You are on page 1of 50

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Akademik

1.1 Orientasi Matapelajaran – Kepentingan matapelajaran

1.2 Kemahiran Belajar Berkumpulan 1

1.3 Kemahiran Belajar Berkumpulan 2

1.4 Kemahiran Mendengar

1.5 Kemahiran Mencatat Nota (Isi penting)

1.6 Kemahiran Membaca (Teknik SQ3R)

1.7 Pengurusan Masa

1.8 Kemahiran Mengingat ( Neumonik )

1.9 Penulisan Resume

Lampiran 4A

Lampiran 4B

Kerjaya
2
2.1 Mata Pelajaran Elektif

2.2 Mata Pelajaran Elektif dan Sistem Persijilan

2.3 Sistem pensijilan dan Meritokrasi

2.4 Ujian Personaliti / Ujian Minat Kerjaya

2.5 Maklumat Kerjaya (Eksplorasi Alam Kerjaya)

Lampiran 4C

Lampiran 4D

Psikososial dan Kesejahteraan Mental


3
3.1 Kemahiran Asertif

3.1.1 Definisi Asertif


3.1.2 Ciri-ciri asertif

3.1.3 Tingkahlaku asertif

Keibubapaan
4
4.1 Komunikasi

4.1.1 Nilai Komunikasi dalam keluarga.

4.1.2 Muhasabah diri.

4.1.2.1 Sumbangan ibubapa terhadap anak

4.1.2.2 Sumbangan anak terhadap keperluan


anak

4.2 Perkembangan individu “ Menengah Atas ” (16


tahun -17 tahun)

4.3 Kepimpinan : Kepimpinan Keluarga Cemerlang

Pembentukan Keluarga Bahagia

4.4 Perkembangan Remaja (Konflik Dan Perbezaan


Pendapat Dalam Keluarga)

4.5 Isu-isu keibubapaan : Kerukunan dan


kesejahteraan keluarga.

Membuat keputusan yang praktikal dan rasional.

Pembangunan Diri Pelajar


5
5.1 Potensi Diri dan kemahiran kepimpinan

5.2 Dyad
5.3 Kaunseling asas

Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok/Inhalan, HIV dan


6 AIDS
6.1 Remaja dan wawasan 2020
Bidang Akademik

Tajuk Orientasi Matapelajaran - Kepentingan mata pelajaran

Objektif 1. Memberi maklumat tentang kepentingan matapelajaran.


2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan
matapelajaran yang sesuai.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Kertas A4.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru kaunseling membuka perbincangan mengenai
kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.
2. Guru kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap
mata pelajaran.
3. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut
mata pelajaran .
4. Guru kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata
Pelajaran Menengah Atas ( Rujuk Lampiran Jadual mata
pelajaran menengah atas ).

Penilaian Murid mencatat maklumat yang diberi guru kaunseling.

Rumusan Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran


dapat
membolehkan pelajar memperolehi kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah Membaca jambatan ilmu.


Bidang Akademik

Tajuk Kemahiran Belajar Berkumpulan 1

Objektif 1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.


1. Meningkatkan keyakinan diri di kalangan murid.
2. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Kertas A4, Kertas Mahjung, Alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru kaunseling membuka perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.

4. Guru kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar


berkumpulan.
4.1 Bilangan ahli antara 3 – 5 orang
4.2 Mempunyai jadual waktu belajar
4.3 Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua
kumpulan
a. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama
kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.

5. Guru kaunseling membentuk kumpulan belajar.

6. Murid dikehendaki :-
b. Memilih ahli kumpulan
c. Duduk dalam kumpulan
d. Melantik ketua dan penolong kumpulan
e. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Kaedah Penilaian Guru kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2 Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
Bidang Akademik

Tajuk Kemahiran Belajar Berkumpulan 2

Objektif 1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.


3. Meningkatkan keyakinan diri di kalangan murid.
4. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Kertas A4, Kertas Pembentangan, Alat tulis, Bahan daripada


buku teks

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru kaunseling membuka perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar


berkumpulan.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.

5. Guru kaunseling menjelaskan teknik belajar


berkumpulan.
a. teknik satu topik – semua murid membaca dan
memahami mengenai sesuatu topik yang sama dan
membentangkannya.
4.2 teknik pelbagai topik – setiap murid membaca dan
memahami topik tertentu dan membuat perbentangan
topik tersebut.
6. Guru kaunseling membantu murid membentuk kumpulan
belajar.

7. Murid dikehendaki :-
a. Memilih ahli kumpulan
b. Duduk dalam kumpulan
c. Melantik ketua dan penolong kumpulan
d. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Kaedah Penilaian Guru kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.
Falsafah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bidang Akademik

Tajuk Kemahiran Mendengar

Objektif 1. Murid dapat mengetahui bahawa mendengar adalah


sebagai satu kemahiran.
2. Murid dapat memahami langkah-langkah untuk menjadi
pendengar yang baik.
3. Murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni untuk menjadi
pendengar yang baik.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Bahan Lampiran, Laptop & LCD, Alat tulis

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Murid berbual bersama rakan sekelas.

2. Guru kaunseling mengedarkan kertas pendua kepada


setiap pelajar.

3. Guru kaunseling meminta semua pelajar untuk sedia


mendengar teks atau petikan.

4. Guru kaunseling membaca teks sekali lalu.

5. Guru kaunseling meminta setiap pelajar mencatatkan


seberapa banyak perkataan yang bermula dengan huruf-
huruf tertentu. Contoh huruf M, A, J, U dan sebagainya.

6. Guru kaunseling membaca sekali lagi teks tersebut.

7. Guru kaunseling mengulang langkah 5 dan membendung


jumlah perkataan yang dicatatkan.

8. Guru kaunseling meminta pelajar memikirkan


jawapannya. ‘ Mengapa agaknya manusia dikurniakan
dengan dua telinga dan satu mulut ?’. Antara
jawapannya yang betul ‘ Manusia perlu mendengar dua
kali ganda daripada bercakap’.

9. Guru kaunseling mengagihkan edaran mengenai ciri-ciri


pendengar yang baik kepada setiap pelajar setelah tamat
aktiviti ini.
Kaedah Penilaian Guru kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan Kemahiran mendengar dan menulis semula dapat


membantu pelajar mengekalkan daya ingatan dalam proses
belajar.

Falsafah 1. Untuk menjadi pelajar dan individu yang berjaya kita perlu
menggunakan deria anugerah Tuhan misalnya telinga dan
mata dengan cara yang bersesuaian.

2. Semakin tinggi tahap mendengar semakin tinggilah tahap


penumpuan pelajar dalam konteks menuntut ilmu.
Bidang Akademik

Tajuk Kemahiran Mencatat Nota ( Isi Penting )

Objektif 1. Murid dapat mencatat nota berbentuk isi penting.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Bahan cetak, Kertas pendua, lembaran kerja, kertas


mahjung, Marker pen, LCD & laptop, OHP, pensil warna.

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru kaunseling membaca petikan teks sepintas lalu dan
meminta murid mencatat nota tanpa panduan. Murid di
minta menceritakan semula pengalaman semasa
mendengar dan mencatat nota.

2. Guru kaunseling memberi pengstrukturan kepada murid


berkaitan masa, peranan peserta dan kerjasama serta
objektif yang ingin dicapai.

3. Guru kaunseling menerangkan kaedah mencatat nota


iaitu isi penting.

4. Guru kaunseling memberi petikan kepada murid dan


meminta pelajar mencatat nota berbentuk isi penting.

5. Murid membuat tugasan yang diarahkan.

6. Murid membentangkan tugasan.

7. Guru kaunseling meminta murid memberi komen.

8. Guru kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.

Kaedah Penilaian Guru kaunseling memilih hasil pembentangan terbaik untuk


dipamerkan dan bahan di serahkan kepada wakil pelajar
untuk di murnikan dalam bentuk lembaran untuk diedarkan
kepada semua pelajar.

Rumusan Murid boleh menggunakan kemahiran mencatat nota untuk


mencari isi penting dalam pembelajaran.

Falsafah Kemahiran mencatat nota akan membantu pembelajaran


yang berkesan.
Bidang Akademik

Tajuk Kemahiran Membaca ( Teknik SQ3R )

Objektif 1. Murid dapat mencari kata kunci.


2. Murid dapat gambaran awal tentang bahan yang hendak
dibaca.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Laptop & LCD, bahan powerpoint dan petikan.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru kaunseling membuka perbincangan tentang amalan
pelajar semasa membaca.

2. Guru kaunseling menerangkan teknik bacaan SQ3R.

3. Murid menggunakan teknik SQ3R untuk membaca bahan


petikan yang diberi.

4. Guru bersoal jawab tentang fakta yang dibaca untuk


memastikan kefahaman yang maksimum diperolehi oleh
murid apabila menggunakan teknik SQ3R.

Kaedah Penilaian Guru kaunseling membuat pemerhatian semasa pelajar


membuat latihan membaca.

Rumusan Teknik membaca dengan menggunakan kaedah SQ3R


sangat berkesan membantu pelajar memahami isi
kandungan bahan pembelajaran.

Falsafah 1. Membaca jambatan ilmu.


2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid
memahami apa yang dibaca.
Bidang Akademik

Tajuk Pengurusan Masa

Objektif
1. Murid dapat melihat kaedah peruntukan masa harian.
2. Murid dapat menentukan jumlah masa yang perlu
digunakan untuk mengulangkaji pelajaran.
3. Murid dapat melihat kekerapan belajar bagi setiap mata
pelajaran.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Lembaran kerja ( Kontrak Belajar ), Laptop & LCD, OHP,


Kalkulator & Alat tulis

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru kaunseling bertanya kepada pelajar tentang cara
dan amalan pelajar membahagi masa untuk belajar.

2. Guru kaunseling menerangkan tentang kepentingan


pengurusan masa sebagai murid.

3. Guru kaunseling mengedarkan bahan bercetak kepada


semua murid.

4. Guru kaunseling mengarahkan murid untuk


melengkapkan lembaran kerja dengan menentukan mata
pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan PMR /
SPM / STPM.

5. Guru kaunseling meminta setiap murid untuk


mengagihkan jumlah masa belajar untuk setiap mata
pelajaran mengikut keutamaan.

6. Guru kaunseling meminta murid menentukan kekerapan


belajar bagi setiap mata pelajaran ( minima 3 kali ).

7. Guru kaunseling mengarahkan murid supaya


memastikan salah satu masa belajar ditetapkan mestilah
sama dengan masa peperiksaan sebenar.

8. Guru kaunseling meminta murid membentangkan hasil


dan menggalakkan setiap ahli berkongsi.
9. Guru kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.
Kaedah Penilaian Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di
jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah Masa itu emas.


Bidang Akademik

Tajuk Kemahiran Mengingat ( Neumonik )

Objektif Di akhir sesi, setiap murid akan dapat :


1. Mengetahui beberapa teknik mengingat neumonik
2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.
3. Mengingat pelajaran dengan cepat.

Masa 40 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan LCD & Laptop, Kertas A4

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru kaunseling menarik perhatian pelajar dengan
menyebut beberapa benda dan meminta pelajar
mengulang semula perkataan tersebut.

2. Teknik Mengingat Akronim.


2.1 Guru kaunseling menerangkan teknik neumonik dengan
memberi contoh :

Sains – Pengkelasan Haiwan

RIMBA
R – Reptilia
I – Ikan
M – Mamalia
B – Burung
A – Amfibia

3. Teknik Mengingat Jalan Cerita.


3.1 Contoh :-

Geografi – Arah Mata Angin


Utara Timur Selatan Barat
Ulam Timun Sambal Belacan

4. Teknik Bunyi Seakan


4.1 Contoh :-

Sains – Kelas Makanan

Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein,


Karbohidrat.
Mak ( Lemak ) Amin ( Vitamin ) Tak Lawas ( Pelawas )
bila minum Air ( Air ) Mineral ( garam Mineral ) dalam
Tin ( Protein ) Karat ( Karbohidrat )

5. Guru kaunseling mengedarkan bahan cetakan dan


pelajar mengulang semula tanpa melihat bahan cetakan
tersebut dengan menggunakan taknik yang diberi.

Kaedah Penilaian Guru membuat pemerhatian semasa pembentangan hasil


kerja murid.

Rumusan Teknik mengingat ini amat perlu bagi meningkatkan


pembelajaran murid.

Falsafah Kemahiran ini dapat membantu pelajar mengekalkan daya


ingatan.
Bidang Akademik

Tajuk Penulisan Resume

Objektif 1. Murid memahami kepentingan resume.


2. Boleh menulis resume mengikut format yang betul.

Masa 80 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

Bahan Contoh resume, format resume.

Langkah-langkah :
1. Set induksi
Guru kaunseling bersoal jawab dengan pelajar tentang
proses mendapatkan pekerjaan.
 Bagaimana hendak mengetahui ada jawatan
kosong?
 Boleh menghantar resume untuk menawarkan diri
bagi menjawat sesuatu jawatan walaupun tiada
iklan dikeluarkan.

2. Murid diperjelaskan tentang butir-butir dalam resume.

3. Guru kaunseling menerangkan tentang kepentingan


resume : -
 Tanggapan awal pihak yang berkenaan
 Menggambarkan keperibadian penulis.
 Mudah untuk mengetahui hal-hal penulis dengan
cepat.
4. Guru kaunseling menerangkan format penulisan resume.
 Mengikut butir-butir yang dikehendaki
 Menekankan kehendak bakal majikan.
 Di taip dengan jelas dan saiz huruf yang sesuai
(Times New Roman – Font 12 )
5. Guru kaunseling menunjukkan contoh resume.
6. Murid menulis resume mengikut format yang diberikan.

Kaedah Penilaian Pembentangan resume.

Rumusan Resume dapat membantu murid-murid menyediakan


maklumat secara tersusun untuk menceburi bidang kerjaya.

Falsafah Pekerjaan adalah satu cabaran.


LAMPIRAN 4A

MATA PELAJARAN MENENGAH ATAS ELEKTIF


Perdagangan KUMPULAN 1 – KEMANUSIAAN
Sains Pertanian Kesusateraan Melayu
Ekonomi Rumah Tangga Kesusasteraan dalam B. Inggeris
Matematik Tambahan Geografi
Pengajian Kejuruteraan Jentera Pendidikan Seni
Pengajian Kejuruteraan Awam Bahasa Arab Tinggi
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Lukisan Kejuruteraan KUMPULAN 2 – VOKASIONAL &
Teknologi Kejuruteraan TEKNOLOGI
Rekacipta Prinsip Akaun
Ekonomi Asas
KUMPULAN 3 – SAINS
Sains Tambahan Perdagangan
Fizik Sains Pertanian
Kimia Ekonomi Rumah Tangga
Biologi Matematik Tambahan
Pengajian Kejuruteraan Jentera
KUMPULAN 4 – PENGAJIAN ISLAM Pengajian Kejuruteraan Awam
Tasawwur Islam Pengajian Kejuruteraan Elektrik &
Pendidikan Quran & As-Sunnah Elektronik
Pendidikan Syari’ah Islamiah Lukisan Kejuruteraan
Teknologi Kejuruteraan
TERAS Rekacipta
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris KUMPULAN 3 – SAINS
Pendidikan Islam Sains Tambahan
Pendidiakan Moral Fizik
Matematik Kimia
Sains Biologi
Sejarah
Pendidikan Jasmani & Kesihatan KUMPULAN 4 – PENGAJIAN ISLAM
Tasawwur Islam
TAMBAHAN Pendidikan Quran & As-Sunnah
Bahasa Cina Pendidikan Syari’ah Islamiah
Bahasa Tamil
Bahasa Arab Komunikasi
LAMPIRAN 4B

Kontrak Belajar

Bil Mata pelajaran Kekerapan Peruntukan Masa

Tarikh : _____________ Tandatangan :__________________


LAMPIRAN A4

Nota Guru

1. Satu daripada tiga langkah untuk mendapatkan pekerjaan selain daripada


temuduga dan tawaran kerja.

2. Merupakan tanggapan pertama yang mendorong bakal majikan


manjalankan temuduga terhadap anda.

3. Hampir semua pekerjaan yang dipohon memerlukan resume walaupun


pada asasnya resume perlu untuk kerja-kerja pengurusan dan
professional sahaja.

4. Merupakan perkara yang menarik perhatian majikan sekiranya pemohon-


pemohon kerja yang biasa tidak memerlukan temuduga tetapi turut juga
menghantar resume semasa memohon pekerjaan tersebut.

5. Keutamaan diberi kepada pemohon yang menyertakan resume kepada


majikan.

6. Resume mengutarakan butir-buitr asas diri pemohon pekerjaan iaitu –

 Nama, alamat lengkap, nombor telefon


 Butir – butir peribadi
 Objektif
 Rekod pekerjaan dengan majikan terdahulu
 Latar belakang pendidikan
 Pengetahuan bahasa
 Keahlian profesional
 Karya-karya yang pernah di terbitkan

7. Resume akan dihantar kepada bakal majikan sama ada melalui pos,
sistem penghantaran lain atau email.

8. Bakal majikan akan meneliti resume itu dan meminta maklumat lanjut atau
memanggil temuduga sekiranya pemohon itu diberi pertimbangan.

9. Jangan memberi maklumat yang terlalu mendalam kerana perkara ini


boleh di dilakukan semasa temuduga.

10. Resume cuma pengenalan untuk menarik bakal majikan sahaja dan harus
dibuat sebaik mungkin supaya bakal majikan mendapat tanggapan awal
yang baik.

11. Resume asas mesti mengandungi perkara berikut :


 Data Personal
 Objektif
 Kelayakan
 Pendidikan
 Aktiviti Kokurikulum
 Pengalaman bekerja
 Kemahiran komputer
 Hobi

12. Dua jenis resume yang ditekankan ialah –

 Resume asas – untuk mereka yang pertama kali memohon jawatan.


 Resume kronologi – untuk memohon jawatan lain daripada sedia ada.
LAMPIRAN A5

Contoh Resume Asas

No. 10 Taman Indah, Tel : 07-4847287


83000 Batu Pahat, Johor.

RESUME
MOHD. MUIZUDIN B. ASRI

DATA PERSONAL
Tarikh Lahir : 1 November 1979
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kesihatan : Sihat tubuh badan

OBJEKTIF
Memohon jawatan di bahagian pengurusan

KELAYAKAN
1. Mendapat pendidikan yang baik
2. Kejayaan akademik yang tinggi
3. Berupaya bekerja keras untuk kepentingan syarikat
4. Bersedia bekerja di bawah tekanan
5. Berpengalaman membuat kerja sambilan semasa di universiti sebagai
penyelia kilang elektronik
6. Fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan boleh memahami bahasa
Jepun dan Mandarin.

PENDIDIKAN
1. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran ( Pengurusan Sumber Manusia UTM
2001 )
2. Mendapat anugerah Canselor pada akhir tahun 2001

AKTIVITI KOKURIKULUM
1. Bola Sepak
2. PALAPES

PENGALAMAN BEKERJA
1999 – 2000 : Syarikat Elektronik Fujitsu, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

KEMAHIRAN KOMPUTER
1. Windows
2. Microsoft Word

HOBI
1. Senifoto, perkhemahan, catur.

Bidang : Kerjaya

Tajuk : Mata Pelajaran Elektif

Objektif : 1. Murid mengetahui tentang mata pelajaran elektif yang


ditawarkan mengikut aliran sekolah.

2. Murid sedar tentang mata pelajaran elektif yang ditawarkan di


sekolahnya.

3. Murid dapat menyesuaikan bidang kerjaya dengan elektif yang


diikuti.

Masa : 40 Minit

Sasaran : Tingkatan 4

Bahan : Persembahan Power Point, bahan edaran

Langkah 1. Set Induksi


:
Guru Kaunseling menerangkan tentang perbezaan dan
persamaan mata pelajaran di menengah rendah dan menengah
atas.
2. Guru Kaunseling mengedarkan senarai mata pelajaran teras
dan elektif yang ada (seberapa banyak yang boleh).
3. Guru Kaunseling meminta murid meneliti edaran untuk
seketika.
4. Guru Kaunseling menarik perhatian murid dan memulakan
ceramah berkenaan dengan mata pelajaran elektif.
5. Sesi soal jawab
6. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan positif.

Penilaian Murid dapat mengklasifikasikan kumpulan-kumpulan mata


pelajaran elektif melalui sesi soal jawab.

Rumusan Kombinasi mata pelajaran yang di ambil peringkat menengah atas


mestilah menjurus ke arah kerjaya yang akan diceburi.
Falsafah : Keperihatinan terhadap bidang kerjaya yang akan di ceburi dengan
mata pelajaran yang di pelajari di sekolah.
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Mata Pelajaran Elektif dan Sistem Persijilan.

Objektif : 1. Murid mengetahui tentang mata pelajaran elektif yang


ditawarkan mengikut aliran sekolah.

2. Murid sedar tentang mata pelajaran elektif yang ditawarkan di


sekolahnya.

3. Murid dapat menyesuaikan bidang kerjaya dengan elektif yang


diikuti.

4. Murid faham berkenaan dengan sistem persijilan.

Masa : 40 Minit

Sasaran : Murid Tingkatan 4

Bahan : Persembahan Power Point, bahan edaran

1. Set Induksi
Langkah :
Guru Kaunseling menerangkan tentang perbezaan dan
persamaan matapelajaran di menengah rendah dan menengah
atas.
2. Guru Kaunseling mengedarkan senarai mata pelajaran teras
dan elektif yang ada (seberapa banyak yang boleh).
3. Guru Kaunseling meminta murid meneliti edaran untuk
seketika.
4. Guru Kaunseling menarik perhatian murid dan memulakan
ceramah berkenaan dengan mata pelajaran elektif.
5. Guru Kaunseling membuka untuk sesi soal jawab.

Penilaian 1. Penilaian secara lisan dengan bertanyakan murid tentang isi


ceramah yang disampaikan.

2. Pemerhatian terhadap penglibatan murid semasa ceramah dan


sesi soal jawab.
Rumusan 1. Setiap aliran yang diambil semasa di sekolah ada
hubungkaitnya dengan bidang kerjaya pada masa hadapan.

Falsafah : 1. Peka terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem


pendidikan semasa.

2. Rajin dan sentiasa bersedia mengikuti perubahan dalam mata


pelajaran yang di pelajari di sekolah.
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Sistem pensijilan dan Meritokrasi

1. Mengetahui tentang konsep sistem persijilan semasa.


Objektif :
2. Murid mengetahui tentang kaedah dan cara pengiraan
meritokrasi kemasukan ke IPTA.

3. Murid faham berkenaan dengan sistem persijilan.

Masa : 40 Minit

Sasaran : Murid Tingkatan 4

Bahan : Persembahan Power Point, bahan edaran

1. Set Induksi
Langkah :
Guru Kaunseling menerangkan tentang konsep pensijilan di
peringkat menengah.
2. Guru Kaunseling mengedarkan brosur dan contoh kaedah
pengiraan meritokrasi kepada murid
3. Murid dikehendaki membuat pengiraan berdasarkan elektif
yang diambil dan pencapaian semasa
4. Guru Kaunseling berbincang adakah murid memenuhi syarat
kemasukan dan mencapai tahap yang menjadi matlamat murid
5. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan positif

Penilaian 6. Penilaian secara bertulis dengan membuat pengiraan merit


untuk memasuki IPTA

7. Pemerhatian terhadap penglibatan pelajar semasa


perbicangan secara dua hala

Rumusan 1. Pentingnya tahu bagaimana pengiraan merit dibuat untuk


bersaing bagi memasuki IPTA
Falsafah : 1. Bersikap prihatin terhadap perubahan persaingan semasa
untuk melanjutkan pelajaran di IPTA

2. Rajin dan sentiasa berinisiatif untuk bersaing dengan cabaran


semasa dalam pendidikan dan kerjaya akan datang

Bidang : Kerjaya
Tajuk : Ujian Personaliti / Ujian Minat Kerjaya

Objektif : 1. Dapat mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati

2. Dapat menyediakan diri secara terancang ke arah


jurusan/bidang yang tepat

3. Sensitf terhadap bidang kerjaya yang diminati bersesuaian


dengan personaliti diri sendiri.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 4

Bahan : Buku teks, Inventori Personaliti / Minat Kerjaya.

Langkah : 1. Set induksi


Guru Kaunseling memberi penerangan kepada pelajar
berhubung dengan personaliti diri / minat kerjaya.

2. Guru Kaunseling mengedar soal selidik personaliti / minat


kerjaya.

3. Guru Kaunseling memberi arahan mentadbir ujian

4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik

5. Guru Kaunseling membuat interpretasi terhadap dapatan ujian

6. Guru Kaunseling membuat peneguhan positif dan rumusan


secara keseluruhan.

Penilaian 1. Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya

2. Ujian, Merekod dan Pemerhatian


Rumusan Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat

Falsafah : Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang diminati

Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan


kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan

Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus

Bidang : Kerjaya
Tajuk : Maklumat Kerjaya (Eksplorasi Alam Kerjaya)

1. Menggalakkan murid meneroka alam kerjaya.


Objektif :
2. Murid mengetahui tentang sumber-sumber maklumat kerjaya
masa kini yang boleh di percayai.

3. Murid dapat menggunakan kemahiran komunikasi dan cara


mengklasifikasikan maklumat yang diperolehi.

Masa : 40 Minit (Penerangan dan perancangan)

Sasaran : Tingkatan 4

Bahan : 1. Lembaran Jadual Perancangan menjalankan kajian/eksplorasi

2. Persembahan kiosk/power point tentang sesuatu bidang


kerjaya.

1. Set Induksi
Langkah : Guru Kaunseling menayangkan persembahan kiosk / power
point kerjaya.
2. Guru Kaunseling mengagihkan pelajar kepada beberapa
kumpulan mengikut bidang-bidang kerjaya yang berbeza
(RIASEC)
3. Guru Kaunseling mengedarkan borang perancangan aktiviti
kepada setiap kumpulan (Lampiran K?.
4. Setiap kumpulan berbincang dan merancang untuk
menjalankan kajian (eksplorasi alam kerjaya).
5. Wakil kumpulan akan membentangkan perancangan yang
telah dibuat oleh kumpulan.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan yang
positif.
7. Setiap kumpulan akan membuat kajian lapangan / eksplorasi
tentang bidang kajian masing-masing dalam masa yang
ditetapkan diluar waktu persekolahan.
Penilaian Penilaian secara bertulis melalui borang perancangan aktiviti yang
di edarkan.

2. Pemerhatian terhadap penglibatan murid semasa perbicangan


secara dua hala

Rumusan 1. Pentingnya mengetahui bagaimana merancang dan


menguruskan sesuatu kajian atau aktiviti.

Falsafah : 2. Perlunya kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan untuk


menjayakan sesuatu kajian atau aktiviti kumpulan.

3. Rajin dan sentiasa berinisiatif untuk bersaing bagi


mendapatkan hasilan yang terbaik.
LK4/1
Rujukan Guru Kaunseling – Contoh Pengiraan
Pengiraan 5 Mata Pelajaran utama SPM ( Aliran Sains )

Bil Mata Pelajaran Gred Markah

1. Matematik 1A 18

2. Matematik Tambahan 1A 18

3. Fizik 1A 18

4. Kimia 1A 18

5. Biologi 1A 18

Jumlah 90

Pengiraan 3 Mata Pelajaran terbaik SPM ( Aliran Sains )

Bil Mata Pelajaran Gred Markah

1. Bahasa Melayu 1A 18

2. Pendidikan Islam 1A 18

3. Sejarah 1A 18

Jumlah 54

Kaedah Pengiraan Merit SPM


Markah 5 M/P X 90
90
Markah (a)
90 X90 = 90
90

Markah 3 M/P X 30
54
Markah (b)
54 X30 = 30
54

a + b = 90 + 30
Jumlah markah = 120

LK4/2
Pengiraan Meritokrasi Berdasarkan Pencapaian Semasa

Nama :

Tingkatan :

Pengiraan 5 Mata Pelajaran utama SPM


Bil Mata Pelajaran Gred Markah

1.

2.

3.

4.

5.

Jumlah

Pengiraan 3 Mata Pelajaran terbaik SPM


Bil Mata Pelajaran Gred Markah

1.

2.

3.

Jumlah

Kaedah Pengiraan Merit SPM

Markah (a)

Markah (b)

Jumlah markah
TINGKATAN : EMPAT
Bidang Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk 1. Kemahiran Asertif


1.1 Definisi Asertif
1.2 Ciri-ciri asertif
1.3 Tingkahlaku asertif

Objektif 1. Memahami maksud asertif


2. Mengenalpasti ciri-ciri asertif
3. Meningkatkan tingkahlaku asertif

Masa 80 minit

Sasaran Murid Tingkatan Empat

1. Bahan Edaran
Bahan 2. Tayangan Gambar

Langkah- 1. Tayangkan klip video kepada murid.


langkah - Murid ditanya apa yang dilihat dan bagaimana tingkahlakunya.
2. Guru Kaunseling menerangkan definisi Asertif, Agresif dan Pasif.
3. Guru Kaunseling menerangkan perbezaan asertif, agresif dan
pasif
dalam bentuk dialog.
4. Murid diminta main peranan bagi peneguhan asertif, agresif dan
pasif
dalam bentuk dialog ( contoh : menyatakan tidak boleh )
5. Guru Kaunseling menerangkan ciri-ciri orang yang asertif.
6. Guru Kaunseling membuat simulasi bagi memberi penekanan
perbezaan asertif, agresif dan pasif.

Kaedah Murid diminta menyatakan semula definisi serta ciri-ciri Asertif dan
Penilaian melakonkan tingkahlaku asertif kepada kelas.

Rumusan Murid seharusnya berkeupayaan untuk meluahkan perasaan,


keperluan dan buah fikiran secara jujur, dan berterus terang dan
dalam masa yang sama, murid juga perlu menghormati keperluan
dan perasaan orang lain.

Tegas Diri membantu meningkatkan keyakinan diri dan sekaligus


Falsafah
melahirkan rasa hormat orang lain terhadap diri.
Tingkatan 4

Bidang Keibubapaan

Tajuk Komunikasi
1.1. Nilai Komunikasi dalam keluarga.
1.2. Muhasabah diri.
1.2.1. Sumbangan ibubapa terhadap anak
1.2.2. Sumbangan anak terhadap keperluan anak

Objektif 1. Murid dapat menginsafi sumbangan besar ibubapa kepada


keluarga.
2. Murid dapat memberi sumbangan dalam keluarga.

Masa 1 jam

Sasaran Tingkatan 4

Bahan OHP,LCD, laptop,nota

Langkah- 1. Set Induksi.


langkah Guru Kaunseling memperlihatkan gambar berkaitan dengan
pekerjaan.
i. Cth. Gambar pekerjaan doctor, nelayan, petani, pekebun
sayur, dll
2. Guru Kaunseling meminta murid memberi respon berdasarkan
gambar yang
ditunjukkan.
3. Guru Kaunseling memilih murid secara rawak untuk
mengenalpasti pekerjaan
ibu atau ayah murid dan menceritakan serba sedikit mengenai
dengan
pekerjaan tersebut.
4. Guru Kaunseling meminta murid untuk membuat muasabah
diri, sejauhmana
sumbangan ibu atau ayah serta anak dalam pembangunan
sesebuah
keluarga.
5.Guru Kaunseling dan murid membuat rumusan berdasarkan
tajuk yang diberi.
Kaedah
penilaian Murid memahami tentang nilai komunikasi dan berupaya
membuat muasabah diri.

Rumusan Supaya murid dapat membuat penilaian tentang tanggungjawab


ibubapa dalam menyara anak.

Falsafah Pengorbanan ibubapa terhadap anak tidak dapat dinilai dengan


wang ringgit.
Tingkatan 4

Bidang Keibubapaan

Tajuk Perkembangan individu “ Menengah Atas ” (16 tahun -17


tahun)

Objektif Pada akhir pengajaran para murid akan ;


i. memakai pakaian yang sesuai mengikut jantina serta majlis-
majlis tertentu.
ii. dapat mengawal emosi apabila diprovokasi oleh rakan-rakan.
iii. menyatakan batas-batas pergaulan di dalam keluarga dan di
luar rumah.

Masa 1 jam

Sasaran Tingkatan 4

Bahan LCD,laptop,poster

Langkah- 1. Set induksi : Guru Kaunseling kaunseling mempamerkan


langkah gambar orang yang berpakaian dan murid menjawab secara
lisan majlis mana yang sesuai berpakaian begitu.
2. Guru Kaunseling kaunseling berbincang dengan murid jenis
pakaian yang sesuai untuk ke majlis rasmi – sekolah.
- kahwin
- mesyuarat sekolah
- kematian.
3. Guru Kaunseling menyusun kerusi di dalam bulatan dan satu
kerusi diletakkan di tengah bulatan.
4. Guru Kaunseling kaunseling meminta murid duduk di kerusi di
dalam bulatan dan seorang murid berada ditengah bulatan.
5. Para murid diminta membuat provokasi murid yang berada di
tengah bulatan.
6. Murid akan ditanya perasaannya bila berada ditengah-tengah
bulatan dikelilingi oleh rakan-rakan dan diprovokasi.

Kaedah Melihat reaksi murid yang diprovokasi adakah mampu


Penilaian mengawal emosinya.
Pengalaman dalam pembelajaran ini akn memberi kesan positif
Rumusan terhadap kawalan emosi, pergaulan dan pakaian murid bagi
setiap masa serta tempat.

Falsafah Manusia yang kuat ialah manusia yang dapat mengawal


marahnya.
Sabar , berani .
Tingkatan 4

Bidang Keibubapaan

Tajuk Kepimpinan
Kepimpinan Keluarga Cemerlang
Pembentukan Keluarga Bahagia

Objektif 1. Melatih diri ke arah persediaan menjadi pemimpin dalam


keluarga.
2. Memahami kepentingan kasih-sayang dalam keluarga.

Masa 1 jam

Sasaran Tingkatan 4

Bahan Kertas A4

1. Set Induksi- murid mendengar dan bersama menyanyi /


Langkah- bernasyid- Lagu Keluarga Bahagia/ Sayangi Keluarga
langkah 2. Murid diagih secara kumpulan dan diberi tugasan (pidato) yang
bertajuk :
i. Keluarga Cmerlang
ii. Sayangi Keluarga
iii. Utamakan Keluarga
iv. Keluargaku Syurgaku.
3. Murid berbincang dan mencari bahan di PSS.
4. Seorang dilantik dari setiap kumpulan untuk menyampaikan
pidato.
5. Murid lain mencatat isi-isi penting hasil pembentangan.
6. GK membuat rumusan.

Kaedah Catatan isi penting yang dibuat murid


penilaian

Rumusan Gaya berpidato murid perlu diberi bimbingan

Falsafah 1. Semua orang perlu bersedia menjadi pemimpin keluarga.


2. Berdikari, prihatin,berusaha, mengambil berat.
Tingkatan 4

Bidang Keibubapaan

Perkembangan Rmaja
Tajuk (Konflik Dan Perbezaan Pendapat Dalam Keluarga)

1. Murid dapat memperkayakan corak pemikiran dengan gaya


Objektif yang kreatif dan kritis.
2. Murid menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat
keputusan yang positif

Masa 1 jam

Sasaran Tingkatan 4

Bahan Kelengkapan majlis forum

Langkah- 1. Mengenalpasti dan menjemput ahli panel


langkah 2. Menyediakan tempat dan kemudahan yang sesuai.
3. Guru kaunseling menguruskan murid.
4. Mengendalikan forum
5. Soal jawab.

Kaedah Tumpuan dan pemerhatian murid dalam majlis


penilaian

Penglibatan aktif murid dalam sesi soal jawab akan memberi


Rumusan kesan positif kepada pencapaian objektif

Falsafah 1. Perbezaan pendapat ialah pencetus kepada perubahan dan


kemajuan.
2. Hasil yang baik adalah dari keputusan yang dan amalan yang
baik.
Tingkatan 4

Bidang Keibubapaan

Tajuk Isu-isu keibubapaan : Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.


Sub - tajuk: Membuat keputusan yang praktikal dan rasional.

Objektif 1. Murid boleh keputusan secara bijak dan bermaklumat


dengan strategi yang berkesan.
2. Murid boleh membuat aplikasi penyelasaian masalah
dengan istilah ‘menang-menang’.

Masa 1 jam

Sasaran Tingkatan 4

Bahan Kertas A4, pensil,, Kad imbasan, petak untung rugi.

Langkah- 1. Set Induksi :


langkah Guru kaunseling menyoal berberapa soalan.
i. ‘Adalah murid mengetahui dan menyedari keputusan di buat
mengambil kira keuntungan dan risiko jika
melaksanakannya dalam keluarga?’
ii.‘Adakah ahli keluarga juga diajak berunding untuk membuat
sesuatu keputusan?’.
2. Guru kaunseling menyatakan dalam kehidupan ini setiap
keputusan yang kita buat boleh dikaitkan dengan Petak
Untung Rugi [ Kepilan IBUBAPA : 7]
3. Murid diberi tunjuk cara menggunakan empat petak
tersebut. Bila membuat keputusan pasti akan ada
menafaatnya di samping risiko terhadap keputusan tersebut.
4. Petak seterusnya pula, apa baik dan apa buruknya jika tidak
aktiviti tersebut tidak di laksanakan.
Contohnya: Keluarga membuat sesuatu aktiviti pelancongan
ke luar negara.
5. Antara keuntungan atau manafat aktiviti tersebut adalah
dapat mengeratkan perhubungan keluarga di samping
memberikan pengetahuan baru semasa melakukan lawatan
tersebut.
6. Jika keluarga tidak melakukan lawatan ini mereka boleh
berjimat wang tabungan keluarga.
7. Namun kerugiannya ialah keluarga tidak berpeluang untuk
belajar dan mengenali negara luar dengan lebih dekat.
8. Kemudian murid bolehlah membuat keputusan dari untung
dan rugi yang dikenalpasti melalui empat petak yang
disediakan.
9. Aktiviti murid diberikan masa 30 minit untuk membuat Petak
Untung dan Rugi mengenai isu aktiviti lawatan yang
dirancangkan. Membuat pernyataan setiap petak bolehlah
dilakukan bersama supaya keputusannya yang mana
keputusan lebih menguntungkan.
10. Guru kaunseling memestikan semua murid telah membuat
aktiviti ini, sambil bertanya jika ada perkara yang masih tidak
difahami oleh murid.

Kaedah 1. Murid menghayati pentingnya keputusan bersama dalam


penilaian keluarga.

2.. Murid boleh membuat timbang tara secata rasional.

Rumusan Keputusana bersama akan memberikan rasa puas hati dan rasa
dihargai dalam keluarga.

Falsafah Cubit paha kiri paha kanan pun terasa juga.


TINGKATAN 4

Bidang : Pembangunan Diri Pelajar

Tajuk : Potensi Diri dan kemahiran kepimpinan

Aktiviti : Halangan berkomunikasi

Objektif : i. Murid dapat memahami halangan komunikasi menyebabkan


mesej tidak sampai, kabur dan salah faham berlaku.
ii. Mengelak murid daripada melakukan halangan komunikasi

Masa : 2 jam

Sasaran : Murid tingkatan 4

Bahan : Kertas A4 , bahan edaran ( Lampiran 1)

Langkah :

1. Set Induksi: Guru kaunseling mengadakan taaruf di kalangan pelajar.


2. Guru memberi satu kertas kepada seorang murid mengandungi
20 perkataan berbentuk ayat. Contoh: Pak Mat membeli parang
Ditangkap polis di tuduh membunuh. Pak Mat terkejut besar dan
terus pangsan . Polis usung Pak Mat ke Hospital Bahagia.
3. Seorang murid bergilir-gilir menghafal dan memberitahu semula
apa yang dihafal seorang demi seorang sehingga selesai.
4. Guru kaunseling meminta murid menyebut semula apa yang dihafal
5. Analisa ketepatan jika tidak tepat kenapa. Setiap murid akan
memberi pendapat dan komen.
6. Guru kaunseling meminta murid mengenalpasti apa yang menghalang
Komunikasi

Kaedah Penilaian: Guru kaunseling meminta murid menyenaraikan beberapa


penghalang komunikasi.

Rumusan : Halangan komunikasi membawa kepada konflik yang


implikasinya ialah perpecahan, masam muka, salah tanggap
dan permusuhan.

Falsafah : a. Dalam komunikasi ada halangan-halangan


b. Halangan komunikasi menyebabkan salah faham dan
konflik
BAHAN EDARAN 1

HALANGAN KOMUNIKASI

1.BISING
2.GANGGUAN EMOSI
3.TIADA PERHATIAN
4.BURUK SANGKA
5.BAHASA TANPA LISAN
6.BERBEZA DIALEK
7.KELEMAHAN PENYAMPAI
8.KEJI MENGEJI, KUTUK-MENGUTUK, UMPAT MENGUMPAT
9.TANGGAPAN AWAL TERHADAP PENYAMPAI

Tingkatan Empat
Bidang : Pembangunan diri Pelajar
Tajuk : Kemahiran Komunikasi (Dyad)
Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:
i. Mendengar secara aktif
ii. Memahami halangan komunikasi
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan empat
Bahan : Bahan edaran 1
Langkah : 1. Set induksi: Guru kaunseling menceritakan mengenai
kehidupan masa lampaunya.
2. Guru kaunseling meminta murid mencari pasangan
3. Guru kaunseling meminta murid menceritakan 10
perkara berkaitan dirinya seorang lagi sebagai
pendengar.
4. Murid mendengar menceritakan semula, cerita yang
didengar
5. Tukar peranan murid B bercerita sepuluh perkara dan
murid A mendengar
6. Bincangkan ketepatan murid yang mengulangi semula
cerita tersebut. Kenapa ketepatan tidak berlaku

Penilaian : Penilaian secara bertulis dan lisan

Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan


berkualiti.
Falsafah : Komunikasi berkesan perlu mendengar secara aktif, Elakkan
halangan berkomunikasi bagi mewujudkan halangan
komunikasi
\

Tingkatan Empat

Bidang : Pembangunan diri Pelajar


Tajuk : Kemahiran Asas Kaunseling
Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:
i. Meningkat kemahiran berkomunikasi di kalangan
murid
ii. Meningkatkan kemahiran kepimpinan
iii. Tahu cara-cara mendengar
Masa : 1 jam
Sasaran : Murid tingkatan empat
Bahan Kertas A4 dan bahan Edaran
Langkah : 1. Set induksi: Guru kaunseling mengadakan takruf.
2. Guru k mengeaunseling edarkan bahan dan memberi
input asas kemahiran kaunseling.
3. Guru kaunseling meminta murid praktik dalam kumpulan
kecil setiap kemahiran alam kaunseling.
4. Guru kaunseling meminta murid merumuskan dalam
kumpulan besar.
Penilaian : Penilaian secara bertulis
Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan
berkualiti.
Falsafah : Murid yang cemerlang perlu berilmu dan beretika.
Asas kaunseling membantu cara berfikir dan bertindak serta
yakin diri
BAHAN EDARAN 2
ASAS-ASAS KAUNSELING

1. KEMAHIRAN INTERPERSONAL

1. MENDENGAR
2. MENYOAL
3. MEMAHAMI
4. BEREMPATI
5. REFLEKSI
6. BERSEMUKA

2. TEKNIK KAUNSELING

1. Refleksi
2. Parafrasa
3. Pentafsiran
4. Semakan Persepsi
5. Kesenyapan
6. Dorongan Minima
7. Memandu Klien
8. Penjelasan
9. Memberi Nasihat
10. Rumusan

3. KEMAHIRAN MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING


1. Mengenal pasti masalah
2. Mengenal punca masalah
3. Mencerakinkan masalah
4. Meneroka alternatif
5. Membuat rumusan
6. Membuat tindak susul
Bidang : Pembangunan diri Pelajar
Tajuk : Kemahiran Mendengar (Dyad)
Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat:
i. Mendengar secara aktif
ii. Memahami halangan komunikasi
Masa : 1 jam
Sasaran : Murid tingkatan empat
Bahan : Bahan edaran
Langkah : 1. Set induksi: Guru bimbingan menceritakan mengenai
kehidupan masa lampaunya.
2. Guru bimbingan meminta murid mencari pasangan
3. Guru bimbingan meminta murid menceritakan 10 perkara
berkaitan dirinya. seorang lagi sebagai pendengar.
4. Murid mendengar menceritakan semula, cerita yang
didengar
5. Tukar peranan murid B bercerita sepuluh perkara dan
murid A
Mendengar ketepatan murid yang mengulangi semula cerita
tersebut. Kenapa ketepatan tidak berlaku.

Penilaian : Murid dapat menyenarai 5 halangan mendengar aktif.


Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan
berkualiti.
Falsafah : Komunikasi berkesan perlu mendengar secara aktif, Elakkan
halangan berkomunikasi bagi mewujudkan halangan
komunikasi
BAHAN EDARAN 3

KEMAHIRAN MENDENGAR
1. Memberi Perhatian
2. Pemparafrasaan
3. Penjelasan
4. Pengujian Persepsi
5. Memberi Perhatian
6. Pemparafrasaan
7. Penjelasan
8. Pengujian Persepsi

TEKNIK KEMAHIRAN MENDENGAR


1. Persediaan mental
2. Persediaan peralatan
3. Mendengar
4. Memahami
5. Mencatat
6. Mengimbas kembali
7. Mengulangi

HALANGAN MENDENGAR AKTIF


1. Gangguan mental
2. Gangguan persekitaran
3. Tiada persediaan
4. Emosi
5. Persepsi negatif
6. Tidak serius
7. Tidak bersemuka
8. Bising
9. Mendengar sambilewa
10. Khayalan
Bidang Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok, Inhalan dan
HIV/Aids

Tajuk 1. Remaja dan wawasan 2020.

Objektif 1. Murid mampu menjadi pembimbing yang berkesan


untuk membasmi gejala penyalahgunaan dadah

Masa 80 minit
Sasaran Murid tingkatan 4
Bahan -buku panduan
-vcd berkaitan
-kiosk kerjaya

Langkah- 1.Murid-murid menyenaraikan ciri-ciri kehidupan seorang


langkah penagih didalam kumpulan kecil
(set induksi) 2. Murid menyenaraikan ciri-ciri tingkahlaku yang dapat
meningkatkan produktiviti diri dan rakan
3. Murid dipecahkan kepada kumpulan kecil melalui
permainan yang disediakan seperti yang dicatatkan
diatas.

Kaedah 1. Soal jawab


penilaian 2. Inventori psikologi
3. Pemerhatian

Rumusan Perkongsian maklumat yang berterusan disamping


berkemahiran komunikasi yang berkesan mampu
mengelakkan murid terjerumus di dalam
penyalahgunaan dadah.
Falsafah Maklumat yang tepat serta keupayaan komunikasi yang
berkesan dapat membantu mencegah penyalahgunaan
dadah.

You might also like