You are on page 1of 3

PERUBATAN TAMADUN INDIA

Dalam Tamadun India, ilmu perubatan dan fisiologi berada pada tahap paling primitif.
Ilmu perubatan ini telah berkembang di India sejak zaman Tamadun Lembah Indus
(3300S.M) . Para sarjana arkeologi telah menemui beberapa bukti kukuh yang mengesahkan
hakikat yang sebenar. Di samping itu, wujud juga bukti-bukti kukuh yang mengesahkan
bahawa masyarakat yang tinggal di Lembah Indus telah mempunyai kepakaran dalam bidang
sains pergigian sejak 9000 tahun yang dahulu. Pada Zaman Vedik , sistem perubatan ini juga
telah dimajukan lagi. Pengetahuan perubatan yang diguna pakai oleh orang India bermula
pada Zaman Vedik adalah sebagai seni ilmu sihir.

Bukan itu sahaja, unsur-unsur yang terdapat di dalam bidang perubatan ini juga
adalah seperti fisiologi, pernafasan melalui yoga, reproduksi manusia, pembedahan,
farmakologi dan perubatan binatang yang mana telah berkembang pada Zaman Vedik. Selain
itu, bidang ilmu perubatan pada tamadun India sangat penting kerana sumbangannya dalam
bidang pembedahan. Bidang pembedahan ini telah berkembang sejak 3 Masihi semasa zaman
Gupta. Pada zaman Gupta, mereka juga sudah memulakan pembedahan mata bagi mengubati
penyakit katarak, hidung dan patah tulang (Bhaya Prakasha. 1998.10)

Selain itu, sains perubatan India Zaman Vedik dikenali sebagai Ayur Veda. Dalam
Sanksrit , Ayur bermaksud nyawa manakala Veda bermaksud sains. Maklumat tentang Ayur
Veda terdapat dalam dua teks asas ilmu perubatan India klasik yang merupakan iktisar yang
dikarang dan disusun oleh dua orang pakar perubatan iaitu Susrutha (kurun ke-6 S.M) dan
Cakara (300 S.M). Teks-teks perubatan India seperti Cakara dan Susrutha dianggap setaraf
dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada keseluruhannya
kerana ilmu perubatan India mencapai perkembangan yang jauh lebih tinggi daripada ilmu
perubatan Yunani.

Karya perubatan yang dianggap paling awal ialah Cakara yang dihasilkan pada abad
ke-1 atau ke-2 Masihi yang diadaptasikan daripada teks Ayur Veda. Tokoh perubatan awal
yang penting ialah Susrutha yang merupakan seorang pakar tentang tubuh badan manusia.
Beliau menghasilkan sebuah karya perubatan yang terkenal iaitu Susrutha Samhita pada abad
ke-4 masihi. Teks-teks itu dikenali sebagai Susrutha Samhita dan Cakara Samhita. Teks-teks
itu menjelaskan rawatan bagi hampir semua penyakit yang dihadapi oleh manusia.
Sumbangan besar Susrutha adalah dengan memperkenalkan teknik pembedahan Rhinoplasty
yang dapat memulihkan bentuk hidung yang cacat. Teknik pembedahan hidung tersebut ada
dijelaskan dengan teliti dalam Susrutha Samhita. (C. Dougles, 1945:25). Dengan kewujudan
serta perkembangan bidang ilmu perubatan, ahli perubatan semakin disanjung oleh
masyarakat India.

Tamadun India juga telah meneroka penghasilan ubat-ubatan daripada haiwan,


tumbuh-tumbuhan dan mineral. Susruta dalam bukunya Susruta Samhita telah menyenaraikan
sebanyak 760 jenis tumbuhan perubatan. Tumbuh-tumbuhan perubatan ini telah dibahagikan
mengikut bahagian kepentingan dalam perubatan seperti racun, penawar dan tonik. Antara
pokok yang berharga ialah Chaul Mugra kerana ianya dikatakan dapat menyembuhkan
penyakit kusta. Bawang putih pula dapat merawat bisul dalam perut. Manakala pokok
Kanabis digunakan untuk memberi ketengan kepada pesakit. Kunyit dipercayai dapat
mengubat luka kerana mempunyai kuasa antiseptik (Sivachandralingam, 1999:442-443; R.
Rajakrishnan, 1995:176; G. Sivapalan, 2001:2008).

Salah seorang tokoh perubatan yang terkenal, Cakara menyatakan bahawa seseorang
doktor haruslah mengetahui punca penyakit termasuklah alam sekitar. Beliau telah
memperkenalkan ilmu Ayur Veda dimana ia merupakan sistem perubatan yang dapat
dibahagikan kepada lapan cabang iaitu, organ dalaman, kaki, lima organ utama, pembedahan
plastik, dadah, penyakit orang tua dan ginekologi. Manakala dalam bidang anatomi pula,
tamadun India telah sudah mengenali dan mahir terhadap organ-organ dalaman tubuh
manusia termasuk tulang manusia. Di samping itu, mereka juga memperkenalkan senaman
yoga yang dapat menguatkan badan dan mengawal keseimbangan dalam badan (Wan Fuad
Wan Hassan, 1996:98).

Tamadun ini juga mempunyai kehandalan dalam menjalankan pembedahan mata bagi
mengubati penyakit katarak mata, pembedahan plastik bagi memperbaiki kecacatan pada
tubuh badan seperti hidung, telinga dan bibir dan mengubati tulang yang patah (Bhaya
Prakasha. 1998.10). konsep asas ilmu perubatan India ialah doktrin humor yang bermaksud
dosa. Kebanyakan sumber-sumber mengatakan bahawa kesihatan tubuh badan dapat
dikekalkan melalui keseimbangan tiga bendalir asas dalam badan seseorang iaitu angin,
duktus hempedu,dan mucus. Ada kalanya darah dianggap sebagai humor keempat.

Seterusnya, faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan pengetahuan perubatan


di Tamadun India ini juga ialah peningkatan minat dalam fisiologi menerusi fenomena yoga,
pengalaman mistik dan ajaran Buddhisme. Perkembangan perubatan ini juga didorong oleh
hubungan dengan doktor-doktor Hellenistik. Selepas Susrutha, perubatan India tidak
mengalami perkembangan yang pesat kecuali dalam penggunaan ubat-ubatan seperti candu
dan sarsaparilla yang diperkenalkan oleh orang arab. Pada asasnya, sistem yang dipraktikkan
oleh doktor-doktor Ayur Veda pada masa kini kekal seperti zaman dahulu dan tidak
mengalami perubahan besar.

Sementara itu, terdapat pelbagai fungsi badan. Fungsi badan diselenggarakan oleh
lima ‘angin’ (Vagu) iaitu Udana, Prana, Samana, Apana, dan Ayuna (Basham, 1969:501).
Udana ialah udara yang terdapat di bahagian kerongkong yang berperanan dalam pernafasan
dan juga menelan makanan. Samana pula ialah udara yang membantu menghadamkan
makanan dalam perut. Selain itu, Apana pula terletak dalam abdomen dan berfungsi dalam
sistem pengumuhan dan pembiakan. Bukan itu sahaja, Ayuna pula menyebabkan peredaran
darah .

Ahli-ahli perubatan India Klasik,mempunyai pengetahuan tentang saraf tunjang dan


sistem saraf. Di samping itu,mereka juga mencapai kemajuan dalam bidang pembedahan.
Pembedahan yang dilakukan di India berkembang sejak zaman gupta iaitu pada abad ketiga
S.M. mereka juga boleh membuat pembedahan mata bagi mengubati penyakit katarak,
mengubati patah tulang dan hidung. Selain itu, mereka juga mahir dalam caesarean.
Pembedahan plastik juga turut berkembang pada zaman klasik. Pakar-pakar bedah India
Kuno mahir dalam memperbaiki kecacatan yang terdapat pada bahagian-bahagian badan
seperti hidung, telinga dan bibir.

Selain daripada itu, ubat-ubatan yang digunakan turut dihasilkan daripada produk
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan mineral. Kitab Susrutha menyenaraikan 760
jenis tumbuh-tumbuhan perubatan. Tumbuh-tumbuhan ini juga turut dibahagikan mengikut
kegunaan sama ada sebagai penawar,racun atau makjun. Bukan itu sahaja, minyak pokok
Chaul Mugra juga dipercayai amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit kusta. Bawang
putih pula boleh mengubati penyakit bisul dalam perut. Pokok Kanabis pula berperanan
memberikan kesan khayal bagi menenangkan pesakit manakala kunyit pula mempunyai
kuasa antiseptik (Wan Fuad Wan Hassan,1990:98)

You might also like