You are on page 1of 3

LAPORAN ZIARAH CAKNA PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA

DAERAH CAMERON HINGHLANDS 2014


1.0 Pendahuluan
Laporan Ziarah Cakna ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Inisiatif Penglibatan
Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti
memahami pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih jelas supaya dapat
membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan. Ziarah Cakna difokuskan kepada Guru
Besar yang baru bertugas di daerah dalam memastikan mereka memahami Inisiatif Penglibatan Ibu
Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, dan dapat melaksnakannya dengan baik.

2.0 Latar Belakang

2.1 Sarana Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dengan sekolah bertujuan
memperkenalkan sekolah, ibu bapa dan komuniti dengan 6 elemen yang akan menyokong
pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksnakan dengan sempurna akan
meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga
penglibatan ibu bapa dan komuniti serta swasta dengan sekolah.
2.2 Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong
pembelajaran, sekolah perlu bekerjasama dengan PIBG, alumni, komuniti setempat, pihak
swasta serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan kerana semuanya merupakan rakan kongsi
dalam mencemerlangkan murid.

3.0 Tempoh Pemantauan Februari hingga Mac 2014

3.1 Laporan Pemantauan ( 2 buah sekolah)

4.0 Dapatan Keseluruhan Pemantauan

4.1 Sekolah yang telah dipantau ialah SJK(C) Kampung Raja dan SK Kampung Raja.
4.2 Pengurusan Dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
Buku Sarana Ibu Bapa dan Buku Sarana Sekolah berserta CD telah diterima oleh pihak
sekolah.
4.3 Tahap Kefahaman Mengenai Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta
Guru Besar telah memahami pelaksanaan penglibatan ibu bapa, komuniti dan Sektor
swasta.
Kursus Sarana telah dihadiri oleh kesemua Guru Besar.
4.4 Sarana Ibu Bapa
Taklimat Sarana Ibu Bapa telah disampaikan oleh sekolah. Borang Soal Selidik telah
diedarkan oleh pihak sekolah
4.5 Sarana Sekolah
Taklimat penggunaan sarana sekolah kepada ibu bapa dan komuniti telah dilaksanakan oleh
pihak sekolah.
4.6 Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
Sekolah masih belum membuat penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa(KSIB). Penubuhan
KSIB akan dilaksanakan oleh sekolah dalam masa terdekat iaitu selepas Mesyuarat Agong
PIBG.
4.7 Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dalam Aktiviti Sekolah
Komuniti dan Sektor Swasta ada dilibatkan dengan aktiviti sekolah. Namun begitu ianya
tidak direkodkan oleh pihak sekolah.
5.0 Isu Pelaksanaan Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta

5.1 Sekolah masih belum menubuhkan KSIB dan dalam tindakan melaksanakan program
tersebut.
5.2 Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta masih di peringkat yang rendah dan
sekolah tidak merekodkan penglibatan mereka.

6.0 Cadangan Penambahbaikan Pelaksanaan Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor
Swasta di Jabatan Pelajaran Negeri

6.1 Meminta sekolah dan PIBG mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah yang
didapati telah melaksanakan program ini dengan jayanya.
6.2 Memberi panduan yang lebih jelas tentang bagaimana pihak sekolah dapat merangsang ibu
bapa untuk berperanan lebih aktif menggerakkan inisiatif ini.
6.3 Meminta sekolah dan PIBG menjemput JU Sarana untuk memberi penerangan dan
pendedahan bagaimana melaksanakan Sarana Ibui Bapa dan Sarana Sekolah.
6.4 Meminta sekolah mencetak brosur dan mengedarkan kepada ibu bapa dan meminta
sekolah dan PIBG memberi penerangan dari masa ke semasa ketika perjumpaan bersama
ibu bapa dalam semua program.
6.5 Kejelasan oleh pihak sekolah bertambah baik hasil daripada penerangan melalui iklan oleh
pihak KPM dan JPNP melalui laman web, taklimat oleh JU dan pelaksana.

7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, sekolah telah bersedia untuk melaksanakan Inisiatif Penglibatan Ibu Bapa,
Komuniti dan Sektor Swasta. Walaubagaimanapun sekolah masih memerlukan bimbingan secara
berterusan bagi memastikan inisiatif yang telah dirancang ini berjaya.



Disediakan oleh:

AHMAD ADHA BIN ALI
Penolong PPD Pengurusan Sekolah (Men)
PPD Cameron Highlands

You might also like