You are on page 1of 6

ALAT MEMBUAT KEPUTUSAN

KUALITATIF
1. Analisis Tulang Ikan
2. Sumbang saran
3. Kumpulan fokus
4. Teknik Delphi
5. Teknik kumpulan nominal
01
Analisis Tulang Ikan
Langkah-langkah membentuk model tulang ikan:
1. Mengenal pasti isu, akibat, atau kesan daripada masalah yang berlaku
2. Mengenal pasti punca-punca utama yang menyebabkan masalah itu berlaku
3. Mengenal pasti punca-punca kecil bagi setiap masalah itu berlaku
4. Mengenal pasti punca kecil sebenar yang menyebabkan masalah kecil itu
berlaku
5. Merancang dan melaksanakan tindakan pembetulan untuk menyelesaikan
masalah yang berlaku
02
Sumbang saran
Sumbang saran
• Kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah
• Tujuan : untuk mengumpulkan sebanyak idea yang mungkin
• Menggalakkan seseorang menjadi lebih kreatif apabila berkomunikasi dengan
orang lain dalam satu kumpulan
Peraturan sesi sumbang saran:
1. Topik perbincangan akan dimaklumkan terlebih dahulu
2. Pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan dengan memastikan
perjalanan aktiviti berjalan lancar
3. Setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan
4. Ahli bebas menyumbang seberapa banyak idea.
5. Semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secra umum
6. Tidak dibenarkan untuk mengkritik atau menilai idea yang dikemukakan
7. Semua idea yang dikemukakan mesti diterima tidak kira sama ada ideA itu tidak
munasabah atau tidak relevan
8. Beberapa idea boleh digabungkan untuk memperbaikinya
9. Berikan sokongan atau galakan supaya ahli tidak mengasingkan diri
10. Idea-idea akan dinilai dan yang terbaik akan dipilih

You might also like