You are on page 1of 4

ISU BULAN INI:

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa & Komuniti (PIBK)


Kejayaan dan Harapan  Peluasan Pelaksanaan
Pelibatan Ibu Bapa &
Anjakan ke Sembilan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 Komuniti (PIBK)
telah menetapkan bahawa pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu
diperluaskan dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan  I-Stesen Komuniti, SK
semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah pihak swasta yang lebih aktif. Muzaffar Syah, Kota
Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep pendidikan Tinggi, Johor
berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih
luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku  Ibu-Ibu Sarana, SMK Tmn
dimana-mana dan pada bila-bila masa. Tuanku Jaafar, Senawang,
N. Sembilan
“kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools di Amerika
Syarikat mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan komuniti menikmati manfaat  Sukarelawan Ibu Bapa: SK
termasuk penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah Beseri, Kangar, Perlis
yang lebih tinggi, dan pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.”
 SMK Tmn Fajar,
KPM berusaha untuk melaksanakan peluasan agar pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa Sandakan, Sabah
dan Komuniti bergerak lebih menyeluruh. Pada awal pelaksanaan PPPM, pihak
sekolah dan ibu bapa telah dibekalkan dengan sarana sekolah dan sarana ibu bapa.  Contoh Amalan Terbaik
KPM kini mempunyai 96 jurulatih utama PIBK untuk membantu dan membimbing
pemimpin dan guru sekolah untuk menarik lebih ramai ibu bapa untuk menyertai  Anjakan 9 Disana-sini
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Selain itu, peratus kehadiran ibu bapa
dalam 6 aktiviti iaitu Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan dan Hari Anugerah utama sekolah telah
dijadikan KPI setiap sekolah.
Anjakan 9 : Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBK) merupakan hasrat murni Kementerian
Pendidikan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mewujudkan ekosistem pembelajaran
dalam komuniti. Menyedari hakikat bahawa pembelajaran berlaku dimana-mana, masa pembelajaran perlu
dioptimumkan tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah. Dilancarkan secara rasmi pada 23 Februari 2013, Anjakan
9 inidisambut hangat oleh pentadbir sekolah. Empat sekolah yang menjadi pilihan Buletin Anjakan bulan ini merupakan
antara sekolah yang begitu bersemangat melaksanakan inisiatif ini - Pengarang

I-Stesen Komuniti, SK Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor


Sejurus selepas majlis pelancaran Sarana Ibu Bapa, Pn Hjh Bibi Sakinah Bt Harun Khan, Guru Besar SK Muzaffar Syah
yang lebih mesra dengan panggilan ‘Bonda’ memulakan langkah untuk menggerakkan ibu bapa dan komuniti Felda Air
Tawae 3 untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan holistik anak-anak mereka. Pengerusi PIBG, En Talib
Samat serta barisan AJK dan kumpulan sokongan Ibu Bapa (KSIB) dengan kemahiran dan kepakaran yang ada telah
menyumbang kepada peningkatan pencapaian jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial warga SK Muzaffar Syah.

Hasil daripada permuafakatan ini maka tercetuslah idea i-Stesen


Komuniti. PIBG / KSIB berpeluang membuat suatu inovasi yang sangat
berkesan untuk menjana sumber kewangan. Ia merupakan pusat jualan
sehenti yang dibuka ketika aktiviti kokurikulum dijalankan dan program-
program yang diadakan di sekolah. Sebanyak 5% daripada hasil yang
terjual akan disumbangkan ke dalam tabung KSIB. Melalui Program i-
Jariah pula, individu-individu tertentu sanggup berkorban masa, tenaga,
ilmu dan wang ringgit serta kepakaran yang ada agar ianya memberi
manfaat kepada semua. Bersedia membantu bila diperlukan.
Sejarah telah berjaya diukir. ketika SK Muzaffar Syah melonjak daripada
kedudukan 4568 (2012) ke 1511 (2013) dalam kalangan sekolah rendah
di Malaysia, sementara GPS meningkat dari 2.26 kepada 2.08. SK Muzaffar Syah berjaya menjulang trofi anugerah
PIBG Terbaik pada tahun 2014
Seterusnya, SK Muzaffar Syah berjaya memperoleh Anugerah Sekolah
Cemerlang NKRA (New Deals) dan Anugerah PIBG Terbaik
Keseluruhan Sekolah Rendah pada tahun 2014.

Ibu-ibu Sarana, SMK Taman Tuanku Jaafar, Senawang, N.Sembilan


SMK Taman Tuanku Jaafar begitu sinonim dengan Anjakan 9 sejak Sarana Ibu Bapa dilancarkan. Sekolah ini telah
memenangi anugerah PIBG cemerlang kategori sekolah menengah tahun 2014. Kerjasama rapat sekolah dengan ibu
bapa, komuniti agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS telah terjalin melalui inisiatif Pengetua, Tuan Omar Bin Ahmad.
Ibu bapa begitu aktif dalam pembelajaran anak-anak sehingga mereka tidak kekok berada di sekolah membantu guru
menjalankan pelbagai program dan latihan. Unik mengenai Anjakan 9 di sekolah ini ialah kewujudan kumpulan ibu-ibu
sarana atau ‘sarana moms’ yang aktif mengendalikan lawatan penanda aras dari dalam dan luar negara.

“Melihat kegigihan mereka ini, saya sentiasa bersyukur dan terasa


sayu. Pemandangan seperti ini memang sesuatu yang ganjil dan
tidak pernah saya alami sepanjang hampir 30 tahun berkhidmat
sebagai guru di beberapa buah sekolah. Saya syukur kerana
segala yang disampaikan, segala hasrat dan luahan rasa saya
untuk mendapatkan kefahaman ibubapa di sekolah ini diserap dan
benar-benar dihayati dan dipraktikkan oleh mereka semua. Ibu-ibu Sarana (Sarana Moms) SMK Tmn Tuanku Jaafar dengan
Memang sesuatu yang sukar sebelum ini. Saya juga bersyukur identiti korporat dengan baju berwarna turquoise dan merah
kerana dengan penglibatan mereka ini, dapat menghapuskan jambu

tanggapan negatif setengah-setengah pihak bahawa ibubapa di sini


tidak mahu menyokong dan membantu sekolah. Memang diakui
sebelum ini, begitulah sikap sebilangan mereka. Namun dengan
program Sarana dan pelibatan hebat mereka ini, terbukti, jika kena
caranya dan ada pula komitmen dan usaha gigih daripada semua
pihak di sekolah dan sokongan PIBG, segalanya dapat di atasi”
SMK Tmn Tuanku Jaafar menerima lawatan dari delegasi asing
dari Bhutan, dikendalikan oleh anggota dari Sarana Mum
Tuan Omar b Ahmad, Pengetua, SMK Taman Tuanku Jaafar.

Anjakan Februari 2015


Sukarelawan Ibu Bapa: SK Beseri, Kangar, Perlis
SK Beseri, Kangar, Perlis adalah salah sebuah sekolah yang telah memanfaatkan sepenuhnya Anjakan 9 ini. Ibu bapa
menawarkan diri sebagai sukarelawan jurulatih bola tampar dalam penyediaan pasukan sekolah untuk menghadapi
pertandingan di peringkat Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan peringkat negeri. Hasilnya pasukan sekolah
telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan untuk kategori lelaki dan perempuan dalam pertandingan Bola Tampar
MSSPs peringkat PKP Paya tahun 2014.
Kehadiran sukarelawan ibu bapa dalam membantu aktiviti Nilam di sekolah
merupakan satu lagi usaha ibu bapa membantu peningkatan prestasi anak-
anak mereka. Pada waktu rehat, murid – murid akan hadir ke Pusat Sumber
Sekolah untuk mengikuti kisah penceritaan oleh sukarelawan ibu bapa ini. Di
samping itu murid – murid ini juga dibimbing untuk membaca cerita yang
telah diperdengarkan tadi. Hasilnya, sekolah ini telah berjaya mencatatkan Pelibatan ibu bapa sebagai sukarelawan jurulatih bola
peningkatan peratusan Nilam di peringkat Negeri Perlis pada tahun tampar dalam penyediaan pasukan sekolah untuk
2014. Murid – murid juga menerima suntikan motivasi darapada menghadapi pertandingan
sukarelawan ibu bapa ini.
Ibu bapa dan komuniti turut sama memeriahkan pelbagai program,
antaranya menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri yang telah
dijalankan secara konsep gotong royong. Penyediaan makanan
dan minuman disediakan mengikut jawatankuasa Kemajuan Dan
Keselamatan Kampung (JKKK) yang ada di sekitar sekolah dengan Ibu bapa dan komuniti bersama-sama bergotong-royong
sokongan daripada ADUN Beseri. Semangat kerjasama yang luar membawa makanan untuk anak-anak sedang menghadapi
biasa telah ditunjukkan oleh masyarakat setempat dan program ini Kem Gerak-Gempur UPSR
sekarang dijadikan acara tahunan. Semasa Kem Gerak
Gempur UPSR diadakan selama dua hari pada minggu terakhir
sebelum UPSR 2014, ibu bapa membawa juadah makan
tengahari makanan dan minuman, bukan sahaja untuk anak
mereka tetapi untuk rakan-rakan anak mereka. Berkat kerjasama
ini SK Beseri telah berjaya mengekalkan jumlah murid 5A (7 orang)
manakala peratus lulus keseluruhan adalah 70.23 %.
Kehadiran sukarelawan ibu bapa dalam membantu aktiviti
nilam di sekolah

SMK Taman Fajar Sandakan, Sabah


Kehebatan dan kecemerlangan SMK Taman Fajar Sandakan,
Sabah khususnya dalam bidang sukan merupakan salah satu
contoh terbaik bagaimana Pelibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK)
membantu dan menyokong sekolah dengan kepakaran masing-
masing.

Pasukan Ragbi bawah 18 Tahun SMK Taman Fajar Sandakan


Penyampaian sijil pernghargaan Sabah bukan sahaja dikenali diperingkat Daerah Sandakan
sekolah kepada ibu yang menjadi sebagai sebuah pasukan yang hebat tetapi juga telah menempa
sukarelawan jurulatih pasukan
nama peringkat Negeri (MSSS), Kebangsaan (MSSM) malah lebih
membanggakan terdapat beberapa orang pemain yang
berpeluang mengikuti latihan dan pertandingan diperingkat
antarabangsa seperti di New Zealand.

Kehebatan pasukan ragbi bawah 18 tahun SMK Taman Fajar


Sandakan adalah hasil sentuhan seorang jurulatih ragbi IJM
berasal dari Negara Fiji yang merupakan komuniti setempat dan
dibantu secara aktif oleh pemain-pemain Sabah Eagle yang
berasal dari sekitar Sandakan. Malah alumni SMK Taman Fajar
yang pernah aktif dalam permainan Ragbi masih terus membantu
menggilap bakat-bakat pemain pelapis bagi memastikan SMK
Pasukan ragbi sekolah dapat menimba pengalaman bermain di
Taman Fajar meneruskan tradisi kehebatannya dalam sukan
luar negara hasil dari inisiatif komuniti luar
ragbi.

Anjakan Februari 2015


Contoh Amalan Terbaik
Hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat

SK Labuan Haji, Pulau Bumbum, Semporna

• Ibu bapa miskin/miskin tegar, hidup dengan tangkapan hasil laut, 90% tidak boleh membaca dan
menulis; LINUS 40%

“Setelah dikaji latarbelakang keluarga, sekolah mengambil inisiatif mewujudkan PIBG supaya dana dapat
disalurkan daripada pihak yang ingin membantu. Kelas LINUS diadakan bersama-sama ibu bapa semasa cuti
sekolah – hasilnya berjaya mencapai LINUS 100% pada 2012 dan ibu bapa yang sudah boleh membaca
membantu rakan yang lain”.

Pn Hamidah Muhammad, PK HEM sejak 2011

SMK Rantau Panjang, Kuala Selangor

• Masalah kehadiran murid daripada kawasan ladang dapat diatasi

“Sektor swasta membantu menyediakan bas untuk membawa murid-murid yang tinggal di ladang-ladang yang
agak jauh supaya pengangkutan dapat disediakan secara percuma. Kami di sekolah pergi ke ladang-ladang
ini untuk bertemu ibu bapa, memberikan motivasi untuk mereka menggalakkan anak-anak ke sekolah
Puan Saraswathy, Pengetua

Anjakan 9 Disana-sini

Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.

Alamat Pejabat Sementara (sehingga 1 Julai 2015)


Tingkat 14 & 15 D’Pulze Cyberjaya, Linkaran Cyber Point Timur, Cyber 12
63000 Cyberjaya, Selangor

Kementerian Pendidikan Malaysia


Aras 3, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

info@padu.edu.my
+03 8872 1605

Anjakan Februari 2015

You might also like