You are on page 1of 2

Kedua dua teknik sangat baik diamalkan dalam membuat keputusan pengurusan.

Teknik yang digunakan secara berkumpulan adalah sama . Pelaksanaan berbeza dari
aspek keputusan semasa proses. Kumpulan Nominal menggunakan kumpulan
kumpulan kecil manakala Stepladder menggunakan sebuah kumpulan dengan ahli
masuk secara individu sehingga semua ahli masuk. Keputusan dibuat masih di dalam
kumpulan dengan Kumpulan Nominal dijana idea berdasarkan kesesuaian, popular
atau pilihan ramai

1. Teknik Stepladder
Teknik membuat keputusan yang membolehkan semua pendapat diluahkan tanpa ada
halangan dalaman seperti malu, segan, takut dan sebagainya. Teknik ini dilaksanakan
dengan perbincangan dengan semua ahli untuk membuat keputusan. Setiap ahli yang
akan mengemukakan idea dan cuba mengelak dari memberi idea yang sama dari ahli
lain. Oleh itu wujud banyak idea dan tiada idea yang sama. Setiap ahli perlu kemukakan
idea dan ditegaskan agar tidak dikuasai oleh ahli yang lebih kuat.

Langkah pelaksanaan ;

1. Pembentangan masalah atau isu yang akan dibincangkan.


2. Membentuk satu kumpulan teras seramai 2 orang untuk memulakan
perbincangan dan membentuk satu penyelsaian.
3. Kemudian tambah ahli ketiga dalam kumpulan teras seterusnya membincangkan
idea penyelesaian kumpulan teras bersama-sama ahli ketiga. Hasil
perbincangan wujud idea penyelesaian baru.
4. Ulang langkah yang sama kepada ahli seterusnya dengan setiap ahli diberi
masa perbincangan untukmengemukakan idea mereka.
5. Keputusan dibuat setelah semua ahli dibawa masuk dan idea dibincangkan.

2. Teknik Kumpulan Nominal


Satu proses pembuatan keputusan berstruktur dalam bentuk perbincangan kumpulan
secara bersemuka. Proses ini menghalang seseorang individu daripada mendominasi
perbincangan, menggalakkan penglibatan ramai ahli dan menghasilkan satu cadangan
atau penyelesaian secara khusus.

Langkah-langkah menggunakan Teknik Kumpulan Nominal:


i. Pecahkan individu yang hadir kepada kumpulan kecil .
ii. Kenalpasti satu masalah untuk mereka selesaikan .
iii. Galakkan setiap ahli menjana idea secara individu tentang penyelesaian
masalah berkenaan dan catatkan idea tersebut .
iv. Setiap ahli akan menilai kembali idea yang diberi .
v. Pilih idea yang paling relevan/sesuai/ popular .

You might also like