You are on page 1of 31

7.2 Pembelajaran dalam kumpulan dapat mendedahkan pelajar kepada pandangan-pandangan alternatif terhadap sesuatu isu atau perkara.

Bagaimana anda melaksnakan kaedah perbicangan dalam kumpulan dengan memastikan semua ahli melibatkan diri secara aktif?

PERBINCANGAN KUMPULAN (Group Discussion)

DEFINISI
Melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan gru dalam proses pembelajaran. Kaedah ini berpusatkan kepada pelajar iaitu pelajar berbincang antara antara satu dengan lain, bekongsi maklumat dan memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bag menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERBINCANGAN KUMPULAN

Kebaikan
Menyediakan peluang untuk setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Mengumpulkan ilmu pengetahuan, kebolehan, dan pelbagai pengalaman yang terdapat dalam sesuatu kelas. Boleh menggiatkan serta memberi rangsangan yang tinggi sekiranya dirancang dan disusun atur dengan betul. Membuat pelajar berminat dan terlibat bersama. Potensi sumber-sumber dari pelajar dapat diketemui dan dikongsi bersama. Proses pembelajaran yang berlaku dapat diperhatikan.

Keburukan:
Boleh bertukar menjadi satu perdebatan yang tidakmempunyai tujuan sekiranya tidak dikawal selia dangan baik. Beberapa orang pelajar boleh mendominasi perbincangantersebut. Perbincangan efektif lazimnya terhad kepada kumpulan yangbersaiz kecil. Bilangan seramai tujuh orang adalah saiz optimasesuatu kumpulan perbincangan. Perkara-perkara penting/utama perbincangan bolehmengelirukan atau hilang dengan tidak sengaja. Pengawalan masa boleh menjadi amat sukar.

Tujuan Perbincangan Kumpulan


1.Untuk memberitahu. 2.Menggiat dan memberi rangsangan. 3.Melihat pandangan/pendapat yang lain. 4.Membentuk daya kreativiti. 5.Perkongsian idea-idea. 6.Memupuk kerjasama.

Bagaimana mengawal kelancaran Perbincangan Kumpulan?


1.Guna soalan-soalan. (fakta, penilaian, intepretif) 2.Menyiasat maklumat dengan lebih lanjut. (follow-up, ulangan, jitu) 3.Guna bahasa badan (body language). 4.Berdiam diri.

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Perbincangan memberi maksud memberi ulasan, pandangan, pendapat tentang sesuatu perkara/tajuk; bertukar fikiran/idea; berkongsi maklumat Perbincangan dapat mengembangkan daya kognitif/mental dengan berfikir secara analitis, kritis dan logik; mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, memupuk semangat kerjasama dan toleransi.

Walau bagaimanapun perbincangan jika tidak di kawal oleh pemudahcara/pengeruis, akan didominasi oleh segelintir mereka yang suka dan berani bercakap dan mengakibatkan pertelingkahan.

Perbincangan boleh dilakukan dalam mesyuarat, forum, seminar. Tujuan, perkara dan skop perbincangan diadakan perlu dijelaskan oleh pengerusi kepada ahli-ahli terlibat. Perbincangan perlu diadakan dalam suasana yang selesa (ruang, posisi tempat duduk, kemesraan) Perbincangan memerlukan bilangan ahli yang optima, mereka yang berpengetahuan dan boleh menyumbang dalam perkara yang dibincangkan

Pelaksanaan
Perlaksanaan perbincangan 1-2-4 ini melibatkan 4 tahap; bermua dengan bekerja secara perseorangan, berbincang secara pasangan, berbincang dalam kumpulan kecil (4 atau 6 ahli) dan sesi pleno.

PERBINCANGAN
Tajuk perbincangan harus bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat ahli; berfaedah kepada ahliahli; tidak menimbulkan kontroversi dan sensitiviti; skop yang jelas dan khusus.

Satu
Untuk memulakan variasi perbincangan in, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh pelajar terlebih dahulu. Selepas tajuk atau masalah dijelaskan, pelajar-pelajar diminta memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan mereka. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja.

Mereka diminta menggunakan teknik refleksi dan seterusnya mencatatkan pendapat masing-masing pada sekeping kertas. Pada tahap ini, semua pelajar diminta membuat kerja masing-masing dan mreka adalah dilarang berbincang di antara satu sama lain.

Tujuan tahap ini diadakan ialah supaya semua pelajar diberi peluang untuk berfikir secara individu tanpa diganggu oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain. Di samping itu, mreka juga dapat mengaitkan tajuk atau masalah perbincangan dengan pengalaman dan pengetahuan yang lalu. Oleh sebab mereka diminta menuliskan pendapat mereka, maka proses pemikiran serta aliran pendapat mereka akan menjadi lebih konkrit dan nyata. Ini akan juga melatih mereka supaya berfikir secara lebh sistematik. Selain daripada itu, apa juga pengalaman atau pendapat yang ada pada mereka dapat dijelmakan tanpa searang ancaman atau kritikan yang mungkin memutuskan pengaliran pemikiran mereka.

Dua
Selepas masa telah tamat, maka tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar yang lain untuk membentuk satu pasangan. Perkara ini agak mudah dibuat jika pelajar-pelajar duduk berdua-duaan. Apabila pasangan telah dibentuk, kertas catatan ditukar di antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam pasangan dikehendaki membaca kertas catatan ahli yang lain.

Di sini setiap orang terpaksa membincangkan sama ada pay yang tercatat itu adalah sama atau tidak. Dengan kata-kata lain, perbincangan berbentuk dialog yang informal. Setiap pasangan diminta membuat rumusan tentang persamaan dan perbezaan pendapat serta mengumpulkan isi-isi perbualan pasangan masing-masing.

Dengan adanya perbincangan secara pasangan, maka kita boleh menjaminkan bahawa semua pelajar akan aktif berbincang. adalah mustahil jika dialog atau perbualan berlaku secara prseorangan. Ini akan menolong pelajar yang mempunyai sifat yang pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan suatu sesi soal jawab yag agak informal tanpa apa-apa tekanan luar. Selain daripada itu, setiap pasangan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap ini adalah lebih kurang 10 minit sahaja.

Empat
Seterusnya, setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yag terdiri daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan itu dikehendaki membuat kesimpulan perbincangan kumpulan. Masa yang diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit.

Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan, setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan prananyang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di-'outnumbered'. Ini akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan idea-idea masingmasing.

Sesi Pleno
Bila masa telah tamat, tiap-tiap kumpulan diminta menghantar seorng pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain Ini boleh berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan itu boleh dicatatkan pada papan tulis atau disinarkan dengan menggunakan transparensi.

Untuk menjimatkan masa, pendapat atau isi yang sama tidak perlu dicatatkan. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu.

VIDEO

KESIMPULAN
Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minimal. Guru cuma merupakan fasilator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk membantu proses perbincangan. Viriasi ini juga boleh digunakan sebagai suatu aktiviti belajar sendiri di kalagan pelajar. Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan kecil boleh diubahsuai mengikut bilangan pelajar dalam kelas dan tidak semestinya 4 orang sekumpulan. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk setiap tahap perbincangan.

CONTOH GAMBAR PERBINCANGAN

You might also like