You are on page 1of 2

Ruj.

Tuan:
Ruj.Kami: JPK.SPPK.UKK 600-3/6/12Jld.2 (55)
Tarikh : 15 Mei 2021

Pengetua, Guru Besar


Semua Sekolah Dalam Negeri Kedah.

Tuan,

MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH PERTANDINGAN PROGRAM WIRA ANTI RASUAH


(WAR) 2021 DI BAWAH INISIATIF 2.4.6 DAN INISIATIF 2.4.11 PELAN ANTI RASUAH
KEBANGSAAN ANJURAN BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan surat dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian, Rujukan
KPM.600.12/1/4.Jld.2(90) bertarikh 14 Jun 2021 adalah berkaitan.

2. Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mengambil maklum


berkenaan perkara di atas. Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan untuk
menghebahkan kepada warga sekolah.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa dua pertandingan yang sedang dilaksanakan di bawah


Program WAR dan Inisiatif 2.4.6 dan Inisiatif 2.4.11 Pelan Anti Rasuah Kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2021 iaitu Pertandingan Video Pendek
WAR SPRM-KPM dan Pertandingan Mencipta Lagu dan Lirik WAR SPRM-KPM akan
dilanjutkan sehingga bulan September 2021. Maklumat dan perubahan tarikh baru adalah
seperti beikut :

PERKARA TARIKH TINDAKAN


Tempoh Pertandingan 1 Mei – 8 September 2021
Pegawai Penyelaras
Penjurian Peringkat Negeri 13 September – 17 Program Wira Anti Rasuah
September 2021 (WAR) 2021 Unit
Penjurian Peringkat 20 September – 24 Pembangunan Bakat Murid
Kebangsaan September 2021 Kesenian, Jabatan
Tarikh Pengumuman 8 Oktober 2021 Pendidikan Negeri
Pemenang (surat KPM.600-
Tarikh Muat Turun Sijil 15 November 2021 12/1/4Jld.20(13))

Bersama ini disertakan capaian untuk pendaftaran : https://tinyurl.com/pendaftaranWAR


dan dapatkan maklumat pertandingan di dalam borang pendaftaran ini.
atau
SCAN QR CODE

…2/-
-2-

MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH PERTANDINGAN PROGRAM WIRA ANTI RASUAH


(WAR) 2021 DI BAWAH INISIATIF 2.4.6 DAN INISIATIF 2.4.11 PELAN ANTI RASUAH
KEBANGSAAN ANJURAN BERSAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA DAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

JPK.SPPK.UKK 600-3/6/12Jld.2 (55) 15 Mei 2021

5. Bagi membantu usaha kerajaan menangani penularan Covid-19 di Malaysia, semua


peserta dan guru terlibat diminta untuk mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang
telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pegawai berurusan di Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah, Encik Khairulfahmi Bin Jumri, Penolong Pengarah Pembangunan
Bakat Murid, boleh dihubungi di talian 04-7745172 / 018 -2192355.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
b.p: Pengarah Pendidikan Kedah,

s.k 1.Pengarah Pendidikan Negeri Kedah


2.Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Kedah

kfj/kesenianpbmkpmWAR/locald

You might also like