You are on page 1of 17

SEJARAH PERKEMBANGAN PUISI MELAYU

1.0

PENDAHULUAN

Puisi pada mulanya lahir sebagai bentuk kesenian yang berpindah dari mulut ke mulut.
Pawang, bomoh, dan penglipur lara menghafaz mentera-mentera, doa, pantun dan syair untuk
dibaca dan dinyanyikan dalam istiadat perkahwinan, tolak bala, kelahiran, kematian, memuja
semangat padi, menyeru arwah-arwah penjaga laut dan istiadat lain yang penting dalam
kehidupan orang bermasyarakat. Bahasa digunakan untuk menyusun puisi pada bentuk yang
awal, mudah, berirama dan tepat.
Menurut seorang sarjana, Md. Ali Bachik ( 1989:ix ), menjelaskan puisi bermakna
karangan berangkap atau berbaris-baris. Puisi meliputi seloka, gurindam, bahasa berirama,
pantun, talibun, syair, nazam, nasyid, mantera, perbilangan adat dan teromba, rangkait dan teka
teki.
Manakala Rahman Shaari (1987:70) menyatakan puisi merupakan ungkapan atau
rangkaian kata-kata yang berangkap-rangkap. Kata-kata dalam puisi disusun dengan
memberatkan irama, bunyi, rima, dan kiasan. Biasanya pada masa dahulu, karya seni ini dicipta
untuk maksud tertentu, misalnya jampi mentera untuk perubatan (tradisional), pantun remaja
untuk meluahkan perasaan dan fikiran. Selain jampi mentera dan pantun, terdapat pula gurindam,
syair, seloka dan lain-lain.
Selain itu, Samsina Abd Rahman (1999:91) turut menyatakan bahawa puisi adalah salah
satu genre sastera. Puisi berfungsi sebagai penghias, penyempurnaan dan memperindahkan karya
prosa di samping sebagai sebuah hasil karya yang kaya dengan ciri-ciri estetika serta
mengandungi mesej dan wawasan yang tinggi nilai falsafahnya.

Menurut Arbaie Sujud dan Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi (Sastera Melayu Suatu
Pengantar :2010:26), sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid
puisi melayu tradisional. Dari segi bentuk, sajak berbentuk bebas. Dalam hal ini kebebasan
bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada puisi
tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan
sensitiviti penyair mahupun penggabungan daripada bentuk-bentuk yang ada. Walaupun daripada
sudut bentuk wujud kebebasan, namun sajak masih terikat dengan penerapan dan penggunaan
bahasa sebagai medium penyampaian. Secara umum sajak terbentuk daripada kata-kata terbaik
bermaksud wujudnya nilai rasa dan nilai erti yang seimbang dan bersifat harmonis antara kata
dan maksud yang disampaikan.
Daripada pandangan beberapa orang penulis di atas dapatlah disimpulkan bahawa puisi
adalah pandangan tentang kehidupan, kebenaran, kecantikan, fikiran terbaik, emosi dan bahasa

yang indah yang membawa mesej seseorang pengkarya. . Puisi juga merupakan sebuah wacana
yang lengkap. Untuk semua masyarakat. Oleh itu puisi merupakan karya kreatif yang boleh
digunakan untuk menyampaikan fikiran, nasihat, tunjuk ajar dan pendidikan seperti yang
terdapat dalam mentera, pantun, syair dan lain-lain.
Kertas kerja ini akan membincangkan tentang sejarah perkembangan puisi melayu yang
akan di bahagikan kepada lima zaman iaitu Zaman Pemerintahan Jepun, Selepas Pemerintahan
Jepun, Tahun Lima Puluhan, Tahun Enam Puluhan dan Tahun Tujuh Puluhan
2.0

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Terdapat beberapa faktor dalam perkembangan puisi melayu iaitu situasi sosial dan
politik, sikap penciptanya, peranan penerbitan dan pemimpinnya serta sikap pembaca.
Berdasarkan faktor-faktor inilah diperlihatkan perkembangan puisi Melayu moden yang akan
dibahgikan kepada lima period atau zaman. Perkembangan ini akan diterangkan secara rinci pada
analisis di bawah.
2.1

ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN (1942-1945)

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu dilandasi oleh matlamat politiknya yang


dijelmakan dalam slogan Asia Untuk Asia dan Asia Timur Raya Makmur di Bawah Pimpinan
Dai Nippon. Ini dimaksudkan, Jepun bercita-cita menjadi kuasa besar yang dihormati di Asia
dan berusaha menyingkirkan kuasa Barat. Oleh itu melalui slogan-slogan tersebut, pemerintahan
Jepun menyebarkan propaganda untuk mendapatkan sokongan serta keyakinan rakyat.
Ditegaskannya, bahawa kedatangan mereka ke negeri-negeri di Asia Tenggara untuk
memberikan kenikmatan baru dan menyelamatkan rakyatnya daripada kekejaman penjajah Barat.
Selain daripada itu, pemerintahan Jepun menetapkan dasar penerbitan akhbar dan
majalah supaya dapat menyalurkan propagandanya dengan lebih berkesan. Setiap penerbitan
diarahkan menggunakan nama yang mencerminkan konsep cahaya matahari lambang
semangat dan keagungan bangsa Jepun. Demikianlah lahirnya majalah-majalah Matahari
Memancar, Sinaran Matahari dan akhbar Pancaran Matahari yang diterbitkan oleh penerbit
persendirian. Selanjutnya, Berita Malai, Semangat Asia dan Fajar Asia, iaitu tiga penerbitan
terkemuka diletakkan di bawah pengawasan pemerintahan Jepun.
Sesungguhnya, kegiatan propaganda dan dasar pemerintahan Jepun serta perubahan
sosiobudaya dan politik bangsa Melayu inilah yang mempengaruhi arah perkembangan puisi.
Dengan adanya pengawasan yang ketat terhadap akhbar dan majalah, tentunya puisi atau sajaksajak yang dihasilkan lebih ketara membawakan nafas atau semangat Jepun. Terlihat dalam
period 1942-1945 ini, sebilangan besar daripada jumlah sajak yang dihasilkan adalah
mengemukakan semangat kebangsaan. Pernyataan semangat tersebut memberikan penekanan
kepada perjuangan, persatuan serta permuafakatan bangsa Melayu dan Indonesia. Malah buat
pertama kalinya penyataan Nasionalisme Asia menjadi begitu dinamik. Penyataan demikian
antaranya ditemui dalam sajak-sajak Marilah Bersatu (Berita Malai, 31 Oktober 1944) dan
Membela Nusa (Berita Malai, 21 November 1944) dan Bakti Putera Timur (Berita Malai, 13
Februari 1945) karya Masuri S.N., yang muncuk sebagai penyair terpenting sumbangannya.

Melalui sajak Marilah Bersatu itu, terkihat seruan kearah mewujudkan perpaduan dan
kekuatan bangsa Asia, iaitu sesuai dengan semangat Asia Untuk Asia yang dibina oleh
pemerintahan Jepun. Antaranya Masuri menyuarakan:
Bukan masanya berpecah belah
Satu ke barat, satu ke timur
Tenaga semua perlu tersimpul
Agar Asia menjadi makmur.
Wahai saudara bangsa Asia
Tetapkan hati mengadap derita
Awal bermula, azab sengsara
Kelak bertukar bahagia raya.

Pada lahirnya sajak-sajak zaman Jepun amat mudah dianggap menjadi alat propaganda.
Ini, pertamanya kerana sajak-sajak yang dihasilkan begitu banyak membawakan slogan yang
melambangkan semangat, kemegahan serta keagungan bangsa Jepun seperti Cahaya Asia,
Asia Raya dan Matahari Timur. Keduanya, sajak-sajak yang mengambarkan kemiskinan dan
kemelaratan hidup rakyat amat kecil jumlahnya. Kalau ada pun, seperti sajak Kepada Kaum
Tani (Semangat Asia, Julai 1943), lebih menyarankan supaya rakyat bekerja kuat mendapatkan
bahan makanan sendiri.
Namun demikian, penggunaan slogan dan lambang-lambang kemegahan Jepun itu dapat
dimanfaatkan sebagai penghubung cita-cita politik dan perjuangan bangsa Melayu. Tiga buah
sajak Masuri S.N., iaitu Bunga Sakura (Berita malai, 5 September 1944), Ros Kupuja (Berita
Malai, 5 September 1944), dan Perajurit Negara (Berita Malai, 12 September 1944) dapat
dikemukakan sebagai contoh. Dalam sajak terakhir ini, antara lainnya disuarakan:
Berjuanglah, berjuanglah Perajurit Negara
Tunjukkan keperwiraan bangsa Asia
Sanggup membela turut bertempur
Haram menyerah tak pernah undur.
Jangan bimbang janganlah walang

Teruskan menggempur pihak sekutu


Bunga pujaanmu, mekar berkembang
Menanti pulangmu sarat merindu.

Walaupun seruan ini menepati strategi Jepun, tetapi tidak pula terlihat secara jelas
menyokong perjuangan tentera Jepun. Dengan itu, seruannya lebih tepat ditujukan kepada
barisan tentera pemuda Melayu dalam PETA. Penubuhan barisan ini pada lahirnya menentang
musuh Jepun, sedangkan matlamat sebenarnya adalah untuk mengambil alih pentadbiran Tanah
Melayu. Jadi, apabila disuarakan menggempur pihak Sekutu, tidaklah dimaksudkan berjuang
menentang Inggeris dan Amerika sahaja melainkan termasuk juga Jepun sebagai bangsa yang
menjajah. Dan ini memperjelaskan pula bahawa Bunga pujaanmu itu bukanlah bunga sakura,
tetapi bunga ros yang melambangkan tanahair dan bangsa Melayu menanti kejayaan perjuangan
barisan tentera pemudanya.
Suatu hal lain yang menarik ialah terdapatnya sebuah sajak yang mengemukakan
persoalan bahasa, iaitu sajak Bahasa dan Bangsa (Sinaran Matahari, 24 Ogos 1942) karya
Muhammad Hassan Abdul Wahab. Dengan sajak ini menunjukkan, semangat kesedaran bangsa
Melayu mencintai bahasanya, menjadi sama pentingnya, malah seiring dengan perjuangan
menegakkan kedaulatan bangsa dan tanahair:
Bahasa boleh melemahkan pedang
Menewaskan musuh yang masih gadang
Bahasa pula bukan kepalang
Patutlah kita menaruh pandang.
Oh bahasa, kamulah senjata
Kepada kamu aku bercinta
Dengan kamu aku meronta
Buat menjaga bangsa dan nusa.

Begitulah sajak-sajak sepanjang period atau zaman pemerintahan Jepun ini.


Perkembangannya yang jelas ialah berlakunya perubahan dari segi corak serta kesan penyataan
persoalannya. Dari kesan penyataannya yang lebih banyak menyarankan sikap pesimis dan nada

melankolik (mendayu-dayu) pada zaman sebelum perang, berubah kepada sikap optimis dan
nada patriotik. Tetapi dari segi teknik, pada umumnya masih memperlihatkan persambungan
dengan ciri-ciri puisi Melayu tradisional. Sajak Di Senja Kala (Berita Malai, 17 Oktober 1944)
karya Masuri S.N. adalah di antara contohnya. Sajak ini yang begitu berkesan membawakan
gambaran keindahan alam kerana dihubungkan dengan keagungan Tuhan, ternyata masih
mengekalkan penyusunan baris dan penggunaan rima seperti pantun atau syair. Cuma sajak-sajak
yang dihasilkan olen penyair dari Indonesia sahaja yang telah melakukan penyimpangan atau
pemutusan daripada ikatan bentuk pantun dan syair. Ini terlihat jelas pada sajak-sajak Memuja
Bonda (Semangat Asia, April 1943) dan Kewajipan Kita (Fajar Asia, 27 Mac 1943) karya
Bacthiar Effendi. Walaupun demikian, perubahan pernyataan sikap itulah menjadi titik tolak arah
perkembangan puisi yang penting selanjutnya, iaitu selepas berkahirnya pemerintahan Jepun di
Tanah Melayu.
2.1

SELEPAS PEMERINTAHAN JEPUN (1946-1949)

Matlamat gerakan orang-orang Melayu dalam pertubuhan-pertubuhan politik menjadi


lebih lantang dan tegas. PKMM misalnya, mempunyai penerbitan sendiri untuk menyalurkan
cita-cita perjuangannya. Antaranya ialah akhbar Pelita Malaya, yang mendukung dasar Menuju
Kebenaran, Pendamaian dan Kemerdekaan Bangsa. Begitu juga majalah-majalah Suluh Malaya,
yang mengutamakan dasarnya sentiasa Berterus Terang Dalam Segala Hal dan Kris, dengan
dasarnya ke arah mencapai Kedaulatan Bangsa. Matlamat serta corak gerakan demikian amat
erat pula hubungannya denga kesedaran orang-orang Melayu di Tanah Melayu terhadap
kejayaan Indonesia mencapai kemerdekaan pada waktu itu.
Kelantangan serta ketegasan pertubuhan-pertubuhan politik menyalurkan matlamat
perjuangan melalui penerbitan, adalah juga berpunca daripada dasar penerbitan. Ketika itu tiada
lagi sekatan atau pengawasan pemerintahan yang ketat, seperti pada zaman Jepun. Dan ini turut
memungkinkan penyaluran fikiran, pandangan serta pendapat secara lebih bebas dalam
penerbitan lain. Kesan kebebasan itu terlihat terutamanya dalam akhbar-akhbar Utusan Zaman,
Majlis dan majalah-majalah Kencana, Hiburan , Mastika, dan Medan Masyarakat, yang
mengambil peranan penting menyiarkan puisi sepanjang period 1946-1949 ini.
Puisi atau sajak-sajak yang mengemukakan persoalan semangat perjuangan terus
mengambil tempat utama dalam period tersebut. Pernyataannya menjadi lebih tegas dan khusus,
iaitu menentang penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan tanahair dan bangsa Melayu. Ini jelas
ditemui dalam sajak-sajak Masuri S.N. yang semakin produktif. Demikian juga sajak-sajak dari
penulis atau penyair yang baru muncul seperti Tongkat Warrant (Usman Awang), Asmara (Ismail
Zainuddin), Aishak Norida (Abdul Ghani Ishak), Ghazali Hassan dan Zulkifli Muhammad.
Dalam sajak Penderitaan Kita (Medan Masyarakat, Mac 1947), Zulkifli Muhammad
menggambarkan keburukan serta kemelaratan nasib bangsanya yang telah berabad-abad di
bawah kuasa penjajah. Segalanya itu adalah sebagai akibat daripada ketidakjujuran serta
kekejaman dasar penjajah, seperti yang disuarakan:
Bercerai-cerai rakyat murba merata ceruk

pecah-pecahkan kemudian perintah cita-cita busuk


Asas penjajah menipu rakyat mendaya murba
Menjadikan bangsa gah mulia budak hamba.
Tujuan gambaran serta penyuaraan ini adalah jelas untuk menanamkan rasa kebencian
dan menguatkan semangat menentang penjajah, iaitu berjuang mencapai kemerdekaan.
Demikianlah, dalam sajak-sajak yang menyuarakan semangat perjuangan ketika itu, amat banyak
ditemui kata-kata dan ungkapan-ungkapan Merdeka, Malaya Merdeka, Tetap Merdeka dan
Hidup Merdeka. Usman Awang, misalnya, menerusi sajak Aliran Hidup (Utusan Zaman, 31
Julai 1949), setelah menyedari dirinya dan bangsa Melayu senasib dengan hampas, lalau
menyuarakan dengan lantang hasrat untuk bertindak untuk mengubahnya. Bentuk serta arah
tindakan itu ditegaskan:
Aku bangun semula merampas kepunyaanku
Aku terus berdiri semula
Sebagai dahulu bebas merdeka
Dan bila sekali merdeka tetap merdeka.
Terdapat juga sejumlah besar sajak yang menyuarakan perjuangan seperti Aliran Hidup
ini ditujukan kepada golongan khusus dalam masyarakat Melayu. Antaranya kepada golongan
pemuda, kaum wanita dan anggota pasukan keselamatan, terutama pasukan Askar Melayu.
Dalam hubungan inilah terlihatnya suatu perkembangan yang menarik. Sepanjang period 19461949 itu, telah muncul sebarisan penulis wanita menghasilkan sajak. Nama-nama yang ditemui
ialah Mariam Abdul Ghani, Hafsah, Siti Aishah, Kamariah Johor, Wanita Kampung dan Normah
Kamarudin. Sajak-sajak mereka tidak secara ghairah membawakan kesepian serta kerinduan
dunia wanita, tetapi menyarankan peranan kaum wanita dalam perjuangan mencapai
kemerdekaan.
Perkembangan lain dan amat penting untuk arah kematangan pengucapan puisi Melayu
moden, terlihat pada pernyataan yang dibawakan oleh sajak Angkatan Baru (Kencana Zaman,
Julai 1947) karay Masuri S.N. dan Jiwa Hamba (Utusan Zaman, 27 Mac 1949) karya Usman
Awang. Kedua-dua sajak ini mula menyuarakan keinginan untuk membebaskan puisi daripada
ikatan tradisional sesuai denga perubahan sosiobudaya masyarakat, iaitu perubahan yang
membawa pengucapan kebebasa dan kemerdekaan daripada pemerintahan penjajah. Keinginan
demikianlah kemudiannya dikemukakan dengan jelas oleh Masuri S.N. pada tahun 1949, melalui
sajak Tiada Peduli, yang dimuatkan dalam antalogi Awan Puteh. Gambaran kebebasan
daripada ikatan puisi tradisional yang seimbang pula dengan pernyataan peasaan, pemikiran dan
sikap penyairnya, diperlihatkan dalam petikan berikut:

Sekali ini aku tidak peduli


Kegusaran malam bintang-bintang malap
Meski yang lain menyambut sunyi
Di atas dasar yang satu terang atau gelap
Aku tetap berdiri.
Dengan sajak inilah ditemui pembaharui pengucapan puisi Melayu moden yang
sebenarnya. Malah sajak tersebut sama kuatnya dengan sajak Aku karya Chairil Anwar.
Namun pembaharuan yang berkesan ini tidak pula dilanjutka oleh Masuri dan penyair-penyair
lain pada waktu itu. Betapa pun jua, pentingnya period selepas pemerintahan Jepun ini terletak
pada suatu hal yang lain, iaitu telah bermulanya arah kematangan teknik pengucapan puisi
moden.
2.2 TAHUN LIMA PULUHAN (1950-1959)
Tahun Lima Puluhan membuka suatu sejarah baru dalam perkembangan kesusateraan
Melayu moden yang berpusat di Singapura. Ini berikutan dengan tertubuhnya Angkata
Sasterawan 50 atau kependekannya ASAS 50, yang membawa slogan Seni Untuk Masyarakat.
Peranan bahasa dalam perjuangan ASAS 50 ini, adalah suatu pengukuhan serta perluasan
kesedaran yang telah disuarakan oleh Muhammad Hassan Abdul Wahab pada zaman Jepun.
Corak pengucapan pengukuhan itu, terpancar jelas dalam sajak Bahasa Bonda (Utusan Zaman,
12 Disember 1954) karya Usman Awang, seperti yang dapat dilihat dalam petikan ini:
Ada ketika marah menyala
Memercik api semngat bangsa
Meletus gemuruh menyedap segala
Menjadi alat perjuangan merdeka.
Di samping itu di kalangan masyarakat penulis dan pembaca, turut juga menerima dan
mengakui kepentingan alat perjuangan ASA 50 melalui bahasa dan kesusasteraan. Penerimaan
serta pengakuan tersebut, antaranya ditemui dalam sajak-sajak Sebuah Gambar (Hiburan, 30
September 1950) karya Ramlimah, Pujangga Baru (Matika, September 1950) karya Awam-ilSarkam, Tahniah (Hiburan 4 November 1950) karya kamar-al-Halim dan Untuk Angkatan
50 (Utusan Zaman, 1 September 1953) karya A.Samad Said. Keadaan demikianlah yang
menjadikan cita-cita ASAS 50, amat mudah dan amat banyak dikemukakan dalam puisi.
Tambahan pula, Utusan zaman dan Mastika, dua penerbitan terpenting menyiarkan puisi sekitar
Tahun Lima Puluhan, kebetulannya dipimpin oleh tokoh-tokoh ASAS 50, iaitu Keris Mas, Asraf

dan Usman Awang.


Oleh itu, dalam sajak-sajak yang dihasilkan olen penyair-penyair ASAS 50, seperti
Masuri S.N., Usman Awang dan Awam-il-Sarkam, terlihat kepatuhan mereka mengisi cita-cita
angkatannya. Sajak-sajak mereka, di samping terus membawakan teriakan kemerdekaan, nasib
rakyat golongan petani, nelayan dan buruh. Penyuaraannnya terasa dengan lantang menuntut
keadilan, menghapuskan penindasan dan membasmi kemiskinan. Malah penyair-penyair lain
yang baru muncul tetapi bergerak di luar ASAS 50, seperti Suhaimi Haji Muhammad, Halim
Anuar, Afrini Adhan dan Mokhtar Yassin, turut juga menyuarakan persoalan yang sama.
Dengan begitu, memberikan sifat atau corak tertentu kepada sajak-sajak yang dihasilkan.
Pada keseluruhannya isi sajak adalah realistik, bahasanya mudah difahami dan dapat dinikmati
oleh para pembaca. Sifat demikian ada juga hubungnya dengan sifat kritikan pada waktu itu.
Asraf, yang agak giat membuat kritikan sajak dalam Mastika , lebih memberi penekanan kepada
isi atau tema dan bahasa sehingga tidak pernah mencadangkan pembaharuan teknik. Kritikannya
lebih mendekati slogan Seni Untuk Masyarakat . dalam makalahnya Nilai Sastera (Mastika,
Ogos 1950), Asraf menegaskan, bahawa karya yang mempunyai nilai sastera:
ialah yang dapat memberi gambaran yang nyata tentang hidup, tentang masyarakat, tentang
dunia umumnya, dan gambaran yang nyata itu akan dapat membuka mata pembaca terhadap
segala yang berlaku disekelilingnya.
Ternyata pula pandangan yang dikemukakan oleh Asraf itu, dapat diterima oleh
masyarakat pembaca. Dan ini terbukti apabila slogan Seni Untuk Seni yang dipelopori oleh
Hamzah, tidak dapat bertahan lama pengaruhnya. Demikian pulalah yang berlaku pada Suhaimi
Haji Muhammad. Pembaharuan teknik dan pemberontakan dari kebiasaan-kebiasaan yang
dibawakan dalam sajak-sajak sejak awal Tahun Lima Puluhan, kurang mendapat perhatian serta
penelitian.
Jadi, kejayaan dan terkemukannya Usman Awang sebagai tokoh penyair Tahun Lima
Puluhan, bukanlah kerana pembaharuan teknik. Sajak-sajaknya yang terhasil, seperti Ke
Makam Bonda, Pak Utih, Gadis di Kuburan dan Bunga Popi, yang termuat dalam
antalogi Gelombang itu, adalah didasarkan kepada keistimewaan isi dan bahasanya. Malah yang
sering mempersona pembaca ialah kehalusan serta kerjernihan bahasanya yang terukir secara
harmonis dengan ciri-ciri kebudayaan Melayu Tradisional. Manakala Mahsuri S.N. yang
berusaha melanjutkan pembaharuan teknik sajak Tiada Peduli dalam sajak Seribu Harapan
( Mastika, Mac 1951) lebih dilihat dalam perkembangannya yang lain. Perkembangan tersebut
ialah kesungguhan beliau menyuarakan persoalan moral, semangat dan budi manusia. Semuanya
ini, mencerminkan keyakinan dan harapan Mahsuri untuk menjadikan puisi alat membentuk
manusia baru, tidak pernah luntur.
Dalam pertengahan Tahun Lima Puluhan, muncul pula penyair-penyair muda seperti
A.Samad Said, Salmi Manja, Noor S.I., A.S.Amin dan M.Ghazali. kemunculan A.Samad Said
yang bermula pada tahun 1955, dapat dianggap penyair terpenting selepas Masuri S.M dan
Usman Awang. Pentingnya beliau terletak pada usahanya melakukan pelbagai percubaan untuk
menimbulkan pembahruan dalam teknik persajakan Melayu. Ini adalah sebagai pengaruh

daripada latar pendidikannya, yang memungkinkan dirinya dapat menimba pengalaman serta
berkenalan dengan karya penyair-penyair Barat seperti T.S. Eliot, L.Powell, Auden dan
sebagainya.
Pelbagai percubaan yang dilakukan oleh A.Samad Said, jelas terlihat pada sajak-sajak,
Pencurian, Arah dan Bara dalam antologi Liar di Api. Pada sajak Arah, percubaannya itu
diperlihatkan melalui petiakn berikut :
Sampai di sini keungguan senja
Yang sinemaskopis
Kemerduan angin puncak mesra
Yang streoponis
Terhenti
Dibawah keningmu.

Percubaan ini telaksana dari ketelitian memberikan bentuk yang seimbang diantara
pemikiran dengan perasaan. Begitu juga melalui kesedaran serta keberanian mencipta kata-kata
baru. Dengan percubaan demikian, sajak-sajak A.Samad Said jauh meninggalkan teknik Puisi
Melayu tradisional dan berhasil pula membawakan ekspreasi yang segar. Sayangnya, A.Samad
Said berhenti di peringkat percubaan itu.
Percubaan lain untuk menimbulkan pembaharuan dilakukan juga oleh Noor S.I.,
A.S.Amin dan M.Ghazali. tetapi percubaan mereka telah membawa kepada kemuculan sajaksajak kabur atau lebih tepat lagi sajak-sajak yang sukar difahami. Kekaburan itu adalah berpunca
daripada keghairahan serta kebebasan mereka menggunakan lambing-lambang. Kesannya, dalam
sajak-sajak mereka begitu banyak lambing yang amat peribadi sifatnya. Ini antara lain ditemui
dalam sajak-sajak, Senja (Mastika, Februari 1958) karya Noor S.I, Berbaju Merah (Mastika
Oktober 1958 ) karya A.S. Amin dan Dua Telaga ( Mastika, Mei 1958) gunakan lambinglambang yang amat peribadi itu, terabailah kesedaran untuk membentuk kesatuan imej.
Umpamanya, Dua Telaga yang diperturunkan petikan ini :
Petualang di daerah bulan
Rindu keamanan hatinya
Sekali bulan berlaga
Manusia padanya berguguran.

Amat jelas, penggunaan lambang-lambangnya jauh terkeluar dari kelaziman. Dengan


sifat lambang-lambang tersebut, terlihat percubaan menjadikan sajak bukan sekadar alat
perhubungan tetapi juga penyebatian antara penyair dengan pembaca. Namun begitu masyarakat
pembaca yang sudah sekian lama dilunati oleh pantun dan syair serta sajak-sajak yang mudah
difahami sebelumnya, mula merasa sukar menangkap masksud sajak penyair-penyair yang
menyimpang ini, yang secara tidak langsung telah memberontak menentang konvensi. Tetapi
kecuali pengguanaan lambang-lambang, sajak-sajak ketiga-tiga penyair itu, seperti juga sajaksajak A.Samad Said, masih membicarakan persoalan-persoalan keamanan, keadilan serta
kemerdekaan.
Di sini ternyata pula bahawa kemunculan sajak-sajak kabur mempunyai kepentingan
dalam puisi Melayu moden. Sajak-sajak tersebut dapat mencabar daya intelek pembaca
menyelam kedasar dan lekuk-liku inti maknanya serta meredah rimba indah pengucapanya. Dan
cabaran yang timbul dari pelbagai percubaan kearah pembahruan teknik itu, mula menemui
kesannya yang agak kukuh dalam Tahun Enam Puluhan.
2.4

TAHUN ENAM PULUHAN (1960-1969)

Tahun Enam Puluhan adalah tahun-tahun selepas kemerdekaan. Tahun-tahun tersebut


membawa dua perubahan yang penting hubungannya dengan perkembangan puisi Melayu
moden. Pertama, meletakkan suatu asas yang kukuh kepada peningkatan bidang pendidikan dan
penggunaan bahasa kebangsaan. Kedua, perpindahan pusat kegiatan kesusasteraan dari singapura
ke Kuala Lumpur. Dengan ini, Kuala Lumpur mula berkembang menjadi kota ilmu pengetahuan
dan kebudayaan.
Bermula dari awal Tahun Enam Puluhan, kegiatan perciptaan puisi disertai oleh penyairpenyair muda dari maktab-maktab perguruan dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Antaranya
yang amat produktif dan agak penting sumbangannya ialah A. Wahab Ali, Dharmawijaya,
Firdaus Abdullah, Hadzrami A.R., Jihaty Abadi, Kemala, Rustam A. Sani dan Syamsudin Jaafar.
Mereka ini telah terlebih dahulu memerhati dan banyak belajar dari tradisi penulisan puisi yang
dibentuk oleh Masuri S.N. dan Usman Awang. Tetapi kemudian berkembang bersama
pengalaman dan bakat yang mereka punyai.
Oleh itu sajak-sajak penyair yang digolongkan sebagai penyair enam puluhan ini,
terlihat persambungan atau lanjutan dari karya penyair ASAS 50. Ini kerana mereka masih
terpukau dengan kerinduan kepada tanah kelahiran dan pedih derita kehidupan rakyat jelata.
Namun corak penyuaraannya dibawakan dalam suasana pengucapan yang baru. Contoh yang
jelas ialah dalam persoalan kehidupan golongan petani, buruh dan nelayan. Penyuaraan tidak lagi
secara berlebih-lebihan tentang kemiskinan serta kemelaratan golongan tersebut. Kelantangan
pengucapan mula menipis melalui pengalaman emosi. Sebaliknya, yang lebih ditonjolkan ialah
ketabahan serta keyakinan hidup. Corak pengucapan yang membawa pembaharuan ini, dapat
dirasakan melalui petikan sajak Tanah Kasih Yang Wangi (Dewan Masyarakat, April 1967),

karya Kemala berikut:


Tanah kasih yang wangi dan hati
Sepasang matanya digemasi manic-manik kenangan
Dapatkah dipisahkan oleh benteng tujuh kota
Dua buah jiwa yang dimesrai oleh air mata.

Pembaharuan corak pengucapan seperti inilah yang menempatkan Kemala dan temanteman dari golongannya, berhasil memperhalusi puisi ASAS 50 dengan bahasa yang baik.
Bahasa puisi Kemala dan penyair-penyair golongannya adalah dating dari kata-kata purba dan
kata-kata biasa. Tetapi penggunaannya terlaksana dalam penyusunan yang teliti. Dengan
penggunaan demikian, ternyata kesannya lebih mampu menimbulkan pengucapan yang lunak
dan menampung keharuan serta kehalusan perasaan. Bersama-sama kesan penggunaan itu, pada
Kemala ada kelainan pembaharuan bahasa yang dibentuknya. Beliau banyak membawakan
penggabungan dua kata tunggal untuk hidup senafas, seperti kata-kata kotalahir, mawarduka,
nestapawaktu, lampuhayat, dan doakudus. Begitu juga penyingkatan kata pergandaan,
seperti beburung, dedaun, dan pepohon turut menjadi kecenderungannya. Contoh lain
penggunaannya dapat diperhatikan sajak Berikan Daku Dukamu dari antalogi Timbang
Terima, berikut ini.

Suatu kemampuan menanggung pedihderita


Mendepani gelombanguji
Membeber rerumput yang lembut
Miliknyalah kemenangan masa
Tembok-tembok ketika menguatkan pintunya
Dukaindah melayah bicara.

Pada akhir tahun 1960-an, muncul dengan banyaknya sajak protes. Ini adalah sebagai
akibat daripada kekecewaan rakyat termasuk penyair, terhadap kealpaan serta ketidak-tegasan
pemerintah terhadap soal-soal bahasa, sosial dan politik. Rakaman protes itu, termuat dalam
antalogi-antalogi Telok Gong (1967), Keranda 152 (1967), dan kebangkitan (1969). Tetapi
penyair enam puluhan yang turut terkibat menghasilkan sajak protes ini, masih dapat bertahan

dengan penyuaraan tanpa marah dan luahan emosi.


Dari Firdaus Abdullah, Rustam A. Sani dan Ahmad Sarju, ditemui suatu kecenderungan
membawakan kehalusan serta ketajaman pengucapan dengan menggunakan suasana dan rentak
pantun. Ini antaranya dibawakan oleh Rustam A. Sani, seperti dalam petikan sajak Lagu
Pesawah Turun Ke Tanah, yang diperlihatkan beikut;
Lagu pesawah turun ke tanah
Melenggok bajak di dada bumi
Kerbau menyapa meyuak ramah
Perpadu tenaga membongkar umbi

Penggunaan demikian, bukanlah suatu pengekalan bentuk pantun,tetapi dibawakan


melalui cirri-ciri persambungan dan perubahan ke dalam pewarnaan baru.
Kemunculan Kassim Ahmad, seorang penyair lepasan universiti membawakan
pembaharuan yang penting pula. Beliau adalah penyair yang mula membawa puisi ke peringkat
intelektual. Sajak-sajaknya seperti Dialog, Sidang Roh dan Jalan Ke Parlimen, dalam
antalogi Kemarau Di Lembah, memperlihatkan pernyataan pemikiran dan cara penyampaian
yang belum ditemui sebelumnya. Sajak-sajak ini berhasil mengutarakan pemikiran mendalam
terhadap kepincangan sosial, politik dan ekonomi. Di dalamnya terjelma kritikan yang keras
melalui gaya bahasa yang artistik. Demikian antaranya Kassim menyuarakan dalam petikan sajak
Dialog ini:
Ada besok maka pasti ada suria
Aku akan pergi
Dengan seribu jebat si anak tani
Kian lama kita mati dan setia
Kali ini kita hidup dalam durhaka!

Jelas terasa keberkesanan adunan emosi dan akal melalui pengucapan tersendiri untuk
meletakkannya sebagai kematangan fikiran dalam puisi. Pembaharuan yang telah dirintis oleh
Kassim inilah mengambil tempat yang lebih jelas dalam tahun-tahun selanjutnya.
2.7

TAHUN TUJUH PULUHAN (1970-1979)

Sejak awal tahun 1970-an, arah perkembangan puisi Melayu moden mula menjanjikan
kematangan intelektual yang semakin meyakinkan. Sajak-sajak yang dihasilkan mula menjurus
secara terencana kepada pernyataan pemikiran yang lebih analitikal. Ini keran penyair-penyair
memperlihatkan kecenderungan menjadikan diri dasar segala pengalaman, prinsip dan
pandangan hidup. Kecenderungan ini dilakukan terutamanya oleh A. Latiff Mohidin, Baha Zain
dan Muhammad Haji Salleh.
Berhadapan dengan sajak-sajak A. Latiff Mohidin akan selalu merasai suara hati seorang
pengembara yang mencari kebenaran tentang hubungan alam dengan manusia. Sepanjang
pencarian itu, yang sering ditemui adalah bentuk-bentuk keganasan, kekecewaan dan
kehampaan. Segalanya ini, seperti yang diperlihatkan pada sajak-sajak, Lagu Sepi Ini,
Malam dan Suara (kembara malam), untuk membawa kehidupan manusia dalam kesepian
belaka. Kebenaran demikian kekal menjadi keyakinannya. Penyataan keyakinan Latiff terukir
secara jujur, tanpa menonjolkan keakuan dan terlepas dari sebarang idealogi. Hal-hal ini
menjadikan sajak-sajak tidak mempunyai amanat yang besar.
Sesuai dengan kesepian premis sajak-sajaknya, maka penggunaan kata-kata yang tepat
dan padat sentiasa diutamakan. Ini diperkuat lagi oleh susunan secara visual untuk
menyampaikan makna secara abstrak. Pembaharuan sajak-sajak Latiff adalah pembaharuan
kesusasteraan, yang cara pengucapannya kerapkali membawakan gaya surrealism.
Di tangan Baha Zain pula, sajak-sajak tidak lagi dibebankan dengan perasaan atau
kenyataan hidup manusia secara pemaparan yang dangkal. Baha membina suatu tanggapan di
sebalik kenyataan itu melalui kepekaan inteleknya. Dengan demikian, sajak-sajaknya seperti
Sketsa Anak Kecil, Topeng-topeng dan Menangguhkan Kebenaran (Perempuan Dan
Bayang-Bayang), adalah diaturkan oleh fenomena dalaman sehingga kesanpersoalan yang
dikemukakan lebih bening. Begitulah kehadiran Baha sebagai penyair yang menjadi perenung
masalah manusia masa kini dan pemikir masa depan kehidupan. Dan ini dilakukannya untuk
mempertajam kesedaran kita menerima kebenaran. Disini diperlihatkan renungan Baha melalui
sajak Menagguhkan Kebenaran, dalam petikan:
Aku berbaring tanpa pakaian di ranjang
Mengiring mengadap wajah kaca yabg sepi
Betapa derita tubuhku dan pucatnya kulit
Bagaikan seksa seabad berhimpun sesaat
Mengundang kemusnahan tetapi menaggughkannya
Untuk suatu waktu yang tak pasti

Gaya pengucapan pada sajak-sajak Baha sentiasa diimbangi oleh perasaan dan pemikiran.
Bahasanya lebih banyak disaring daripada bahasa percakapan dan akademik sehingga terbentuk
ungkapan baru, yang dibersihkan dari klise dan ulangan. Pembaziran kata-kata sentiasa
dihindarkan untuk menimbulkan kepadatan.
Sumbangan Muhammad Haji Salleh dalam perkembangan puisi Melayu moden adalah
terletak pada kepekaannya yang luar biasa terhadap kuasa dan peranan intelek. Sajak-sajaknya
terbentuk dari ketajaman akal dan bukan didorong oleh emosi yang berlebih-lebihan. Kepekaan
itu diperlihatkan dalam sajak-sajak Di Kubur Chairil, Intelektual (Sajak-Sajak Pendatang)
dan Pulang Si Tanggang (Buku Perjalanan Si Tanggang II). Dalam sajak Pulang Si
Tanggang, antaranya Muhammad menyuarakan:
Jarak jasmani yang kutempah ini
Adalah perjalanan jiwa
Pemindahan diri dari tanah asal
Ke negeri yang di kumpul oleh mata dan akal.
Ilmu yang dating darinya
Adalah ilmu pendatang
Yang belajar melihat, berfikir
Dan memilih di antara kenyataan
Yang selalu merobah.

Kesan penyataan yang disuarakan oleh Muhammad ini, begitu jelas di dalamnya
perjuangan serta pegolakan di antara perasaan dan pemikiran. Oleh hal yang demikian, wajarlah
kehadiran Muhammad merupakan penyair pertama memanfaatkan sepenuhnya unsur pemikiran
intelek dalam puisi Melayu moden di Malaysia. Tetapi kerana terlalu menekankan aspek intelek
ini, hingga ada yang menganggap puisi Muhammad kering dari perasaan. Walupun begitu,
Muhammad turut juga menghadiahkan kepada bahasa Melayu ungkapan baru. Ditemui misalnya,
teruji bandingan, malas memaknakan, mengimbang-lunakkan kenyataan dan berbezapilihan. Ungkapan-ungkapan adalah terbentuk dari kata-kata biasa, tetapi memberanikan
keaslian yang agak mutlak dari Muhammad.
A. Wahab Ali, yang dalam tahun 1960-an sering membawakan keharuan melalui
kelembutan pengucapannya, bersama Sajak Orang Berdosa, timbul denga suara untuk manusia
moden dalam satira yang tajam. Tetapi kesederhanaan serta kelembutan pengucapan bahasanya
tetap kekal menyentuh perasaan. Jihaty Abadi, yang kadang-kadang agak radang seoanjang

ruang, datang dengan Saat Sebelum Berangkat, membawakan kejernihan renungannya.


Tiga penyair tahun 1950-an, yang terus berkayra ikut juga membawakn pembaharuan dan
perubahan. Usman Awang tahan duiji zaman, membawakan sajak-sajak Kambing Hitam, dan
Salji Hitam dengan bentuk visual tanpa melunturkan kejernihan bahasa dan persoalan
kemanusian sejagat yang menjadi kekuatan abadinya. A, Samad Said, yang tiba-tiba muncul
dengan antalogi-antalogi Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku, cuba membawa
pengucapan intelektualisme dalam beberapa buah sajak kecil dan pendek yang lebih berkesan.
Suhaimi Haju Muhammad, yang sejak tahun 1950-an begitu ghairah melakukan percubaan demi
percubaan untuk membawakan kelainan dan pembaharuan, mula kembali kepada
kesederhanaan. Dan kesannya dapat menemukan perseimbangan pernyataan perasaan dan
pemikiran, sebagai yang dapat dirasakan dari petikan sajak Di Rumah Sendiri ini:
Di rumah sendiri
Aku ingin berhenti
Dari lelah kembara.
Tidak segera ku cari
Punting api
Buat berdiang.
Dalam pelbagai corak pengucapan dan cara penggarapan puisi, terlihat kemantapan yang
agak khusus. Antaranya, A. Ghafar Ibrahim yang sejak awalnya bergerak dengan keyakinan
bahawa puisi semestinya untuk dibaca-didengar-dilihat, berhasil membawakan makna kepada
puisi visual dan puisi konkrit. Jaafa H.S., telah memberikan kedalaman serta kejituan
kecenderungan terhadap unsure falsafah. Sajak-sajaknya, Suatu Hari Bernama Esok, Di
Ruang Yang Sempit Ini dan Kala, jelas bukan sekadar untuk dibaca tetapi difikirkan tanpa
dorongan emosi semata-mata. Zurinah Hassan, yang lebih cenderung dan lebih berhasil pula
mengungkapkan pengalaman diri, semakin berhasil membawakan persoalan kewujudan wanita
dalam bentuk-bentuk kehampaan, kesepian dan keputusasaan. Keberhasilan itu di dukung oleh
kelembutan serta kelunakan bahasanya yang lebih mengarah kepada pengucapan rasional.
Penyair-penyair lain yang terserlah bakat tersendiri dan keupayaannya sejak tahin 1970an, ikut juga memberikan kea rah mempelbagai corak pengucapan puisi. Di kalangan penyair
tersebut yang penting sumbangannya ialah T. Alias Taib, Rahman Shaari, Zaihasra dan Siti
Zainon Ismail. Mereka ini adalah penyair-penyair yang muncul dari pengalaman, pengetahuan
dan model-model yang telah lama dikenal dan dipelajari untuk membentuk identiti penyairannya.
Demikianlah, terlihatnya pula T. Alias Taib. Sajak-sajaknya betolak dari tanggapannya terhadap
rentak kehidupan masyarakat. Ketelitian pengolahan, kesederhanaan bahasa yang kaya dengan
bunyi dan ulangan, maka kekuatan sajak-sajak terletak pada pewarnaan baru pengucapannya.
Kesan seperti ini dapat dirasakan pada sajak-sajaknya dalam antalogi Pemburu Kota. Rahman
Shaari, adalah seorang penyair yang tidak begitu mengizinkan sajak-sajaknya, mewah dengan

unsu-unsur dan lambing indah. Tetapi dengan kata-kata biasa sajak-sajaknya, terutama Giliran
dan Hamparan Kuning, masih dapat mempertajam pengertian dan kesan rasa.
Perkembangan lain yang berlaku sekitar tahun 1970-an ini ialah kemunculan beberapa
orang penyair bukan melayu. Kemunculan mereka, seperti Cheng Poh Hock, dan Lim Swee Tin,
menandakan arah perkembangan puisi Melayu moden pada masa depan lebih bermakna.
3.0

KESIMPULAN

Sepanjang pembicaraan Perkembangan Puisi Melayu Moden 1942-1979 ini, terdapat


dua corak arah perkembangannya. Pertama, perkembangan yang bercorak persambungan dan
perubahan dari yang lama. Ini timbul dari adanya penciptaannya bersifat sosial, iaitu penyairpenyair lebih terikat kepada faktor sosial. Dengan begitu, seseoramg penyair berusaha untuk
tidak berbeza dengan penyair lain, terutama dari segi teknik. Kedua, perkembangan yang
bercorak pembaharuan atau pemutusan dari yang lama. Corak ini pula timbul dari penciptaan
yang bersifat peribadi. Sifat ini bertolak dari kesedaran penyairnya, menghasilkan puisi untuk
berbeza dari penyair lain supaya dapat menemui peribadinya sendiri.
Kesan yang terlihat sejauh ini ialah persambungan dan perubahan begitu lama
menguasai arah perkembangan puisi Melayu moden. Sedangkan pembaharuan, iaitu
pembaharuan teknik amat lambat munculnya. Malah kedua-dua corak perkembangan ini
bergerak seiring, tanpa pemutusan langsung dengan lama. Di sinilah letaknya cirri khusus
hakikat perkembangan puisi Melayu moden di Malaysia, sesuai dengan cirri-ciri budaya Melayu
sendiri.

BIBLIOGRAFI
1. Arbaie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Asiah Abdul Rahman. 2011. Sastera
Melayu Suatu
Pengantar. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.
2.
Drs. Umar Junus. 1976. Perkembangan Puisi Melayu Moden. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3.
Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.
Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.
Md. Ali Bin Bachik.1989. Himpunan Puisi Klasik. Shah Alam: Marwilis Publishers &
Distibutors Sdn . Bhd .
5.
Prof. Khoo Kay Kim, Abdullah Tahir. 1985. Sastera dan Sasterawan III . Kuala Lumpur.
United Selangor
Press Sdn. Bhd.
6.
Rahman Shaari.1987. Glosari Istilah Sastera. Kuala Lumpur: K Publishing &
Distributors Sdn . Bhd .

7.
Sahlan Mohd Saman. 2005. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden : Puisi. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like