You are on page 1of 1

SK BANDAR BARU SERI PETALING 2

Jalan Radin, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur


Tel : 03-90591570 Fax : 03-90570164

Ruj. Kami : SKBBSP2/800-2/1(01)


Rujukan tuan :
Tarikh : 24 Januari 2018
Rusni Binti Ab. Jalil
Pengarah
Jabatan Pendidikan W.P. Kuala Lumpur
Persiaran Duta, Off Jalan Duta
50604 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGANJURKAN KARNIVAL TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA


(TKRS) PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON TENGAH) 2018

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah ini berhasrat untuk menganjurkan karnival tersebut seperti
maklumat berikut:

Tarikh : 10 Mac 2018 (Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : SK Bandar Baru Seri Petaling 2
Jalan Radin, Bandar Baru Seri Petaling
Kuala Lumpur

3. Aktiviti yang akan dilaksanakan semasa karnival tersebut ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan
membina gajet, pertandingan pertolongan cemas, pertandingan pandu arah dan pameran-pameran daripada unit-
unit yang berkaitan seperti Bulan Sabit Merah Malaysia, St.John Ambulan, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya.
Pihak kami juga tidak ketinggalan akan mengadakan pameran untuk menerapkan kepada diri murid tentang bahaya
penyalahgunaan dadah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia.

3. Sehubungan dengan itu, untuk menjayakan karnival ini, pihak kami telah mensasarkan 400 orang murid
daripada sekolah-sekolah rendah sekitar W.P. Kuala Lumpur, Selangor, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja bagi program tersebut. Sebarang maklumat lanjut berkaitan program ini,
pihak tuan boleh menghubungi Mohd Rizuwan Bin Toharuddin, GPK Kokurikulum sekolah ini di talian 0172761186
atau melalui emel: mrizuwant.npqel16a2@ilmu.iab.edu.my

Sokongan dan kerjasama pihak tuan bagi menjayakan program ini amat kami hargai dan sanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................................................
(ROKIAH BINTI ZAKARIA)
Guru Besar
SK Bandar Baru Seri Petaling 2

You might also like