You are on page 1of 12

Kumpulan 6

Kaedah Perbincangan
PENGENALAN
• Dilakukan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil,
terbuka dan terbimbing.
• Guru dan pelajar akan sama-sama mendapat manfaat.
• Guru dan pelajar berkongsi idea dan ini dapat memberi
ilmu baru sama ada kepada pelajar atau guru.
• Guru dapat memahami dan mengenali tahap kecerdasan
seseorang pelajar, dan memudahkan guru mengaplikasi
kaedah-kaedah pengajaran kepada pelajar yang
mempunyai pelbagai kecerdasan.
• Kaedah perbincangan adalah satu aktiviti secara
berkumpulan iaitu melalui penglibatan murid-murid secara
bekerjasama antara satu sama lain dalam membincangkan
sesuatu topik atau masalah
(Md. Rusli dan Ramlah, 1992).

• Kaedah ini tidak memerlukan guru terlalu terikat dengan


cara penyampaian maklumat atau data seperti yang biasa
diamalkan dalam pengajaran berkuliah. Sebaliknya kaedah
ini melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang dapat meningkatkan minat serta
pembelajaran kedniri dalam kalangan pelajar
(Abdul Rahim, 1989)
Kaedah Perbincangan
Pendekatan Humanistik
Ciri-ciri
-penglibatan murid
-Meningkatkan keyakinan diri
-Memupuk sifat kepimpinan
-senang mencapai standard pembelajaran murid
-memupuk semangat kerjasama
-tanggungjawab bersama
-Sepunya dalam satu kumpulan
Kaedah perbincangan adalah satu kaedah
pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran
belajar dan kemahiran berfikir pelajar seperti
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran menyelesaikan masalah serta
meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar.
Dalam kumpulan perbincangan pelajar
digalakkan menyoal, menganalisis, berhujah,
mengeluarkan pendapat dan idea untuk
bersama-sama menyelesaikan masalah atau isu
yang dibincangkan.
Terdapat banyak teknik perbincangan yang
boleh digunakan untuk guru menggunakan
kaedah ini seperti penyelesaian : -
• Seminar
• Forum
• Kumpulan Belajar
• Ebuzz
Panduan Guru membuat Ebuzz
• Sesi buzz terdiri daripada beberapa kumpulan kecil yang
dibentuk oleh guru kelas.
• Guru perlu memastikan dan menyediakan bahan untuk
menjayakan pengajaran kerja kumpulan.
• Bahan bantuan mengajar ini adalah bergantung kepada
objektif guru.
• Arahan guru hendaklah jelas
• Guru hendaklah selalu bergerak dalam kelas supaya mudah
mengawasi dan memberi nasihat, jika perlu.
• Guru juga hendaklah memastikan bahawa semua pelajar
mengikut maklumat yang ditentukan dan semua ahli perlu
mengambil bahagian dan memberi segala kerjasama.
• Berikutnya, guru akan mengarahkan para pelajar agar
membentuk kumpulan kecil ini dan memulakan perbincangan.
• Tiap-tiap kumpulan kecil yang dibentuk itu terdiri daripada
tiga atau empat orang pelajar ataupun lebih.
• Bagaimanapun tiap-tiap kumpulan akan memilih seorang
ketua yang bertindak sebagai pengerusi dan seorang pelapor.
• Sesi perbincangan jenis ini dimulakan selepas guru mengajar
sesuatu tajuk itu. Tegasnya, guru akan menyampaikan
beberapa isi penting pelajaran terlebih dahulu.
• Murid diberi masa untuk membincangkan topik yang
dibincangkan
Kelebihan kaedah perbincangan
• Melalui proses dan aktiviti perbincangan, para pelajar
dapat meningkatkan kemahiran mereka dengan
mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan
tersusun.
• Mereka dapat bertutur dengan intonasi dan gaya yang
betul melalui pengajaran dan pembelajaran dalam
mata pelajaran pendidikan kesihatan.
• Para pelajar akan dapat kemahiran mendengar dan
memahami sesuatu perbincangan dengan teliti dan
berkesan.
• Kaedah ini juga menggalakkan pelajar bekerjasama dan
berkongsi pendapat antara ahli-ahli kumpulan.
• Pelajar dapat mengembangkan pertumbuhan diri
sendiri dan sosial dengan baik.
• Kaedah ini juga dapat melatih pelajar
mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara
logik dan matang.
• Para pelajar juga dapat dilatih bekerjasama dalam
mencapai matlamat dan untuk menyelesaikan
masalah.
• Pelajar akan dapat belajar secara aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan
kesihatan.
Kelemahan Kaedah Perbincangan
• Dalam proses perbincangan, biasanya para pelajar yang
cergas sahaja yang melibatkan diri sedangkan para pelajar
yang lemah akan mendiamkan diri dan tidak menyertai
dalam perbincangan itu.
• Pemilihan tajuk mungkin tidak sesuai oleh semua pelajar
dalam kelas. Kesannya, mereka akan memberi tindak balas
yang pasif terhadap perbincangan yang diadakan itu.
• Pengubahsuaian tempat duduk pelajar akan menimbulkan
masalah dan ini mungkin memakan masa yang agak lama
dan menyebabkan kebisinngan berlaku dalam kelas itu
• Jikalau kedudukan antara kumpulan itu berdekatan, pelajar
akan menguatkan suara mereka dan suasana bising akan
wujud dalam kelas itu.
TUTORIAL BERSAMA SIR RICHARD KAJIM
:: IPG KAMPUS KENINGAU ::

Sekian Terima kasih

Jamili Bin Sumpo


&
Mohd. Fahmi Bin Nurikin
http://notappismpsejarah.blogspot.my/

You might also like