaikan skim perkhidmatan.

Tindakan 10:
Memperkasakan sumber manusia pendidikan
vokasional menerusi latihan.

Tindakan 9:
Mewujudkan Sektor Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Tindakan 8:
Melaksanakan pentaksiran berasaskan standard kompetensi
vokasional.

Tindakan 7:
Menubuhkan Majlis Penasihat Pendidikan Vokasional
Kebangsaan.

Tindakan 6:
Menubuhkan Kolej Vokasional (Swasta) Menerusi Inisiatif
Pembiayaan Swasta.

Tindakan 5:
Menubuhkan Kolej Vokasional Agensi Awam Lain.

Tindakan 4:
Menubuhkan Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Tindakan 3:
Mewujudkan Program Pendidikan Asas Vokasional.

Tindakan 2:
Melaksanakan Kurikulum Kolej Vokasional.

Tindakan 1:
Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Asas
Vokasional.

Tindakan

46

STRATEGI 1

Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang


dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran
untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

INISIATIF 1

Transformasi kurikulum pendidikan vokasional.

TINDAKAN 1

Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional.

Rasional
Dalam sistem pendidikan kebangsaan pada masa ini, tiada aliran vokasional pada
peringkat menengah rendah. Elemen pendidikan teknik dan vokasional hanya diajar
sebagai mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sebanyak tiga waktu
seminggu dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata pelajaran ini merupakan
kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang
diperkenalkan kepada murid tahun empat, tahun lima dan tahun enam pada
peringkat pendidikan rendah.
KHB, sebagaimana yang dijelaskan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3,
merupakan mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini
diolah untuk merangsang daya kreativiti dan daya inovasi murid. Matlamatnya
adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri. BPK selanjutnya menyatakan bahawa hala
tuju KHB ialah untuk memperkembang kebolehan murid dalam kemahiran teknologi,
kecenderungan mereka cipta dan semangat
keusahawanan.
Sistem pendidikan di
Aspek yang tidak disebut secara eksplisit dan
dimensi yang tidak diungkap secara tegas ialah
kemahiran vokasional dalam KHB. Ini bermakna
KHB tidak bermaksud memperkembangkan
kemahiran vokasional dan tidak juga berhasrat
menyediakan murid lepasan
pendidikan
menengah rendah untuk bekerja. Oleh itu,
kurikulum pendidikan menengah rendah,
termasuk kurikulum KHB, tidak mengandungi
kompetensi yang diperlukan oleh murid bagi
menyertai alam pekerjaan.
Ketiadaan kompetensi tersebut menyebabkan
murid, walaupun gred pencapaiannya dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang
pentaksirannya berorientasikan akademik itu
berada pada paras D (mencapai tahap
penguasaan minimum) atau E (tidak mencapai
tahap penguasaan minimum), tiada pilihan kecuali

47

Singapura menyediakan

kurikulum Normal (Technical) Course


untuk murid-murid lepasan sekolah
rendah yang tidak mempamerkan bakat
akademik dalam peperiksaan Primary
School Leaving Examination.
Kurikulum ini menyediakan murid,
dalam tempoh empat tahun, dengan
pengetahuan dan kemahiran vokasional
bagi meneruskan pengajian teknik dan
vokasional di ITE.
Orientasi kurikulum pendidikan
vokasional yang digubal sendiri oleh ITE
ini ialah pembelajaran menerusi amali
atau practice-oriented learning.
Pencapaian murid ditaksir menerusi
(Technical) Level Examination. Murid
yang lulus (gred D) sekurang-kurangnya
satu mata pelajaran dalam peperiksaan
tersebut akan dianugerahkan GCE
.
Pada tahun 2009, sebanyak 14 peratus
daripada murid lepasan sekolah rendah
tahun 2008 mengikuti pendidikan Normal
(Technical) Course.
Sumber: ChannelEducation.com.sg
< www.channeleducation.com.sg >
(3/6/2011)

melanjutkan persekolahan ke peringkat menengah atau tercicir daripada sistem


pendidikan kebangsaan.
Murid berkenaan mungkin mempunyai bakat dan potensi tertentu yang dapat
berkembang menjadi produktif sekiranya menjalani pendidikan yang berorientasikan
kemahiran vokasional. Mereka bukan sahaja dapat dilengkapkan dengan kemahiran
untuk bekerja, malah yang lebih penting ialah dilengkapkan dengan pengetahuan
asas teknologi, kemahiran asas vokasional dan sikap positif untuk menjalani latihan
kemahiran vokasional pada tahap yang lebih tinggi di institusi latihan kemahiran.
Menyedari senario ini, Mesyuarat Majlis Penasihat Pendidikan dan Latihan Bilangan
1/2008 pada 30 April 2008 menyarankan supaya Kementerian Pelajaran Malaysia
menambah mata pelajaran aliran teknik dan vokasional serta memperkenalkan
pendidikan aliran vokasional pada peringkat yang lebih awal.
Berikutan dengan saranan tersebut, Mesyuarat Memperkasakan Pendidikan Teknik
dan Vokasional pada 25 Julai 2008 memutuskan supaya pendidikan vokasional
diperkenalkan kepada murid bermula pada peringkat tingkatan satu. Manakala
Mesyuarat Jabatan Pendidikan Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia pada
12 Ogos 2008 telah mengemukakan Pelan Tindakan Memperkasakan Pendidikan
Teknik dan Vokasional (PTV) dengan cadangan untuk mewujudkan aliran asas
kemahiran seawal peringkat menengah rendah dan memulakan pelaksanaannya
dalam RMK-10.

Konsep Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional


Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional Kurikulum ialah kurikulum pembelajaran
untuk murid yang mengikuti aliran pendidikan vokasional pada peringkat menengah
rendah. Aliran pendidikan ini dikenali sebagai Program Pendidikan Asas Vokasional
(PAV).
Komponen Kurikulum PAV ialah jati diri, keusahawanan, teknologi vokasional dan
kemahiran asas vokasional. Model skematik Kurikulum PAV ialah seperti Rajah 13.
Jati Diri

Keusahawanan

Teknologi
Vokasional

Kemahiran
Vokasional

Rajah 13 Model Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional.

48

Komponen jati diri terdiri daripada tiga dimensi komunikasi, patriotisme dan
sahsiah. Mata pelajaran bagi setiap dimensi adalah seperti berikut:

Dimensi Komunikasi

Bahasa Malaysia Komunikasi


English for Communication

Dimensi Sahsiah

Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral


Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Gerak kerja kokurikulum yang meliputi aktiviti sukan,
badan beruniform, dan kelab dan persatuan.

Dimensi Patriotisme

Sejarah

Komponen teknologi vokasional pula terdiri daripada satu dimensi iaitu teknologi.
Mata pelajaran bagi dimensi ini ialah Teknologi Vokasional yang mengandungi tiga
bidang pengajian bidang sains untuk vokasional, matematik untuk vokasional dan
teknologi maklumat untuk vokasional.
Komponen kemahiran vokasional juga terdiri daripada satu dimensi iaitu kemahiran
vokasional asas. Mata pelajarannya ialah Kemahiran Vokasional Asas yang
mengandungi enam bidang kemahiran kemahiran teknologi, kemahiran pertanian,
kemahiran ekonomi rumahtangga, kemahiran pendidikan, kemahiran kraftangan
dan kemahiran perdagangan. Setiap bidang kemahiran menjurus kepada beberapa
pengkhususan mengikut keperluan industri setempat dan minat murid.
Komponen kemahiran keusahawanan diterapkan dan dikembangkan menerusi
pendekatan merentas kurikulum, iaitu disisipkan ke dalam setiap gerak kerja
pengajaran, pembelajaran dan latihan semua dimensi dan semua mata pelajaran.
Ringkasan konsep Kurikulum PAV ditunjukkan pada Jadual 2.

49

Jadual 2 Ringkasan konsep


Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional.
KURIKULUM PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL
Komponen

Dimensi

Mata Pelajaran
1) Bahasa Malaysia

Komunikasi

2) Bahasa Inggeris

Patriotisme

3) Sejarah

Jati Diri

4) Pendidikan Islam/Pendidikan Moral


5) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Sahsiah

Teknologi
Vokasional
Kemahiran
Vokasional
Kemahiran
Keusahawanan

Kokurikulum (Sukan, badan beruniform,


kelab dan persatuan.)
6) Teknologi Vokasional (Bidang: Sains,
matematik dan teknologi maklumat.)

Teknologi

7) Kemahiran dalam bidang teknik,


pertanian, ekonomi rumah tangga,
kraftangan, perdagangan dan teknologi
maklumat dan komunikasi.

Kemahiran
Vokasional
Asas dan

Keusahawanan Merentas kurikulum.

Jadual 3 menunjukkan pengkhususan kemahiran bagi setiap bidang yang boleh


ditawarkan kepada murid pada fasa awal pelaksanaan pelan transformasi ini. Bidang
atau subbidang pengkhususan kemahiran lain wajar dimasukkan dalam senarai
penawaran supaya murid mempunyai pelbagai pilihan mengikut bakat dan minat
mereka. Pihak industri, terutamanya industri PKS dan industri dalam sektor
perkhidmatan, wajar juga dirundingi dari semasa ke semasa untuk menyatakan
keperluan mereka dan mengemukakan cadangan bidang atau subbidang
pengkhususan kemahiran.

50

Jadual 3 Senarai kursus


dalam komponen Kemahiran Vokasional.

Bidang Teknologi

1. Kimpalan Arka
2. Kimpalan Gas
3. Membuat Perabot
4. Binaan Bangunan
5. Perpaipan
6. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
7. Pendawaian Elektrik
8. Elektronik Audio Visual
9. Visual dan Animasi
10. Menservis Automotif
11. Menservis Motosikal
12. Dekorasi Dalaman
13. Seni Reka Tanda

Bidang Pertanian

14. Akuakultur
15. Tanaman

Bidang Ekonomi
Rumah Tangga

16. Pakaian dan Jahitan


17. Penyediaan dan Penyajian Makanan
18. Seni Kecantikan
19. Bakeri
20. Asuhan Kanak-Kanak

Objektif Kurikulum
Kurikulum PAV dirangka dalam konteks matlamat umum sistem pendidikan
kebangsaan untuk membentuk modal insan bersahsiah, berilmu dan berkemahiran.
Matlamat umum tersebut direalisasikan dengan perencanaan dan pelaksanaan
usaha pendidikan dan latihan untuk mencapai objektif khusus berikut:

Menyuburkan minat belajar untuk kecemerlangan diri.


Mencegah keciciran.
Menggilap bakat.
Membekalkan ilmu dan memupuk kemahiran untuk bekerja.
Memupuk watak profesional.
Menerapkan dan mengembangkan kompetensi keusahawanan.
Menjana budaya niaga.
Membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

51

Struktur Kurikulum
Dalam tempoh tiga tahun persekolahan peringkat menengah rendah daripada
tingkatan satu hingga tingkatan tiga murid menjalani PAV yang kurikulumnya
distrukturkan seperti berikut:

Domain kemahiran 70 peratus.


Domain akademik 30 peratus.
Penumpuan pengajaran dan pembelajaran mengikut komponen:
Jati diri sebanyak 33 peratus.
Teknologi vokasional sebanyak 7 peratus.
Kemahiran vokasional sebanyak 60 peratus.
Tiga tahap kemahiran vokasional:
Pravokasional (Tingkatan satu).
SKM1 (Tingkatan dua).
SKM2 (Tingkatan tiga).
Kompetensi keusahawanan merentas kurikulum.

Jadual 4 menunjukkan struktur Kurikulum PAV mengikut komponen, mata pelajaran


dan tingkatan persekolahan. Peratus penumpuan komponen teknologi vokasional
dan kemahiran vokasional ialah 54 peratus pada peringkat tingkatan satu dan 71
peratus pada peringkat tingkatan dua dan tingkatan tiga.

52

Jadual 4 Struktur Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional.


(BWS = Bilangan Waktu Seminggu, PP = Peratus Penumpuan)

Komponen

Dimensi

Komunikasi
Patriotisme
Jati Diri
Sahsiah

Teknologi
Vokasional

Kemahiran
Vokasional

Kemahiran
Keusahawanan

Tingkatan
Satu

Mata Pelajaran

Teknologi

Vokasional
Asas dan

Keusahawanan

1) Bahasa Malaysia
Komunikasi
2) English for
Communication

Tingkatan
Dua

Tingkatan
Tiga

BWS

PP

BWS

PP

BWS

PP

10

22%

14%

14%

3) Sejarah

9%

4%

4%

4) Pendidikan Islam /
Pendidikan Moral

9%

7%

7%

5) Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan

2%

2%

2%

Kokurikulum (Sukan,
badan beruniform,
kelab dan
persatuan)

4%

2%

2%

9%

4%

4%

6) Sains, matematik dan


TMK
7) Kemahiran dalam
bidang teknologi,
pertanian, ekonomi
rumah tangga,
pendidikan, kraftangan
dan perdagangan.

Pravokasional

SKM1

SKM2

20

45%

30

67%

30

67%

45

100%

45

100%

45

100%

Merentas kurikulum.

Jumlah

(Catatan: Peratus penumpuan komponen teknologi vokasional dan kemahiran vokasional pada
peringkat tingkatan satu ialah 54 peratus, manakala pada peringkat tingkatan dua dan tingkatan tiga
ialah 71 peratus.)

Pelan Pelaksanaan
Keberhasilan pelan tindakan membangunkan dan mengoperasikan Kurikulum PAV
ialah:

Lulusan PAV dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan Sijil


Kemahiran Malaysia Tahap 2.
Lulusan PAV memiliki kemahiran bekerja dan dapat menyertai alam
pekerjaan.
Lulusan PAV layak melanjutkan pengajian vokasional pada peringkat yang
lebih tinggi di Kolej Vokasional dan di institusi-institusi latihan kemahiran
awam dan swasta .

53

54

3. Menyediakan bengkel dan peralatan


yang mencukupi.

3. Mereka bentuk dan membangunkan


kurikulum.

7. IPGM melatih dan menghasilkan guru


PAV.

7. Menyediakan bahan sokongan P&P.

8. Orientasi pelaksanaan Kurikulum PAV


untuk pengurusan sekolah.

9. Melaksanakan projek rintis.

P&P.

6. Menyediakan anugerah biasiswa


pengajian pascasiswazah dalam aspek
pembangunan dan pengurusan
kurikulum vokasional.

melaksanakan latihan guru berkenaan


Kurikulum PAV.

5. Melatih dan merekrut guru PAV untuk


memikul tanggungjawab sebagai
penggubal kurikulum PAV.

4. Latihan peningkatan profesionalisme


penggubal kurikulum PAV.

2. Mengembangkan dan memantapkan


kandungan kurikulum.

2. Menubuhkan entiti pembangunan


Kurikulum PAV di BPK.

4. Menyediakan norma, brif dan

1. Menginstitusikan usaha kolaborasi


BPTV-industri untuk Kurikulum PAV.

1. Menggiatkan usaha kolaborasi BPTVindustri untuk pengembangan dan


pemantapan kandungan kurikulum.

1. Menubuhkan dan menggerakkan


pasukan petugas kolaborasi BPTVindustri untuk penggubalan kurikulum.

6. Mewujudkan jalinan kerjasama dengan


pusat kecemerlangan vokasional
serantau dan antarabangsa.

5. Mewujudkan komuniti profesional PAV.

4. Menyediakan grant penyelidikan


gunaan khusus untuk Kurikulum PAV.

3. Kolaborasi dengan IPT untuk


melaksanakan kerja-kerja penyelidikan
gunaan yang berkaitan dengan
Kurikulum PAV.

2. Kolaborasi dengan IPT untuk


penawaran program pengajian
Program Pendidikan Asas Vokasional.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

Fasa Peningkatan (20142016)

Fasa Lonjakan (20112013)

Tindakan

55

1. Urus setia tetap partisipasi industri


untuk Kurikulum PAV.
2. Program pengajian peringkat
prasiswazah dan pascasiswazah
Pendidikan Asas Vokasional
di IPT.
3. Laporan hasil penyelidikan gunaan
berkenaan Kurikulum PAV oleh sarjana IPT.
4. Senarai penerima grant penyelidikan
gunaan khusus untuk Kurikulum PAV
berserta laporan kemajuan penyelidikan.
5. Komuniti profesional PAV.
6. Laporan kerjasama dengan pusat
kecemerlangan vokasional serantau
dan antarabangsa.

1. Siri dialog BPTV-industri untuk


pengembangan dan pemantapan
kandungan kurikulum.
2. Dokumen Kurikulum PAV edisi kedua.
3. Laporan penilaian kualiti bengkel dan
peralatan
4. Siri latihan peningkatan profesionalisme
penggubal kurikulum PAV di institusi
latihan tempatan dan antarabangsa.
5. Siri latihan guru PAV sebagai
penggubal Kurikulum PAV.
6. Stok penggubal Kurikulum PAV.
Senarai penerima anugerah biasiswa
pengajian pascasiswazah dalam aspek
pembangunan dan pengurusan
kurikulum vokasional.
7. Laporan kemajuan latihan guru PAV di
IPGM.

1. Siri dialog BPTV-industri untuk


penggubalan kurikulum.
2. Dokumen Kurikulum PAV edisi pertama.
3. Dokumen norma, brif dan spesikasi
bengkel dan peralatan.
4. Siri latihan guru berkenaan Kurikulum
PAV.

P&P.
8. Siri taklimat dan seminar Kurikulum
PAV untuk pentadbir dan pengurus
sekolah.
9. Laporan pelaksanaan projek rintis.
10. Laporan JNJK berkenaan pemantauan
projek rintis.
11. Maklum balas industri.
12. Maklum balas ibu bapa.
13. Maklum balas murid.

peralatan.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

Fasa Peningkatan (20142016)

Fasa Lonjakan (20112013)

Petunjuk Prestasi Utama

Faktor Kritikal Kejayaan


Kejayaan usaha penyediaan Kurikulum PAV yang dapat menghasilkan modal insan
yang berkemahiran untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi bergantung kepada faktor kritikal berikut:

Kajian berterusan dan mendalam terhadap model kurikulum dan amalan


terbaik dalam penggubalan dan pelaksanaan kurikulum vokasional asas
peringkat menengah rendah di negara-negara maju atau di negara-negara
yang telah beroleh impak positif daripada pelaksanaannya.

Partisipasi aktif pihak industri khususnya usahawan PKS.

Partisipasi aktif pihak akademia yang pakar dalam bidang psikologi remaja
dan pedagogi.

Kefahaman yang mantap penggubal kurikulum terhadap aspirasi dan


konsep transformasi pendidikan vokasional dalam konteks agenda
transformasi negara.

Profesionalisme tenaga kerja penggubalan kurikulum.

Transformasi bagi mempertingkatkan daya upaya organisasi dan prasarana


pendidikan teknik dan vokasional kebangsaan.

Sumber kewangan dan prasarana yang optimum bagi melaksanakan


cadangan tindakan dalam pelan pelaksanaan.

56

STRATEGI 1
INISIATIF 1
TINDAKAN 2

Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja
serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.
Transformasi kurikulum pendidikan vokasional.
Melaksanakan Kurikulum Kolej Vokasional.

Rasional
Fungsi pendidikan, satu daripadanya, ialah melahirkan sumber manusia yang
berilmu, terlatih dan berketerampilan. Fungsi ini diungkapkan dengan nyata dalam
terma rujukan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Semula Dasar Pelajaran
Kebangsaan (1974):
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara
dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek
mahupun jangka panjang1.
Bagaimanapun murid berusia remaja di pendidikan menengah tidak dibekalkan dengan
kemahiran untuk menjadi tenaga rakyat atau menjadi pekerja yang produktif yang
memiliki kemahiran teknik dan kemahiran vokasional. Mereka hanya didedahkan
kepada elemen pendidikan teknik dan vokasional sebagai mata pelajaran elektif
dalam kelompok mata pelajaran teknik (MPT) dan mata pelajaran vokasional (MPV).
Kurikulum pendidikan teknik dan pendidikan vokasional diterapkan secara intensif di
sekolah menengah teknik (SMT) menerusi mata pelajaran aliran teknik (MPAT), dan
di sekolah menengah vokasional (SMV) menerusi mata pelajaran aliran vokasional
(MPAV) dan aliran kemahiran.
Kurikulum kedua-dua aliran itu aliran teknik dan aliran vokasional tidak juga
mempersiapkan murid menjadi pekerja separuh mahir atau pekerja mahir bertauliah
serta mendapat pengiktirafan industri atau badan-badan profesional. Murid
sebaliknya dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia. Sijil ini bukan sahaja tidak dapat
menjelaskan kemahiran vokasional yang dimiliki oleh pemegangnya, malah tidak
dapat melayakkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat diploma politeknik
tanpa memenuhi kriteria artikulasi yang tertentu yang ditetapkan oleh institusi
pengajian tinggi itu.
Hanya murid yang menjalani kurikulum aliran kemahiran yang merujuk kepada
standard yang ditetapkan oleh National Occupation Skills Standard (NOSS) dan
disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber
Manusia dipersiapkan dengan kemahiran bekerja, pengetahuan kerja dan sikap
kerja. Lulusan aliran ini merupakan pekerja separuh mahir dalam bidang
kejuruteraan, ekonomi rumah tangga dan pertanian. Mereka dianugerahkan SKM1
dan SKM2.
Ringkasnya standard kurikulum sedia ada dalam sistem pendidikan kebangsaan
tidak menepati tekad inisiatif transformasi pendidikan vokasional untuk merekayasa
1

Report of the Cabinet Committee to Review the Implementation of Education Policy (1985).

57

institusi pendidikan vokasional supaya benar-benar berupaya menempa pekerja


mahir berjati diri, berpengetahuan dan berkemahiran vokasional yang diiktiraf oleh
industri, IPT dan masyarakat dalam dan luar negara. Walhal kurikulum merupakan
komponen yang amat penting hingga boleh diumpamakan seperti jantung kepada
sesebuah institusi pendidikan1.
Berkaitan dengan ini, Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan
Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2005)
mengambil pendirian berikut berkenaan kurikulum:
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
dan menjayakan perkembangan diri yang lengkap meliputi
rohani, akal, emosi dan jasmani serta menyemai, menanam dan
memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping
menyampaikan ilmu pengetahuan. Pendek kata jika kurikulum
yang disediakan adalah baik dan dinamik, institusi tersebut
akan berada dalam keadaan yang segar dan kukuh, dan jika
wujud keadaan sebaliknya, institusi berkenaan pasti mengalami
masalah dan gagal untuk memenuhi visi dan misinya.2
Selanjutnya Jawatankuasa tersebut membuat perakuan berikut:

Menyemak semula kurikulum agar kemas kini dan menyepadukannya


dengan perkembangan-perkembangan semasa.
Melibatkan wakil-wakil industri dalam proses penggubalan kurikulum.
Mewajibkan program internship industri kepada para pelajar prasiswazah
dan pradiploma sains dan teknologi, vokasional dan teknik, dan bidangbidang pengajian lain yang memerlukan praktikum.3

Konsep Kurikulum Kolej Vokasional


Kurikulum Kolej Vokasional ialah kurikulum pendidikan khusus untuk pelajar yang
mengikuti pendidikan dan latihan vokasional pascamenengah di Kolej Vokasional
(KV).
Kurikulum KV digubah mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan
oleh organisasi standard pekerjaan dan aras pembelajarannya menepati keperluan
Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap 4.

Kurikulum dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang
Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia (2006).
2
Ibid, muka surat 133.
3
Ibid, muka surat 145 dan muka surat 146.
1

58

Ciri utama Kurikulum KV:


Orientasi pembelajaran berasaskan pekerjaan.
Kandungan pembelajaran berasaskan kompetensi bekerja, kompetensi
keusahawanan dan kompetensi insaniah dengan nisbah dimensi teori-amali
ialah 30:70.
Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:70.
Terbina daripada empat elemen ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi.
Merentasi tiga domain jati diri (hearts-on), ketajaman minda ( hearts-on)
dan kecekatan1 (hands-on).
Program pengajian bermodular mengikut kluster yang memenuhi keperluan
NKEA dan bernilai kelarisan tinggi (high exchange value).
Model skematik Kurikulum KV ditunjukkan pada Rajah 14.
Kompetensi
Keusahawanan

Kompetensi
Bekerja

Kreativiti

Jati
Diri

Inovasi

Kompetensi
Insaniah

Aplikasi

Ilmu
Rajah 14 Model Kurikulum Kolej Vokasional.

Struktur kurikulum KV mengandungi tiga modul modul akademik, modul vokasional


dan modul kompetensi.

Modul akademik meliputi pengajian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,


bahasa-bahasa perniagaan antarabangsa lain, Sejarah Malaysia, Matematik,
Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Penumpuan modul akademik pada tahap sijil adalah 30 peratus.
Penumpuan modul akademik pada tahap diploma adalah 20 peratus.
Modul vokasional dalam bentuk kluster program kemahiran vokasional.
Penumpuan modul vokasional pada tahap sijil adalah 70 peratus.
Penumpuan modul vokasional pada tahap diploma ialah 80 peratus.
Modul kompetensi kompetitif yang meliputi kompetensi keusahawanan,
kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah. Unsur-unsur dalam modul
ini diterapkan dalam setiap gerak kerja pembelajaran dan latihan mengikut
kaedah kompetensi merentas kurikulum.

Kecekatan bermaksud pantas bertindak, cekap membuat sesuatu dan cepat melaksanakan kerja.

59

Jadual 5 Ringkasan Konsep Kurikulum Kolej Vokasional.


KURIKULUM KOLEJ VOKASIONAL
Komponen

Dimensi

Bidang

Mata Pelajaran
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris

Komunikasi

3) Bahasa perniagaan
antarabangsa

Jati Diri
Patriotisme

Ilmu

Akademik

4) Sejarah

Sahsiah

5) Pendidikan Islam/
Pendidikan Moral

Aplikasi

6) Matematik

Kreativiti

7) Sains

Inovasi

Vokasional

8) Mata pelajaran dalam


setiap program
kemahiran vokasional.

Kompetensi Bekerja
Kompetensi
Kompetitif

Kompetensi
Keusahawanan

Merentas kurikulum dan kokurikulum.

Kompetensi Insaniah

Kluster Program Kemahiran Vokasional


Setiap kluster program kemahiran vokasional yang ditawarkan mengandungi beberapa
kursus yang berkaitan dengan bidang pekerjaan berimpak tinggi yang diperlukan oleh
industri dalam sesuatu wilayah ekonomi. Kluster program tersebut dipaparkan pada
Jadual 6.

60

Jadual 6 Senarai bidang dan kursus kemahiran vokasional


dalam Kurikulum Kolej Vokasional.
BIDANG

KURSUS

1. Teknologi Kejuruteraan Awam

1. Teknologi Pembinaan
2. Teknologi Perkhidmatan dan Penyenggaraan Bangunan
3. Teknologi Pemprosesan Kayu dan Kemasan

2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal


dan Pembuatan

4.
5.
6.
7.

3. Teknologi Kejuruteraan Elektrik


dan Elektronik

8. Teknologi Elektrikal
9. Teknologi Elektronik
10. Teknologi Telekomunikasi
11. Teknologi Mekatronik

Pemesinan Industri
Teknologi Kimpalan
Teknologi Automotif
Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

12. Sistem Komputer dan Rangkaian


4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

14. Multimedia Pengiklanan


15. Sistem Pengurusan Pengkalan Data
dan Aplikasi Sesawang

5. Pertanian

16. Agroindustri Tanaman


17. Agroindustri Ruminan
18. Agroindustri Poultri
19. Agroindustri Herba
20. Hortikultur Hiasan
21. Lanskap
22. Bioteknologi Pertanian
23. Mekanisasi Pertanian
24. Pemprosesan Hasil Pertanian
25. Akuakultur
26. Floriskultur

6. Perniagaan

27. Pengurusan Perniagaan


28. Perakaunan
29. Kesetiausahaan Pentadbiran
30. Insurans
31. Perbankan
32. Pemasaran
33. Pengurusan Peruncitan

7. Hospitaliti

34. Pelancongan
35. Seni Kulinari
36. Bakeri dan Konfeksi
37. Fesyen dan Pembuatan Pakaian
38. Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak
39. Kosmetologi

8. Teknologi Kejuruteraan Marin

40. Teknologi Enjin Marin


41. Teknologi Pembuatan Bot

9. Sistem Sokongan Seni dan Budaya

42. Pengurusan Acara


43. Teknologi Pengurusan Pentas

10. Pengangkutan

44. Penyenggaraan Pesawat


45. Teknologi Penyenggaraan Tran

11. Sains Kesihatan

46. Teknologi Makmal Perubatan


47. Teknologi Peralatan Kecemasan
48. Kejururawatan
49. Perkhidmatan Kecemasan
50. Perkhidmatan Forensik
51. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
52. Kesihatan Alam Sekitar

12. Industri Sukan

53. Penyenggaraan Ekuin

61

Objektif Kurikulum
Kurikulum KV dirangka dalam konteks matlamat umum sistem pendidikan kebangsaan
untuk membentuk modal insan bersahsiah, berilmu dan berkemahiran tinggi.
Matlamat umum tersebut direalisasikan dengan perencanaan dan pelaksanaan usaha
pendidikan dan latihan untuk mencapai objektif khusus berikut:

Melahirkan pelajar berkompetensi pekerjaan aras tinggi dan menepati


kehendak industri.
Memupuk watak profesional.
Melahirkan pelajar berkompetensi usahawan berdaya saing dalam bidang
vokasional pilihannya.
Membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Pelan Pelaksanaan
Keberhasilan pelan tindakan membangunkan dan mengoperasikan Kurikulum KV
ialah:

Lulusan KV dianugerahkan Sijil Kolej Vokasional tahap 1 hingga tahap 3


mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia.
Lulusan KV dianugerahkan Diploma Kolej Vokasional tahap 4 mengikut
Kerangka Kelayakan Malaysia.
Lulusan KV dapat menyertai pasaran kerja sebagai tenaga kerja mahir
berwatak profesional.
Lulusan KV dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPT
tempatan dan IPT luar negara.

62

63

1. Menggiatkan usaha kolaborasi BPTVindustri untuk pengembangan dan


pemantapan kandungan kurikulum.
2. Mengembangkan dan memantapkan
kandungan kurikulum.
3. Menyediakan bengkel dan peralatan
yang mencukupi.
4. Latihan peningkatan profesionalisme
penggubal kurikulum.
5. Melatih dan merekrut pensyarah untuk
memikul tanggungjawab sebagai
penggubal kurikulum.
6. Menyediakan anugerah biasiswa
pengajian pascasiswazah dalam aspek
pembangunan dan pengurusan
kurikulum vokasional.

1. Menubuhkan dan menggerakkan


pasukan petugas kolaborasi BPTVindustri-organisasi standard pekerjaan
untuk penggubalan kurikulum.
2. Mereka bentuk dan membangunkan
kurikulum.
3. Menyediakan norma, brif dan

sokongan.

P&P.

melaksanakan latihan tenaga akademik


berkenaan Kurikulum KV.

4. Menubuhkan entiti pembangunan


kurikulum.

Fasa Peningkatan (20142016)

Fasa Lonjakan (20112013)

Tindakan

1. Menginstitusikan usaha kolaborasi


BPTV-industri.
2. Kolaborasi dengan IPT untuk
penawaran program pengajian
Pendidikan Vokasional.
3. Kolaborasi dengan IPT untuk
melaksanakan kerja-kerja penyelidikan
gunaan berkenaan kurikulum.
4. Menyediakan grant penyelidikan
gunaan khusus untuk kurikulum.
5. Mewujudkan komuniti profesional.
6. Mewujudkan jalinan kerjasama dengan
pusat kecemerlangan vokasional
serantau dan antarabangsa.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

64

1. Siri dialog BPTV-industri yang lebih


kerap untuk pengembangan dan
pemantapan kandungan kurikulum.
2. Dokumen Kurikulum KV edisi kedua.
3. Laporan penilaian kuantiti dan kualiti
bengkel dan peralatan.
4. Siri latihan peningkatan
profesionalisme penggubal kurikulum
Kurikulum KV di institusi latihan
tempatan dan antarabangsa.
5. Stok kader penggubal kurikulum dalam
kalangan pensyarah KV.
6. Senarai penerima anugerah biasiswa
pengajian pascasiswazah dalam aspek
pembangunan dan pengurusan
kurikulum vokasional.

1. Siri dialog BPTV-industri untuk


penggubalan kurikulum.
2. Dokumen Kurikulum KV edisi pertama.
3. Dokumen norma, brif dan spesikasi
bengkel dan peralatan.
4. Bahagian Pembangunan Kurikulum
BPTV.
5. Siri latihan guru berkenaan Kurikulum
KV.

P&P.
8. Dokumen pernyataan polisi kualiti.

Fasa Peningkatan (20142016)

Fasa Lonjakan (20112013)

Petunjuk Prestasi Utama

1. Urus setia tetap partisipasi industri


untuk Kurikulum KV.
2. Program pengajian peringkat
prasiswazah dan pascasiswazah
pendidikan vokasional di IPT.
3. Laporan hasil penyelidikan gunaan
berkenaan Kurikulum KV oleh sarjana
IPT.
4. Senarai penerima grant penyelidikan
gunaan khusus untuk Kurikulum KV
berserta laporan kemajuan
penyelidikan.
5. Komuniti profesional KV.
6. Laporan aktiviti jalinan kerjasama
dengan pusat kecemerlangan
vokasional serantau dan antarabangsa.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

Faktor Kritikal Kejayaan


Kejayaan usaha penyediaan Kurikulum KV yang dapat menghasilkan modal insan
yang berkemahiran untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi bergantung kepada faktor kritikal berikut:

Kajian mendalam terhadap model kurikulum dan amalan terbaik dalam


penggubalan dan pelaksanaan kurikulum vokasional pascamenengah di
negara-negara maju atau di negara-negara yang telah beroleh impak positif
daripada pelaksanaannya.

Partisipasi aktif pihak industri, khususnya GLC dan PLC.

Partisipasi aktif pihak akademia yang pakar dalam bidang psikologi remaja
dan pedagogi.

Kefahaman yang mantap penggubal kurikulum terhadap aspirasi dan


konsep transformasi pendidikan vokasional dalam konteks agenda
transformasi negara.

Profesionalisme tenaga kerja penggubalan kurikulum.

Transformasi bagi mempertingkatkan daya upaya organisasi dan prasarana


pendidikan teknik dan vokasional kebangsaan.

Sumber kewangan yang optimum bagi melaksanakan cadangan tindakan


dalam pelan pelaksanaan.

65

66

STRATEGI 2
INISIATIF 2
TINDAKAN 3

Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja
serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.
Transformasi institusi pendidikan vokasional.
Mewujudkan Program Pendidikan Asas Vokasional.

Rasional
Perkembangan pesat ekonomi negara, khususnya lonjakan status ekonomi
daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi,
telah meningkatkan permintaan terhadap tenaga pekerja mahir dan separuh mahir.
Apatah lagi dengan penganjakan ekonomi negara daripada ekonomi pertanian dan
perindustrian kepada ekonomi perkhidmatan yang menuntut kehadiran bukan sahaja
tenaga kerja mahir malahan tenaga kerja mahir bersijil dan bertauliah dalam sesuatu
bidang yang khusus.
Dalam konteks ini, lepasan sistem persekolahan, khususnya persekolahan
menengah rendah, tidak dapat menyumbang kepada keperluan tenaga kerja mahir
bersijil dan bertauliah dalam sesuatu bidang khusus. Hal ini kerana persekolahan
peringkat menengah rendah tidak digubah untuk menghasilkan pekerja tetapi diadun
untuk mendidik para remaja supaya bersedia meneruskan pengajian ke peringkat
menengah atau menyertai program latihan vokasional di institusi latihan.
Adunan pendidikan peringkat menengah rendah itu pula lebih mengutamakan
dimensi akademik. Oleh yang demikian, orientasi pengajaran dan pembelajarannya
secara automatik menjurus kepada perkembangan domain kognitif. Dengan kata
lain, sistem persekolahan tersebut lebih memenuhi keperluan dan lebih
mengutamakan bakat pelajar-pelajar yang berdaya dalam dimensi akademik.
Pelajar-pelajar yang lemah dimensi akademiknya tetapi memiliki bakat atau potensi
yang sangat berguna kepada pekerjaan tertentu dalam ekonomi negara tidak
mendapat perkhidmatan pendidikan yang sewajarnya.
Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, murid-murid yang memiliki kebolehan
diperlukan untuk menjamin kefungsian dan kesejahteraan hidup mereka pada masa
peringkat rendah lagi.
penghujung kedua-dua peringkat sistem persekolahan
Dalam tempoh 20062010,
tersebut. Kajian terhadap keputusan peperiksaan Ujian
sebanyak 77,855 pelajar
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam tempoh
mencapai gred D (lemah)
20062010 misalnya menunjukkan, secara purata,
dan E (sangat lemah) dalam
UPSR.
lebih 15,000 murid setahun memperoleh keputusan
gred D (lemah) dan E (sangat lemah). Malah dalam
tempoh lima tahun itu sebanyak 9,546 murid purata 3,600 murid setahun yang
hanya mencapai gred E.

67

Demikian juga pencapaian murid dalam peperiksaan PMR. Kajian terhadap


keputusan peperiksaan itu dalam tempoh 20062010 mendapati, secara purata,
lebih 36,000 murid setahun hanya mencapai gred D (mencapai tahap penguasaan
minimum) dan E (tidak mencapai tahap penguasaan minimum). Dalam tempoh lima
tahun itu juga sebanyak 2,258 murid purata 452 murid setahun yang hanya
mencapai gred E.
Sistem persekolahan peringkat menengah rendah juga tidak memberikan
penekanan kepada penerapan dan pengembangan kompetensi keusahawanan.
Komponen ini, secara formal, hanya diterapkan menerusi pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Keadaan ini
merupakan lanjutan daripada sistem persekolahan peringkat rendah yang
mendedahkan komponen keusahawanan secara
formal menerusi mata pelajaran Kemahiran Hidup
137,601 pencari kerja
Bersepadu.
tanpa sijil kemahiran pada
Februari 20111

Ringkasnya, murid yang menamatkan pengajian


selama sembilan tahun merupakan remaja yang tidak
memiliki kompetensi sebagai pekerja mahir atau pekerja separuh mahir serta tidak
bersijil khusus dalam sesuatu bidang vokasional. Remaja tersebut juga tidak
memiliki kompetensi keusahawanan yang mencukupi bagi membolehkannya
menyertai dunia perdagangan dan perniagaan

Konsep Program Pendidikan Asas Vokasional


Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) ialah pendidikan dan latihan vokasional
dalam sistem persekolahan peringkat menengah rendah. PAV melaksanakan
Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional yang menjurus kepada pembinaan jati diri,
pengembangan kompetensi keusahawanan dan pembangunan kompetensi
kemahiran vokasional pada aras SKM1 dan SKM2.
PAV dikendalikan sebagai satu aliran pendidikan di sekolah menengah kebangsaan
harian dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Struktur program ialah seperti
Jadual 7.
Jadual 7 Struktur Program Pendidikan Asas Vokasional.
Tingkatan
1
2
3

Komponen Pendidikan dan Latihan

Pembangunan jati diri.


Celik teknologi vokasional
Pembangunan kemahiran vokasional.
Penerapan dan pembangunan
Kompetensi keusawahanan merentas
kurikulum.

Tahap Kompetensi
Pravokasional
SKM1
SKM2

1
Kelayakan akademik tertinggi Sijil Pelajaran Malaysia. Sumber: Malaysia: Pendaftar Aktif Mengikut Negeri,
Tahap Akadmik dan Jenis Kemahiran, Februari 2011 dalam Laman Web Rasmi Kementerian Sumber Manusia
Malaysia <www.mohr.gov.my/pdf/tab03_feb2011.pdf> [13 Mei 2011])

68

Sisipan 4
Lulusan Program Pendidikan Asas Vokasional, dengan kelayakan SKM2,
merupakan remaja yang dapat menyertai alam pekerjaan sebagai tenaga kerja
separuh mahir bertauliah.
Mereka turut berpeluang melanjutkan pengajian ke institut latihan kemahiran awam
(ILKA) dan institut latihan kemahiran swasta (ILKS) bagi mengikuti program latihan
kemahiran sehingga mencapai kelayakan DKM.
Pada masa ini, hanya pelajar lepasan pendidikan menengah rendah dengan
kelayakan pendidikan menengah atas dengan kelayakan SPM yang memilih
untuk menyertai latihan kemahiran di ILKA dan ILKS. Keadaan ini menyebabkan
kedudukan enrolmen pelatih di institusi tersebut berada pada paras 36 ribu orang,
iaitu kira-kira 37 peratus daripada kapasiti 97 ribu orang pelatih yang dapat diterima.
Kewujudan PAV pada peringkat sekolah menengah rendah dapat menyediakan
kira-kira lima peratus daripada kohort pelajar bersijil lepasan pendidikan rendah
dengan kemahiran vokasional SKM1 dan SKM2 untuk menyertai ILKA dan ILKS
pada peringkat SKM3.
Dengan kata lain, PAV merupakan satelit ILKA dan ILKS. Unjuran enrolmen tahunan
PAV pada tahun 2015 hingga tahun 2020 ialah sebanyak 75 ribu pelajar, iaitu lima
peratus daripada kohort pelajar SMR. Ini bermakna sebanyak 25 ribu remaja
pemegang SKM2 akan melangkah keluar daripada PAV setiap tahun bermula tahun
2015.
Sebahagian besar daripada remaja tersebut akan melanjutkan pengajian vokasional
di ILKA dan ILKS.
Institusi Latihan Kemahiran (Awam dan Swasta)
1. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
2. Institut Kemahiran Belia Negara
3. Institut Latihan Perindustrian
4. Pusat Latihan Teknologi Tinggi
5. Institut Teknikal Jepun-Malaysia
6. Institut Kemahiran Mara
7. Pusat Giat MARA

69

Enrolmen
Semasa

Kapasiti
Semasa

35,965

97,198

Objektif Program Pendidikan Asas Vokasional


Objektif PAV ialah:

Menghasilkan remaja berkompetensi vokasional dengan kelayakan bekerja SKM1


dan SKM2.
Menghasilkan remaja berkompetensi keusahawanan.
Menghasilkan remaja yang bersedia untuk meneruskan pengajian ke peringkat
pendidikan dan latihan yang lebih tinggi.

Pelan Pelaksanaan
Pelan pelaksanaan ini mensasarkan lima peratus enrolmen murid lepasan sekolah rendah
yang menunjukkan minat atau menampakkan bakat dalam bidang vokasional.
Sasaran bilangan kelas dan enrolmen tahunan PAV sehingga tahun 2020 ialah seperti
Jadual 8.
Jadual 8 Sasaran bilangan sekolah,bilik darjah dan enrolmen murid
Program Pendidikan Asas Vokasional, 20122020.
BILANGAN SEKOLAH
Tahun
Sekolah

2012*

2013

2014

2015

2016

2017

2018

2019

2020

15

150

250

300

340

400

440

450

450

BILANGAN BILIK DARJAH


Tingkatan 1

15

300

500

600

680

800

860

880

900

Tingkatan 2

15

300

500

600

680

800

860

880

Tingkatan 3

15

300

500

600

680

800

860

Jumlah

15

315

815

1,400

1,780

2,080

2,340

2,540

2,640

15,000 18,000

20,400

24,000 25,800 26,400

27,000

ENROLMEN MURID
Tingkatan 1

450

9,000

Tingkatan 2

450

9,000

15,000

18,000

20,400 24,000 25,800

26,400

Tingkatan 3

450

9,000

15,000

18,000 20,400 24,000

25,800

Jumlah

450

9,450

24,450 42,000

53,400

62,400 70,200 76,200

79,200

Peratus

0.03%

0.63%

1.63%

3.56%

4.16%

5.28%

2.80%

4.68%

5.08%

*Projek rintis.

Keberhasilan pelan tindakan membangunkan dan mengoperasikan PAV ialah:

Lulusan PAV dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan Sijil Kemahiran
Malaysia Tahap 2.
Lulusan PAV memiliki kemahiran bekerja dan dapat menyertai alam pekerjaan.
Lulusan PAV layak melanjutkan pengajian vokasional pada peringkat yang lebih
tinggi di Kolej Vokasional dan di institusi-institusi latihan kemahiran awam dan
swasta .

70

71

1. Latihan peningkatan profesionalisme


pengurusan untuk koordinator.
2. Latihan peningkatan kompetensi P&P
untuk guru pendidikan vokasional.
3. Latihan peningkatan kompetensi
pembantu bengkel vokasional.
4. Mengaudit dan menaik taraf teknologi
dan alat bantu P&P vokasional.
5. Menambah bilangan sekolah yang
menawarkan PAV.
6. Mengumpul maklum balas daripada
industri dan masyarakat.
7. Mewujudkan jawatan koordinator PAV
peringkat daerah.
8. Menubuhkan dan mewujudkan pusat
sumber P&P PAV peringkat daerah.
9. Menaik taraf Pusat Penyenggaraan Alat
kepada Pusat Latihan Penyenggaraan
Teknologi Pendidikan Vokasional.

1. Mewartakan penubuhan dan pengelolaan PAV


di SMK yang menawarkan MPV.
2. Menaik taraf SMK yang menawarkan MPV
sebagai persediaan untuk melaksanakan PAV.
3. Menyediakan kurikulum.
4. Menetapkan bidang pengajian.
5. Melatih guru berkenaan konsep, objektif dan
orientasi pendidikan, latihan dan kurikulum.
6. Melatih guru dalam subjek vokasional dan
komponen kompetensi keusahawanan.
7. Menyediakan prasarana P&P bilik darjah,
bengkel, alatan dan bahan pembelajaran.
8. Melaksanakan projek rintis di lokasi mengikut

pinggir bandar, luar bandar, pedalaman dan


wilayah FELDA.
9. Menstruktur tadbir urus sekolah dengan
mewujudkan jawatan Koordinator PAV.
10. Mengkaji dan menyediakan norma PCG
vokasional.
11. Mengkaji dan menyediakan norma guru
pendidikan vokasional.
12. Mengkaji dan menyediakan norma pembantu
bengkel vokasional.
13. Merekrut dan membekalkan guru pendidikan
vokasional.

Fasa Peningkatan (20142016)

Fasa Lonjakan (20112013)

Tindakan

1. Merancang dan melaksanakan projek


Perusahaan Sekolah, iaitu penghasilan
produk atau perkhidmatan daripada
murid PAV untuk dijual kepada
komuniti.
2. Merekrut tenaga pengajar daripada
industri, terutamanya usahawan PKS.
3. Mewujudkan mekanisme
penandaarasan amalan terbaik
pendidikan dan latihan vokasional.
4. Menyediakan peruntukan dan
menyampaikan elaun murid vokasional.
5. Melaksanakan program sangkutan
industri untuk guru pendidikan
vokasional.
6. Melaksanakan program pertukaran
pentadbir dan guru pendidikan
vokasional.
7. Menggiatkan usaha perundingan
dengan industri dan masyarakat.
8. Memperluas akses kepada PAV.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

72

Fasa Peningkatan (20142016)


1. Laporan penyertaan koordinator PAV dalam
latihan peningkatan profesionalisme
pengurusan pendidikan dan latihan vokasional
di institusi dalam dan luar negara.
2. Laporan latihan dalam perkidmatan untuk
guru pendidikan vokasional.
3. Laporan pelaksanaan latihan peningkatan
kompetensi guru pendidikan vokasional di
IPG.
4. Laporan latihan peningkatan kompetensi
pembantu bengkel vokasional di Pusat
Penyenggaraan Alat, ILP, CIAST dan institusi
lain yang berkenaan.
5. Laporan audit perbekalan teknologi dan alat
bantu terbaharu P&P pendidikan vokasional.
6. Rancangan mewujudkan program PAV di
setiap kawasan Parlimen.
7. Majlis Perundingan Industri di setiap sekolah
yang menawarkan PAV.
8. Laporan maklum balas industri terhadap
pelaksanaan PAV.
9. Laporan maklum balas masyarakat terhadap
pelaksanaan PAV.
10. Penempatan Penyelia PAV di setiap PPD.
11. Laporan audit dan laporan kegiatan Pusat
Sumber PAV setiap daerah.
12. Laporan audit penaiktarafan Pusat
Penyenggaraan Alat kepada Pusat Latihan
Penyenggaraan Teknologi Pendidikan
Vokasional.
13. Enrolmen murid pada tahun 2016: 53,400
orang.

Fasa Lonjakan (20112013)

1. Warta Menteri Pelajaran Malaysia untuk


menubuhkan dan mengelolakan PAV.
2. Sebanyak 313 SMK yang menawarkan MPV
dinaik taraf dan diaudit ketersediaannya
melaksanakan PAV.
3. Dokumen kurikulum PAV.
4. Senarai bidang pengajian.
5. Laporan latihan guru berkenaan konsep,
objektif dan orientasi pendidikan, latihan dan
kurikulum PAV.
6. Laporan latihan guru dalam subjek vokasional
(SKM1 dan SKM2) dan komponen
kompetensi keusahawanan.
7. Laporan audit prasarana P&P berkenaan
ketersediaan bilik darjah, bengkel, alatan dan
bahan pembelajaran.
8. Laporan projek rintis.
9. Struktur baharu tadbir urus sekolah yang
menunjukkan kewujudan jawatan Koordinator
PAV.
10. Norma PCG vokasional.
11. Norma guru pendidikan vokasional.
12. Norma pembantu bengkel vokasional.
13. Senarai stok guru pendidikan vokasional dan
syarikat pembekal guru pendidikan
vokasional.
14. Laporan audit penempatan guru pendidikan
vokasional di sekolah yang menjalankan PAV.
15. Enrolmen murid pada tahun 2013: 9,450
orang.

Petunjuk Prestasi Utama

1. Pelancaran projek 1PAV, 1Produk.


2. Laporan pelaksanaan projek 1PAV,
1Produk.
3. Laporan audit penempatan tenaga
pengajar daripada industri.
4. Senarai usahawan PKS yang menjadi
tenaga pengajar PAV.
5. Perjanjian kerjasama penandaarasan
dengan City&Guilds.
6. Konsep dan mekanisme Biasiswa
Kecil PAV dengan sumbangan dana
daripada pihak industri.
7. Laporan pemberian Biasiswa Kecil
PAV.
8. Laporan audit program sangkutan
industri untuk guru pendidikan
vokasional di institusi dalam dan luar
negara.
9. Perjanjian kerjasama pertukaran
pentadbir dan guru PAV dengan
institusi luar negara.
10. Pelaksanaan program Dialog Industri
PAV peringkat kebangsaan dan
peringkat negeri.
11. SMK yang mengelolakan PAV di
setiap
kawasan DUN.
12. Enrolmen murid pada tahun 2020:
79,200 orang.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

Faktor Kritikal Kejayaan


Kejayaan inisiatif PAV yang dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran
untuk bekerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
bergantung kepada faktor kritikal berikut:

Komitmen Kerajaan untuk memperkasakan organisasi pendidikan teknik dan


vokasional KPM.

Kewujudan struktur tadbir urus PAV yang mantap dalam KPM.

Sumber kewangan yang cukup untuk menyediakan prasarana, sumber


manusia dan teknologi pendidikan vokasional.

Guru pendidikan vokasional yang berkelayakan, terlatih dan bertauliah.

Partisipasi aktif pihak industri, terutamanya usahawan PKS setempat.

Kewujudan dasar kualiti pendidikan vokasional kebangsaan.

Kepatuhan institusi PAV terhadap dasar kualiti pendidikan vokasional


kebangsaan.

Pengiktirafan terhadap standard dan program PAV.

Penerimaan masyarakat terhadap konsep dan pelaksanaan PAV.

73

74

STRATEGI 2
INISIATIF 2
TINDAKAN 4

Membangunkan institusi pendidikan vokasional yang dapat


menghasilkan modal insan yang berkemahiran untuk bekerja
serta bersedia melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.
Transformasi institusi pendidikan vokasional.
Menubuhkan Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia.

Rasional
Faktor kritikal kejayaan agenda transformasi negara ke
arah negara perindustrian maju menjelang tahun 2020
dan penganjakan daripada ekonomi berpendapatan
sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi ialah
pelaburan modal yang berganda, inovasi yang hebat
dan produktiviti yang tinggi dalam segenap sektor
ekonomi, sosial, swasta dan Kerajaan.
Penjana produktiviti dalam segenap sektor tersebut
ialah sumber manusia atau modal insan yang menjadi
tenaga kerja pada setiap aras hierarki organisasi dan
pada setiap mata rantai perusahaan. Tenaga kerja
penjana produktiviti itu bukan sahaja berilmu
pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
pekerjaannya, malah bersahsiah mulia, berjati diri,
kreatif dan inovatif.

Purata pertumbuhan tahunan


produktiviti buruh Malaysia
merosot daripada 5.5 peratus
dalam tempoh 19871997
kepada 2.9 peratus dalam
tempoh 19982007. Ini
meletakkan pertumbuhan
produktiviti buruh negara lebih
rendah daripada negara China
(9.2 peratus), India (4.4
peratus), Thailand (3.1
peratus) dan Indonesia (2.9
peratus).
Sumber: Pertumbuhan produktiviti
Malaysia menurun pasca 1997
dalam Ringkasan Eksekutif
Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Kemahiran yang wajib ada pada tenaga kerja era pengetahuan, terutamanya
untuk menggerakkan k-ekonomi, k-kerajaan dan k-komuniti, bukan sahaja
kemahiran teknik tetapi juga kemahiran insaniah dan
Pendidikan adalah sumber
kemahiran kompetitif.
Sekali gus dengan kepesatan transformasi ekonomi
negara ialah kesengitan persaingan dalam
perkembangan ekonomi antarabangsa dan fenomena
globalisasi pacuan teknologi maklumat yang
mengalirkan bahang persaingan itu ke pesisiran
Malaysia. Impaknya
ialah untuk
keutuhan,
perdagangan dan perindustrian dalam negara
begitu juga perkhidmatan Kerajaan bukan sahaja
tinggi produktivitinya tetapi perlu tinggi juga daya
saingnya.

pertumbuhan produktiviti
buruh. Purata pertumbuhan
tahunan pendidikan sebagai
sumber produktiviti buruh
dalam tempoh dua dekad,
19872007, tidak meningkat,
sebaliknya kekal pada paras
0.3 peratus.

Sumber: Pertumbuhan produktiviti


Malaysia menurun pasca 1997
dalam Ringkasan Eksekutif
Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Lantaran asas daya saing ialah kreativiti dan keupayaan menginovasi, maka
Kerajaan, perdagangan dan perindustrian memerlukan kehadiran tenaga kerja yang
kreatif dan inovatif dalam jumlah yang banyak. Tenaga kerja yang memiliki daya
kreativiti dan daya inovasi ini perlu dibentuk dengan pantas dan ditempa dengan
sistematik, dan menjalani proses pendidikan dan latihan formal yang sarat dengan
nilai-nilai penggerak kemajuan, elemen-elemen pembina kompetensi keperluan
pekerjaan dan unsur-unsur pengembang kompetensi keusahawanan.

75

Bagi menghasilkan tenaga kerja tersebut, Kerajaan menerusi RMK-10


merangka rancangan pembangunan modal insan bersepadu. Satu daripada
kumpulan sasaran rancangan ini ialah golongan remaja. Strateginya ialah dengan
mengarusperdanakan dan memperluas pendidikan teknik dan latihan vokasional
bagi membekalkan kemahiran kepada remaja untuk meningkatkan keupayaan
mereka mendapat kerja1. Dengan cara ini lebih banyak remaja dapat dipersiapkan
dengan lebih cepat untuk menyumbang kepada transformasi negara menerusi
pekerjaan dalam sektor ekonomi. Dengan cara ini juga bakat, kreativiti dan daya
inovasi mereka dapat dituai dengan lebih pantas untuk mempertingkatkan daya
saing entiti perusahaan dalam sektor primer, pembuatan, pembinaan dan
perkhidmatan.

Konsep Kolej Vokasional


Kolej Vokasional (KV) ialah institusi pendidikan dan latihan vokasional pasca
menengah yang melaksanakan Kurikulum Kolej Vokasional untuk membentuk modal
insan bersahsiah, berilmu dan berkemahiran tinggi. Orientasi pembelajaran pelajar
KV ialah pembelajaran berasaskan kerja dan latihan dalam kerja atau on-job
training (OJT). Lulusan KV ialah pekerja mahir dalam sesuatu bidang vokasional
dengan kelayakan Sijil Kolej Vokasional, Diploma Kolej Vokasional dan kelayakan
profesional antarabangsa.

Objektif Kolej Vokasional


KV dibangunkan dalam konteks matlamat umum sistem pendidikan kebangsaan
untuk membentuk modal insan bersahsiah, berilmu dan berkemahiran tinggi.
Matlamat umum ini direalisasikan dengan perencanaan dan pelaksanaan usaha
pendidikan dan latihan untuk mencapai objektif am berikut:

Melahirkan pelajar berkompetensi pekerjaan aras tinggi dan menepati


kehendak industri.
Memupuk watak profesional.
Melahirkan pelajar berkompetensi usahawan dalam bidang vokasional
pilihannya.
Membekalkan ilmu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih
tinggi.
Memupuk kecintaan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Objektif khusus KV ialah:

Menyediakan pendidikan vokasional kepada 40 peratus


persekolahan peringkat menengah rendah menjelang tahun 2020.
Sebanyak 20 peratus lulusan persekolahan menengah rendah
menyertai KV pada tahun 2015.

lulusan

Rangka kerja rancangan pembangunan modal insan bersepadu dalam Ringkasan Eksekutif Rancangan
Malaysia Kesepuluh.

76

Strategi bagi mencapai objektif ini ialah:

Mentransformasi SMV dan SMK kepada KV.


Membina KV baharu.
Mengubah suai dan menaikkan taraf premis institusi latihan kemahiran
swasta kepada KV.
Berkolaborasi dengan pihak industri melalui kaedah public-privateuntuk membiayai program
partnership dan
pengajian KV di setiap koridor ekonomi.
Menghasilkan pekerja mahir berkompetensi vokasional dengan kelayakan
Sijil Kolej Vokasional tahap 1 hingga tahap 3 mengikut Kerangka Kelayakan
Malaysia dan diiktiraf oleh industri.
Menghasilkan pekerja mahir berkompetensi vokasional dengan kelayakan
Diploma Kolej Vokasional tahap 4 mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia
dan diiktiraf oleh industri.
Menghasilkan pekerja mahir berwatak profesional.
Menghasilkan lulusan pendidikan vokasional pascamenengah
berkompetensi keusahawanan.
Menghasilkan lulusan pendidikan vokasional pascamenengah yang bersedia
untuk meneruskan pengajian ke peringkat pendidikan dan latihan yang lebih
tinggi.

Sistem Pengajian Semester Yang Anjal


KV mengamalkan sistem pengajian semester yang anjal bagi membolehkan pelajar
menamatkan pengajian dalam tempoh sama ada tiga tahun setengah atau empat
tahun. Menerusi sistem anjal ini, sebagaimana ditunjukkan pada Jadual 9, pelajar
disaring berdasarkan prestasi yang dicapai dalam pentaksiran keseluruhan pada
tahun pertama.
Pelajar yang mencapai prestasi cemerlang akan mengikuti program pengajian
yang lebih intensif dan dianugerahkan diploma dalam tempoh tiga tahun setengah.
Manakala pelajar lain mengikuti program pengajian pada mod biasa dan
dianugerahkan diploma dalam tempoh empat tahun.
Dengan cara ini pelajar cemerlang dapat menyertai pasaran kerja lebih awal atau
meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan kemudiannya memperoleh
kelayakan profesional dengan lebih cepat.

77

Sisipan 5
Kolej Vokasional membuka satu lagi laluan pendidikan untuk kerjaya kepada
lulusan sekolah menengah rendah selain menyertai pengajian peringkat
sekolah menengah atas dan program latihan kemahiran di institusi latihan
kemahiran awam dan institusi latihan kemahiran swasta.
Bersama-sama dengan lulusan sekolah menengah rendah yang lain, lulusan
PAV juga memperoleh laluan untuk meneruskan pengajian ke peringkat
kemahiran vokasional yang lebih tinggi. Dengan memiliki SKM2, lulusan PAV
boleh menyertai pengajian peringkat SKM3 hingga DKM di ILKA dan ILKS,
dan pengajian peringkat Sijil Kolej Vokasional di KV. Pengajian di KV
seterusnya membuka peluang untuk mereka memperoleh kelayakan vokasional
peringkat diploma.
Sistem pengajian KV yang anjal membolehkan pelajar mendapat kelayakan
vokasional dengan lebih cepat. Lulusan PMR yang menyertai KV misalnya,
berpeluang untuk dianugerahkan diploma dalam tempoh antara tiga tahun
setengah hingga empat tahun. Ini bermakna pelajar berpeluang menguasai
kemahiran vokasional peringkat diploma setelah mengikuti pendidikan formal
selama tidak lebih 13 tahun.
Lulusan PAV pula dapat mencapai tahap tersebut dengan lebih cepat. Menerusi
pengajian di KV, lulusan PAV berpeluang memiliki diploma pendidikan
vokasional setelah mengikuti pendidikan formal selama sebelas hingga sebelas
tahun setengah.
Selanjutnya graduan KV boleh menyertai alam pekerjaan atau melanjutkan
pengajian ke peringkat pendidikan tinggi dalam bidang teknik dan vokasional di
politeknik dan IPT.
Pelajar yang mencapai prestasi cemerlang akan mengikuti program pengajian
yang lebih intensif dan dianugerahkan diploma dalam tempoh tiga tahun
setengah. Manakala pelajar lain mengikuti program pengajian pada mod biasa
dan dianugerahkan diploma dalam tempoh empat tahun.
Dengan cara ini pelajar cemerlang dapat menyertai pasaran kerja lebih awal
atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan kemudiannya
memperoleh kelayakan profesional dengan lebih cepat.

78

Jadual 9 Sistem pengajian semester Kolej Vokasional.


Tahun

Tahap

Semester
Latihan Dalam Kerja (Akhir)(12 minggu)

Tahun 4

Tahap 4 (Diploma)

Semester 8
Semester Pendek
Semester 7
Semester Pendek

Tahun 3

Tahap 3 (Sijil)

Latihan Dalam Kerja (Pertengahan)


(2 minggu)

Semester 6
Semester Pendek
Semester 5
Semester Pendek

Tahun 2

Tahap 2 (Sijil)

Semester 4

Latihan Dalam Kerja (Awal) (2 minggu)

Semester Pendek
Semester 3
Semester Pendek

Tahun 1

Tahap 1 (Sijil)

Semester 2
Semester Pendek
Semester 1

Latihan Dalam Kerja Yang Sepadu


Latihan dalam kerja menjadi komponen yang penting dalam kurikulum pendidikan
vokasional di KV. Objektif komponen ini ialah melatih pelajar melaksanakan
pekerjaan dalam persekitaran kerja yang sebenar dan mengorientasikan mereka
berkenaan kerjaya selepas menamatkan pengajian. OJT juga berfungsi sebagai titik
pertemuan antara pelajar dengan majikan dan saluran transisi pelajar KV ke alam
pekerjaan.
Justeru pentingnya OJT untuk mendedahkan pelajar kepada kerjaya pilihan mereka
dan menunjukkan realiti alam pekerjaan, maka KV melaksanakan OJT dalam
tempoh yang lebih lama dan memulakannya dengan lebih awal. Struktur OJT adalah
seperti berikut:

79

OJT Awal

Disepadukan dalam semester


keempat.

Lokasi: Industri. Tempoh: 2 minggu.

OJT Pertengahan

Disepadukan dalam semester


keenam.

Lokasi: Industri. Tempoh: 2 minggu.

OJT Akhir

Selepas semester kelapan dan


sebelum dianugerahkan diploma.

Lokasi: Industri. Tempoh: 12 minggu.

Program Pengajian Usaha Sama KV-Industri


Salah satu strategi dalam penubuhan dan pengelolaan KV ialah berkolaborasi
dengan pihak industri menerusi konsep public-private partnership bagi memastikan
lulusan KV memiliki kompetensi vokasional khusus yang diperlukan oleh sesuatu
entiti perdagangan dan perindustrian. Berasaskan strategi ini KV menawarkan
program pengajian secara usaha sama dengan pihak industri dalam sesuatu koridor
ekonomi.
Pengaliran masuk pelaburan ke sesuatu koridor ekonomi mencetuskan persaingan
bagi mendapatkan tenaga kerja mahir yang berkebolehan mengendalikan proses
kerja baharu dan teknologi baharu. Program pengajian sedia ada, yang tidak
dirancang dan dikendalikan bersama-sama dengan pihak industri, sudah pasti tidak
dapat menghasilkan tenaga mahir yang diperlukan oleh industri tersebut.
Oleh itu, menerusi konsep public-private partnership, pihak industri bukan sahaja
membiayai pengajian bakal pekerjanya, malah membiayai kerja-kerja penggubalan
kurikulum, penyediaan prasarana latihan dan perekrutan guru dan jurulatih
vokasional. Pihak industri juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan OJT dan
pentaksiran kompetensi.
Jadual 10 memaparkan bidang tujahan perindustrian dalam setiap koridor ekonomi
dan program usaha sama KV dengan swasta yang wajar dijalankan.

80

Jadual 10 Bidang tujahan perindustrian dan program pengajian usaha sama Kolej
Vokasional dengan pihak swasta di setiap koridor ekonomi.
Koridor Ekonomi

Bidang Tujahan
Teknologi Maklumat

Koridor Ekonomi
Wilayah Utara
(Perlis, Pulau
Pinang, Kedah,
Pertanian
Perak)
Pelancongan

Wilayah
Ekonomi Pantai
Timur
(Kelantan,
Terengganu,
Pahang, Johor)

Greater Kuala
Lumpur /
Lembah Klang

Wilayah
Pembangunan
Iskandar
(Johor)

Koridor Tenaga
Boleh
Diperbaharui
Sarawak
(Sarawak)

Minyak, Gas
dan Tenaga
Diperbaharui

Program Pengajian
Teknologi Sistem Komputer
Pangkalan Data dan Memprogram Keperluan
Perkhidmatan Sokongan Rangkaian
Teknologi Komunikasi
Pengurusan Nurseri
Bioteknologi Pertanian
Pemprosesan Hasil Pertanian
Akuakultur
Pelancongan Perubatan
Pelancongan Agro
Teknologi Solar
Teknologi Tenaga dan Kuasa

Pertanian

Pengurusan Nurseri
Bioteknologi Pertanian
Pemprosesan Hasil Pertanian Untuk Industri Halal
Pemprosesan Hasil Ternakan Untuk Industri Halal

Pengangkutan

Mekanik Pesawat
Teknologi Avionik

Pengangkutan
dan Logistik

Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan


Teknologi Lokomotif

Sains Kesihatan

Teknologi Makmal Perubatan


Kesihatan Persekitaran

Kewangan

Perbankan
Insurans

Pelancongan

Pelancongan Perubatan
Pelancongan Sukan (Golf)

Pengangkutan
dan Logistik

Teknologi Perkhidmatan Marin


Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan

Teknologi Maklumat

Teknologi Sistem Komputer


Pangkalan Data dan Memprogram Keperluan
Perkhidmatan Sokongan Rangkaian
Permainan Digital dan Simulasi
Animasi Audio
Efek Video

Pertanian

Bioteknologi Pertanian
Pemprosesan Hasil Pertanian

Pelancongan

Pelancongan Sukan Golf

Minyak, Gas dan


Tenaga Diperbaharui

Teknologi Tenaga Solar


Teknologi Tenaga dan Kuasa

Pengangkutan dan
Logistik

Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan


Teknologi Perkhidmatan Marin

Pelancongan

Pelancongan Perubatan
Pelancongan Agro

Pertanian dan
Perikanan

Pengurusan Nurseri
Bioteknologi Pertanian
Akuakultur
Industri Avian

(Bersambung ke muka surat berikut.)

81

Jadual 10 (Sambungan)
Koridor Ekonomi

Koridor
Pembangunan
Sabah
(Sabah)

Bidang Tujahan

Program Pengajian

Minyak, Gas
dan Tenaga
Diperbaharui

Teknologi Tenaga Solar


Teknologi Tenaga dan Kuasa

Pemasaran dan
Jualan

Pemasaran
Pengurusan Peruncitan

Pembuatan

Kejuruteraan Elektrik
Teknologi Peralatan

Pelancongan

Pelancongan Perubatan
Pelancongan Agro

82

83

Bilangan Institusi

54

4.65%

Peratus Daripada
Kolej
Vokasional Keseluruhan
Enrolmen
(KPM)

4.65%

40,512

Peratus daripada
kohort lulusan
SMR

40,512

Jumlah

Enrolmen Pelajar

Bilangan
Institusi

2011

78

5.35%

45,020

5.42%

45,620

2012

83

5.72%

47,970

7.51%

62,370

2013

118

7.33%

59,770

11.93%

97,270

2014

122

12.03%

96,390

20.08%

160,890

2015

130

16.51%

135,390

27.85%

228,390

2016

138

8.91%

152,100

32.34%

260,100

2017

Jadual 11 Sasaran enrolmen pelajar dan bilangan


Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, 20112020.

TAHUN

Pelan Pelaksanaan

146

120.94%

161,100

36.15%

278,100

2018

154

21.28%

170,700

36.61%

293,700

2019

182

23.95%

186,300

40.54%

315,300

2020

84

1. Memperluas akses kepada pendidikan


dan latihan di KV dengan menaik taraf
lebih banyak SMK dan SMT kepada KV.
2. Menjadikan KV sebagai Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Vokasional
Pascamenengah.
3. Bekerjasama dengan GLC atau PLC untuk
menaik taraf KV kepada KV Premier.
4. Memberikan autonomi akademik kepada
KV.
5. Mempergiat projek Perusahaan KV.
6. Mempergiat penglibatan kapten dan
profesional dalam industri sebagai tenaga
pengajar dan mentor.
7. Mewujudkan mekanisme penandaarasan
amalan terbaik pendidikan dan latihan
vokasional.
8. Menyediakan peruntukan dan
menyampaikan hadiah biasiswa KV.
9. Mempergiat pelaksanaan program
sangkutan industri untuk guru pendidikan
vokasional.
10. Melaksanakan program pertukaran
pentadbir dan guru pendidikan
vokasional.

1. Mewujudkan mekanisme artikulasi dengan


IPT dalam dan luar negara.
2. Latihan peningkatan profesionalisme
pengurusan untuk pasukan pengurusan
KV.
3. Melaksanakan skim latihan industri untuk
pelajar KV.
4. Latihan peningkatan kompetensi P&P
untuk guru pendidikan vokasional.
5. Latihan peningkatan kompetensi
pembantu bengkel vokasional.
6. Mengaudit dan menaik taraf teknologi dan
alat bantu P&P vokasional.
7. Menambah bilangan KV dengan membina
KV baharu dan menaik taraf SMK.
8. Mengumpul maklum balas daripada
industri dan masyarakat.
9. Menjalankan projek Perusahaan KV.
10. Menggiatkan partisipasi industri dan
masyarakat.

1.
2.
3.
4.
5.

Mewartakan penubuhan KV.


Menyediakan struktur tadbir urus KV.
Menyediakan kurikulum.
Menaik taraf SMV kepada KV.
Berkolaborasi dengan pihak swasta untuk
menubuhkan KV.
6. Menetapkan kluster dan kursus pengajian.
7. Melatih guru berkenaan konsep, objektif dan
orientasi pendidikan, latihan dan kurikulum.
8. Melatih guru dalam subjek vokasional dan
komponen kompetensi keusahawanan.
9. Menyediakan prasarana P&P bilik darjah,
bengkel, alatan dan bahan pembelajaran.
10. Mengkaji dan menyediakan norma guru
pendidikan vokasional.
11. Mengkaji dan menyediakan norma
pembantu bengkel vokasional.
12. Merekrut dan membekalkan guru
pendidikan vokasional.
13. Mewujudkan organisasi tadbir urus
pendidikan teknik dan vokasional.

Fasa Pemerkasaan (20172020)

Fasa Peningkatan (20142016)

Fasa Lonjakan (20112013)

Tindakan

You might also like