You are on page 1of 3

AMALAN KITAR SEMULA DI SMK SEMERAH PADI,

KUCHING, SARAWAK.

Abstrak

Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif iaitu mengenal pasti jenis-jenis
aktiviti kitar semula dan mengkaji tahap kesedaran warga SMK Semerah Padi
terhadap amalan kitar semula di SMK Semerah Padi, Kuching, Sarawak. Kajian ini
dijalankan di SMK Semerah Padi, Kuching, Sarawak. Kajian ini dilakukan melalui
kaedah persampelan, pengumpulan data dan penganalisis data. Pengumpulan data
dibuat melalui kaedah soal selidik, pemerhatian dan rujukan perpustakaan. 30 orang
responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab borang soal selidik. Responden
perlu menjawab soal selidik tersebut berdasarkan skala likert yang disediakan.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat banyak aktiviti kitar semula yang
didapati dijalankan di SMK Semerah Padi. Antaranya ialah, menyediakan tong kitar
semula mengikut jenis, mengadakan kempen kitar semula di sekolah serta gotong-
royong membersih sekolah. Berikutan aktiviti-aktiviti kitar semula yang banyak,
tahap kesedaran warga sekolah tersebut juga tinggi. Kebanyakan item yang
disenaraikan di dalam borang soal selidik mendapat pilihan majoriti responden.
Antaranya ialah, mengasingkan sampah berunsurkan kitar semula daripada sampah
yang lain, meletakkan sampah kitar semula di dalam tong yang sepatutnya mengikut
jenis dan menggunakan semula bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik.
Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti kitar semula yang dijalankan di SMK Semerah Padi
tersebut mampu memberi kesedaran kepada warganya akan kepentingan amalan kitar
semula dalam kehidupan seharian.

i
KANDUNGAN

Bil. Butiran Muka Surat

Abstrak i

Kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 1-4

2.0 Objektif Kajian 5

3.0 Lokasi Kajian 6-9

4.0 Metodologi Kajian 10 - 13


4.1 Persampelan
4.2 Pengumpulan Data
4.2.1 Soal Selidik
4.2.2 Pemerhatian
4.2.3 Rujukan Perpustakaan
4.3 Penganalisis Data
5.0 Dapatan Kajian 14 - 22
5.1 Soal Selidik
5.2 Pemerhatian
5.3 Rujukan Perpustakaan
6.0 Rumusan 23 - 24

Rujukan

Lampiran

ii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg, khasnya Pengetua, Puan
Affida Helmi dan Penolong Kanan Tingkatan Enam, Puan Sapiah Issa kerana
memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja khusus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja khusus ini, saya juga ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Chin Yan Lee ( Audrey ) selaku guru
Pengajian Am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk
ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja khusus ini. Seterusnya, saya
turut berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan
kepada saya sepanjang penghasilan kerja khusus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, jutaan terima kasih diucapkan kerana
telah memberi sokongan moral dan sumber kewangan kepada saya sepanjang
penghasilan kerja kurusus ini.

Seterusnya, penghargaan kepada rakan-rakan baik saya di atas kesudian


membantu dan memberi pelbagai nasihat disaat diperlukan. Tidak lupa juga kepada
semua responden saya, ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa
untuk menjawab borang soal selidik yang diberikan.

Akhir kata, setulus ikhlas kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja khusus
ini.

iii

You might also like