You are on page 1of 4

SK Darat Batu Rakit merupakan sebuah sekolah Kerajaan harian yang beroperasi pada satu sesi iaitu

pagi dan sebuah sekolah yang terletak di pinggir bandar.Mempunyai murid seramai 220 orang dan
dibantu oleh seramai 22 orang guru dan mempunyai 3 orang staf sokongan dan 4 perkerja
kebersihan.SK Darat Batu Rakit juga telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan telah melahirkan ramai
alumni yang berjaya dipelbagai bidang dan kerjaya masing-masing.Dengan misi dan visi menyediakan
persekitaran pembelajaran yang bermakna dan melahirkan kemenjadian murid dalam pelbagai
bidang serta mewujudkan sekolah berkualiti merupakan objektif yang ingin dicapai oleh setiap
pengurusan dan warga sekolah demi murid-murid yang hadir ke sekolah bagi mendapatkan masa
depan yang lebih baik.Selain itu juga sokongan daripada ibu bapa dan komuniti telah memberikan
kekuatan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menyokong
kearah proses pengajaran dan pembelajaran selepas pandemik covid-19.Sokongan terhadap program
sekolah dalam meningkatkan motivasi dan semangat anak-anak ke sekolah telah menunjukkan kesan
yang sangat baik.Pihak sekolah juga telah berjaya dengan mewujudkan permainan Istimewa iaitu
ragbi sentuh dikalangan murid-murid lelaki khususnya tahap 2 selepas pandemic memberi kesan
yang positif terhadap masalah kehadiran dan keciciran di sekolah.Murid-murid ini telah hadir ke
sekolah berikutan terhadap minat dab keterujuaan terhadap permainan baru yang diperkenalkan
oleh pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa dan Akademi Ragbi peringkat dearah.Ini juga
merupakan jalinan antara pihak sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus dalam
menyelesaikan masalah kehadiran murid ke sekolah disamping memperkenalkan sukan baharu
kepada murid-murid di sekolah rendah.Impak dan kesan daripada kerjasama antara kedua-dua pihak
ini telah membuahkan hasil yang sangat baik dimana masalah kehadiran murid-murid lelaki tahap 2
di sekolah dapat diatasi dengan jayanya dan tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah
semakin baik.Murid juga menjadi semakin berdisiplin berada di sekolah hasil daripada latihan dan
aktiviti yang dilakukan semasa aktiiviti permainan ragbi sentuh di sekolah pada setiap petang yang
dilakukan oleh guru dan jurulatih yang terlibat.Antara kejayaan -kejayaan yang telah dicapai hasil
daripada kolaborasi ini adalah pasukan sekolah telah menjadi Johan Kejohanan Ragbi Sentuh
Peringkat Daerah 2 Tahun berturut-turut dan murid lelaki telah dapat mewakili ke Peringkat
Kebangsaan dan akhirnya terpilih memasuki Akademi Ragbi Negeri Terengganu.Dari segi pencapaian
kehadiran pula,pihak sekolah telah berjaya menerima Sijil Penghargaan Peratus Tertinggi Kehadiran
Murid ke sekolah dan Anugerah Penghargaan Pengisian Amalan Baik (SSDM) Teringgi Sekolah
Peringkat Daerah Kuala Nerus selama 2 tahun berturut-turut.Ini semua adalah hasil daripada
kerjasama pelbagai pihak di sekolah bersama ibu bapa dan komuniti demi kejayaan murid.
Terangkan kesan/hasil kerja yang anda jalankan yang boleh membuktikan bahawa anda
membuat perubahan kepada pelajar dan komuniti anda. Sila kongsi bukti kualitatif dan
kuantitatif kejayaan/peningkatan jika boleh. Tolong jangan sertakan pautan luar kerana kami
tidak akan mempertimbangkannya. *
Had bilangan perkataan: 300 patah perkataan
4. Beritahu kami mengapa sekolah anda layak memenangi Hadiah. *
Had bilangan perkataan: 100 patah perkataan

Sekolah kami layak untuk memenangi hadiah bagi kategori ini berdasarkan kejayaan -kejayaan yang
telah dicapai oleh murid dalam pelbagai bidang yang telah dipertandingan dan telah disertai oleh
murid-murid hasil daripada kerjasama ibu bapa dan pemuafakatan masyarakat di sekeliling sekolah
ini yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya disamping ibu bapa dapat menyumbang tenaga dan
kepakaran yang diperlukan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa.Sekolah kami juga layak kerana
pihak pengurusan sekolah telah bertindak secara proaktif dalam mencari altenatif dan penyelesaian
terhadap masalah kehadiran dak keciciran anak-anak ke sekolah selepas pandemic covid-19 dan
melalui tindakan dan pendekatan yang diperkenalkan melalui kerjasama bersama pihak pibg dan ibu
bapa telah membuahkan hasil diluar jangkaan dan kejayaan mampu dicapai dalam masa 5 bulan
setelah sekolah dibuka untuk pembelajaran secara penuh.
5. Bagaimanakah anda akan menggunakan wang Hadiah jika anda menang? *

Had bilangan perkataan: 100 patah perkataan

You might also like