You are on page 1of 32

Latar Belakang Shahnon Ahmad

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Banggol Derdap, Sik, Kedah) adalah seorang penulis Malaysia. Beliau mendapat gelaran Sasterawan Negara yang dianugerahkan pada tahun 1982 dan merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Shahnon juga merupakan bekas Ahli Parlimen dan ahli parti pembangkang PAS. Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1999, beliau bertanding di kerusi parlimen Sik (P.13) dan menang. Keluarga Ayah beliau merupakan seorang posmen, bernama Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar yang berasal dari Medan, Sumatera, dan meninggal dunia pada tahun 1981. Haji Ahmad telah mengembara sewaktu mudanya dan telah berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik. Haji Ahmad pernah menjadi perisik di era Perang Dunia Kedua kepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakan-gerakan pihak Jepun. Ibu Shahnon, Hajah Kelsum binti Haji Mohd Saman, berasal dari kampong Poseng, Pattani, Thailand. Dia merupakan generasi kedua daripada keturunan Pattani yang berpindah dan bermastautin di Kampung Banggul Derdap. Semua penduduk di kampung itu adalah kaum keluarganya sendiri. Seperti juga kaum keluarganya, Mak Kelsum bekerja sebagai petani di sawah pusaka tinggalan bapanya. Pendidikan Dato Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik pada tahun 1941. Setelah lulus Darjah V (1946), beliau menuntut pula di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sejak dari tahun 1947 hingga 1953. Pada tahun 1954, Shahnon bekerja sebagai guru dan bertugas di Grammer English School di Kuala Terengganu. Dari tahun 1955 hingga 1956 beliau mendapat latihan sebagai Pegawai askar Melayu Di Raja, Port Dickson, Negeri Sembilan. Oleh kerana tidak berkelayakan, beliau kembali bertugas sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah(1957-1959).

Zaman kanak- kanak dan remaja Pada zaman kanak-kanaknya, Shahnon menjalani penghidupannya di Kampung Derdap. Shahnon dikenali sebagai kanak-kanak yang pendiam, pemalu dan tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Aktiviti yang sering dilakukan adalah mengikut ibunya ke sawah setiap hari. Semasa memasuki tahun persekolahan di Sekolah Melayu Sik, Shahnon terpaksa menyesuaikan diri dala m suasana persekolahan yang penuh dengan keriuhan, perlumbaan dan cabaran. Pada zaman remajanya, Shahnon bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid yang merupakan tempat yang berlainan sekali dengan suasana di kampung atau sekolah asalnya. Di sini, beliau bertemu lagi dengan mereka yang pelbagai kaum dan dari beberapa daerah di seluruh Kedah. Pada zaman persekolahan ini, Shahnon tidak menunjukkan kecenderungan pada kesusasteraan, tetapi lebih suka berlawak jenaka sahaja. Perwatakannya sebagai orang yang datang dari hulu dan cara bertuturnya pelat Pattani menjadi bahan ketawa dan sindiran rakan sekolahnya. Secara psikologi, ejekan dan sindiran itu menambahkan keyakinan diri, dan apabila hal itu sudah menjadi sebati, ini dijadikan pula sebagai bahan jenakanya. Pekerjaan sebelum bergelar sasterawan. Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australian National University (ANU). Beliau mengambil kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971. Sekembalinya ke tanah air, Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan tidak lama selepas itu, ditawarkan berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974. Di sinilah beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975. Shahnon kemudiannya dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979.

Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Sebahagian karya Shahnon Ahmad Anjing-anjing (1964) Debu merah (1965) Rentong (1965) Terdedah (1965) Ranjau Sepanjang Jalan (1966) Protes (1967) Perdana (1969) Srengenge (1973) Sampah (1974) Perihal Srengenge Srengenge menurut Shahnon Ahmad berasal dari perkataan Jawa Kuno yang bermaksud matahari. Tapi dalam novel ini Srengenge adalah nama bagi sebuah bukit di sebuah kampung. Bukit Srengenge. Kewujudan sebenar Bukit Srengenge dalam novel ini dapat dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran penulis, Shahnon Ahmad. Penduduk kampung di Sik itu memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Dari nama Enggang itu Shahnon Ahmad menukarkannya kepada nama Srengenge. Novel Srengenge ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain, antaranya bahasa Inggeris, bahasa Rusia dan bahasa Thai.

Srengenge membawa konflik antara manusia dengan unsur-unsur animisme. (Shahnon Ahmad Dalam Esei dan Kritikan : 114) Shahnon Ahmad memulakan novel Srengenge ini dengan kata, Srengenge tersergam hodoh macam setan. Permulaan novel ini seakan menceritakan segalanya yang tersirat. Srengenge dan setan. Bagaimana Bukit Srengenge telah dijadikan oleh setan sebagai bahan untuk menyesatkan penduduk Kampung Kaki Srengenge.

Bab 1 (Amirah) Sinopsis Srengenge digambarkan tersergam hodoh bagai syaitan.Sudah beberapa kali topik Srengenge menjadi pergaduhan antara Awang Cik Teh dan Keghesum.Bagi Awang Cik Teh, bukit itu perlu ditebas, ditebang, dibakar, ditajuk dan mesti dijadikan huma. Namun, Keghesum sebagai seorang isteri tetap mempersoalkan tindakan Awang Cik Teh itu. Awang Cik Teh sedikitpun berasa tidak tersinggung dengan Keghesum, malah berasa geli hati dengan sikap isterinya itu yang diibaratkan seperti nasi kerak yang begitu cepat kembang. Keghesum mengingatkan Awang Cik Teh tentang tentangan yang bakal timbul sekiranya usul itu disuarakan seperti mana yang pernah berlaku suatu ketika dahulu apabila Syarikat Baja hanya mampu beroperasi tiga empat bulan sebelum dihentikan apabila Siddik muncul membuat tuduhan. Hakikatnya, Siddik iri hati kerana tidak mendapat bantuan seperti orang lain kerana dia tidak mengusahakan sebarang tanaman, sebaliknya membiarkan lalang tumbuh di tanahnya. Begitu juga dengan Diah yang melemparkan tuduhan apabila tidak berpuas hati kerana tidak ada seorang pun ahli keluarganya meninggal, justeru menyebabkan dia tidak memperoleh sebarang bantuan daripada Syarikat Mati. Bukan itu sahaja, tentangan terhadap Awang Cik Teh menjadi lebih hebat apabila Awang Cik Teh bukanlah anak jati Srengenge. Walaupun pelbagai perkara dipersoalkan oleh keghesum, sedikitpun semangat Awang Cik Teh yang berkobar- kobar itu terjejas. Harapannya yang tinggi diletakkan kepada Imam Hamad memandangkan Imam Hamad adalah ketua. Awang Cik Teh sedar bukan mudah untuknya memugar Srengenge seorang diri dengan pelbagai kemungkinan yang akan terjadi dan bahaya binatang buas yang pelbagai.Tambahan pula, sakit di perdu pahanya itu kian menjadi-jadi.Walaupun Keghesum seolah-olah tidak bersetuju, namun jauh di sudut hati Awang Cik Teh, dia tahu isterinya pasti akan menurut juga akhirnya. Persoalan 1. Keutuhan hubungan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga. Walaupun Keghesum sering bertelagah dan tidak bersependapat dengan Awang Cik Teh, Awang Cik Teh tahu yang sebenarnya isterinya itu seorang isteri yg patuh dan taat. Awang Cik Teh juga sering mengusik isterinya.(ms 2-3,11,12) 2. Kebencian terhadap perkara tahyul Jelas ditunjukkan Awang Cik Teh yang berazam untuk memugar Srengenge kerana kegiatan2 yang tidak berperikemanusiaan yang dijalankan di hutan tersebut di samping masyarakat kampung di situ yang begitu taksub dengan kehebatan Srengenge yang dikatakan berpenunggu itu. 3. Peranan lelaki sebagai seorang suami dan ayah

Awang Cik Teh telah berjaya memainkan peranannya sebagai suami kepada Keghesum, dan juga ayah kepada anak-anaknya, Kadir dan Musa.Namun, keputusannya untuk memugar Srengenge itu adalah kerana dia merasakan peranannya sebagai ahli masyarakat masih diperlukan.(ms 6)

4. Peranan isteri dalam rumah tangga Keghesum walaupun selalu tidak bersependapat dgn Awang Cik Teh, namun dia sangat setia dan akhirnya akur kepada permintaan Awang Cik Teh.Selain itu segala perkara yg dilakukan oleh Awang Cik Teh akan dibantunya.(ms 12) 5. Muafakat Setiap suatu perkara yang dilakukan dalam kelompok yang besar haruslah mempunyai persetujuan dari semua ahli.Justeru Awang Cik Teh berpendapat bahawa semua anak buah Srengenge pasti akan turut setuju sekiranya dia berjaya meyakinkan Imam Hamad tentang hasratnya itu.(ms6) 6. Masyarakat yang menghargai alam sekitar Salah satu tujuan utama Awang Cik Teh memugar Srengenge adalah untuk digantikan dengan tanaman yang lebih bermanfaat seperti labu, kacang dan kangkung,pisang awak raja,timun dendang lonjong, peria, ubi keling dan banyak lagi.(ms 1 dan 13) Watak dan perwatakan 1. Awang Cik The a. mempunyai isteri bernama Keghesum b. mempunyai anak, Kadir dan Musa(ms 7) c. berasal dari Rantau Laban,Tebing Tinggi, Sumatera, Indonesia(ms 4) d. pernah bekerja sebagai kuli sukat tanah(ms 10) e. 55 tahun(ms 14) f. mempunyai 3 org cucu.(ms 13) g. optimis-tidak mengalah walau apa pun yang menghalangnya daripada menutuh Srengenge h. penyayang-sgt menyayangi keluarga dan isterinya walaupun sering bertelingkah. i. berdikari-tidak mengharapkan bantuan anak2nya untuk memugar Srengenge dan tidak bergantung hidup pada mereka(ms 5) j. berani-sanggup merantau dari jauh merentasi Selat Melaka.(ms 10) 2. Keghesum a. isteri Awang Cik The b. surirumah

c. seorang janda, anak petani(Pattani)ms 11. d. isteri yang setia dan patuh-membantu Awang Cik Teh dalam setiap perkara yang dilakukan e. kuat bekerja-tidak suka duduk bersahaja(ms 7) 3. Siddik dan Diah a. iri hati terhadap Awang Cik Teh dan melemparkan tuduhan kepadanya mengenai Syarikat Mati dan Syarikat Baja. Latar 1. Masyarakat a. Masyarakat yang iri hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Jelas dipamerkan oleh Siddik dan Diah yang masing2 tidak berpuas hati dengan Syarikat Baja dan Syarikat Mati hanya kerana mereka tidak mendapat bantuan.ms4 b. Masyarakat yang tidak suka duduk bersahaja tanpa membuat apaapa. Ditunjukkan oleh Awang Cik Teh dan Keghesum yang berasa tidak senang sekiranya tiada kerja yang perlu dilakukan. Awang Cik Teh turut percaya sakit perdu pahanya itu hanya akan hilang sekiranya dia membuat pekerjaan iaitu memugar Srengenge. 2. Tempat a. rumah Awang Cik Teh, berhampiran Bukit Srengenge. 3. Masa a. waktu siang hari,selepas Awang Cik Teh selesai makan Bab 2 (Farah) Sinopsis Bab dua bermula dengan penerangan mengenai aktiviti penduduk kampunge ketika tempoh sesudah menanam padi hingga tiba tarikh mengerat. Telah juga dinyatakan Imam Hamad yang sibuk dengan Si Jebatnya dan kemahuannya untuk menyabungnya dengan Si Didik kepunyaan Diah. Si Didik digambarkan mempunyai sisik yang tidak genap dan kepaknya yang berbingkas ciding. Imam Hamad berniat untuk pergi ke Bukit Srengenge bersama-sama Diah keesokan paginya selepas subuh untuk meracik tekukur. Mereka kerap meracik dan dikatkan pergi ke Srengenge selang tiga hari. Dia sangat berang apabila terserempak dengan Siddik yang menepuk pelanduk kerana kawasan Srengenge sangat besar dan mengganggu aktivitinya untuk meracik tekukur. Sebab Siddik menepuk pelanduk, bukannya kerana dagingnya, tetapi dia rasakan satu kenikmatan apabila terdapat tepukan atas daun medang dan apabila keempatempat kaki pelanduk terkoyak.

Useng pula menjebak landak. Pelanduk tidak akan datang sekiranya terdapat landak disebabkan baunya yang hamis dan hapak. Sebab Useng menjebak pelanduk pula bukan kerana dagingnya juga, tetapi dia rasakan kenikmatan apabila landak mengembang dan mengeluarkan bunyi rintihan. Bunyi rintihan landak dan duri-duri tajam yang berlaga dianggap satu kepuasan. Tekukur dan pelanduk takut akan landak. Saad Cik Lah yang menggetah puling dan punai menjejaskan aktiviti Useng. Tujuan utamanya kerana dia suka melihat burung itu menggelupur yang menambahkan lagi getak geluk yang liat di bulunya, dan kalau burung itu tidak mati, dia akan campakkan sahaja ke dalam sangkar besar di rumahnya. Kerengga-kerengga yang menokak-nokak bulu di perut dan mata burung itu, menggembirakan hati Saad Cik Lah. Semua orang tidak akan datang ke Srengenge apabila padi masak tidak habis diangkat naik jelapang. Awang Cik Teh berniat untuk mengutarakan hajatnya tentang Srengenge kepada Imam Hamad kerana Imam Hamadlah tunjangnya. Awang Cik Teh tidak melarang, sesiapa hendak melakukan aktiviti itu, tetapi bukan sepanjang hari dalam musim menunggu padi masak.

Persoalan 1. Nilai kemanusian kepada haiwan. 2. Aktiviti yang dilakukan ketika masa lapang. 3. Kesungguhan untuk memastikan sesuatu perkara berjaya. Bab 3 (Nina) Peristiwa penting Awang Cik Teh dan Keghesum bertandang ke rumah Imam Hamad untuk menyuarakan cadangan memugar Srengenge. Imam Hamad sedang bersiap sedia untuk pergi meracik bersama Diah pada keesokan harinya. Sebelum Imam Hamad sempat menyuarakan pendapatnya, Hajah Munah sudah membongkarkan rahsia. Imam Hamad ingin menolak namun Awang Cik Teh memberinya masa dan keputusannya ditangguhkan pada minggu hadapannya.

Persoalan 1. Kegigihan seseorang untuk menyuarakan pendapatnya - Awang Cik Teh gigih pergi ke rumah Imam Hamad pada waktu malam untuk memberitahu isi hatinya. 2. Cabaran yang dihadapi dalam melakukan sesuatu impian

Awang Cik Teh menghadapai cabaran di mana Imam Hamad hamper menolak cadangannya, namun dia tahu bahawa dia perlu bersabar dan member masa kepada Imam Hamad untuk berfikir terlebih dahulu. 3. Sikap malas dan tidak mahu berusaha yang ada pada kaum lelaki - Imam Hamad mempersoalkan tentang anak-anak muda kaki bukit Srengenge yang suka mengayun buah sahaja pada setiap masa Watak & Perwatakan 1. Awang Cik Teh a. Menghormati ketua : Memberitahu cadangannya pada Imam Hamad sebagai tanda menghormatinya b. Rasional : Tidak memberitahu pendapatnya apabila melihat Imam Hamad sedang khusyuk bercerita tentang meracik di Srengenge c. Penyabar : Tidak menggesa keputusan dari Imam Hamad tentang cadangannya 2. Imam Hamad a. Hormati orang tua : Menghormati Awang CIk Teh dan tidak mentahmentah menolak cadangannya. b. Tidak tetap pendirian : Imam Hamad sentiasa mengikut ombak dan tidak berpihak pada mana-mana pihak. 3. Keghesum a. Tidak pandai menyimpan rahsia : Memberitahu cadangan suaminya pada Hajah Munah ketika di dapur sebelum Awang CIk Teh sendiri menyampaikan isi hatinya pada Imam Hamad. 4. Hajah Munah a. Hormat suami ketika tiada tetamu namun sebaliknya apabila di hadapan tetamu Latar 1. Tempat a. Denai perjalanan dari rumah Awang Cik Teh ke rumah Imam Hamad b. Ruang tamu rumah Imam Hamad c. Dapur rumah Imam Hamad 2. Masa a. Malam waktu Isyak 3. Masyarakat a. Tidak bekerjasama dan bersatu padu b. Menghormati suami c. Mundur d. Suka meracik e. Menghormati peranan ketua Bab 4 (Awin)

Peristiwa Penting Imam Hamad dan Diah sedang dalam perjalanan menuju ke Bukit Srengenge untuk pergi meracik. Imam Hamad turut memberitahu Diah tentang berita Awang Cik The yang datang ke rumahnya semalam untuk membincangkan hal meruntuhkan Bukit Srengenge. Persoalan 1. Sikap prejudis terhadap orang lain yang boleh mengeruhkan hubungan kemasyarakatan. Imam Hamad dan Diah menganggap kehadiran sahabat lain seperti Siddik, Saad Cik Lah, dan Useng untuk melakukan aktiviti masing-masing bakal memusnahkan impian mereka untuk berjaya dalam meracik hari itu. 2. Kepentingan Bukit Srengenge kepada penduduk kaki Bukit Srengenge, iaitu tempat mereka menjalankan aktiviti kegemaran dan hobi mereka. Contohnya, menggetah puling, menjebak landak, dan menangkap pelanduk. Sementara menunggu waktu padi masak, penduduk kampong Bukit Srengenge akan menjalankan hobi mereka yang banyak tertumpu di kawasan Bukit Srengenge. 3. Sikap tidak bertolak ansur yang lahir kerana lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri. Imam Hamad dan Diah masing-masing mahu mereka sahaja yang ada di Bukit Srengenge pada waktu itu agar kegiatan meracik mereka tidak diganggu. 4. Obses terhadap sesuatu perkara kadangkala boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan. Boleh membawa kebaikan, contohnya Diah yang sampai di rumah Imam Hamad tepat pada waktunya kerana dia sangat menggemari kegiatan meracik. Boleh juga membawa keburukan, contohnya mengenepikan orang lain asalkan kemahuan diri dapat diteruskan. 5. Kaum lelaki yang mendominasi rumah tangga dan memiliki kuasa sepenuhnya dalam hal ehwal rumah tangga. Imam Hamad keluar rumah tanpa memberitahu isterinya, Hajah Munah. Isterinya turut menyiapkan makanan untuknya keluar meracik di waktu dinihari. 6. Menghargai warisan nenek moyang turun-temurun. Imam Hamad berasa bangga menjadi penduduk kaki Bukit Srengenge kerana dirasakan kehadiran Bukit Srengenge adalah satu kemegahan baginya. Watak Perwatakan 1. Hajah Munah Penyayang

Isteri yang bertanggungjawab 2. Imam Hamad Tidak kuat pegangan agama (tidak menunaikan solat subuh) Mementingkan diri sendiri (ms 40) Bermuka-muka (ms 41) Ego dan bangga diri (ms 42) Hipokrit (ms 42) 3. Diah Menepati waktu Bangga diri (dengan kehebatan Didik) Suka berburuk sangka Berfikiran kolot Suka memandang rendah pada orang lain (ms 44) Latar 1. Masa a. Waktu sebelum dan selepas subuh 2. Masyarakat a. Masyarakat yang sanggup bermusuhan demi mencapai kemahuan sendiri b. Masyarakat yang sering berburuk sangka dan prejudis terhadap orang lain c. Masyarakat yang masih berpegang pada kepercayaan karut d. Masyarakat yang menyanjung warisan dan pusaka tinggalan nenek moyang e. Masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan tradisional 3. Tempat a. Dalam perjalanan menuju ke Bukit Srengenge b. Rumah Imam Hamad

Bab 5 (Ainun) Peristiwa Penting Imam Hamad telah membunuh tekukur kesayangannya Jebat dan berasa sangat menyesal akan perbuatannya setelah mengetahui kehadiran sewah yang menjadi punca kebaculan Jebat. Dia serta-merta membuat keputusan untuk memugar Srengenge kerana sudah serik dengan peristiwa yang berlaku keatas dirinya. Persoalan 1. Sifat kemanusian yang kian terkikis.(m/s 50)

Imam Hamad dengan kejam menyiksa dan membunuh Jebat dengan kejam. 2. Sikap terburu-buru membawa padah.(m/s 49) Imam Hamad bertindak membunuh Jebat tanpa usul periksa akan kehadiran sewah yang benar-benar menakutkannya. 3. Kekurangan penghayatan terhadap alam sekitar (m/s46). Imam Hamad dan Diah amat mahir tentang selok-belok Srengenge, tetapi tidak pernah cuba menghayati kenindahan alam dan kaunikan Srengenge. 4. Peranan pemimpin dalam membuat keputusan. Imam Hamad perlu menentukan sama ada mahu memugar Srengenge atau tidak. Namun, dia masih mengira kesepakatan penduduk kampung agar segala masalah yang timbul dapat diselesaikan. Watak & Perwatakan 1. Imam Hamad a. Serba-salah kerana telah membunuh Jebat(m/s 52). b. Berfikir-fikir sama ada hendak berkunjung ke rumah Awang Che Teh dengan segera ataupun tidak(m/s57). c. Berat untuk menentukan keputusan memugar Srengenge.(m/s59-60) d. Panas baran e. Tidak berperikemanusiaan f. Mementingkan diri sendiri 2. Diah a. Memikirkan punca Imam Hamad membunuh Jebat.(m/s 54) b. Bimbang bahawa Imam Hamad akan terpengaruh dengan Awang Che Teh untuk memugar Srengenge. 3. Hajah Munah a. Sabar dengan sikap panas baran Imam Hamad yang kasar dalam menjawab segala pertanyaan isterinya yang pelik akan keadaannya setelah pulang dari memugar.

Latar 1. Latar Masyarakat a. Aktiviti berdenak tekukur(m/s47-48) i. Diah - Cari kawasan tanah lapang untuk mencacak tumang tali Si Didik di Tanah. - Kaki racik ditekan masuk ke dalam tanah,berbaris-baris gelung-gelung ekor kuda. - Bersembunyi dalam semak. - Menumpukan perhatian terhadap conggoh dahan merbau yang bakal dihinggapi tekukur.

ii. Imam Hamad - Cari tempat yang selamat. - Cacak tumang tali kuat-kuat dan atur racik. - Bersembunyi dalam semak. b. Masyarakat yang berada di bawah satu kepimpinan. i. Imam Hamad berhak memanggil penduduk kampung untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keputusan untuk memugar Srengenge. ii. Diah sendiri takut akan perubahan Imam Hamad kerana dia tahu bahawa segala keputusan berada di bawah ketua kampung iaitu Imam Hamad sendiri. c. Masyarakat yang mementingkan diri. i. Imam Hamad terus bertekad untuk memugar Srengenge setelah benarbenar menyesal dangan pembunuhan Jebat dan mahu segera berhenti meracik padahal dia sebelum ini menolak cadangan Awang Che Teh kerana minatnya terhadap tekukur. ii. Diah pula jelas terus memikirkan kesan peristiwa pembunuhan Jebat iaitu keputusan Imam Hamad untuk memugar Srengenge. Dia lebih bimbang mengenai hobinya daripada terkesan dengan pembunuhan kejam Jebat. Bab 6 (Sakinah) Synopsis Bab ini menceritakan mengenai perihal hasrat Awang cik Teh untuk memugar Bukit Srengenge. Dimulakan cerita dengan perihal kepulangan Kadir untuk menunjukkan anaknya kepada ibunya, Keghesum. Keghesum menceritakan mengenai hasrat Awang cik the untuk membuka srengenge kepada anaknya namun gagal mendapat sambutan minnat anaknya. Awang Cik Teh sekeluarga menerima kunjungan Imam Hammad dan Hajah Munah untuk membincangkan mengenai hasrat Awang Cik Teh. Imam Hammad menunjukkan respon positif dan ini sangat menggembirakan Awang Cik Teh sehingga hilang sakit di perdu pahanya. Walaubagai manapun, Imam Hammad mencadangkan untuk mengadakan mesyuarat dengan penduduk kaki bukit terlebih dahulu tanpa kehadiran Awang Cik Teh dan isterinya (supaya kurang perdebatan mengenai isu memugar bukit)

Persoalan 1. Kasih sayang dalam ahli keluarga a. Kasih sayang keghesum kepada suaminya, Awang cik Teh. b. Kadir-keluarga. Balik ke kampung bagi menunjukkan anaknya 2. semangat kejiranan a. adab bertamu 3. Menghormati ketua 4. Peranan isteri sebagai pembantu suami 5. Peranan lelaki sebagai ketua keluarga 6. Kebijaksanaan dalam mendapatkan persetujuan 7. Kerapuhan pegangan agama Watak & Perwatakan 1. Awang Cik Teh (Pak Su) a. Suami Keghesum,Ayah Kadir dan Musa b. Tegas dalam memdidik anak-anak-membiarkan anak-anak berdikaritidak suka mereka merungut tentang masalah hidup c. Rasional-menerima baik cadangan Imam Hammad supaya dia tidak terlibat sama dalam mensyurat dengan anak buah yang lain. d. Gigih- sanggup memugar Srengeng bersendirian sekiranya tidak mendapat sambutan imam Hammad e. Bijak- mencadangkan agar dihidangkan nasi yang sedap-sedap kepada Imam Hammad dan isteri supaya mereka terhutang budi kepadanya dan seterusnya memudahkan mereka untuk menpersetujui cadangan Awang Cik Teh. f. Tidak mengharapkan pada hasil Bukit Srengenge pada awal pembukaannya-minda masyarakat yang perlu diubah! g. Penyayang-mengusap-usap ubun cucunya. h. Tidak taat kepada agama- sanggup meninggalkan sembahyang hanya kerana sakit yang tidak kronik.masih boleh bekerja. i. Menghormati ketua-meminta pendapat Imam Hammad berkenaan hasranya untuk membuka Bukit Srengenge. 2. Keghesum (Mak Su) a. Isteri Awang Cik Teh (ACT), ibu kepada Kadir dan Musa b. Mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak-Kadir pulang untuk membawa anaknya c. Rajin bercerita d. Tidak berpendirian tetap-membantah tindakkan suaminya untuk membuka syarikat, namun akhirnya bersetuju juga.

e. f. 3. Kadir a. b. c.

Taat kepada suami-masak nasi seperti yang dikehendaki oleh ACT. Rajin solat.

Anak ACT dan Keghesum, telah berkahwin Isterinya pendiam Menghormati ibu bapa- balik ke kampung membawa cucu.menziarahu keluarga di kampung. Tidak bersangka buruk tentang ketegasan ACT, tidak menyampuk perbualan ibu bapanya. d. Bijak mebaca perlakuan orang lain- mengetahui tujuan kedatangan Imam Hammad dan isterinya e. Ambil berat perihal bapanya yang sakit perdu paha 4. Imam Hammad a. Suami Hajah Munah b. Rational-Mengetahui kepentingan mesyuarat c. Suka berterus terang-orang kaki Bukit Srengenge d. Bijak berstrategi melarang ACT menyertai mesyurat kerana bimbang akan berlaku pergaduhan 5. Hajah Munah a. Isteri Imam Hammad b. Pemalu-segan duduk bersama dua orang lelaki tua Latar 1. Masa a. Senja (sebelum Maghrib hingga ke larut malam) b. sehari 2. Tempat a. Rumah ACT 3. Masyarakat a. Menghormati ketua b. Berkasih sayang sesama ahli keluarga dan jiran c. Optimis d. Mundur kemajuan fizikal setempat dan mental masyarakat e. Kuat berborak dan bercerita Bab 7 ( Amalina) Peristiwa penting Imam Hamad dan Hajah Munah pulang ke rumah Awang Che Teh membayangkan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk memugak Srengenge.

Awang Che Teh percaya perubahan sikap Imam Hamad adalah kerana kuasa Tuhan. Awang Che Teh solat sunat bagi melimpahkan rasa kesyukurannya Awang Che Teh tidak kisah akan segala tentangan yang akan dihadapi kerana yakin bahawa Tuhan akan sentiasa bersamanya. Awang Che Teh yakin bahawa pemugaran Srengenge adalah tidak mustahil dan akan berlaku walau prosesnya akan menghadapi tentangan dan halangan yang dahsyat. Awang Che Teh tidak boleh tidur kerana sibuk memikirkan kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi memugar Srengenge Keghesum menceritakan kepada Awang Che Teh perihal Jebat yang diceritakan sebelumnya oleh Hajah Munah. Awang Che Teh tidak percaya kejadian Jebat adalah sebab sebenar Imam Hamad berubah sikap. Kedua-dua Awang Che Teh dan Keghesum bersiap sedia untuk solat subuh.

Persoalan 1. Ketaatan dalam melaksanakan suruhan agama - Awang Che Teh tetap berusaha untuk solat walau badannya sering sakit-sakit 2. Sikap manusia yang mudah untuk berubah - Secara tidak semena-mena, Imam Hamad berubah sikap dan menyetujui cadangan Awang Che Teh untuk memugar Srengenge hanya kerana peristiwa pembunuhan Jebat 3. Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki - Walau sedar bahawa pelbagai jenis tentangan dan halangan perlu dihadapi sepanjang usaha untuk memugar Srengenge, Awang Che Teh tetap dengan keputusan dan azamnya itu. 4. Kepercayaan dan kebergantungan yang ampuh kepada kuasa Tuhan - Walau tahu bahawa sukar untuk memugar Srengenge, Awang Che Teh percaya bahawa Tuhan akan sentiasa bersamanya dan Tuhan adalah sebaikbaik pemberi kekuatan 5. Keprihatinan terhadap hal ehwal jiran tetangga - Hajah Munah mengetahui serba serbi akan khabar tetangganya iaitu Awang Che Teh dan Keghesum. Buktinya, dia mengenali anak mereka Kadir dan tahu perihal kedatangan anak mereka ke kampung Watak dan perwatakan 1. Awang Che The a. Optimis -Walau menyedari bahawa usaha untuk memugar Srengenge adalah satu kerja yang sangat susah namun dia masih percaya bahawa ia adalah bukan sesuatu yang mustahil. Dia percaya bahawa Tuhan akan sentiasa membantunya

b. Kental - Kekentalan dalam mencapai sesuatu yang dikehendaki. Misalnya, dia berazam untuk memugar Srengenge dan demi mencapai azamnya itu, dia sanggup untuk menempuh apa jua halangan sama ada dari kerajaan mahupun penduduk kampung itu sendiri. c. Teliti - Teliti dalam membuat perancangan. Pada malam itu, dia mengirangira segala halangan yang bakal ditempuh seterusnya merancang jalan keluar bagi masalah itu. i. Eg: kalau kapak lama tidak tajam lagi, beli kapak baru d. Taat pada agama - Dia tetap menunaikan solat subuh walau badannya terasa sakit-sakit. Kebergantungannya kepada pertolongan Tuhan juga sangat tinggi sepanjang dia merancang untuk memugar Srengenge. e. Berbudi bahasa - Sangat menghormati tetamu dan melayan Imam Hamad dan Hajah Munah dengan baik. Misalnya, ketika Hajah Munah dan Imam Hamad hendak pulang, dia menghantar mereka hingga ke depan pintu dan tunggu sehingga mereka hilang dari pandangan 2. Keghesum a. Taat suruhan agama - Dia solat subuh pada awal waktu bersama-sama dengan Awang Che Teh

Unsur 1. Kemasyarakatan Prihatin terhadap hal ehwal jiran tetangga. o Hajah Munah prihatin perihal Kadir yang pulang ke rumah. Berbudi bahasa kepada jiran tetangga. o Awang Che Teh dan Keghesum melayan Awang Che Teh dan Hajah Munah dengan baik sehingga menghantar mereke ke depan rumah. 2. Kemanusiaan Ketaatan kepada agama o Keghesum dan Awang Che Teh solat subuh walau terasa berat. 3. Kekeluargaan Kasih sayang terhadap ibu bapa o Walau Kadir sibuk bekerja di bandar, dia masih mencari masa untuk melawat ibu bapanya di kampung. Saling memahami antara satu sama lain. o Awang Che Teh percaya bahawa sekiranya dia memberitahu Keghesum, isterinya tentang apa yang dia percaya tentang sebab kepada perubahan sikap Imam Hamad, isterinya itu juga akan turut menyetujuinya Bab 8 (Nazri)

Peristiwa penting Diah masuk ke Srengenge untuk meracik tekukur dan berjaya mendapat tekukur berkukku tiga dan Diah bercadang untuk menghadiahkan tekukur tersebut kepada Imam Hamad dengan harapan Imam akan mengubah fikiran untuk membatalkan hasratnya memugar Srengenge. Persoalan 1. Persoalan pangkat dan gelaran yang hanya pada nama dan tidak pada perbuatan. Eg, Imam Hamad meninggalkan solat 2. Persoalan pemimpin yang bertindak tanpa berfikit terlebih dahulu. Eg, Imam Hamad membunuh si Jebat dengan kejamnya tanpa usul periksa dahulu. Watak Perwatakan 1. Diah a. mahir dalam selok-belok meracik tekukur. Eg,berjaya mengumpan tekukur berkukku tiga yang merupakan burung yang jarang-jarang muncul untuk masuk ke perangkapnya b. licik. i. Eg, merancang untuk merasuah Imam Hamad dengan menghadiahkannya tekukur berkukku tiga supaya Imam tidak jadi untuk memugar Srengenge

Latar 1. Masyarakat a. Masyarakat yang mahir dalam urusan meracik binatang. b. Masyarakat yang bertindak tanpa berfikir secara rasional. c. Masyarakat yang gelarannya hanya pada nama dan tidak pada sikapnya. Bab 9 (Elisha) Peristiwa Penting Imam Hamad meracau - Tangan Imam Hamad mula terketar-ketar. Kemudian Imam Hamad melihat bayangan mata Hening Jebat yang minta dikasihani. Imam Hamad membayangkan keadaan Jebat yang telah diperlakukan olehnya seperti mencabut bulu, menyentak sayapnya, bulu ekornya, kakinya dan mencucuk mata Jebat. Imam Hamad menjadi-jadi bagaikan tertegur datuk atau terkena badi poke. Imam Hamad kemudian terkulai lesu.

Useng di rumah Hajah Munah - Useng duduk kemudian tarik cerana, kacip pinang hampir-hampir tiga piak, ketik kaki dan kepala sirih, mengapur, menggambir dan kemudian menujah ramuan itu masuk mulut. Useng mengunyahnya, angkat tangan dan kemudiann menuding telunjuk ke arah Srengenge. Useng mendapat tahu bahawa orang asing yang telah merasuk Imam Hamad. Useng meneruskan dengan cara bomohnya (menggunakan jin Islamnya) dan bertanyakan asal usul engkau. Useng membuat konklusi bahawa asal usul engkau adalah Srengenge dan diminta untuk berjamu bagi menghadapinya. Penduduk Srengenge pun bertungkus-lumus menyediakan hidangan untuk dibawa berjamu ke Srengenge. Perbicaraan Awang Cik Teh dan Useng - Awang Cik Teh bertanyakan Useng apa akan dilakukan jika perarakan ke Srengenge untuk berjamu tidak akan berhasil. Useng terasa dicabar dan merasakan bahawa perkara tersebut mustahil kerana percaya kepada jin Islamnya. Persoalan 1. Peranan Bomoh dalam masyarakat Useng sebagai bomoh (memiliki jin Islam) 2. Setiap perkara buruk yang dilakukan akan dibalas buruk Imam Hamad membunuh Jebat dengan tidak beperikemanusiaan. Hal ini telah menyebabkan Imam Hamad dipenuhi kekesalan sehingga boleh terkedang. 3. Peranan isteri Hajah Munah memastikan rumah tetangga terjaga walaupun suaminya terkedang dengan menjamu tetamu 4. Ketaksuban terhadap Srengenge Useng kadang-kadang berasa bahawa dia mahu tunduk menyembah Srengenge yang tersergam itu 5. Peranan perempuan dalam masyarakat Kaum perempuan tidak boleh turut serta berarak ke bukit Srengenge. Perkara tersebut merupakan pantang besar kerana kaum perempuan membawa sial terutamanya yang datang bulan. (m/s 121) 6. Pemimpin dalam masyarakat Useng satu demi satu melihat dan periksa badang yang akan dibawa ke Srengenge. Useng memberi perintah satu demi satu untuk dijunjung. Useng melakukan perancangan untuk berangkat ke Srengenge selepas Isyak Watak perwatakan 1. Imam Hamad

a. Tidak tetap pendirian i. Imam Hamad mengikuti isterinya di belakang semasa dalam perjalanan dari rumah Awang Cik Teh ke rumah mereka (m/s 92) 2. Hajah Munah a. Menyayangi suaminya i. Berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong suaminya yang terkedang ii. Cth: Berjalan ke rumah Useng untuk meminta pertolongan daripadanya dan memastikan Useng mempunyai barang-barang yang diperlukan untuk merawat Imam Hamad (m/s 104 dan 116) b. Bertanggungjawab menjaga rumah tetangga i. melayan tetamu walaupun suaminya sakit (m/s 124) 3. Useng a. Pendiam i. Tidak berkata apa-apa semasa Hajah Munah datang untuk memberitahu tentang keadaan Imam Hamad (m/s 103) b. Bomoh yang arif dalam perubatan i. Mengetahui barang-barang yang diperlukan untuk merawat Imam Hamad (m/s 104) ii. Membela jin Islam (m/s 100) c. Tidak suka dicabar/Ego i. Terasa dicabar oleh Awang Cik Teh semasa ditanya jika berjamu tidak akan dapat mengembalikan Imam Hamad dari terkedang (m/s 126) d. Pandai memberi arahan i. Menyuruh penduduk Srengenge untuk bersedia berjamu (m/s 124) Awang Cik The a. Berpandangan jauh i. ACT bertanyakan Useng jikalau berjamu tidak akan berhasil apa yang akan dilakukan (pelan seterusnya) (m/s 126) b. Rasional i. Walaupun dibelenggui banyak soalan mengenai Srengenge, ACT membuat keputusan untuk berdiam diri selepas melihatkan situasi huru-hara di rumah Imam Hamad (m/s 111) c. Bertawakal / Pegangan agama yang kukuh i. Percaya bahawa Allah s.w.t. akan membuka jalan lain untuk menolong ACT dalam rancangannya untuk memugar Srengenge (m/s 111) d. Determined

i.

Sentiasa memikirkan cara untuk memugar Srengenge sehingga menyebabkannya mengharapkan Imam Hamad mati agar Srengenge akan dibenci penduduk (m/s127)

Diah a. Bersyukur i. Melihat keadaan Imam Hamad, Diah berasa syukur terhadap Allah s.w.t. kerana tidak tertegur walaupun kerap naik Srengenge untuk meracik Latar 1. Latar Masa a. Malam Imam Hamad dan Hajah Munah kembali dari rumah Awang Cik Teh sehingga hari seterusnya sebelum Maghrib masuk 2. Latar Tempat a. Rumah Imam Hamad dan Hajah Munah b. Rumah Useng 3. Latar Masyarakat a. Masyarakat yang mempercayai bomoh dan jin Islam i. Peranan Useng sebagai bomoh diterma penduduk sebagai cara untuk menolong rawat Imam Hamad b. Masyarakat yang taksub terhadap Srengenge i. Diah merasakan bahawa jika tidak ada Srengenge adalah sama seperti tidak ada isteri, tidak ada tempat hendak asah rasa dan merasakan bahawa hidup penduduk bergantung terhadap Srengenge. c. Masyarakat yang bekerjasama i. Penduduk Srengenge bekerjasama menyediakan badang untuk dibawa berarak ke Srengenge d. Masyarakat yang saling menolong i. Kaum perempuan menolong antara satu sama lain di dapur menyediakan makanan untuk tetamu e. Masyarakat yang ketinggalan dari segi pembangunan i. Tidak ada kemudahan awam untuk membawa Imam Hamad ke hospital dengan mudah. Jika berjalan kaki akan mengambil selama dua hari.

Bab 10 (Nassira) Peristiwa Penting Imam Hamad masih tidak sedarkan diri

Persoalan 1. Kekuasaan Allah s.w.t. mengatasi pangkat seseorang. 2. Segala tindakan yang kita lakukan akan memberi pulangan yang setimpal dengannya Watak Perwatakan 1. Imam Hamad a. Tidak sedarkan diri b. Lemah semangat Bab 11 (Nassira) Perisitwa Penting Imam Hamad diusung masuk ke dalam bilik. Orang kampong termasuk Jantan dan Hjh. Munah sibuk menyiapkan hidangan ayam panggang untuk menjamu Srengenge. Ayam dipanggang oleh pihak lelaki sambil mereka berbual dan bergelak ketawa mengenai persediaan ayam yang dilakukan oleh Debasa. Badang-badang berisi ayam yang telah dipanggang dibawa keluar satu persatu dan diletakkan menghadap ke bukit Srengenge. Lima badang yang telah siap disusun dan diteliti sama ada cukup, terlebih atau terkurang. Useng menabur beras dan membaca beberapa ayat serta mantera sebagai persediaan

Persoalan 1. 2. 3. 4. Kepercayaan karut yang dipegang oleh masyarakat kampung. Sikap tolong-menolong dalam kalangan masyarakat. Aktiviti gotong-royong yang diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat. Kehidupan haiwan yang seiring dengan kehidupan manusia.

Watak Perwatakan 1. Hjh. Munah

a. Rajin-sibuk menyiapkan hidangan ayam panggang. b. Berfikiran positif-memujuk hatinya bahawa suaminya akan bangun tidak lama lagi. c. Penyayang-cuba menjenguk sekalisekala ke dalam bilik untuk melihat keadaan suaminya. 2. Jantan a. Penyayang-mengampu kepala ayahnya apabila diusung ke dalam bilik. b. Rajin-membantu dalam memanggang ayam. 3. Orang kampung a. Baik hati-membantu dalam persediaan hidangan ayam Unsur 1. Unsur Kemasyarakatan b. Bekerjasama Masyarakat bekerjasama dalam memanggang ayam untuk dibuat hidangan bukit Srengenge Masyarakat bekerjasama dalam menyediakan hidangan ayam panggang untuk dijunjung ke bukit Srengenge Masyarakat saling membantu untuk memindahkan Imam Hamad ke dalam bilik bagi menyediakan ruang untuk meletak badang ayam panggang c. Hubungan silaturrahim yang erat Berbual-bual sambil berlawak jenaka ketika melakukan pekerjaan masing-masing d. Percaya kepada benda karut Useng menabur beras pulut ke kawasan di hadapan rumah Imam Hamad dan membaca ayat-ayat al-Quran serta mantera 2. Unsur Kekeluargaan a. Kasih sayang Jantan mengampu kepala ayahnya ketika mengusung Imam Hamad ke dalam bilik Hajah Munah sibuk menyiapkan hidangan dengan harapan bahawa suaminya akan cepat sembuh dan sedarkan diri Hajah Munah sekali sekala menjjenguk suaminya di dalam bilik untuk mengawasi keadaan suaminya itu 3. Unsur Kemanusiaan a. Hajah Munah menyimpan dan meletakkan makanan untuk Imam Hamad di kepalanya walaupun masih terkedang Bab 12 (Nassira) Peristiwa Penting

Imam Hamad masih terlantar bersama-sama serangga-serangga dan gantungan baju-baju.

Persoalan 1. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. 2. Kehidupan hasil ciptaan Allah s.w.t. iaitu manusia dan haiwan. Watak Perwatakan 1. Imam Hamad Tidak sedarkan diri Lemah semangat Bab 13 (Nassira) Peristiwa Penting Kaum perempuan tidak mengikuti rombongan atas sebab-sebab tertentu. Seorang lelaki, Awang CIk Teh, harus tinggal bersama Imam Hamad sekiranya dia terbangun dalam keadaan dirasuk. Useng membahagikan tugas kepada kaum lelaki. Useng percaya bahawa dia akan mengetuai rombongan tersebut dengan pertolongan jin Islamnya. Useng duduk bertapa menghadap bukit Srengenge dan menyeru bukit tersebut untuk mencari petanda bagi memulakan perjalanan, Jin yang diserunya muncul dalam bentuk sheikh serba putih yang kemudiannya mengangguk. Srengenge tiba-tiba bercahaya. Useng bingkas bangun dan menabur beras di kawasan sekitar. Mereka memulakan perjalanan sambil diucapkan selamat jalan oleh kaum perempuan dan Awang Cik Teh yang ditinggalkan bersama Imam Hamad.

Persoalan 1. Pandangan masyarakat yang rendah terhadap peranan wanita. 2. Pembahagian tugas melancarkan sesuatu urusan. 3. Peranan kepercayaan terhadap perkara ghaib dalam menjalankan sesuatu urusan. 4. Balasn terhadap orang yang melakukan kesalahan Watak Perwatakan 1. Awang Cik Teh patuh pada arahan, berjalan lambat, berfikiran positif 2. Useng berkepimpinan percaya dan mampu berkomunikasi dengan benda ghaib, seorang yang bersyukur. 3. Keghesum prihatin penyayang. 4. Orang-orang kampong patuh pada arahan, bekerjasama.

Unsur 1. Unsur kemasyarakatan a. Patuh arahan ketua Kaum lelaki yang mengikuti rombongan ke bukit Srengenge mematuhi arahan Useng dalam pembahagian tugas b. Bantu-membantu Awang Cik Teh ditinggalkan bersama kaum perempuan untuk membantu Hajah Munah menjaga Imam Hamad sekiranya dia terjaga dalam keadaan dirasuk 2. Unsur kekeluargaan a. Ambil berat Keghesum tidak benarkan suaminya pergi mengikut rombongan kerana risau akan keadaan suaminya sekiranya dia mengikut rombongan tersebut Bab 15 (Hafizah) Persoalan 1. Kasih sayang antara suami isteri. 2. Masyarakat yang prihatin tentang kebajikan ahlinya. 3. Masyarakat yang hidup dengan semangat kerjasama dan gotong-royong yang tinggi. 4. Masyarakat kampung tradisional yang tidak merasai pembangunan. 5. Masyarakat yang percaya pada Tuhan dan beragama Islam. 6. Kepercayaan pada perkara-perkara ghaib. 7. Pergantungan pada kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit. Watak perwatakan 1. Awang Cik Teh Berkemahiran untuk megawal Imam Hamad yang seakan-akan dirasuk Tetap dengan pendiriannya untuk memugar Srengenge Konflik dalaman projek memugar Srengenge mesti diterukan juga walaupun Imam Hamad tidak sembuh. 2. Hajah Munah Berterima kasih pada pendudukpenduduk kampung yang sudi menolongnya. Setia menemani dan menjaga Imam Hamad yang sedang terkedang. Konflik dalaman takut sekiranya cadangan untuk memugar Srengenge diteruskan selepas Imam Hamad sembuh akan membuatkan penyakit Imam Hamad bertambah teruk.

Latar 1. Masyarakat a. Masyarakat yang masih menggunakan cara tradidional untuk i. Menanam padi - Memerun, menajuk, mengetam padi ii. Memburu binatang - Meracik tekukur, menepuk pelanduk, menggetah punai dan puling, menjebak landak iii. Menyediakan makanan - Menumbuk kopi

Bab 16 (Adiba) Imam Hamad masih terkedang di atas tikar.

Bab 17 (Adiba) Peristiwa Penting Useng tidak mengizinkan rombongan untuk berjamu Datuk di Serengenge untuk bercakap. Semasa mereka masuk Serengenge dan tidak sesat kerana dibantu oleh jin Useng. Mereka membawa ayam panggang untuk dihidang kepada Datuk di Serengenge. Semasa di hutan, Siddik teringat tempat ciding pelanduk, fikirannya menerewang dan cepat-cepat dia betulkan niat. Diah teringat tempat dia dan Imam Hamad berpecah untuk memacak denak. Namun, dia cepat-cepat membetulkan niatnya kembali kerana dia tidak sepatutnya mempunyai niat jahat terhadap Serengenge pada waktu itu. Useng memberi salam kepada Datuk di Serengenge dan salamnya berjawab. Useng mampu untuk mengetuai rombongan untuk berjamu kerana dia dibantu oleh jin. Tanpa bantuan jin dia sendiri tidak pasti sama ada dia berani atau tidak. Upacara berjamu diadakan. Ketika pulang ke rumah, mereka berebut-rebut untuk mendahului barisan hadapan kerana takut berada di barisan belakang rombongan. Useng masih mendahului barisan kerana penduduk kampung lain tidak boleh memotong Useng yang dikuasai oleh jin.

Persoalan 1. Peranan pemimpin untuk mengetuai sesebuah rombongan. 2. Kepercayaan karut oleh masyarakat kampung dan kebergantungan kepada jin untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 3. Kepatuhan pengikut kepada ketua mereka.

4. Kesedaran melakukan tanggungjawab masing-masing yang telah diberikan oleh ketua. 5. Keyakinan pengikut terhadap ketokohan pemimpin. 6. Peranan kaum wanita ( kaum wanita hanya tunggu kepulangan kaum lelaki di rumah dan menjaga Imam Hamad yang masih terkedang ) 7. Pegangan agama yang tidak kukuh ( mantera =syirik) Watak Perwatakan 1. Useng Ketua rombongan upacara berjamu ke bukit Serengenge. Seorang yang berhati-hati ; dia mengarahkan pengikutnya agar terus membisu kerana bimbang percakapan yang melalut boleh jadi tidak senonoh. Cekap memberi arahan kepada pengikut ; mengagihkan tugas kepada pengikutnya dan mengingatkan mereka agar tidak menebas ranting, jangan bercakap dan sebagainya. Mahir meneroka hutan dengan bantuan jin 2. Siddik dan Diah Patuh kepada arahan Useng : mereka tidak membiarkan fikiran melata merata-rata kea rah yang dilarang Useng.

Bab 18 (Bazilah) Peristiwa Penting Useng dan para penduduk lelaki pulang daripada menjamu hidangan kepada orang Srengenge di bukit Srengenge pada waktu sebelum terbit fajar

Persoalan 1. Kepercayaan karut dalam masyarakat Useng, Hajah Munah dan para penduduk lain percaya bahawa semangat orang Srengenge yang masuk ke dalam badan Imam Hamad yang meneyebabkan Imam Hamad terkedang dan kadang-kadang terkejang 2. Peranan bomoh dalam mengubat penyakit Hajah Munah memanggil Useng untuk mengubat Imam Hamad yang terkedang kerana dia yakin bahawa Useng adalah seorang bomoh yang mahir dan berpengalaman dalam amalan perubatan tradisional 3. Kepimpinan seorang ketua

Using menunngu semua penduduk lelaki yang bersama-sama membawa hidangan untuk dijamu kepada orang Srengenge sampai di rumah Imam Hamad terlebih dahulu meskipun dia telah lama sampai dan dijemput naik ke atas oleh Awang Che Teh dan Keghesum 4. Kerjasama dalam masyarakat Penduduk kampung bergotong-royong menyediakan ayam badang dan hidangan yang lain untuk dijamu kepada orang Srengenge dan mereka semua hanya pulang ke rumah masing-masing setelah Useng dan penduduk lelaki berjaya pulang dari Bukit Srengenge 5. Kasih sayang seorang isteri terhadap suami Hajah Munah berusaha untuk mengubati suaminya, Imam Hamad meskipun terpaksa memanggil Useng dan para penduduk yang lain untuk menyediakan hidangan untuk dijamu ke bukit Srengenge yang dipercayai mampu untuk memulihkan semula Imam Hamad Watak Perwatakan 1. Useng - Berpengetahuan dalam perubatan tradisional Dia bertanggungjawab dalam mengubati Imam Hamad yang terkedang kerana Hajah Munah dan penduduk yang lain yakin akan kebolehan dan kemahirannya untuk mengubat orang sakit - Bertimbang rasa Useng menunngu semua penduduk lelaki yang bersama-sama membawa hidangan untuk dijamu kepada orang Srengenge sampai di rumah Imam Hamad terlebih dahulu meskipun dia telah lama sampai dan dijemput naik ke atas oleh Awang Che Teh dan Keghesum 2. Hajah Munah - Penyayang Hajah Munah berusaha untuk mengubati suaminya, Imam Hamad meskipun terpaksa memanggil Useng dan para penduduk yang lain untuk menyediakan hidangan untuk dijamu ke bukit Srengenge yang dipercayai mampu untuk memulihkan semula Imam Hamad 3. Awang Che The - Patuh kepada arahan Useng yang mengarahkannya untuk tunggu di rumah bagi bersedia akan kemungkinan yang berlaku kepada Imam Hamad dan kaum wanita yang lain melakukan tugasnya dengan baik Unsur 1. Unsur Kemasyarakatan a. Para penduduk kampung sanggup berkampung di rumah Imam Hamad untuk bekerjasama menyiapkan makanan yang hendak dihidang bagi

menjamu orang Srengenge bagi mengubati penyakit yang menimpa ketua kampung mereka, Imam Hamad Bab 19 (Bazilah) Peristiwa Penting Imam Hamad yang dalam keadaan separa sedar diseksa oleh Jebat sebagaimana yang pernah dilakukannya kepada Jebat sewaktu Jebat yang disangkanya bacuk apabila berhadapan dengan sewah

Persoalan 1. Balasan setimpal terhadap perbuatan yang kita lakukan a. Imam Hamad yang pernah menyeksa Jebat sehingga mati kerana kecewa apabila Jebat bacul apabila berhadapan dengan Sewah menghadapi situasi yang sama dalam keadaannya yang dibawah kesedaran apabila dia turut diseksa oleh Jebat sepertimana yang dilakukannya dulu 2. Realiti vs. fantasi a. Imam Hamad berada dalam keadaan separa sedar apabila dia bermimpi diseksa oleh Jebat dan dia keliru kerana dia berasa seperti diseksa dalam sebuah situasi yang benar-benar berlaku Watak Perwatakan 1) Imam Hamad - Menyesal Imam Hamad yang dahulunya pernah menyeksa Jebat sehingga mati menyesal terhadap perbuatannya dahulu dan dia merayu-rayu agar Jebat memaafkannya kerana dia begitu menyesal atas perbuatannya yang melulu itu Bab 20 (Karimah) Peristiwa penting Imam Hamad tersedar daripada mimpi yang dia didera oleh Jebat tetapi masih dalam keadaan koma. Useng acap kali memeriksa keadaan Imam Hamad yang masih belum sedar walaupun sudah berjamu pada orang Srengenge. Useng menafikan kebimbangannya bahawa Imam Hamad sudah tidak boleh diselamatkan lagi kerana : o Menjaga maruahnya sebagai bomoh yang handal yang tak pernah gagal sepanjang kerjayanya. o Penduduk kampung akan pandang serong pada USeng sebab kali ini, percubaannya gagal. o Penduduk akan ingat bahawa Useng tahu tentang perancangan Imam Hamad untuk ikut sert Awang Cik Teh pugar Srengenge-dia dah tak boleh menjebak landak.

Diah tanya ACT samada dia ada hajat atau tidak. ACT ingin memberitahu orang ramai tentang hajatnya untuk pugar Srengenge tetapi tidak berkesempatan kerana : o Kurang manis untuk buka mulut pada waktu Imam Hamad belum sedar. o Jika dia beritahu tentang rancangannya, orang akan membantah dan tidak percaya kerana sebelum ni, 2 hajatnya tak berjaya (syarikat baja & syarikat mati). Diah kenakan Awang Cik Teh (ACT) sehingga hajat ACT untuk pugar Srengenge di ketahui umum. Useng syak ACT dah dirasuk orang Srengenge kerana niat buruknya itu ibarat menelenjangi Srengenge = runtuh madrasah = ibarat cabut batu nisan = seperti koyak Al-Quran. Bunuh Srengenge ibarat membunuh diri = dosa besar = masuk dalam golongan kafir = tidak cium bau syurga = nabi tak mengaku umat. Useng menyuruh semua orang bersedia baca Yaasin untuk Imam Hamad dan ACT mengetuai bacaan. Dan dengan harapan bacaan Yaasin itu dapat melindungi ACT daripada dirasuk semangat jahat. Akhirnya, Imam Hamad semakin nazak dan meninggal dunia.

Bab 21 (Karimah) Peristiwa Penting Semua orang bergerak melakukan tugas masing- masing untuk mengebumikan Imam Hamad. Akhir cerita Srengenge tetap tersergam hodoh macam setan. Penduduk masih takut akan Srengenge dan sanggup tinggal dalam kebimbangan walau sepanjang hidup mereka.

Persoalan 1. Persoalan pengetahuan tentang perubatan secara tidak formal (ms 183) - Useng memeriksa nadi, mata Imam Hamad seperti gaya seorang doktor untuk memastikan keadaan kesihatan Imam Hamad. 2. Persoalan kesungguhan melaksanakan tanggungjawab sehingga selesai. ( ms 183-186) - Useng berusaha mencari punca Imam Hamad belum sedar walaupun setelah berjamu pada orang Srengenge semalam. Dia memeriksa keadaan Imam berulang kali. 3. Persoalan kepercayaan karut dalam masyarakat kampung. (ms 201-202) - Penduduk kampung terlalu memuja Srengenge seperti menyembah Tuhan - Pergi berjamu 4. Persoalan peranan pemimpin dalam memastikan kelancaran tugasan. ( ms 192, 199) - Useng memainkan peranan sebagai seorang ketua apabila dia telah membahagikan tugasan bagi setiap orang untuk proses mengebumikan Imam Hamad.

- Para penduduk begitu bergantung pada Useng sehingga mereka akan lakukan apa sahaja arahan daripada Useng. 5. Persoalan kepatuhan pada arahan ketua dalam melaksanakan tanggungjawab. (ms 196) - Penduduk kampung patuh pada setiap arahan daripada Useng. Semua orang bergerak melakukan kerja yang telah ditetapkan oleh Useng untuk mengebumikan Imam Hamad. 6. Persoalan pegangan kuat pada adat melayan tetamu. (ms 187) - Tuan rumah lebih mementingkan keadaan tetamu. - Hajah Munah memastikan tetamunya tidak kelaparan walaupun Imam Hamad masih terkedang di dalam bilik. Soal sakit, biar tinggal sakit. Makan jangan lupa. 7. Persoalan peranan bomoh dalam masyarakat untuk menyelesaikan masalah. (ms 184) - Useng meamainkan peranan penting menyelamatkan wanita yang beranak songsang, merawat anak yang sawan, dipatuk ular selar, orang drasuk, dll. 8. Persoalan sikap prejudis terhadap orang lain. (ms 189, 191) - ACT syak bahawa Diah yang menyuruh Sidik bertanya tiba- tiba tentang hajatnya kerana hanya Diah yang tahu tentang hajatnya itu. - Useng menganggap bahawa ACT telah dirasuk oleh orang Srenggenge. 9. Persoalan kerapuhan agama dalam pegangan masyarakat kampong. (ms 194) - Useng menganggap berniat pugar Srengenge ibarat menelanjangi Srengenge. Dia menyamakannya meruntuhkna Srengenge ibarat meruntuh madrasah, mencabut batu nisan dan mengoyak Al-Quran. - Kepercayaan melampau pada semangat Srengenge. 10. Persoalan kerjasama masyarkat menjalan tugas. (ms 199, 201) - Penduduk bersama- sama mengusung Imam Hamad ke serambi dari bilik. - Penduduk kampung bergerak melakukan tugasan yang telah ditetapkan dalam proses untuk mengebumikan Imam Hamad. Watak Perwatakan 1. Awang Cik Teh a. Bertimbang rasa tidak menyuarakan hajatnya pada waktu Imam Hamad mash terkedang. (ms 188) b. Prejudis syak bahawa Diah yang menyuruh Sidik bangkitkan hajatnya nak pugar Srengenge (ms 189) c. Fikiran pendek terlanjur cakap tentang hajatnya yang menikam diri sendiri. d. Azam kuat- untuk pugar Srengenge, sanggup lakukan seorang diri. 2. Useng a. Berpengetahun luas - tentang ilmu perubatan secara tidak formal. b. Bersungguh melakukan tugas berusaha menyembuhkan Imam Hamad. c. Pentingkan maruah (ms 184)

d. Tidak materialistik tidak lakukan tugas kerana Wang (ms 184) e. Berkepimpinan mengetuai setiap pekerjaan f. Berkemahiran mengubati penyakit anak sawan, beranak songsang, dipatuk ular. Unsur 1. Unsur kemasyarakatan a. Kerjasama- penduduk kampung tidak pulang dan bekerjasama menguruskan pengebumian Imam Hamad. b. Tangungjawab (ketua-anak buah) Useng sebagai ketua bertangunggjawab di atas penduduk lain dalam memastikan mereka melakukan tugasan mereka. c. Prihatin masyarakat kampung prihatin terhadap keadaan Imam Hamad sekeluarga. Golongan wanita berkerjasama menolong Hajah Munah menyediakan makanan. d. Pandang rendah penduduk pandang rendah akan hajat ACT kerana setiap hajatnya sebelum ini tidak pernah Berjaya. 2. Unsur Kekeluargaan a. Hubungan suami- isteri = kasih sayang, mengambil berat - Hajah Munah mengambil berat akan keadaan suaminya Imam Hamad sehingga dia sering bertanya pada Useng tentang keadaan suaminya. - Hajah Munah menangisi kematian suaminya tercinta. b. Hubungan anak- ayah = kasih sayang - Jantan menangisi pemergian ayahnya, Imam Hamad. 3. Unsur Kemanusiaan a. Kasih sayang Hajah Munah dan Jantan menyayangi Imam Hamad. Mereka menangisi pemergian Imam Hamad ( ms 200) b. Tanggungjawab Useng melaksanakan tanggungjawabnya memulihkan Imam Hamad sebaik mungkin sehingga Imam Hamad sedar. Dia mencari punca kenapa Imam Hamad masih belum sedar lagi (ms 183- 186) c. Simpati, saling menghormati Awang Cik Teh tidak memberitahu hajatnya kerana masa yang tidak sesuai dengan Imam Hamad yang masih sakit. d. Prihatin Useng bimbang jika ACT dibiarkan pulang, Keghesum tidak mampou melawan ACT jika dirasuk oleh orang Srengenge. (ms 192) e. Ketidakperikemanusiaan Diah, Sidik dan Saad Cik Lah masih lagi sampai hati membuat jenaka di waktu Imam Hamad masih lagi sakit di dalam bilik. (ms 187) f. Prejudis ACT syak bahawa Diah yang menyuruh Sidik bertanya tentang hajatnya nk pugar Srengenge. Useng syak bahawa ACT telah dirasuk roh Srengenge.

You might also like