You are on page 1of 3

980310-01-6996

SAMBUTAN PEMBELIAN AKSESORI WANITA ATAS TALIAN DALAM KALANGAN


REMAJA DI TAMAN UTAMA, PEKAN NANAS

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pembelian aksesori wanita di Taman
Utama,Pekan Nanas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis aksesori wanita dalam
talian yang mendapat sambutan dalam kalangan remaja di Taman Utama dan mengkaji faktor
pembelian aksesori wanita dalam talian yang menjadi pilihan dalam kalangan remaja di Taman
Utama. Kawasan Taman Utama dipilih sebagai lokasi kajian kerana terdapat ramai remaja
membeli barangan aksesori wanita secara atas talian. Seramai 30 orang remaja di Taman Utama
terlibat dalam kajian ini. Bagi mengkaji faktor pembelian aksesori wanita secara atas
talian,kaedah soal selidik, temu bual, dan rujukan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan
dipaparkan secara kuantitif dan kualitatif. Daripada dapatan kajian, faktor harga barangan
aksesori wanita melalui pembelian atas talian adalah sangat mudah dan berpatutan merupakan
faktor pembelian aksesori wanita dalam talian menjadi pilihan dalam kalangan remaja di Taman
Utama. Selain itu, faktor cara membeli atas talian adalah sangat mudah juga merupakan salah
satu faktor pembelian aksesori wanita dalam talian. Kesimpulannya,pengkaji berharap agar lebih
ramai golongan remaja membeli barangan secara atas talian.

i
980310-01-6996

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka surat


Abstrak i
Kandungan ii
Penghargaan iii
1.0 Pengenalan 1–4
2.0 Objektif kajian 5
3.0 Lokasi kajian 6–9
4.0 Metodologi kajian 10 – 13
5.0 Dapatan kajian dan perbincangan
5.1 Demografi responden 14 – 19
5.2 Jenis aksesori wanita dalam talian yang mendapat 20 – 22
sambutan dalam kalangan remaja di Taman
Utama,Pekan Nanas.
5.3 faktor pembelian aksesori wanita dalam talian yang 23 – 27
menjadi pilihan dalam kalangan remaja di Taman
Utama,Pekan Nanas
(dapatan daripada kaedah temu bual)
6.0 Rumusan 28 – 29
Rujukan
Lampiran

ii
980310-01-6996

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah SMK Dato
Mohd Yunos Sulaiman khasnya kepada Pengetua Tuan Khiru Nasir bin Haji Rohani dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Rosman bin Syafie kerana memberi sokongan dan
kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Puan Noorashikin binti Mohammed selaku guru Pengajian Am saya.Beliau
telah meluangkan banyak masa memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.Seterusnya saya juga berterima kasih kepada semua guru yang
telah memberikan nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu yang amat saya sayangi iaitu Puan Noraini binti Abdul Subari dan bapa saya
yang tercinta iaitu Encik Mohamed Azmi bin M Tahir . Jutaan terima kasih yang tidak terhingga
buat mereka berdua kerana telah memberikan sokongan moral dan juga kewangan kepada saya
sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu Nor Farahani bte Rahmat dan Nurul Syahira
binti Sabtu ,serta semua rakan-rakan lain atas kesudian membantu saya dan atas segala nasihat
yang telah diberikan.Tidak lupa juga,terima kasih kepada responden saya kerana sudi
meluangkan masa menjawab soal selidik dan sudi untuk ditemu bual.

Akhir kata,seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

iii

You might also like