You are on page 1of 2

BTPN (MEL) S/8800/5/3 jld 3( ) 14 Julai 2010 Encik Devider Singh Senior Manager, Jabatan Korporat dan Komunikasi

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tuan, MEMOHON PENCERAMAH AKPK BAGI TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN DIRI Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk: 2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan menganjurkan satu Taklimat Pengurusan Kewangan Diri pada tentatif berikut:

Tarikh cadangan Tempat

: 27 Julai 2010 atau 3 Ogos 2010 : Bilik Al Khwarizmi, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka KM 9, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, 75450 Melaka.

Masa Peserta

: 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari :Pegawai Teknologi Pendidikan (DG 29-DG44) seramai 40 orang Dan, Anggota Kumpulan Sokongan seramai 40 orang.

Tajuk

: PENGURUSAN KEWANGAN DIRI Isi kandungan/butiran: 1. Pengurusan kewangan diri 2. Pengurusan kredit 3. Pengurusan Pelaburan untuk diri serta Keluarga.

3. Sehubungan dengan itu pihak BTPN Melaka berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dengan membenarkan seorang penceramah dari AKPK untuk tujuan yang tersebut. 4. Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (MOHD NOR BIN ABU) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

You might also like