You are on page 1of 11

SEKOLAH AGAMA MENENGAH MUHAMMADIAH PEKAN

SABAK 45200 SABAK BERNAM , SELANGOR

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2022

TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI
TAMAN SAUJANA PUCHONG, PUCHONG, SELANGOR
NAMA : NURADRIANA QISTINA BINTI MOHAMED NOOR
AIZAMKELAS : 3 IBNU ARABI
NAMA GURU : MUHAMMAD ZAHIRUDDIN BIN WAKIRAN
JADUAL KERJA

TARIKH HARI PERKARA CATATAN


30 Tingkatan 3 di kelas . , objektif dan kaedah
NOV kajian .
RABU Perbincangan Guru Mata Pelajaran
7 tentang : Geografi Kelas
DIS bersemuka (60 minit)
- Tajuk Kajian
- Jadual Kerja / Pengagihan
Kerja
- Penghargaan
- Objektif Kajian
- Kawasan Kajian
- Penentuan Kaedah Kajian
- Hasil Kerja Lapangan
- Rumusan
- Rujukan Di rumah (60 minit) Di
10 - Sediakan Lampiran rumah (60 minit)
DIS SABTU Murid menyediakan 10-11 DIS
10 muka depan kerja lapangan SABTU AHAD
DIS . Murid mencari dan
RABU Mendengar Taklimat SABTU Murid menulis mengumpul maklumat . Di
Kerja Lapangan Geografi, pendahuluan , penghargaan rumah (60 minit)
11
AHAD -Menghuraikan konsep Di rumah DIS
(60 minit)
11 DIS 11 DIS 11 DIS AHAD -Menghuraikan kesan semula di kawasan kajian .
AHAD -Menghuraikan factor amalan kitar semula di - Membuat rumusan tentang
yang mempengaruhi kawasan kajian . tajuk kajian
amalan kitar semula di AHAD -Mencadangkan Di rumah (60 minit) Di
Kawasan kajian . usaha-usaha untuk rumah (60 minit) Di rumah
mengatasi amalan kitar (60 minit)
4 RABU PEMBENTANGAN Di rumah
JAN -Murid membentangkan hasil kajian (60 minit)

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT Penghargaan 1 Pendahuluan 1


Objektif Kajian 1 Kawasan Kajian 2 Kaedah Kajian 2 Hasil
Kajian 3 - 5 Rumusan 5 Rujukan 5 Lampiran 6 - 9
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Khirul Anuar Bin
Lakimin, Pengetua Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak,
Selangor kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya, iaitu Muhammad Zahiruddin bin Wakiran kerana telah
membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Hasil tunjuk ajar
beliau sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang jitu
daripada beliau .
Saya juga ingin mengucapkam terima kasih kepada ibu saya, iaitu Puan Siti
NorQolbi binti Shahardin yang telah memberikan dorongan dan sokongan dalam
menjayakan kerja lapangan ini. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada rakan
saya Iffah Humaira` , Zafrynn Amni dan Raidah Qistina kerana turut sama
menyumbangkan tenaga dan masa dalam proses melaksanakan kerja lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi
menjawab soalan-soalan dalam boring soal selidik .

PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan tentang “Amalan Kitar Semula di Taman
Saujana Puchong, Selangor”. Saya memilih tajuk ini kerana masalah amalan kitar
semula merupakan isu utama yang membawa banyak kesan kepada penduduk
taman ini. Saya menjalankan kerja lapangan ini selama lapan minggu untuk
mengumpul data serta maklumat yang diperlukan dan menulis laporan ini di rumah
saya semasa cuti persekolahan .

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kerja lapangan ini adalah :
a ) Mengenalpasti konsep dan elemen kitar semula .
b ) Menjelaskan amalan kitar semula serta kepentingan amalan tersebut untuk
dipraktikkan dalam kehidupan seharian di Taman Saujana Puchong.
C ) Mengkaji dan menghuraikan halangan serta permasalahan yang dihadapi untuk
melaksanakan amalan kitar semula dalam diri penduduk di Taman Saujana
Puchong .
D ) Mencadangkan usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dalam
kalangan penduduk di Taman Saujana Puchong untuk mengamalkan kitar semula .

1
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Saujana Puchong , Selangor .
Lingkungan Kawasan kajian saya lebih kurang 3 kilometer persegi . Kawasan ini
dibawah pentadbiran Majlis Pembandaran Subang Jaya (MPSJ). Kawasan terletak
dalam daerah Puchong di negeri Selangor. Jumlah penduduk di Kawasan kajian
adalah kira-kira 4000 orang. Bentuk muka buminya berbukit. Kawasan kajian berada
di pusat bandar.

KAEDAH KAJIAN
A ) RUJUKAN – Saya membuat rujukan di internet untuk mengetahui konsep amalan
kitar semula .
B ) PEMERHATIAN – Saya membuat pemerhatian tentang amalan kitar semula yang
diamalkan di Kawasan kajian .
C ) SOAL SELIDIK – Saya telah menjalankan soal selidik dengan mengedarkan
borang soal selidik secara maya melalui “google form dan QR kod” kepada 20 orang
responden yang tinggal di Kawasan selidik .

2
HASIL KERJA LAPANGAN
- KONSEP DAN ELEMEN KITAR SEMULA
Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baru.
Kitar semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula
sifat yang ada pada keadaan asli atau asal . Ini adalah alternatif untuk pembuangan
sampah “konvensional” yang dapat menjimatkan bahan dan membantu menurunkan
pelepasan gas rumah hijau .
Ia merupakan komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan tiga
komponen bagi 3R ialah : Reduce (Kurangkan) , Reuse (Guna semula) dan Recycle
(Kitar semula). Contohnya bahan keluli yang tidak lagi terpakai seperti kereta rosak,
akan diambil kelulinya dan menjadi bahan mentah untuk membuat kereta baru.
Selain itu, sisa makanan atau buangan organik lainnya dapat mereput menjadi baja
organik yang boleh digunakan untuk pertanian mahupun kegunaan rumah tangga.
Kitar semula dilakukan untuk mengurangkan pencemaran , mengurangkan barang
buangan , mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau. Kitar semula juga dapat menjimatkan penggunaan bahan mentah baru.
Kitar semula juga merupakan kaedah pelupusan buangan yang mesra alam dan
dapat menjaga warisan generasi yang akan datang di masa hadapan nanti.

- AMALAN KITAR SEMULA DAN KEPENTINGAN AMALAN KITAR


SEMULA A) Mengitar semula barangan
Penduduk Taman Saujana Puchong akan mengitar semula barangan
mengikut warna tong kitar semula yang biasa dilihat di tempat awam.
Seterusnya, amalan menjual bahan kitar semula juga diamalkan oleh
penduduk Kawasan kajian saya. Antara bahan yang dikitar semula adalah
botol plastik dan akhbar-akhbar lama. Wang akan diperoleh mengikut berat
bahan yang dijual . Hal ini menunjukkan bahawa mereka amat bersyukur
kerana dapat menikmati alam sekitar anugerah tuhan.

B) Mendermakan pakaian dan barangan yang masih elok


Penduduk Taman Saujana Puchong telah berganding bahu untuk
mendermakan pakaian dan barangan yang tidak digunakan kepada beberapa
pusat kebajikanyang kerap datang ke Kawasan ini. Hal ini menunjukkan
bahawa mereka amat prihatin dan bersedia membantu sesiapa yang
memerlukan pertolongan.

C) Penggunaan beg mesra alam menggantikan beg plastic


Penduduk di Taman Saujana Puchong juga mula menggunakan beg mesra
alam untuk menggantikan beg plastik Ketika membeli barangan di pasar raya.
Ini dapat menjimatkan duit kerana beg plastik akan dicaj dan mereka dapat
menjaga alam sekitar juga.

3
Kepentingan amalan kitar semula di Taman Saujana Puchong , Selangor adalah
seperti yang berikut :
1. Mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa
Apabila sisa pepejal dan sisa domestik diasingkan dan dilupuskan dengan
kaedah yang betul, persekitaran Kawasan perumahan tersebut akan menjadi
lebih bersih. Penduduk akan hidup dengan lebih selesa dan mempunyai
tahap kesihatan yang berkualiti.

2. Mengurangkan pencemaran
Amalan kitar semula dapat mengurangkan sampah di tempat pelupusan
kerana sisa akan diurus dengan sistematik. Jadi, pencemaran baru dapat
diatasi.

- MASALAH / HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA


Ketika menjalankan kerja lapangan ini, beberapa masalah telah dikenalpasti iaitu :
1. Ketiadaan pusat pengumpulan barangan kitar semula
Melalui pemerhatian saya, oleh kerana tiada pusat kitar semula di sekitar
Taman Saujana Puchong, penduduk membuat keputusan untuk tidak
mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula dirumah. Keadaan ini
juga dalam masa yang sama tidak mewujudkan Kerjasama antara penduduk
untuk mengamalkan amalan ini .

2. Penduduk tidak mempunyai kesedaran


Melalui pemerhatian saya juga , penduduk di Kawasan kajian saya
kebanyakkanya tidak mempunyai kesedaran dalam mengamalkan amalan
kitar semula ini . Hal ini mungkin disebabkan mereka kurang pengetahuan
dan tidak didedahkan tentang amalan kitar semula . Bagi mereka , perkara ini
tidak penting kerana lebih mudah membuang bahan buangan di dalam tong
sampah .

3. Kurang pengetahuan tentang alam sekitar


Hasil daripada kajian saya , kebanyakan penduduk taman yang membuang
bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuan
tentang pentingnya amalan kitar semula . Mereka lebih senang membuang
bahan tersebut daripada mengitarnya semula. Bagi mereka , amalan kitar
semula ini hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa
kepentingannya.

4
- LANGKAH-LANGKAH YANG DILAKUKAN BAGI MENGGALAKKAN AMALAN
KITAR SEMULA
1. Mengadakan kempen kitar semula
Semangat untuk menjaga alam sekitar dapat disuntik kepada masyarakat
dengan mengadakan kempen cintai alam sekitar. Dalam kempen
tersebut , kepentingan serta cara-cara untuk menjaga alam sekitar akan
diterangkan supaya penduduk akan lebih faham dengan amalan kitar
semula . Maka, pihak kerajaan dan bukan kerajaan perlu berganding bahu
untuk memastikan misi ini terlaksana.

2. Menambah / menyediakan tong kitar semula


Dengan menyediakan atau menambah lebih banyak tong kitar semula di
Taman Saujana Puchong , penduduk tidak perlu bersusah payah untuk
membawa barangan yang berat ke pusat pengumpulan kitar semula.
Selain itu , mengganti semua tong sampah dengan tong kitar semula
merupakan kaedah yang berkesan untuk memudahkan orang
mengamalkan amalan kitar semula. Jadi , semua buangan yang boleh
dikitar semula akan pergi ke pusat kitar semula , dan bilangan sampah
yang keluar setiap tahun akan berkurang secara signifikasi.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, kerja lapangan yang saya jalankan membolehkan
saya mengetahui konsep dan elemen kitar semula , amalan kitar semula
yang diamalkan , kepentingan amalan kitar semula , masalah / halangan
yang dihadapi oleh penduduk dan Langkah-langkah yang dilakukan bagi
mengalakkan amalan kitar semula di Taman Saujana Puchong , Puchong ,
Selangor . Kesedaran masyarakat dalam melaksanakan program kitar
semula perlu ditingkatkan demi mewujudkan persekitaran yang bersih dan
selesa . Sokongan semua anggota masyarakat sangat penting untuk
menangani masalah ini .
Saya berbangga dan bersyukur serta berterima kasih kerana penduduk di
tempat tinggal saya saling bekerjasama dalam menjaga alam kebersihan
Kawasan sekitar .

RUJUKAN
BUKU
Ahmad Ridzuan bin Abdul Rahman , Rajini Gauri Muthusamy , Pau
Anak Utek (2018). Geografi Tingkatan 3.
Johor: IMS Books Trading Sdn. Bhd.

INTERNET
Google maps Taman Saujana Puchong
https://anyflip.com/jmfrp/keht/basic

5
LAMPIRAN
6
7
8

You might also like