You are on page 1of 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

* baca keseluruhan petikan terlebih dahulu.


* kenalpasti persoalan utama yang hendak disampaikan
* selepas memahami kehendak soalan, Pelajar boleh menukar kata kunci pertama
(KK1) kepada perkataan yang sesuai atau sinonim dengannya. Mulakan kata-kata
pendahuluan dengan :

i. Petikan membincangkan ….
ii. Petikan menjelaskan ….
iii. Petikan menyatakan….

* kemudian, pelajar dikehendaki menukarkan kata kunci pertama dengan


perkataan yang sinonim dengannya.
* tuliskan pendahuluan dengan ayat sahaja

Contoh soalan :
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
sumbangan industri pelancongan kepada negara dan peranan masyarakat dalam
merancakkan industri ini. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Contoh jawapan:
Rumusan membincangkan jasa/bakti industri pelancongan kepada negara dan
peranan masyarakat dalam merancakkan industri ini. *(tukar kata kunci dan
salin semula ayat soalan)

bil Fokus utama Sinonim


1 Masalah Kekangan, halangan, rintangan, cabaran
2 Faktor Punca, sebab, perkara yang menyebabkan
3 kepentingan Keperluan, kebaikan, faedah, manfaat, kelebihan,
keistimewaan
4 Langkah Cara, kaedah, strategi, tindakan
5 Peranan Tugas, tanggungjawab, kewajipan
6 Tujuan Matlamat, objektif,motif
7 Kesan Akibat, implikasi, impak
8 Keburukan Kesan negatif
*Isi tersurat
 Isi tersurat ada di dalam petikan dan pelajar hendaklah mendapatkan sekurang-
kurangnya 6-7 ayat tersurat daripada petikan.
 Isi tersurat mestilah berdasarkan kehendak soalan yang pertama dalam soalan.
 Pelajar tidak digalakkan untuk mengubah struktur ayat isi tersurat.

*Isi tersirat
 Isi tersirat ialah kehendak soalan yang kedua.
 Pelajar dikehendaki menyatakan sekurang-kurangnya 2 ayat isi tersirat
 Elakkan daripada memberi isi tersurat yang ketara.

*Kesimpulan
 Kesimpulan mesti ditulis dalam satu ayat.
 Kesimpulan mesti berkaitan dengan isi tersurat dan isi tersirat
 Kebiasaannya, kesimpulan mengandungi cadangan atau harapan.
 Mulakan kesimpulan dengan ayat “kesimpulannya,….”

* Terdapat 4 pemerenggangan yang terdiri daripada:-


 Perenggan 1 = pendahuluan
 Perenggan 2 = isi tersurat
 Perenggan 3 = isi tersirat
 Perenggan 4 = kesimpulan

* Jumlah perkataan adalah tidak melebihi 120 patah perkataan.

You might also like