You are on page 1of 56

Modul 1 : Suai Mesra

Aktiviti 1 : Mind Setting/ Set Induksi

Objektif: Di akhir aktiviti ahli kumpulan akan:


i. Yakin kepada diri sendiri
ii. Bersemangat berani
iii. Peka terhadap situasi dan arahan
Bahan : Tiada
Tempat: Kelas
Kaedah pelaksanaan :
1. Fasilitator akan memulakan majlis dengan doa mengikut agama masing-masing.
2. Aktiviti dimulakan dengan kata kunci:
2.1 Fasilitator memperkenalkan kata kunci kelas.
Contoh :Perhatian!!! Cemerlang!!! Mengikut kesesuaian kelas.
2.2 Fasilitator memberitahu bila beliau menyebut kata kunci, murid akan menjawab serentak
dan kemudian senyap untuk menerima arahan seterusnya.
Contoh: Fasilitator : (sebut Perhatian!!!)
Murid : (Jawab Cemerlang)
2.3 Kata kunci merupakan gentian kepada kata-kata senyap dan bersedia.
2.4 Fasilitator menyebut kata kunci dengan gaa intonasi suara yang berbeza dan murid
menyahut mengikut rentak intonasi fasilitator.
3. Fasilitator memuji dan mengucapkan syabas kepada ahli kumpulan kerana telah bersedia untuk
menjalankan aktiviti dalam Program Maju Diri.
4. Fasilitator menjelaskan kepada peserta kumpulan bahawa aktiviti yang dijalankan ini bertujuan :
1. Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli
2. Membina keyakinan diri bagi menghadapi cabaran.
3. Menanamkan semangat keberanian.
Rumusan:Fasilitator meminta setiap ahli dalam kumpulan memberikan maklum balas tentang perasaan
dan pengalaman yang dialami melalui aktiviti ini.
Contoh : Perasaan dan pengalaman.
Aktiviti 2: Tong Sampah

Objektif: Di akhir aktiviti ahli kumpulan akan:

i) Berani menyuarakan pandangan masing-masing


ii) Berfikiran terbuka terhadap orang lain

Bahan : Tong Sampah/ Kertas A4/ Pendua/ Pen

Masa: 30 minit

Tempat: Tempat yang sesuai

Kaedah Pelaksanaan:

1. Peserta masih berada dalam kumpulan yang sama.


2. Fasilitator mengedarkan kertas pendua kepada setiap ketua kumpulan
3. Fasilitator meletakkan tong sampah di hadapan kelas
4. Fasilitator mengarahkan ahli kumpulan berbincang tentang:
a) Kegunaan tong sampah
b) Menyenaraikan jawapan (5 minit)
5. Semua ketua kumpulan menyerahkan jawapan kepada fasilitator
6. Fasilitator akan menyuruh ketua kumpulan membacakan jawapan yang telah disediakan
7. Fasilitator akan member markah kepada setiap kumpulan berdasarkan jumlah jawapan yang
diberikan. (1markah = 1 jawapan)
8. Akhirnya fasilitator akan mengumumkan kumpulan yang Berjaya

Rumusan:

1. Fasilitator memberi peluang kepada peserta untuk menyatakan perasaan dan pengalaman
masing-masing setelah melalui aktiviti ini.
2. Fasilitator memberikan ucapan tahniah kepada semua peserta di atas penglibatan aktif mereka
dalam aktiviti tadi

Falsafah:

1. Kerjasama dalam kumpulan menghasilkan kualiti kerja


2. Pemikiran yang bercapah dan terbuka dihasilkan daripada latihan berfikir secara kreatif dan
kritis
3. Belajar menghormati pendapat orang lain
Aktiviti 3: Mencari nilai murni yang tersembunyi

Objektif: Di akhir aktiviti peserta akan:

Berjaya membentuk satu nilai murni dan sebuah cerita yang berkaitan dengan nilai murni
tersebut.

Bahan: Surat khabar lama, Gunting (satu setiap kumpulan), Gam (satu setiap kumpulan), Kertas
pendua/Lampiran (cerita – fasilitator)

Masa: 30 minit

Tempat: Di dalam kelas / Tempat yang sesuai

Kaedah Pelaksanaan:

1. Peserta masih berada dalam kumpulan yang sama


2. Fasilitator mengagihkan bahan-bahan kepada setiap kumpulan
3. Fasilitator meminta setiap kumpulan menghasilkan kolaj (tampalan) untuk membentuk
perkataan nilai murni. Dalam masa yang sama semua ahli kumpulan juga mengaitkan nilai yang
dibentuk dengan cerita yang mengamalkan nilai tersebut.
4. Fasilitator akan meminta wakil kumpulan dating ke hadapan untuk bercerita dan mempamerkan
hasil kerja

Rumusan:

1. Selepas setiap kumpulan membuat persembahan, peserta lain bertepuk tangan sebagai tanda
penghargaan
2. Fasilitator memberikan ulasan berkenaan dengan aktiviti yang dijalankan dari segi penglibatan
murid, pemilihan nilai dan cerita yang berkaitan

Falsafah:

1. Usaha tangga kejayaan


2. Kita perlu mempelajari daripada kejadian alam sekeliling
Modul 2 : Mengenal Diri
Aktiviti 1: Wawasan Diri

Objektif: Di akhir aktiviti ini ahli-ahli kumpulan dapat

i) Mengetahui kekuatan dan keistimewaan diri.

ii) Mengetahui pentingnya mempunyai matlamat sebelum melakukan sesuatu pilihan


kerjaya.

iii) Menyesuaikan pilihan kerjaya dengan kemampuan diri.

Bahan: Lampiran “ Wawasan Diri”

Masa: 60 minit

Tempat: Di dalam kelas/ Tempat yang sesuai

Kaedah Pelaksanaan : 1. Murid-muridberada di dalam 8 hingga 10 orang.

3. Fasilitator mengedarkan lampiran : Wawasan Diri” kepada setiap ahli dalam kumpulan.

4. Setiap ahli dikehendaki mengisi lampiran “ Wawasan Diri” dengan jujur dan ikhlas.

5. Fasilitator mengarahkan ketua kumpulan mengumpulkan lampiran dan memasukkan ke dalam


kotak kumpulan masing-masing.

6. Setiap ahli kumpulan mesti mengambil lampiran “ wawasan diri” ahli lain dalam kumpulan
sendiri.

7. Setaip ahli kumpulan membaca lampiran “ wawasan diri” yang telah mereka perolehi secara
bergilir-gilir.sesi soal jawab dibenarkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawapan
yang ditulis oleh ahli tersebut.

Rumusan: 1. Fasilitator memberi ulasan setiap soalan yang dijawab oleh ahli kumpulan.

Contoh ulasan guru

 Setiap pelajar ada cita-cita.

 Cita-cita bersesuaian dengan mata pelajaran. Jika pelajar yang bercita-cita hendak
menjadi doctor, dia mesti minat subjek sains.

 Penglibatan dalam sukan juga diperlukan bagi elahirkan murid yang sihat.

3. Fasilitator memaklumkan bahawa langkah pemulaan kita mestilah mencapai kecemerlangan


dalam UPSR dengan pencapaian 5A.
Falsafah : 1. Yakin pada diri sendiri. Percaya kepada diri sendiri dan sanggup bertindak.

2.Seseorang perlu mengenal diri sendiri dan seterusnya menentukan matlamat yang jelas.

3.Berupaya bertindak sendiri.


Lampiran: WAWASAN DIRI

NAMA PESERTA:________________

1. APAKAH CITA-CITA ANDA?

A. ___________________________

B. ___________________________

2. APAKAH MATA PELAJARAN YANG ANDA MINATI?

A. ___________________________

B. ___________________________

3. APAKAH BIDANG SUKAN YANG PALING ANDA SUKA CEBURI?

A. ___________________________

B. ___________________________

4. APAKAH BIDANG KO-KURIKULUM YANG ANDA MINATI?

A. ___________________________

B. ___________________________

5. APAKAH HOBI KEGEMARAN ANDA?

A. ___________________________

B. ___________________________

6. Dalam peperiksaan UPSR saya ingin memperoleh keputusan berikut:

1. BAHASA CINA (PEMAHAMAN) ____


2. BAHASA CINA (KARANGAN) ____
3. BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) ____
4. BAHASA MELAYU (KARANGAN) ____
5. BAHASA INGGERIS ____
6. MATEMATIK ____
7. SAINS ____
Aktiviti 2: Hari ini dan esok

Objektif: Di akhir aktiviti ini ahli-ahli kumpulan dapat

(i) Mengenal pasti bakat dan kebolehan diri


(ii) Menentukan matlamat ke arah kecemerlangan
(iii) Mempamerkan akhlak yang mulia dalam kehidupan harian

Bahan: Lampiran A – Akademik

Lampiran B – Amalan Harian

Masa: 90 minit

Tempat: Di dalam kelas/ Tempat yang sesuai

Kaedah Perlaksanaan :

1. Murid-murid berada dalam kumpulan kecil (8-10 orang dalam satu kumpulan)
2. Mula dengan bacaan Al-Fatihah dan doa
3. Fasilitator mengedarkan Lampiran A kepada setiap ahli dalam kumpulan. Setiap ahli dikehendaki
melengkapkan
i) Keputusan peperiksaan akhir tahun, Tahun 5.
ii) Matlamat yang ingin dicapai dalam UPSR sebenar dan harapan ibu bapa.
4. Fasilitator memastikan Lampiran A telah dilengkapkan.
5. Fasilitator mengedarkan Lampiran B dan mengarahkan setiap ahli kumpulan menandakan
amalan-amalan harian yang berkaitan dengan diri ahli kumpulan
6. Fasilitator hendaklah mengingatkan ahli-ahli supaya melaksanakan aktiviti dengan ikhlas dan
jujur
7. Fasilitator memanggil secara rawak seorang ahli dari setiap kumpulan untuk membentangkan
hasil tugasan yang telah diberi.
8. Sisipan: menyanyi lagu “Oh Ibu”

Rumusan : Fasilitator memberikan maklumbalas / ulasan mengenai aktiviti yang telah dijalankan tadi.

i) Harapan ibu bapa berkaitan dengan amalan harian dan kejayaan dalam akademik.
ii) Kepentingan setiap mata pelajaran UPSR
iii) Keputusan peperiksaan akhir tahun 5 perlu dibuat bedah siasat mengenai kekuatan dan
kelemahan
iv) Matlamat diri adalah untuk kecemerlangan 5A UPSR dan segenap aspek kehidupan
Falsafah:

1. Satu impian lebih baik dari seribu mimpi


2. Satu kesedaran lebih baik dari seribu impian
3. Satu tindakan lebih baik dari seribu kesedaran
4. Satu matlamat lebih baik dari seribu tindakan
5. Satu keikhlasan lebih baik dari seribu matlamat
AKADEMIK
Anda dikehendaki mengisi ruangan yang berkaitan.

MATA PELAJARAN KEPUTUSAN AKHIR HARAPAN IBU BAPA MATLAMAT UPSR


TAHUN (TAHUN 5)

BAHASA CINA
(PEMAHAMAN)

BAHASA CINA
(KARANGAN)

BAHASA MELAYU
(PEMAHAMAN)

BAHASA MELAYU
(KARANGAN)

BAHASA INGGERIS

MATEMATIK

SAINS

LAMPIRAN B
Di bawah adalah senarai amalan-amalan yang sering dilakukan. Anda dikehendaki
menandakan di ruangan Ya / Tidak dengan jujur dan ikhlas.

AMALAN HARIAN:

YA TIDAK
       Bertutur dengan sopan santun dengan perkataan yang mulia.    
       Cium tangan ibu/bapa sebelum ke sekolah.      
       Member salam kepada guru.    
       Tidak membuat bising di dalam kelas.    
       Sentiasa berpakaian kemas.    
       Sarapan pagi sebelum ke sekolah.    
       Ucapakan terima kasih sebelum ke sekolah.    
       Meminta maaf bila melakukan kesalahan.    
       Suka menolong kawan.    
       Menjawab panggilan ibu bapa dengan segera.    
       Meminta izin dengan ibu bapa bila meninggalkan rumah.    
       Meminta izin bila meminjam baran daripada kawan.    
       Membasuh pinggan selepas makan.    
       Membasuh kasut sendiri.    
       Mendoakan kesejahteraan ibu, bapa, guru dan rakan.    
       Solat/ sembahyang.    
       Membuat kerja-kerja di rumah.    
       Sentiasa menyegerakan kerja sekolah.    

LAMPIRAN : LAGU “UNTUKMU IBU”


Oh ibu….. kau di siram bayu pagi
Kehilangan terasa kini…..dan kesepian
Dan aku…..Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering,
Tiada tempat ku layarkan…..hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya pada mu…..ibu tersayang
Kucurahkan rahsia hati
Ku tatapi potretmu berulang kali
Ku alunkan kalimah yang diberi

Chorus:

Tuhan yang Esa…..ampuni dosa ibu


Tempatkan mereka
Di antara kekasih-kekasih Mu
Oh ibu kau kasih sejati
Ku panjatkan dosaku sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatku…..ibu…..

(ulang chorus)

Oh ibu……….damailah engkau di sana


Ku taburi doa mewangi
Hadiah dari anakmu
Ibu……

Aktiviti 3 : INVENTORI PERSONALITI WARNA (IPW)


Objektif : Di akhir aktiviti ini, para peserta akan :
1) Mengenal pasti personality diri masing-masing berdasarkan warna..
2) Menyedari bahawa setiap orang mempunyai personality yang
tersendirian.
3) Personaliti diri dipengaruhi oleh persekitaran.
Bahan : 1. Sehelai kertas IPW (INVENTORI PERSONALITI WARNA) kepada
setiap ahli.
2. Kertas sebak dan penmarker.
Masa : 90 minit
Tempat : Bilik Darjah/ Tempat yang sesuai
Kaedah Pelaksanaan :
1. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan besar.
2. Penerangan daripada fasilitator mengenai IPW (rujuk lampiran guru)
 Latar belakang IPW.
 Lampiran IPW
 Tugasan aktiviti
3. Fasilitator mengedarkan lampiran IPW kepada setiap peserta.
4. Peserta meneliti dan memahami cirri-ciri personality warna
5. Peserta memadamkan cirri-ciri personality yang sesuai dengan dirinya
6. Peserta diminta memasuki kumpulan berdasarkan warna personality yang
dimilikinya
7. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk dibincangkan dan dibantangkan.
Kumpulan perlu melantik seorang ketua dan pencatat. Tajuk tugasan: Pelajar
menyenaraikan kemudahan-kemudahan untuk sebuah kelas idaman kumpulan
mereka. Contohnya langsir, sudut bacaan, bunga dan sebagainya.
8. Ketua kumpulan diminta membentangkan hasil dapatan masing-masing secara
bergilir-gilir.

Rumusan:

1. Fasilitator meminta membuat perbandingan terhadap hasil tugasan berdasarkan


personality warna yang terdapat dalam setiap kumpulan
2. Fasilitator menerangkan bahawa setiap warna itu adan keistimewaan yang
tersendiri dan tidak mencerminkan kelemahan seseorang
3. Setiap manusia mempunyaisatu warna yang dominan tetapi masih depengaruhi
oleh warna-warna yang lain
Contoh: Seorang doctor memiliki warna dominan “Hijau”, tetapi perwatakannya
mencerminkan warna “Biru” ketika merawat pesakit

Falsafah:
1. Unik manusia itu adalah seunik kejadiaannya
2. Setiap manusia mempunyai kekuatan dan kelemahan

INVENTORI PERSONALITI WARNA


LATAR BELAKANG IPW

Menurut Allpove

Personaliti adalah organisasi dinamis system-sistem psikofizikal


Dalam diri individu yang menentukan cirri-ciri tingkah laku dan permikirannya.

Menurut Guilford

Mentakrifkan personality sebagai satu pola trait-trait yang unik yang ada pada individu

Menurut Brown & Brooks

Trait-trait personality lazimnya dapat dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap


subject sekolah, activity rekreasi, hobi dan kerja.

INVENTORI PERSONALITI WARNA

GOLD (EMAS) ORANGE (OREN)


 Saya perlu mengikut peraturan dan
menghormati pihak berkuasa,  Bertindak semerta, pandai
sangat bertanggungjawab. berjenaka, pintar, menawan,
 Saya taat, boleh diharap dan spontan.
sentiasa bersedia.  Mengangkap hidup sebagai
 Saya seorang yang teliti, bersikap permainan.
wajar, menepati masa, dan  Saya cergas, giat, pandai
dianggap orang yang berguna. menggunakan kesempatan yang
 Saya tahu apa yang baik dan buruk ada.
dalam kehidupan.  Suka persaingan, tabah
 Selain setia, saya juga stabil dan menghadapi sesuatu, tidak gentar.
ada peraturan / sistematik.  Kadang kala ambil tindakan yang
 Saya menghargai hidup tergopah gapoh tetapi
berkeluarga tradisi dan bersemangat- boleh meninggalkan
rumahtangga. kesan yang kuat.
 Selalu mengambil enda tentang  Seorang yang realistik, tidak
sesuatu memberi perhatian dan dipengaruhi, sentiment, berfikiran
bersifat konkrit, bersifat terbuka.
keibubapaan.  Gemar pada pengalaman yang luar
 Secara semulajadi, saya suka biasa, lain dari orang lain yang
mengekalakan atau memelihara membahayakan tetapi
sesuatu adat resam atau penolong. menyeronokkan.
SEMASA KANAK-KANAK  Suka sangat kegembiraan,
 Saya sentiasa mahu mengikut keseronokan, gurau senda atau apa
undang-undang dan peraturan jua yang merangsangkan.
sekolah. SEMASA KANAK-KANAK
 Saya memahami dan  Saya suka jika dibandingkan
menghormati pihak berkuasa dengan pelajar lain.
dan rasa selesa dengan  Saya menghadapi kesulitan untuk
pelajaran. menyesuaikan diri dengan rutin
 Saya dapat menyesuaikan diri pelajaran.
dengan mudah (jika  Saya belajar dengan membuat dan
dibandingkan dengan pelajar mengalami bukannya membaca
lain) dalam system seko)lah. atau mendengar.
 Dalam proses pembelajaran, saya
perlukan penglibatan fizikal dan
dorongan yang kuat untuk saya ialh
sifat suka bersaing dan inginkan
kegembiraan/ seronok.

BLUE(BIRU) GREEN (HIJAU)


 Saya mahu merasa unik dan  Cenderung dan cakap daalm
seorang yang tulen/ benar. pelbagai lapangan.
 Seorang yang bersimpati,  Cenderung untuk mencipta,
berperibadi dan ghairah . Selalu mereka.
mencari makna dalam kehidupan.  Cekap dan berkebolehan
 Inginkan perhubungan yang mesra, menjalankan tugas dengan
mengasihi. sempurna.
 Bersedia dan sanggup berbicara  Bersifat ingin mengetahui sesuatu,
untuk memberikan penerangan. cari pengetahuan.
 Mesra, taat, penyayang, baik hati,  Pengertian sesuatu konsep,
mudah terasa, lemah lembut. gagasan, tanggapan yang
 Orang yang member ilham, suka mempunyai pengetahuan yang luar
berkarya. biasa.
 Seorang poetis, pengasuh dan  Berdasarkan teori inventif.
orang romantic yang semulajadi.  Bijak dan mahir panjang akal, otak
SEMASA KANAK-KANAK yang bergeliga.
 Saya sangat imaginative dan  Memutuskan. Membuat keputusan.
dapati agak sukar untuk  Berbagai perasaan yang
menyesuaikan diri dalam mempengaruhi sikap dan gerak
struktur sekolah. geri, tenang dan sabar.
 Saya mahukan pengiktirafan da  Seperti seorang ahli falsafah tenang
tidak sukakan perbalahan atau sewaktu menghadapi kesulitan.
penolakan terhadap diri saya. Orang yang berprinsip/ jujur.
 Saya sukakan galakkan dan  Analitikal, investigative dan
bukannya persaingan. hipolektikal.
 Tidak mudah akur, penyelesaian
masalah dan seorang yang
wawasan.
 Perlukan penjelasan dan jawapan.
SEMASA KANAK-KANAK
 Saya seperti lebih tua dari umur
saya dari segi pemikiran.
 Saya focus kepada perkara yang
paling saya minati iaitu mendapat
pencapaian yang tinggi dalam
subjek yang merangsangkan mental
saya.
 Saya tidak sabar dengan kaedah
latih tubi atau rutin. Saya mungkin
menyoal guru dan orang lain dan
saya fikir adalah perlu untuk
menghormati guru sebelum saya
boleh belajar dari mereka.

Modul 3 : Motivasi Diri

Tajuk : supaya ahli kumpulan mempunyai daya juang untuk bersungguh-


sungguh mencapai cita-cita yang diidam.

Aktiviti 1 : Pokok Wawasan

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahhli-ahli kumpulan akan dapat

a) Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan aktiviti harian.

b) Setiap aktiviti merasakan dirinya insane yang berguna.

Bahan : Kertas sebak, art line, seletep pita rakaman, kaset Lagu Boleh Tak
Boleh,

Lampiran Pokok Wawasan.


Masa : 60 minit

Tempat : Bilik darjah

Kaedah Pelaksanaan:

1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Ahli-ahli kumpulan diperdengarkan “ lagu Boleh Tak Boleh”


kepada ahli kumpulan.

4. Fasiltator mengedarkan lirik lagu “Boleh Tak Boleh” kepada ahli


kumpulan.

5. Fasilitator dan ahli kumpulan menyanyikan lagu “Boleh Tak


Boleh”

6. Fasilitator bertanya kepada peserta untuk mendapat maklum


balas daripada lagu tersebut.

7. Fasilitator mengedarkan sekeping kertas lukisan.

8. Seorang ahli yang dipilih melukis gambar pokok kelapa dengan


menggunakan kertas warna yang diberikan setiap kumpulan
menulis perkara berikut:

a) Nama kumpulan

b) Moto kumpulan

c) Niali kumpulan

9. Fasilitator meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk


melukis pokok kelapa.

10. Fasilitator sekali lagi meminta secara sukarela wakil bagi setiap
kumpulan untuk tampil seorang demi seorang ke hadapan untuk
menerangkan:

a) Mengapakah kumpulan tersebut memilih nama kumpulan,


moto kumpulan dan nilai kumpulan sebagaimana yang
tercatat pada kertas.
b) Mengapakah kumpulan tersebut memilih bahagian-bahagian
tertentu pada pokok kelapa untuk ditampalkan nam, moto
dan nilai kumpulan.

c) Ahli kumpulan lain diberi peluang untuk bersoal jawab


berkaitan perkara (b) di atas.

Rumusan : 1. Fasilitator meminta peserta menjelaskan mengapakah pokok


kelapa dipilih sebagai latar belakang aktiviti ini.

2. Peserta menyedari bahawa pokok kelapa ialah pokok serbaguna


maka semua bahagian boleh mendapat manfaat.

Falsafah : Orang yang Berjaya dan dihormati selalunya mempunyai prinsip


hidup dan berkeyakinan diri.

KUN WAWASAN

5A UPSR
BERSYUKUR

BERUSAHA
BERSUNGGUH-
SUNGGUH
HORMAT
KELUARGA DAN
GURU

TEMPAT BELAJAR
YANG SELESA

MAKANAN YANG
BERKHASIAT

Bijak pilih tempat mandi


Pertama teluk, kedua pantai
Bijak pilih, menjadi
Pertama elok, kedua pandai

LAMPIRAN FASILITATOR
BOLEH TAK BOLEH
Boleh tak boleh
Yang penting kita mencuba
Jangan kata “ Tidak”
Nanti kita buang masa

Boleh tak boleh


Yang penting kita berusaha
Jangan kata “ Tidak”
Nanti kita buang masa

Bangun pagi-pagi lalu kita gosok gigi


Mandi buang daki badan kita jadi suci
Pakai baju bersih terus kita minum pagi
Dengan hati kasih ke sekolah kita pergi

Yang penting
Mesti restu ayah bonda
Agar kita hidup bahagia

(ulang rangkap pertama dan kedua)

Bila ke sekolah jangan suka main-main


Dengar kata guru, pesan ayah pesan ibu
Bila ada kawan jangan suka bergaduh-gaduh
Bersatu teguh, bercerai kita roboh

Buat kerja
Jangan tangguh-tangguh
Masa depan pasti teguh

Aktiviti 2 : Pelaburan Saham


Objektif : Di akhir aktiviti ini, ahli-ahli kumpulan dapat
1) Mengetahui kepentingan perpaduan dalam kumpulan.
2) Memahami bahawa semangat kerjasama membawa kejayaan yang
menyeluruh.
3) Menyedari bahawa sifat mementingkan diri membawa kegagalan.
Bahan : Kad-kad imbasan yang bertanda “x” dan “y”
Masa : 60 minit
Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai
Kaedah Pelaksanaan:

1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).


2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau
bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasilitator mengedarkan kad imbasan bertanda “ x” dan “ y” kepada


kumpulan.
4. Fasilitator menerangkan peraturan permaian kepada kumpulan.

PERATURAN PERMAINAN
a) Ahli kumpulan akan bergilir-gilir mempamerkan kad imbasan “x” dan
“y” yang telah dipilih oleh ahli kumpulan bagi setiap pusingan.
b) Fasilitator akan member markah kepada kumpulan-kumpulan
berdasarkan kepada kad “x” dan “y” yang dipamerkan.
5. Bagi setiap pusingan, fasilitator akan member arahan berikut:
i) Pusingan satu dan dua kumpulan hendaklah berbincang di
kalangan ahli untuk menentukan pilihan kad.
ii) Pusingan tiga dan empat, ketua-ketua kumpulan boleh
berbincang untuk menentukan pilihan kad.
iii) Pusingan kelima ahli kumpulan diberi kebebasan memilih kad.
6. Fasilitator memulakan aktiviti dengan meminta seorang wakil daripada
kumpulan untuk tampil ke depan.
7. Markah akan diberi bagi setiap pusingan berdasarkan format yang
dilampirkan.
Rumusan : 1. Kumpulan yang Berjaya adalah berdasarkan markah tertinggi.
2.Fasilitator akan memproses hasil aktiviti:
i) Mengapakah terdapat perbezaan markah antara kumpulan.
ii) Mengapa perlunya persaingan yang sihat dalam mencapai kejayaan.
iv) Ganjaran boleh memotivasikan diri.
v) Perlunya kerjasama untuk mencapai kejayaan.
3. Fasilitator meminta maklumbalas daripada ahli-ahli kumpulan
pengalaman dan perasaan yang dialami melalui aktiviti ini.

Falsafah :
1. Semangat persaingan yang sihat, membawa kejayaan.
2. Bertindak bijak menggunakan peluang-peluang keemasan bagi
mencapai kejayaan adalah sebaik-baik tindakan.
3. Perancangan yang baik menentukan kejayaan.
4. Sekali gagal tidak bermakna gagal selama-lamanya.
5. Kegagalan merupakan satu pengalaman. Orang yang tidak
pernah gagal bererti dia kehilangan satu pengalaman.
LAMPIRAN A
PANDUAN PERMAKAHAN

SUSUNAN KAD IMBASAN MARKAH


BIL CORAK KAD X+Y X=RM Y=RM
1 X+X+X+X+X 5X 50  
2 Y+Y+Y+Y+Y 5Y   50
3 X+Y+Y+Y+Y X+4Y -10 40
4 X+X+Y+Y+Y 2X+3Y -20 30
5 X+X+X+Y+Y 3X+2Y 30 -20
6 X+X+X+X+Y 4X+Y 40 -10
JADUAL PEMARKAHAN KUMPULAN

  PUSINGAN JUMLAH
KUMPULAN 1 2 3 4 5  
SATU            
DUA            
TIGA            
EMPAT            
LIMA            
             

MODUL 4: MENGURUS DIRI


Aktiviti 1 : Nombor Ajaib

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahhli-ahli kumpulan akan dapat

1) Menggunakan secara optimis kemahiran berfikir.

2) Menimbulkan kesedaran terhadap peraturan dan tatatertib secara


belajar.

3) Mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi menyelesaikan


satu tugasan.

Bahan : Kertas sebak, kertas pendua, art line, kad nombor.

Masa : 60 minit
Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai
Kaedah Pelaksanaan:

1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Pengiraan pertama

a) Fasilitator mengarahkan ahli kumpulan bagi menyelesaikan


pengiraan secara lisan.

i) Fikirkan sebarang nombor 3 digit yang mengandungi angka


yang berbeza.

ii) Terbalikkan sunsunan nombor tersebut.

iii) Tolakkan nombor-nombor ini dengan mengambil kira


nombor yang besar ditolak dengan nombor yang kecil. Jika
hasil tolak itu nombor 2 digit, tambahkan sifar (0) di rumah
angka ratus.

iv) Terbalikkan sunsunan nobor hasil tolak itu.

v) Cari hasil tambah kedua-dua nombor tersebut.

vi) Bandingkan jawapan di kalangan ahli dalam kumpulan.

Contoh : 503 (langkah 1)

- 305 (langkah 2)

198 (langkah 3)

+ 891 (langkah 4)

__________________

1089 (langkah 5)

4. Pengiraan kedua
i. Tanpa pengetahuan ahli kumpulan, fasilitator memilih dan
menuliskan satu nombor antara 1 -49 di kertas kosong. Lipatkan
kertas tersebut dan masukkan ke dalam saku salah seorang
ahli dalam kumpulan. Contoh nombor (35).

ii. Tanpa pengetahuan ahli kumpulan, fasilitator akan membuat


pengiraan iaitu tolak nombor 99 dengan nombor pilihan bagi
mendapat hasil tolak.

iii. Fasilitator mengarahkan langkah-langkah pengiraan seperti


berikut:

 Pilih sebarang nombor di antara 51-99

 Tambahkan dengan nombor hasil tolak di atas (dalam ii)

 Asingkan digit dari rumah ratus dan kemudian


tambahkan dengan nombor yang tinggal

Contoh: fasilitator – 35 Nombor pilihan: 99

-35

64

Ahli kumpulan : 84 Nombor pilihan: 99

-35

64

1 +48 =49 99

- 49

35
 Tolakkan nombor pilihan ahli dengan hasil tambah itu.
 Semak jawapan dengan nombor yang tersimpan dalam saku ahli.
Bincangkan.
Rumusan : setiap kumpulan member maklim balas tentang perasaan yang dialami
melalui aktiviti yang telah dijalankan.
Fasilitator member maklumbalas dari segi :
i) Tumpuan ahli kepada pengajaran dan penyeliaan di kelas.
ii) Langkah-langkah penyelesaian masalah Matematik.
 Bagi mencapai matlamat, seseorang itu mestilah melalui proses
mengalami langkah-langkah/ peraturan-peraturan yang
ditetapkan.
Falsafah :
i) Mintalah pertolongan bila perlu dan jangan biar rakan sebaya
membuat keputusan untuk anda.
ii) Matlamat ke sekolah hanya satu iaitu BELAJAR.
iii) Setiap pekerjaaan mempunyai peraturan atau langkah-langkah
yang mesti diikuti.
iv) Begitu juga dengan cara belajar mesti ada kaedah yang
terancang dan sistematik.
v) Sekolah mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid
bagi mewujudkan murid yang berdisplin.

Aktiviti 2 : Sedaikan Payung Sebelum Hujan

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahhli-ahli kumpulan akan dapat

(i) Mengetahui pentingnya membuat persediaan awal untuk


menghadapi peperiksaan.

Bahan : Lirik lagu, pita minus one, kertas pendua, kertas sebak, pen marker

Masa : 60 minit

Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai


Kaedah Pelaksanaan:

1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).


2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau
bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasiliator mengedarkan lirik lagu dan meminta murid membaca dan


memahami lirik lagu tersebut.

4. Fasilitator memperdengarkan irama lagu “ minus one” kepada ahli-ahli


kumpulan.

5. Ahli-ahli kumpulan bersama fasilitator menyanyikan lagu tersebut


bersama-sama.

6. Fasilitator mengedarkan kertas pendua kepada setiap kumpulan dan


mengarakan mereka mencatat isi-isi penting yang terdapat dalam lagu
tersebut.

7. Wakil dari setiap kumpulan membentangkan hasil kerja.

Rumusan : fasilitator member ulasan berpandukan kepada hasil kerja kumpulan


dengan member penekanan kepada aspek-aspek persediaan
mengahdapi peperiksaan.

i. Amalan-amalan baik

ii. Nilai-nilai

iii. Kawalan emosi

(Rujuk lampiran fasilitator)

Falsafah

1. Orang yang Berjaya adalah orang yang mempunyai disiplin yang


tinggi.

2. Menghargai pengorbanan ibu bapa/ penjaga.

3. Persediaan untuk menghadapi UPSR perlu diiringi dengan memohon


doa restu daripada tuhan.
HARI PEPERIKSAAN

Bangun pagi-pagi, terus gosok gigi

Mandi buang daki sabunlah diri

Pakai wangi-wangi hadap ilahi

Mohon doa restu ayah dan ibu

Mesti sarapan pagi akan kuat diri

Otak akan cergas, fikiran bernas


Sebelum ke sekolah, salam ibu bapa

Hati akan tenang jiwa tenteram

Jangan kita lupa, bawalah alatan

Untuk kita guna dalam ujian

Dalam dewan periksa, beri tumpuan

Lihat dengan teliti, baca soalan

Jangan gopah jawab dengan tenang

Jangan lihat kawan di kiri kanan

Ulanglah soalan, semaklah jawapan

Hati akan tenang, sebelum pulang

LAPORAN FASILITATOR

AMALAN BAIK

1. Bangun awal

2. Bersuci

3. Kemas diri

4. Solat

5. Minta izin

6. Makan
7. Member salam

8. Baca soalan

9. Ulang soalan

10. Menyemak jawapan

11. Sikat

NILAI

1. Kerja kuat

2. Cergas

3. Cerdas

4. Teliti

EMOSI

1. Ketengangan

2. Tumpuan

3. tenteram

MODUL 5: KEMAHIRAN BELAJAR


Aktiviti 1 : Petak Ajaib

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahhli-ahli kumpulan akan dapat

(i) menyedari bahawa pelajar memerlukan tumpuan dan


pengalaman
yang mendalam.
(ii) Menguasai kemahiran belajar secara sistematik.
(iii) Memahami bahawa belajar adalah satu proses yang berterusan.

Bahan : Lampiran petak ajaib, lampiran untuk fasilitator

Masa : 60 minit
Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai
Kaedah Pelaksanaan:

1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasilitator memberi penerangan dan arahan seperti berikut:

i) Beri tumpuan sepenhu pada aktiviti yang dijalankan.

ii) Ahli boleh berbincang untuk menyelesaikan masalah yang


dikemukakan.

iii) Ahli boleh mengemukakan apa sahaja cara penyelesaian


berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan.

4. Fasilitataor mengedarkan ketrtas lampiran kepada setiap ahli.

5. Ahli diminta untuk mengira berapa jumlah petak segi empat sama yang
terdapat di dalam lampiran.

6. Fasilitator meminta ahli untuk mengemukakan jawapan daripada


setiap kumpulan.

7. Fasilitator mencatat jawapan yang dikemukakan dim papan tulis.

8. Fasilitator meminta ahli seacra sukarela tampil ke hadapan untuk


menunjukkan cara mendapatkan jawapan.

9. Fasilitator menerangkan jawapan yang sebenar dan menunjukkan


kaedah yang sistematik dalam pengiraan.

Rumusan : 1. Fasilitator meminta maklumbalas daripada ahli kumpulan mengenai

perasaan yang dialami melalui aktiviti yang telah dijalankan.

2. Fasilitator merumuskan daopatan daripada aktiviti


yang dijalankan dan engaitkan dengan kemahiran
belajar.

3. Fasilitator meminta ahli menulis apa sahaja cara


belajar di dalam setiap petak (lampiran disediakan).

Falsafah :
1. Setiap kejayaan tidak akan diperolehi dengan mudah jika kita tidak bersikap
positif dalam kehidupan.
2. Cabaran yang akan datang memerlukan usaha yang gigih dengan sikap
kerjasama yang padu.
3. Kejayaan mesti tercapai dengan adanya sikap diri yang positif.
4. Belajar adalah satu proses yang berterusan.
5. Setiap penyelesaian pada masalah adalah betul walaupun ada satu paling jitu.

PETAK AJAIB
LAMPIRAN GURU

CARA PENGIRAAN PETAK


1 X 1 =16
2X2=9
3X3=4
4X4=1
JUMLAH PETAK =30

CARA BELAJAR
1. Mendengar
2. Membaca
3. Soal jawab
4. Bercerita
5. Mengulas
6. Mencontohi/ teladan
7. Mengingati
8. Menghafaz/latih tubi
9. Melihat
10. Bertanya
11. Berbincang
12. Berkomunikasi/lisan
13. Mencatat
14. Mengira
15. Praktik
16. Membaiki
Aktiviti 2 : Telinga Lintah (Kemahiran Mendengar)

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahhli-ahli kumpulan akan dapat

i) Memahami pentingnya mendengar secara efektif.

ii) Menguasai kemahiran untuk menjadi seorang pendengar yang


baik.

Bahan :kertas pendua, alat tulis, lampiran petikan

Masa : 60 minit

Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai


Kaedah Pelaksanaan:
1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasilitator mengedarkan kertas pendua kepada ahli kumpulan.

4. Fasilitator meminta semua ahli bersedia untuk mendengar teks/


petikan (lampiran)

5. Fasilitator membaca teks lampiran sekali lalu.

6. Fasilitator meminta setiap kumpulan mencatat seberapa banyak


perkataan yang bermula daripada huruf-huruf tertentu, K dan P.

7. Fasilitator membaca sekali lagi teks tersebut.

8. Fasilitator mengulang langkah 7 kemudian membandingkan jumlah


perkataan yang dicatatkan oleh ahli-ahli kumpulan.

Rumusan : 1. Fasilitator meminta ahli menceritakan perasaan dan pengalaman

terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

2. Fasilitator menerangkan pendengar yang baik akan mendapat


jawapan yang tepat.

3. Fasilitator meminta ahli kumpulan memikirkan jawapannya :

 Mengapakah tuhan menurniakan 2 telinga dan 1 mulut kepada


manusia?
 (jawapan: manusia perlu mendengar 2 kali ganda daripada
bercakap).

4. Mendengar adalah satu proses asas untuk belajar.

5. Setiap orang mempunyai potensi menjadi seorang pendengar yang


baik.

6. Untuk menjadikan seorang pendengar yang baik, seseorang itu boleh


mempelajari teknik-teknik mendengar.

7. Fasilitator mengedarkan ciri-ciri pendengar yang baik.

Falsafah : 1. Pancaindera anugerah Tuhan harus digunakan sebaik mungkin

daalm membantu proses pembelajaran.

2. Semakan tinggi tahap mendengar, semakin tinggilah tahap

tumpuan semasa belajar.


LAMPIRAN A

CIRI-CIRI PENDENGAR YANG BAIK


1. Tidak terlalu memilih siapa yang bercakap tetapi apa yang diperkatakan.

2. Tidak bercakap semasa orang lain sedang bercakap dengannya atau


kepadanya.

3. Tidak menyampuk atau memotong cakap orang lain.

4. Sentiasa memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan.

5. Sentiasa cuba memahami apa yang didengari sama ada yang tersurat atau yang
tersirat.

6. Tidak melalukan kerja-kerja lain semasa orang lain sedang bercakap dengannya.

7. Menghormati orang yang bercakap walaupun lebih muda usia daripadanya.

8. Sentiasa memandang wajah atau bersemuka (eye contact) dengan orang yang
bercakap.

9. Bersikap terbuka dan tidak membuat kesimpulan yang terlalu awal.

10. Suka menyalin isi-isi penting jika sedang mendengar pengajaran oleh guru.
LAMPIRAN B
AMALAN BUDAYA KASIH SAYANG
Pembangunan social perlu diutamakan kerana ia diyakini pemangkin
pembentukan kecemerlangan masyarakat. Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan besar
dalam bidang itu antaranya latihan kemahiran pendidikan, Kempen Cintai Alam Sekitar
dan pembangunan instrukutur.

Pembentukan masyarakat penyayang diberi keutamaan dengan tumpuan


kepada warga tua, golongan kurang upaya dan kanak-kanak istimewa agar mereka
menikmati kehidupan lebih sempurna seperti insan lain.

Pembangunan kebendaan semata-mata tidak memberi sebarang erti sekiranya


masyarakat kita tidak mengamalkan budaya kasih sayang. Penderaan kanak-kanak,
buang bayi, remaja lari dari rumah, orang tua dan daif terbiar tanpa pembelaan adalah
antara gejala masyarakat tidak mengamalkan budaya kasih sayang.
MODUL 6: KERJAYA
Aktiviti 1 : Alam Kerjaya

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahli-ahli kumpulan akan dapat

i) Mengetahui bahawa setiap orang mempunyai minat terhadap


sesuatu kerjaya.

ii) Mengetahui bahawa setiap kerjaya ada prasyarat tertentu.

Bahan : lampiran A dan B

Masa : 60 minit

Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesaui


Kaedah Pelaksanaan:
1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasilitator mengedarkan LAMPIRAN A kepada ahli kumpulan.

4. Fasilitator menerangkan isi kandungan lampiran A dan meminta


ahli-ahli kumpulan mengisi lampiran A secara perseorangan dalam
jangka masa 10 minit.

5. Fasilitator akan menyuruh ahli kumpulan menerangkan pilihan


mereka masing-masing mengikut kriteria.

i) Warna kesukaan. Pilih lima orang.

ii) Kawasan kedaman yang ingin diduduki. Pilih lima orang.

iii) Kenderaan yang ingin dimiliki dan lain-lain. Pilih lima orang.

Rumusan :

1. Fasilitator meminta peserta menyatakan perasaan dan pengalaman setelah


melalui aktiviti ini.

2. Fasilitator memberi ulasan tentang aktiviti yang dijalankan.

 Setiap individu mempunyai cita rasa berbeza.

 Dalam hal tertentu, ada individu mempunyai cita rasa yang sama.
 Manusia mempunyai persamaan dan perbezaan dalam mengisi matlamat
hidup.

3. Fasilitator mengedarkan lampiran B dan C.

4. Fasilitator membuat ulasan tentang cabaran-cabaran pembangunan dalam


Negara dan keperluan asas manusia.

(untuk mencapai cabaran pembangunan, perlu ada ilmu dan usaha)

5. Kerjaya yang sasuai membawa kebahagiaan hidup.

(rujuk lampiran ulasan fasilitator)

Falsafah : 1. Permulaan sesuatu kerjaya bermula dengan minat.

2. Cita-cita tanpa usaha membawa kegagalan. Usaha tanpa cita-cita

menyebabkan sia-sia. Cita-cita yang disertai usaha membawa

kejayaan
LAMPIRAN A

KERJAYA YANG
DIMINATI

WARNA KESUKAAN TEMPAT YANG


PALING
MENYENANGKAN

MAKANAN
YANG DISUKAI

KAWASAN
MATLAMAT TEMPAT
KEDIAMAN
HIDUP LAWATAN YANG
YANG INGIN
DIDUDUKI PALING
DIMINATI

SUASANA YANG
PALING SELESA/
KENDERAAN TENANG ILMU YANG INGIN
YANG INGIN DITUNTUT
DIMILIKI
LAMPIRAN C

KESEMPURNAAN
DIRI

PENGHARGAAN

KASIH SAYANG

KESELAMATAN

KEPERLUAN ASAS

SEGI TIGA KEPERLUAN A. MASLOW


ULASAN FASILITATOR
1. Kerjaya masa dhadapan ada kaitan dengan minat dan kemanpuan diri murid.

Contoh : orang yang berminat menjadi askar/ tentera terpaksa menukar cita-citanya bila dia
bercermin mata atau tersangat rendah (di bawah 5’2)

2. Orang yang berbakat dalam bidang sukan boleh Berjaya dia mewakili negeri atau Negara.

Contoh : pemain badminton Negara, pemain bola sepak, bowling dalam sukan SEA, olimpik
jurulatih sukan dan lain-lain.

3. Anda boleh teruskan hobi yang baik yang boleh memberikan panduan untuk masa kerjaya
hadapan.

Contoh : a. Tolong ibu bapa - ahli perniagaan

b. Melukis, menulis, membaca - pelukis, wartawan, guru, pendakwah

c. Menjahit pakaian - tukang jahit

d. Memasak, mengemas rumah - pengurus hotel

e. Menyanyi, berlakon - pelakon, penyanyi, artis

4. Jika anda berminat dalam bidang unit beruniform

Contoh : PBSM, St John Ambulance, Pengakap, Tunas Islam, Tunas Puteri ada kaitan dengan

pekerjaan jururawat, tentera, polis, doctok.

4. Jika anda dapat keputusan UPSR yang baik, anda berpelua ng untuk mencapai cita-cita anda.

Contoh : Jurutera, juruterbang arkitek, peguam dan lain-lain.

FALSAFAH: KERJA YANG MULIA


ADALAH IBADAH
Aktiviti 2 : Melangkah Ke Hadapan

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahli-ahli kumpulan akan dapat

1) Mengetahui system Pendidikan Menengah di Malaysia.

2) Mengetahui syarat-syarat dan kelayakan memasuki sekolah-sekolah


berkenaan.

Bahan : lampiran A, B dan C

Masa : 60 minit

Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai


Kaedah Pelaksanaan:
I. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

II. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

III. Fasilitator mengedarkan LAMPIRAN A kepada ahli


kumpulan.

IV. Fasilitator menerangkan Carta Aliran kemasukan pelajar ke


sekolah menengah.

V. Fasilitator mengedarkan Lampiran B. Senarai sekolah


menengah berasrama penuh dan sekolah enengah harian.

VI. Fasilitator menerangka n jenis-jenis sekolah serta syarat


kemasukan( RUJUK LAMPIRAN C).

VII. Fasilitator mengedarkan kertas pendua dan meminta ahli


menyenaraikan 3 sekolah yang menjadi pilihan ahli.

Rumusan : 1. Ahli kumpulan diminta member maklum balas tentang persediaan

serta keinginan untuk melangkah kea lam sekolah menengah.

2. Fasilitator membincangkan hala tuju ahli-ahli selepas menamatkan

pembelajaran di sekolah rendah (rujuk lampiran 3)


LAMPIRAN B

SENARAI NAMA SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI MALAYSIA

1. SEK. MEN.SAINS SULTAN ABDUL HALIM, JITRA, KEDAH

2. SEK. TUANKU ABD RAHMAN, IPOH

3. MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR

4. SEK ALAM SHAH KUALA LUMPUR

5. SEK SERI PUTERI, KUALA LUMPUR

6. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG

7. KOLEJ TENGKU KHURSIAH SEREMBAN

8. SEK. DATUK ABD. RAZAK SEREMBAN

9. SEK. TUN FATIMAH JOHOR BAHRU

10. SEK. MEN SAINS SELANGOR

11. SEK. MEN. AGAMA PERSEKUTUAN, LABU, NEGERI SEMBILAN

12. SEK. MEN SAINS KUALA SELANGOR, SELANGOR

13. SEK. MEN AGAMAPERSEKUTUAN, KAJANG

SEKOLAH ALIRAN AGAMA DIBAWAH JPNS

1. SEK.MEN.AGAMA MAAHAD HAMIDIAH, KAJANG

2. SMKA KUALA SELANGOR PENKALAN PERMATANG

3. SMKA SIMPANG LIMA, SUNGAI BESAR, SELANGOR.


LAMPIRAN C

DASAR DAN SYARAT BARU PEMILIHAN MEMASUKI TINGKATAN SATU


SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA MULAI TAHUN 2000

CIR-CIRI YANG DINILAI MARKAH (%)

1. KEPIMPINAN 30

2. KEGIATAN SUKAN& PERMAINAN 30

3. KEGIATAN UNTI BERUNIFORM 20

4. KEGIATAN PERSATUAN & KELAB 20

5. PEMBERIAN BONUS
 KEGIATAN LUAR 10
 PENGHARGAAN/ 10
KEPUJIAN

6. AKADEMIK 5A UPSR
Aktiviti 3 : Kerjaya Idaman

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahli-ahli kumpulan akan dapat

1) Mengenal pasti jenis pekerjaan yang ingin diceburi.

2) Mengetahui keperluan-keperluan dari segi kelayakan akademik dan


latihan-latihan bagi jenis-jenis pekerjaan.

Bahan : lampiran A, B dan C

Masa : 90 minit

Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai


Kaedah Pelaksanaan:
1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasilitator mengedarkan LAMPIRAN A kepada ahli


kumpulan dan ahli kumpulan akan menulis jenis pekerjaan
yang mereka ketahui.

4. Fasilitator mengedarkan Lampiran B kepada ahli kumpulan


dan ahli kumpulan hendaklah menandakan pilihan pekerjaan
yang diminat mengikut susunan keutamaan secara
bernombor (5 minit)

5. Fasilitator mengedarkan lampiran C kepada ahli kumpulan


dan ahli kumpulan dikehendaki menulis nama pekerjaan
yang menjadi pilihan pertama, kedua dan ketiga daripada
lampiran B. ahli kumpulan juga dikehendaki menulis sebab-
sebab mereka memilih pekerjaan itu.

6. Fasilitator mendapat maklum balas daripada ahli-ahli


kumpulan secara rawak hasil kerja lampiran A dan lampiran
B.

7. Fasilitator member ulasan tentang pemilihan yang telah


dibuat.

8. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk membentangkan


hasil lampiran C.
Rumusan : 1. Fasilitator member ulasan dan maklum balas kepada hasil kerja

tersebut berpandukan kepada lampiran fasilitator – lampiran D.

2. Permainan tambahan:

I. Setiap kumpulan membuat sampan daripada kertas dengan


mencatat pilihan pekerjaan di badan sampan.

II. Wakil daripada setiap kumpulan akan berandng meniup


sampan ke garisan penamat yang ditandakan.

3. Guru membuat rumusan. Bagi mencapai setiap kejayaan itu

mestilah dengan usaha gigih “ Usaha Tangga Kejayaan”.

Falsafah : 1. Perancangan kerjaya harud dirancang daripada usia muda.

2. Kerjaya tidak dapat ari daripada pencapaian akademik, minat, nilai


dan sahsiah.

3. Zaman persekolahan merupakan titik permulaan kepada pencapaian


kejayaan seseorang.
LAMPIRAN A

SENARAI JENIS PEKERJAAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.
LAMPIRAN B

Nomborkan mengikut keutamaan pilihan pekerjaan di dalam ruang disediakan

PETANI MODEN

JURUTEKNIK

JURUTERBANG

PENULIS

AHLI KIMIA

DOKTOR

ASTRONOMI

PELUKIS

ARKITEK

HAKIM

JURURAWAT

WARTAWAN

PEGUAM

TUKANG MASAK

AHLI POLITIK

USAHAWAN

PRAMUGARI

AKAUNTAN

SETIAUSAHA

POLIS
LAMPIRAN C

KERJAYA

PEKERJAAN 1 :

SAYA SUKA PEKERJAAN INI KERANA:

1._________________________________________________________

2._________________________________________________________

3._________________________________________________________

PEKERJAAN 2 :____________________________

SAYA SUKA PEKERJAAN INI KERANA:

1._________________________________________________________

2._________________________________________________________

3._________________________________________________________

PEKERJAAN 3 :____________________________

SAYA SUKA PEKERJAAN INI KERANA:

1._________________________________________________________

2._________________________________________________________

3._________________________________________________________
Aktiviti 4 : Di sebalik Tabir

Objektif : Dalam akhir aktiviti, ahli-ahli kumpulan akan dapat

1) Memahami suasana serta persekitaran kerjaya.

2) Mengetahui kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu kerjaya.

Bahan : ketas pendua, selotep atau masking tape.

Masa : 90 minit

Tempat : Bilik darjah/ tempat yang sesuai


Kaedah Pelaksanaan:
1. Murid berada dalam kumpulan (di antara 8 – 10 orang).

2. Fasilitator akan memulakan sesi dengan Surah Fatihah atau


bertafakkur mengikut agama masing-masing.

3. Fasilitator menerangkan peraturan aktiviti

(i) Aktiviti hendaklah dijalankan dengan keadaan yang


terkawal.

(ii) Ahli-ahli hendaklah berseda menerima pilihan kerjaya


yang diberi oleh rakan.

(iii) Ahli-ahli hendaklah sentiasa member kerjasama dalam


menjayakan aktiviti ini.

4. Fasilitator mengarahkan ahli-ahli kumpulan masuk ke


kumpulan baru mengikut jantina.

5. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas pendua dan selotep


kepada setiap ahli kumpulan.

6. Setiap ahli mencatat jenis pekerjaan di atas kertas pendua.

7. Fasilitator menjelaskan cara aktiviti ini dijalankan dengan


membuat demonstrasi.

8. Setiap ahli mencari pasangan masing-masing. Secara


bergilir-gilir pasangan itu menampalkan kertas pendua di
belakang pasangannya.

9. Ahli berpasangan diminta meneka jenis pekerjaan yang


ditampal melalui pembayang yang diberi oleh pasangannya.
Contoh: pembayang

I. Memandu kenderaan

II. Menyandang senjata

III. Memakai pakaian

IV. Bertugas di pejabat

Rumusan : Setelah semua ahli kumpulan meneka jenis pekerjaanitu.

Fasilitator mengemukakan soalan-soalan kepada ahli kumpulan.

a) Bilangan peserta yang kerjayanya menepati tekaan pasangan.

b) Perasaan ahli apabila tekaan itu menepati tekaannya.

c) Perasaan ahli apabila tekaan itu tidak menepati tekaannya.

Falsafah : Kesesuaian pekerjaan bergantung kepada kelulusan dan bersesuaian

dengan personaliti, minat, bakal serta keupayaan diri seseorang itu.

You might also like