You are on page 1of 7

Teks Ucapan Penutup

Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid


Menteri Pendidikan Malaysia

Sempena:

Majlis Penutup Pertandingan KVSkills 2015


Peringkat Kebangsaan

Pada:

19 November 2015 (Khamis)

Bertempat di:

Kolej Vokasional Sepang,


Selangor

1
Bismillahirrahmanirrahim

Assalaamualaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam


Perpaduan dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih saudara/saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Yang Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Tajudin bin Jab


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Yang Berusaha Puan Hajah Zalihar binti Abdul Ghani


Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

Semua Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua Pengarah Kolej Vokasional (KV) dan Pengetua Sekolah Menengah


Teknik (SMT)

Peserta-peserta Pertandingan KVSkills 2015, wakil media, para pensyarah,


guru-guru, pelajar-pelajar dan semua tetamu yang dihormati sekalian,

2
1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam buat
junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Syukur ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan keizinan-Nya, kita dapat berhimpun pada petang ini di
Kolej Vokasional Sepang dalam Majlis Penutup Pertandingan KVSkills
2015 Peringkat Kebangsaan.

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada


pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional atas kejayaan menganjurkan
Pertandingan KVSkills 2015 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua
pihak yang terlibat khususnya Jawatankuasa Induk dan Jawantankuasa
Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menjayakan Pertandingan
KVSkills 2015 ini.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Senario Negara

3. Pembangunan modal insan dan pembangunan tenaga kerja golongan


muda merupakan dua elemen utama yang amat penting dalam
membawa negara kita kepada status negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020. Kejayaan sektor industri bukan sahaja bergantung
kepada faktor kos tetapi juga kepada kemahiran tenaga kerja negara.
Dalam hal ini, kemahiran tenaga kerja golongan muda berkeupayaan
memacu operasi sektor industri dan swasta.

4. Selain itu, cabaran-cabaran daripada proses liberalisasi juga dilihat kini


memberi tekanan kepada banyak negara termasuk Malaysia ke arah
memperkasa dan meningkatkan kapasiti kemahiran golongan muda
dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kebanyakan sektor
pekerjaan di luar negara telah lama memberi fokus kepada sektor
tenaga berkemahiran teknikal dan vokasional dalam pelan
pembangunan modal insan. Negara kita juga tidak ketinggalan dalam
memantapkan pembangunan modal insan terbaik di bidang teknikal dan
vokasional bagi menyokong pembangunan industri dan penguasaan
teknologi, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap
teknologi dan tenaga kemahiran dari negara luar.

3
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

5. Bagi tujuan itu, adalah penting bagi semua pihak dalam negara kita
khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia mengubah pemikiran
masyarakat terhadap sektor pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET) yang sering dianggap sebagai sektor pendidikan
kelas kedua. Menyedari hakikat ini, Rancangan Malaysia Ke-11 yang
dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, memberi penekanan khusus untuk meningkatkan kapasiti
dan keupayaan modal insan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020.

6. Melalui pembangunan modal insan ini, dalam Rancangan Malaysia ke-


11, sebanyak 1.5 juta pekerjaan baharu dijangka akan diwujudkan di
mana lebih 60 peratus daripadanya memerlukan kelayakan berkaitan
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini
menunjukkan TVET akan menjadi platform penting bagi meningkatkan
jumlah tenaga kerja mahir dalam hasrat menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020.

Transformasi Pendidikan Vokasional

7. Untuk makluman para hadirin, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui


Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional sedang melaksanakan
Transformasi Pendidikan Vokasional mulai tahun 2012 yang bertujuan
melahirkan sumber manusia atau tenaga kerja berkemahiran tinggi dan
fleksibel serta menghasilkan pekerja yang inovatif, kreatif dan berdaya
saing selaras dengan keperluan semasa negara. Salah satu komponen
utama dalam Transformasi Pendidikan Vokasional ialah menaiktaraf
Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional. Pada
tahun 2012 sebanyak 15 Kolej Vokasional Rintis telah diwujudkan,
diikuti dengan 72 Kolej Vokaisonal pada tahun 2013 dan sehingga kini
80 Kolej Vokasional telah beroperasi seluruh negara.

8. Kejayaan Transformasi Pendidikan Vokasional yang dilaksanakan tidak


akan menjadi realiti sekiranya dilakukan secara sendirian mahupun
secara in-silo oleh KPM. Oleh itu, saya memohon agar semua warga
KPM khususnya BPTV serta pelbagai agensi dan industri agar

4
memecahkan sebarang dinding perbezaan dan bekerja secara
berpasukan menerokai pelbagai kemungkinan atau endless possibilities
ke arah mencapai visi dan misi Kementerian khususnya Transformasi
Pendidikan Vokasional dan negara kita amnya.

9. Di samping itu, pengaruh liberalisasi juga akan mendorong kita untuk


terus berusaha memperkasa dan meningkatkan kapasiti kemahiran
pelajar kolej vokasional. Penerimaan sektor industri dan swasta
terhadap pelajar Kolej Vokasional boleh dijadikan kayu pengukur sama
ada sesuatu pendidikan dan latihan yang dianjurkan menepati dan
memenuhi permintaan serta keperluan sebenar di luar sana. Sekiranya
pelajar ini mampu memenuhi kehendak pasaran, saya yakin
pergantungan kepada tenaga kerja asing akan dapat ditangani dan
seterusnya menjana peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Penganjuran Pertandingan KVSkills

10. Seperti yang kita sedia maklum, teras bagi mana-mana ekonomi
berpendapatan tinggi yang produktif terletak pada tenaga kerja yang
kompetitif, kreatif dan inovatif. Penganjuran Pertandingan KVSkills yang
julung-julung kali dilaksanakan ini adalah selaras dengan usaha
kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan
bertaraf dunia (world class). Saya melihat penganjuran Pertandingan
KVSkills ini bukan sahaja amat penting dan sejajar dengan visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia, malah merupakan prasyarat untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020.

11. Pertandingan KVSkills ini juga bertujuan mencungkil bakat dan


kemahiran pelajar dan seterusnya mempromosi pelajar Kolej Vokasional
kepada masyarakat khususnya pihak industri dan swasta. Saya
difahamkan Pertandingan KVSkills 2015 dilaksanakan dengan tumpuan
diberikan kepada 18 bidang kemahiran yang terdapat di Kolej

5
Vokasional yang meliputi pelbagai aspek dan bidang yang diperlukan
oleh industri.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia

12. Adalah menjadi harapan KPM Pertandingan KVSkills ini akan menjadi
platform untuk menggilap dan mencungkil bakat kemahiran pelajar Kolej
Vokasional sebagai persediaan untuk menghadapi pertandingan
kemahiran peringkat kebangsaan dan antarabangsa khususnya
Pertandingan Kemahiran Malaysia (MySkills Competition) Pertandingan
Kemahiran ASEAN (ASEANSkills Competition – ASC) dan Pertandingan
Kemahiran Sedunia (WorldSkills Competition – WSC). Adalah
diharapkan melalui penganjuran Pertandingan KVSkills ini, KPM dapat
menghasilkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan
dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

13. Penganjuran KVSkills ini juga diharapkan akan merupakan acara


tahunan yang dianjurkan oleh KPM melalui BPTV. Jalinan kerjasama
yang wujud antara KPM dengan pelbagai agensi serta sektor industri
dan swasta dalam menganjurkan pertandingan KVSkills ini adalah
selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue
Ocean Strategy (NBOS) yang diperkenalkan oleh Kerajaan. Melalui
kerjasama ini, KPM tidak lagi menggunakan pendekatan silo dalam
merancang dan melaksanakan program-program kemahiran. Malah
pendekatan horizontal digunapakai bagi mengoptimumkan penggunaan
sumber-sumber yang ada dengan cekap dan berkesan bagi
mendapatkan outcome yang diharapkan terutama dalam memastikan
kebolehpasaran (marketability), kebolehkerjaan (workability) dan
kebolehgajian (employability) graduan Kolej Vokasional.

14. Saya juga berharap penganjuran Pertandingan KVSkills ini akan dapat
meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda serta
pelajar terhadap bidang kemahiran yang mampu menjana pendapatan
tinggi di samping mewujudkan platform bagi jaringan kerjasama antara
pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta sektor industri dan
swasta. Saya menyeru para majikan terutamanya daripada sektor

6
industri dan swasta supaya tampil untuk menyokong dan menaja
Pertandingan KVSkills ini agar ia menjadi lebih kompetitif dan berprestij
pada masa hadapan.

Penutup

15. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih
kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional di atas kejayaan menganjurkan
Pertandingan KVSkills 2015 Peringkat Kebangsaan ini. Semoga inisiatif
yang dilaksanakan ini akan membawa kejayaan kepada agenda
pembangunan negara yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Saya
yakin sepenuhnya bahawa dengan kesanggupan untuk bekerja secara
strategik dan penuh komitmen, kita akan terus memainkan peranan
yang penting dalam memastikan hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju pasti tercapai. Sesungguhnya komitmen
dan kerjasama yang diberikan ini dapat diterus dan dipertingkatkan demi
kemajuan bidang kemahiran negara.

16. Dengan lafaz Bismillahhir rahmanirrahim, maka dengan ini saya dengan
rasminya menutup Pertandingan KVSkills 2015 Peringkat Kebangsaan
ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.
19 November 2015

You might also like