You are on page 1of 22

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesopanan dan Kesusilaan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Kedaulatan Undangundang

Keluhuran Perlembagaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

1.0 Pengenalan Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan. Bahawasanya, negara kita Malaysia mendukung pelbagai cita-cita. Pertamanya ialah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya. Cita-cita kedua ialah memelihara satu cara hidup demokratik. Yang ketiga ialah mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. Seterusnya cita yang keempat ialah menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. Cita yang kelima adalah membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

1.1 Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan

perpaduanmasyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistempelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yangterdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar iniorang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syaratsyarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu. Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahandan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 19481960. Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak

langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapiapikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri denganserta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah MajlisGerakan Negara (MAGERAN) yang

bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama.

1.12 Objektif dan Matlamat Rukun Negara Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif Rukun Negara adalah seperti berikut; (a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negaradapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaannegara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yangkita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. (b) Untuk memelihara cara hidup demokratik Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jikatidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. (c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruhmasyarakat Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tanpa

mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. (d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaanyang kaya dan berbagai-bagai corak Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita

sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia. (e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sainsdan teknologi moden Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalambidang ilmu

pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

2.0 Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam

kontekshubungan etnik di Malaysia Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan pergaduhan kaum dan sebagainya . Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang . Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat:

warganegaraMalaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalahamalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi

merealisasikankontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysiasemasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jikaseseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negaratidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapatberfikir dengan rasional dan secara ilmiah. Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalamsetiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuahnegara yang aman, makmur dan sejahtera.Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugasdan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni.Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undangundang sepanjang masa.Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalahhasil daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagaipihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahansekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan.Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupukperpaduan. Kita jangan menyentuh kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaumlain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara. Perpaduan kaum yang eratmembolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan.Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi olehnegara luar. Semangat kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untukmenghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam kemakmuran, keamanan,kesejahteraan masyarakat dan negara kita.

2.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Prinsip pertama Rukunegara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan adalah prinsip yang menjadi teras kepada pembangunan insan, masyarakat, dan negara merangkumi peningkatan kualiti jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Asas inilah yang menjadi pendorong kuat kepada kejayaan dan kecemerlangan manusia dalam

kehidupannya. Oleh yang demikian, keimanan kepada Tuhan menjadi ikrar pertama yang dipilih dalam prinsip negara ini dan merupakan jiwa dan ruh kepada Rukunegara. Kerajaan pada asasnya melihat prinsip kepercayaan kepada Tuhan sebagai modal penyatuan, kerjasama, toleransi, dan hormat menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan kepada kenyataan bahawa ajaran setiap agama yang menyuruh penganutnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, maka prinsip ini sudah tentu menjadi nadi penting yang membina jatidiri masyakat Malaysia dari lubuk sanubarinya. Dengan percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan ajaran-ajaran agama dan memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama ke arah perpaduan atas asas bahawa setiap manusia yang mengikut fitrah pasti akan beriman kepada Tuhan yang menjadikannya. Menurut (Ahmad Marzuki 2008: 13-14)Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, agama selain daripada Islam bebas untuk diamalkan di negara ini. Bahagian 1 Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa:Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.Keterangan dari

Perlembangan Persekutuan ini membawa maksud bahawa Islam adalah agama rasmi bagi negara ini, namun agama-agama selian daripada Islam dibenarkan untuk dipraktikkan oleh kaum-kaum lain di negara ini mengikut kepercayaan masingmasing. Di samping itu, tiada diskriminasi dikenakan kepada mana-mana anggota masyarakat atas sebab kepercayaan agama mereka.Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini amat selari dengan tuntutan Islam itu sendiri yang tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk Islam melainkan dengan kerelaan dirinya sendiri, juga tuntutan supaya menghormati agama yang dianuti oleh orang

lain dan haknya untuk mengamalkannya. Namun, Islam menuntut umatnya supaya berdakwah dengan cara yang berhikmah dan bijaksana serta berinteraksi dengan cara yang paling baik dan sopan.Di samping itu, menurut prinsip ini juga, negara Malaysia tidak mengakui ilhad atau atheisme dan sebarang idelogi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Ini kerana fahaman dan sikap sedemikian merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan tabii seorang manusia yang merupakan ciptaan Tuhan, malah terpesong dari landasan fitrah dan hati nurani seorang manusia. Pihak yang tidak mengakui kewujudan Tuhan merupakan golongan yang angkuh kerana mereka tidak mahu memikirkan tentang sebab dan musabab berlakunya sesuatu di dunia ini, tentang diri manusia itu sendiri bahawa bagaimanakah ia dijadikan. Akan tetapi bilamana berlaku kesusahan dan musibah, mereka meraba-raba mencari Tuhan dan setelah hilang segala kesulitan, mereka kembali kepada kekufuran (Agus Hakim 1973: 11-12). Negara ini dengan jelas menolak fahaman atheisme untuk dipercayai dan amalkan di negara ini oleh mana-mana pihak. Pendirian rapuh seperti ini yang berasaskan kepada nilai-nilai materialisme dan hedonisme hanya membawa kehancuran dan kemusnahan kepada kehidupan manusia dan negara.Rukunegara merupakan dokumen ideologi negara yang digubal untuk menanamkan semangat kesetiaan bagi menyatupadukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ia merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang digubal ke arah pengukuhan perpaduan dan pemupukan integrasi nasional selain daripada aspek perundangan dan dasar.(Lee Lam Thye 2005: 573)Perpaduan negara menurut Leee Lam Thye (2005: 572) adalah keadaan di mana rakyat daripada pelbagai kumpulan etnik, agama, dan wilayah, hidup dengan aman dan damai sebagai bangsa yang bersatu serta memberikan komitmen yang penuh terhadap identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara. Perpaduan negara dalam konteks Malaysia tidak bermakna tidak akan wujud ketegangan atau konflik dalam masyarakat. Namun apa yang ingin diusahakan ialah agar sebarang bentuk pertembungan atau konflik yang muncul tidak lagi berpunca daripada agama, kaum, dan wilayah.

Penggubalan Rukunegara pada tahun 1970 membawa seribu satu aspirasi rakyat dari pelbagai latar belakang bagi mencapai hasrat agar Malaysia menjadi sebuah negara yang utuh dari segi perpaduan kaumnya, yang mengekalkan cara hidup yang demokratik, masyarakat yang adil, dan bersikap liberal terhadap budaya tradisi masyarakat pelbagai agama dan kaum.Secara keseluruhannya, perasaan

kebersamaan dan kejiranan serta identiti dan nilai bersama menjadi objektif utama yang ingin dicapai melalui Rukunegara ini. Rukunegara menjadi menjadi peraturan hidup atau norma hidup yang sangat penting kepada setiap anggota masyarakat di negara ini. Kepatuhan kepada norma sosial adalah sangat penting, jika diamalkan oleh setiap rakyat di negara ini, sudah pasti ia akan dapat mewujudkan perpaduan di kalangan kelompok berbagai kaum di negara ini. Ikrar-ikrar dalam rukunegara menjadi paksi kekuatan ke arah menyatupadukan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dan membina negara yang aman dan makmur. Prinsip kepercayaan kepada Tuhan menjadi tunjang pertama menggerakkan semangat toleransi dan hormat

menghormati yang ingin dijanakan melalui Rukunegara ini yang sememangnya selari dengan tuntutan utama Islam supaya menyeru ke arah kalimah yang satu (common word) iaitu mentawhidkan Allah s.w.t.Usaha-usaha ke arah seruan dakwah ini amat perlu dipertingkatkan lagi dengan lebih bersungguh-sungguh oleh umat Islam kerana inilah seruan pertama risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan para Rasul yang lain. Bahkan juga seruan ini bukan sahaja hanya kepada orang Islam, bahkan wajar ditujukan juga kepada semua penganut-penganut agama yang lain yang sudah semestinya sama-sama memperakui keesaan Allah Taala atas sifat agama itu sendiri yang membawa kepada Tuhan yang Satu dan menjadi paksi menyatukan semua manusia.Penerapan prinsip ini perlu dipergiat dengan lebih efisyen kerana agama menjadi teras utama pembinaan akhlak sahsiah peribadi dan benteng pertahanan terhadap serangan terhadap jiwa dan emosi manusia. Prinsip percaya kepada Tuhan juga dapat membina kesejahteraan dan keharmonian di kalangan masyarakat, membentuk keadilan sosial, toleransi, sikap terbuka, tolak ansur, dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Program-program berbentuk dakwah samada secara langsung ke arah menganut Islam, ataupun sebagai langkah pertama ke arah mentawhidkan Allah adalah amat perlu diperbanyak dengan cara dan kaedah yang bijaksana dan terkawal tanpa menimbulkan keadaan prejudis, prasangka, keresahan, mengganggu sensitiviti agama dan kaum, ataupun menimbulkan perkara-perkara yang mewujudkan ketegangan dan konflik. Bahkan sebaliknya aktiviti-aktiviti seumpama forum, debat, diskusi, penulisan, wacana, program televisyen dan radio, dan sebagainya ini menjadikan masyarakat lebih saling faham-memahami, bertoleransi dan hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kerukunan. Selain usaha dakwah, pendekatan unik ke arah usaha ini telahpun dinyatakan di dalam suatu hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi jirannya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Bukhari dan Muslim)Jiran dalam konteks yang umum bukan sekadar mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita, bahkan juga meliputi sautau kawasan, daerah, negeri, negara, mahupun seluruh dunia. Dan ia juga tidak membataskan kepada pegangan agama, bangsa, dan sebagainya. Jika yang tinggal bersebelahan dengan rumah seorang Muslim itu adalah bukan Muslim sekalipun, ia tetap seorang jiran yang harus dikasihi dan dihormati sebagaimana jiran Muslim yang lain. Konsep hidup penuh kerukunan seperti ini amat dituntut di dalam Islam yang diasaskan kepada konsep saling menghormati dan mengasihi antara satu sama lain.Dengan ini jelaslah bahawa penerimaan rakyat seluruhnya terhadap prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dan prinsip-prinsip Rukunegara yang lain di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian masing-masing, sudah pasti dapat membantu melahirkan perpaduan sosial dalam mana-mana anggota masyarakat di negara ini tanpa mengira keturunan dan kaum. Di samping itu, penghayatan dan pengamalan kepada prinsip-prinsip Rukunegara di kalangan rakyat dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil.

2.2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Kita perlu memahami dengan jelas konsep kesetiaan kepada pemerintah bagi menjamin kestabilan dan keamanan di Negara kita. Kita tidak perlu menentang pemerintah sekiranya kita dapat melaksanakan perintah Allah dengan aman dan tenteram. Dalam konteks di Malaysia, hanya satu kekurangan yang perlu diperbaiki oleh pihak pemerintah Negara kita. Setelah 50 tahun merdeka, sudah tiba masanya kita memikirkan undang-undang baru mengikut acuan kita sendiri. Bukan sistem perundangan yang dicipta oleh penjajah. Ini ialah bukti kecintaan kita kepada agama, bangsa dan Negara. Syukur kerana Negara kita adalah Negara aman. Ini adalah hasil usaha keras pihak pemerintah bagi mendaulatkan agama di bumi Malaysia. Kita dapat hidup dengan aman dan harmoni, tak kira apa juga bangsa dan agama. Kita menjadi contoh kepada negara-negara lain. Pemimpin Negara juga perlu tegas dalam

melaksanakan hukum dan perintah di dalam Negara. Laksanakan hukum yang telah ditetapkan oleh kerajaan tanpa mengangu ketenteraman kaum lain. Melalui konsep perkongsian kuasa di Malaysia, ia menjamin kestabilan politik Negara. Setiap bangsa diberi kuasa untuk memerintah setelah mendapat majoriti undi oleh rakyat itu sendiri. Bagi membuktikan kecintaan kita kepada Negara, jangan melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pihak polis adalah pihak yang diberi kuasa menjaga keamanan Negara. Kita perlu patuh kepada arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kekacauan. Tidak perlu melakukan demonstrasi tanpa kebenaran pihak polis. Kita sering menangisi nasib bangsa kita yang hidup berpecah belah melalui parti politik. Pelbagai pihak menuding jari sesama sendiri dan saling menyalahkan dan mengutuk antara satu sama lain. Ingatlah bahawa perjuangan kita sama, bagi mendaulatkan Negara kita. Kita perlu tenang dan sabar. Sekiranya ingin memberi pendapat terhadap kesilapan pemerintah, perlu mengikut saluran yang betul. Yang Di Pertuan Agong selaku Khalifah yang tertinggi di Malaysia perlu ditaati. Begitu juga kepada Raja-raja dan Sultan yang memerintah. Jangan menderhaka kepada Raja dan Negara. Itulah kunci kepada keamanan di Negara kita. Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga merupakan salah satu daripada prinsip rukun Negara.

2.3 KELUHURAN PERLEMBANGAN

Keluhuran Perlembagaan bererti ketinggian atau keagungan perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara Malaysia. Semua undang-undang yang lain tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan yang telah dibentuk. Parlimen pula memperoleh kuasa daripada perlembagaan dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara yang berada di luar bidang kuasanya. Meskipun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, baginda perlu menjalankan kuasanya mengikut kehendak perlembagaan. Selain itu, kuasa kehakiman mahkamah juga tertakluk kepada kehendak perlembagaan. Oleh itu, tidak terdapat sebarang institusi di Malaysia melainkan Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kuasa tertinggi. Kesepakatan yang sudah dipersetujui oleh semua pihak ketika negara mencapai kemerdekaan perlu sentiasa dihormati dan tidak dipersoalkan, harus direnung semua pihak tanpa mengira fahaman politik. Pada masa kemelut membelenggu senario politik semasa, rentetan daripada peristiwa yang tercetus di Perak sehingga pihak tertentu, khususnya pembangkang mempertikaikan kuasa Sultan. Jika semua pihak atau tepat lagi pihak terbabit memahami dan menghormati peraturan serta perlembagaan, isu itu tidak akan timbul. Menyedari akan hakikat ini, semua pihak haruslah sentiasa menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan jangan sesekali cuba untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan

dengannya. Tidak dapat dinafikan, sejak Pilihan Raya Umum Ke12 Mac tahun lalu, pelbagai peristiwa berlaku hingga lebih cenderung kepada isu perkauman, keagamaan dan Perlembagaan. Tiba-tiba saja semua orang sudah pandai bercakap mengenai hak asasi, soal Perlembagaan, isu Kontrak Sosial dan sebagainya. Kita menghormati pandangan, tetapi kita tidak senang hati apabila ada pihak tertentu berani mencabar sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan dan hak istimewa kaum tertentu atau ketuanan Melayu. Lebih menyedihkan, dalam setiap isu yang timbul, diselitkan unsur kaum, agama atau fahaman politik yang sempit. Selepas 51 tahun negara merdeka, masih ada pihak tertentu cuba membangkitkan isu perkauman yang sempit serta menjadikannya perdebatan umum. Kita berharap kerajaan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang sengaja

cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum serta keamanan negara sentiasa terpelihara. Kita mahu hak setiap rakyat di negara ini, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, akan sentiasa

memelihara perpaduan dan saling menghormati dan pada masa yang sama, kita mahu mereka yang cuba mengganggu gugat keharmonian, dikenakan tindakan sewajarnya. Sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu dijelaskan kepada generasi muda supaya mereka lebih memahami asas pembentukan negara. Prinsip Rukunegara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat. Jika ini dijadikan asas panduan, maka tidak timbul sebarang masalah. Namun, masalahnya golongan yang kononnya juara dalam segala segi, atas nama keadilan rakyat, sengaja memekakkan telinga demi kepentingan pribadi dan politik yang sempit. Segala yang berbentuk hasutan, termasuk penulisan dalam blog, hendaklah dihentikan demi kesejahteraan masyarakat majmuk, bukan mengkucarkacirkan lagi keadaan.

2.4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Setiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai perlembagaan masingmasing. Perlembagaan dan undang-undang wujud dalam masyarakat bertujuan menjamin kelangsungan sesebuah negara, menjamin kestabilannya, menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat, menegakkan keadilan serta memberi panduan dan kuasa kepada pemerintah. Justeru, perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik serta menjamin taat setia rakyat sesebuah negara itu. Selain itu, perlembagaan juga menjamin hak dan kebebasan awam mengikut batasbatas yang ditentukan perlembagaan. Ini bermakna, perlembagaan menggariskan hak, kuasa, tanggungjawab dan tatacara yang dapat memandu hubungan antara satu autoriti dengan satu autoriti yang lain supaya ia dapat menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil. Apakah maksud atau takrif perlembagaan itu? Pakar-pakar perlembagaan menyebut perlembagaan merupakan undangundang tertinggi bagi kewujudan sebuah negara. Biasanya undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang lain. Mahkamah pula bertindak sebagai penjaga perlembagaan dan mentafsir peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan dengan jelas dan muktamad. Di negara kita, Perlembagaan Persekutuan menjadi undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undangundang. Ketinggian

Perlembagaan Persekutuan boleh difahami dengan jelas di bawah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, manakala Perkara 75 pula menyebut mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal, setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang Persekutuan itu. Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan tertinggi yang menggubal undang- undang seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan, sama ada Kerajaan Pusat atau pun Kerajaan Negeri akan mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran mengikut lunas-lunas yang telah digariskan di dalam Perlembagaan.

Konsep pembahagian kuasa selari dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam sistem negara (Kerajaan) Persekutuan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri berkongsi kuasa pemerintahan dan perundangan. Selain Malaysia, negara lain yang turut mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia, India dan Brazil. Seperti disebut, Perlembagaan Persekutuan menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Ada banyak undang-undang yang dikuatkuasakan di negara kita dibentuk melalui Parlimen. Undang-undang yang terbit dari parlimen ini dikenali sebagai akta, manakala undang- undang yang terbit dari Dewan Undangan Negeri (DUN) dikenali sebagai enakmen. Walaupun DUN boleh mengadakan undang-undang tetapi ia masih tertakluk kepada Perkara 75 yang menetapkan undang-undang negeri tidak boleh bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Apakah pula makna undang-undang? Terdapat banyak takrifan undang-undang yang dikemukakan oleh tokoh falsafah, sosiologis dan tokoh undang-undang sendiri. Aquinas menganggap undang-undang sebagai 'ordinan akal' mengenai apa yang diisytiharkan baik oleh ketua komuniti. John Austin pula melihat undang-undang sebagai perintah yang diberi sama ada secara langsung atau tidak oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang berdaulat kepada masyarakat atau komuniti di mana kuasa kedaulatan undang-undang (rule of law) tersebut adalah kuasa tertinggi. Misalnya, di negara kita badan berdaulat yang menggubal dan mengeluarkan undang-undang ialah Parlimen. Lady Wooton, pakar sosiologi AS menyatakan undang-undang perlu dihadkan kepada perlakuan dan tindakan yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan masyarakat dan negara. Mana-mana perlakuan yang tidak ada hubungan dengan soal kesejahteraan negara tetapi dilihat tidak selari dengan tatasusila dan nilai peradaban masyarakat perlu diselesaikan dengan 'sanksi' (sanction) masyarakat. Satu perkara yang harus difahami ialah, perlembagaan dan undang-undang tidak sepatutnya dilihat dari aspek takrifan yang literal kepada peruntukan-peruntukannya semata- mata, tetapi ia juga ia mengandungi dan mendukung falsafah tertentu.

Falsafah perlembagaan bagi negara yang mengamalkan ideologi komunis sudah tentu berbeza falsafah dengan negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti yang diamalkan di negara kita. Di negara kita perlembagaan mengiktiraf dan menjamin hak asasi manusia. Ini bermakna perlembagaan negara mendukung prinsip hak kebebasan seperti yang terkandung dalam Bahagian 2: Kebebasan Asasi (Perkara 5-13) Perlembagaan Persekutuan. Hak-hak Asasi tersebut selari dengan Perisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat (HAM)1948, iaitu dalam Artikel 19, 20 dan 21 (HAM) yang menekankan setiap individu memiliki hak kepada pendapat dan penyuaraan, kebebasan berhimpun dan berpersatuan, hak untuk mengambil bahagian dalam negara secara langsung atau wakil yang dipilih secara bebas serta hak terhadap khidmat awam dan negara. Kesimpulan, perlembagaan merupakan undang-undang utama (induk) bagi

sesebuah negara. Ketinggian dan keagungan (supremacy of the constitution) melambangkan ia sebuah dokumen utama yang menjadi 'yard stick' segala tindakan kerajaan dan rakyat dalam sesebuah negara. Ia secara langsung menjadi instrumen yang melahirkan kuasa dan institusi-institusi di dalam sesuatu masyarakat atau negara.

2.5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN Para pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan tanggungjawab kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis; iaitu asas-asas yang telah dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka. Penyimpangan daripada semangat asal yang telah dicapai, tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan. Pada masa yang sama, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalah gunakan di peringkat pelaksanaan hingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas. Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri, memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum-kaum lain yang sah dari segi undang-undang (legitimate interests) turut dilindungi. Amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku. Setiap warga negara yang sah adalah rakyat Baginda yang harus diberikan keadilan yang setimpal. Manusia biasanya dapat berfikiran rasional jika asas pertimbangan senantiasa didasarkan kepada ilmu lalu sesuatu peristiwa ditafsirkan secara objektif berdasarkan fakta. Manusia yang mengasaskan tafsiran berdasarkan ilmu dapat memisahkan diri daripada pengaruh sentimen dan pengaruh emosi lalu dapat membezakan tentang apa yang dianggap fakta dengan apa yang diharapkan berlaku. Ilmu menjadi bernilai jika ilmu yang telah dipelajari itu dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Ujian sebenar terhadap penguasaan ilmu adalah di peringkat aplikasi. Manusia yang berjaya ilmu di menghayati peringkat ilmu aplikasi. akan Insan memperlihatkan berilmu akan

penguasaannya

terhadap

memperlihatkan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan. Kesopanan dan Kesusilaan adalah prinsip kelima dalam Rukun Negara. Lima puluh tahun yang lalu, ketika negara masih kurang bilangan cerdik pandai dan kurang bilangan profesional, kesopanan dan kesusilaan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat di negara ini, merupakan komponen yang ditekankan dalam proses pendidikan dan penyampaian ilmu, merupakan elemen penting untuk

mewujudkan kestabilan. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara senantiasa dihormati. Hari ini negara telah memiliki bilangan cerdik pandai dan bilangan profesional yang jauh lebih ramai. Namun telah mula memperlihatkan kelunturan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan. Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah, tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersendakan dan dicabar secara terbuka. Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian; atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang, di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga teralpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan. Kesopanan dan kesusilaan berperanan penting dalam membina sahsiah seseorang insan. Kesopanan dan kesusilaan itu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat kita yang harus disemai di kalangan warga ketika negara menuju untuk mencapai status negara maju. Tamadun dan budaya agung sesuatu bangsa dibangunkan atas prinsip kesopanan dan kesusilaan. Nilai-nilai tersebut jangan sama sekali disisihkan. Nilai-nilai tersebut penting dalam membina jati diri dan daya tahan warga terutama ketika warga menghadapi pengaruh dari budaya asing dalam era globalisasi ini. Ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat. Semoga komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian penting dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.

You might also like