You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA MAYAM

28300 TRIANG PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KERJA
HARI KEUSAHAWANAN

TARIKH :

02 JULAI 2019

SELASA

TEMPAT :

SK FELDA MAYAM

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM DAN KELAB GURU
SK FELDA MAYAM
1. PENDAHULUAN

Hari keusahawanan ini merupakan aktivititi pembentukan sikap, nilai murni dan integriti murid dapat

dijana kearah melahirkan sebuah sekolah yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari

Keusahawanan ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatu dan meningkatkan kerjasama

pihak pentadbiran, guru-guru, murid-murid serta ibu bapa/penjaga. Antara pengisian dalam Hari

Keusahawanan ini meliputi aspek keusahawanan, disiplin dan kemasyarakatan . Adalah menjadi

harapan setiap warga SKM agar sambutan Hari Keusahawan kali ini akan lebih meriah dan berjalan

lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2. RASIONAL

Hari Keusahawanan adalah kesinambungan aktiviti kokurikulum secara terancang dan sistematik

demi kecemerlangan pelapis generasi akan datang.

3. OBJEKTIF

3.1. Memberikan pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan

pengaplikasiannya dalam kehidupan seharian.

3.2. Mengalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang

dilaksanakan dan menjana nilai kepimpinan yang cemerlang.

3.3. Membentuk sahsiah, bakat, minat, kemahiran dan disiplin murid dalam semua

lapangan yang disertai.

3.4. Memupuk minat mendalam dalam bidang Keusahawan , Kelab dan Persatuan dan

Badan Beruniform.

3.5. Melahirkan semangat kerjasama yang erat di antara sekolah, ibu bapa dan pihak luar
demi memantapkan generasi yang akan datang.
4. ANJURAN

Unit Kokurikulam SKM dan Kelab Guru SKM

5. TEMA

“PERPADUAN, CERIA, HEBAT”

6. PERINCIAN PROGRAM

6.1 Tarikh : 02 Julai 2019 (Selasa)

6.2 Tempat : Dataran SK Felda Mayam

6.3 Anggaran Bil Peserta : 355 orang

7. PESERTA

Semua murid, guru, staf Sk Felda Mayam dan ibu bapa/penjaga.

8. AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 1


9. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keusahawanan SK Felda Mayam diharapkan dapat mengeratkan lagi

hubungan silaturahim dan muhibbah dalam kalangan warga SK Felda Mayam dan ibu bapa, di

samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan sekaligus dapat

meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja dan mencapai objektif.

Disediakan oleh: Disemak oleh;

……………………….. …………………………
Muhammad Syahir Bin Md Arifpin M Parikh Bin Bustaman
Penyelaras Hari Keusahawanan GPK Kokurikulum,

Disahkan oleh:

……………………….
Pn. Rosmaina Binti Saripp
Guru Besar,
SK Felda Mayam
28200 BANDAR BERA

You might also like