You are on page 1of 5



SEKOLAH KEBANGSAAN WAN SULAIMAN SIDDIQ


JALAN TAMBANG BADAK
05100 ALOR SETAR,KEDAH DARUL AMAN.
RUJUKAN BIL L

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : Mohd Qadri Bin Abdul Rani JAWATAN:Pen Kanan Kokurikulum

PERKARA : Taklimat Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Dan PAJSK Peringkat Daerah Kota Setar

TARIKH : 20 September 2020 (Ahad)

TEMPAT : Secara atas talian GOOGLE MEET

ANJURAN : Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

PENGERUSI : Tn. Mohd Ridhuan


(Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,Kokurikulum, JPN Kedah)

BAHAN EDARAN : Tiada

CATATAN MINIT :

KANDUNGAN KURSUS

Penganjuran
Taklimat ini dilaksanakan bertujuan untuk memaklumkan:
1.0 Pelaksanaan semula aktiviti Kokurikulum di peringkat sekolah berpandukan surat
siaran Pelaksanaan Semula Aktiviti Kokurikulum dan Sukan 1 September 2020.
2.0 Kaedah Dalam Pentaksiran PAJSK
3.0 Wajaran pemarkahan berikutan Pandemik Covid 19 terutama sekolah dalam kawasan
PKPD dengan memfokuskan kepada kehadiran.
4.0 Wajaran pemarkahan dalam aspek khidmat masyarakat.
5.0 Wajaran pemarkahan dalam aspek ekstra kurikulum
6.0 Maklumat Tambahan Pemarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.
7.0 Penerangan berkaitan Hasil Rumusan Dari Sektor Pembangunan Bakat Murid JPN
Kedah Bersama PPD Seluruh Kedah dalam perkara 16, perkara 17, dan perkara 20.

1.0 Pelaksanaan semula aktiviti Kokurikulum di peringkat sekolah berpandukan surat siaran
Pelaksanaan Semula Aktiviti Kokurikulum dan Sukan 1 September 2020.
1.1 Semua sekolah diwajibkan untuk melaksanakan semula aktiviti kokurikulum seperti surat siaran yang
dikeluarkan pada 1 September 2020 dengan barpandukan Garis panduan Pelaksanaan Aktiviti
Kokurikulum dan Sukan 2020.
1.2 Pihak sekolah perlu membuat surat pelantikan kepada semua guru penasihat kelab dan persatuan,
badan beruniform dan sukan permainan. (Telah diambil tindakan)
1.3 Semua guru perlu terlibat dalam pelaksanaan semula aktiviti kokurikulum.

2.0 Kaedah Dalam Pentaksiran PAJSK


2.1 Merekod dan kemaskini maklumat murid dalam buku Rekod Kokurikulum PAJSK murid meliputi 6
aspek dalam pentaksiran: Kehadiran, Jawatan, Penglibatan, Pencapaian, Komitmen dan Ekstra Kurikulum.
2.2 Merumus pentaksiran dan direkod secara dalam talian melalui laman sesawang
http://pajsk.moe.gov.my berpandukan instrumen pentaksiran PAJSK.
2.3 Murid berkeperluan khas dikecualikan dari mengikuti Ujian Segak. Murid tahun 4 yang berumur 9 tahun
dikecualikan menjalani Ujian Segak.
2.4 Murid berkeperluan khas /Sakit Kronik/ Sakit Berpanjangan atau alasan lain yang munasabah boleh
dikecualikan daripada aktiviti kokurikulum dan tidak akan ditaksir. Murid perlu menyatakan surat sebagai
BUKTI. Status murid ini akan ditanda TL (Tidak Laksana) dalam slip pelaporan kokurikulum.
2.5 Murid yang diberhentikan sekolah, pentaksiran hanya pada hari terakhir persekolahan.
2.6 Pindaan tahun sebelum jika berlaku kesilapan, pihak sekolah perlu membuat permohonan rasmi secara
bertulis ke JPN.

3.0 Wajaran pemarkahan berikutan Pandemik Covid 19 terutama sekolah dalam kawasan PKPD
dengan memfokuskan kepada kehadiran.
3.1 Pemarkahan Kokurikulum

3.2 Kehadiran murid pada dasarnya adalah sebanyak 12 kali perjumpaan bagi setiap aktiviti kokurikulum.
3.3 Bagi aktiviti selepas pandemik covid19, perjumpaan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah adalah
seperti jadual dibawah:

3.4 Pihak sekolah perlu menyediakan jadual perjumpaan.


3.5 Pelaksanaan atas talian. Guru hendaklah mencetak senarai nama murid yang terlibat dalam
aktiviti secara atas talian sebagai bukti.
4.0 Wajaran pemarkahan dalam aspek khidmat masyarakat.
4.1 Khidmat masyarakat adalah aktiviti yang dilakukan secara kumpulan.
4.2 Bersifat berdiri sendiri dan bukan daripada sebahagian aktiviti Badan Beruniform, Sukan Permainan dan
Kelab Persatuan.
4.3 Permarkahan adalah seperti berikut:

5.0 Wajaran pemarkahan dalam aspek ekstra kurikulum


5.1 Antara kriteria ekstra kurikulum:

5.2 Bagi tahun 2020, hanya 4 perkara sahaja yang boleh ditanda.
5.3 Guru boleh membantu murid untuk mendapatkan minimum markah.

6.0 Maklumat Tambahan Pemarkahan PAJSK Sekolah Rendah dan Menengah.


6.1 Hanya program yang medapat pengesahan dari BSKK, KPM sahaja layak diberi pengiktirafan.
6.2 Rujukan slide yang dilampirkan PPD Kota Setar.
7.0 Penerangan berkaitan Hasil Rumusan Dari Sektor Pembangunan Bakat Murid JPN Kedah Bersama
PPD Seluruh Kedah dalam perkara 16, perkara 17, dan perkara 20.

PERKARA 16:
Sekolah TIDAK PERLU mengeluarkan surat kebenaran waris untuk mengikuti aktiviti kokurikulum dalam
kawasan sekolah.
Sekiranya ibubapa tidak membenarkan murid mengikuti aktiviti kokurikulum, murid tersebut dianggap tidak
hadir.
PERKARA 17
Sekolah perlu melaksanakan aktiviti minimum perjumpaan seperti yang diarahkan.
PERKARA 20
Rujukan kepada slide kehadiran.

TINDAKAN SUSULAN OLEH KETUA JABATAN:

PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM SK HAJI WAN SULAIMAN SIDIQ

SEPTEMBER
A I S R K J S
1 2 3 4 5 Sukan permainan
6 7 8 9 10 11 12 Unit Beruniform
13 14 15 16 17 18 19 Kelab Persatuan
20 21 22 23 24 25 26 9 September aktiviti treasure
hunt
27 28 29 30

OKTOBER
A I S R K J S
1 2 3 Sukan permainan
4 5 6 7 8 9 10 Unit Beruniform
11 12 13 14 15 16 17 Kelab Persatuan
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
NOVEMBER
A I S R K J S
1 2 3 4 5 6 7 Sukan permainan
8 9 10 11 12 13 14 Unit Beruniform
15 16 17 18 19 20 21 Kelab Persatuan
22 23 24 25 26 27 28
29 30
Aktiviti Unit Beruniform dan Kelab Persatuan dilaksanakan secara atas talian. Murid perlu mengisi
borang kehadiran bagi setiap aktiviti yang disertai.

TANDATANGAN PEGAWAI TANDATANGAN DAN CAP JABATAN

qadri
………………………………………. ……………………………………………
(MOHD QADRI BIN ABDUL RANI) (ZULKIFLI BIN HASSAN )
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK WAN SULAIMAN SIDIQ SK WAN SULAIMAN SIDIQ

You might also like