You are on page 1of 8

SBPI RAWANG

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 3

TAJUK :
KITAR SEMULA DI
SUNGAI WAY, PETALING JAYA,
SELANGOR

Disediakan oleh :

NAMA :SHARIFAH DAHLIA BT SYED SHAHRUL JAMALLULIL


TING: 3 JF
GURU PENILAI : PN KASMAWATI BT HARON
SENARAI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKASURAT

1 PENGHARGAAN 1

2 KAWASAN KAJIAN 2

3 HASIL KAJIAN 3-4

4 RUMUSAN 5

5 LAMPIRAN 6
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pengetua SBPI Rawang , Tuan Haji Norazam Bin Abdullah

kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini.

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan kerja lapangan Geografi Tingkatan 3 ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Puan

Kamawati Binti Haron kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini.

Tunjuk ajar sepanjang penyediaan laporan ini merupakan hasil komitmen yang

jitu daripada beliau. Saya juga ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada ibu bapa

saya iaitu Puan Zalina binti Ismail dan Encik Syed Shahrul Jamallulil bin Syed Ismail Al-Hajj kerana
memberi bantuan kewangan dan kebenaran kepada saya untuk menjayakan kerja lapangan ini.

Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan- rakan saya, Nur Atiqah binti Ahmad Kamal dan
Nur Alya Batrisyia binti Azlin kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa dalam proses
melaksanakan kerja lapangan ini
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di sekitar Sungai Way,Petaling


Jaya
Lingkungan kawasan kajian ini adalah lebih kurang 6
kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kawasan ini
terletak dalam Mukim Petaling, Daerah Petaling
Jaya,Selangor. Jarak rumah saya dengan bandar terdekat
lebih kurang 11.6 km.

Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada


tanah pamah yang rata. Ciri budaya yang terdapat di
Kawasan kajian antaranya petempatan.

Jarak kawasan kajian dari bandar Petaling Jaya ialah 5.8


kilometer.
HASIL KAJIAN

Maksud kitar semula


● Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud menghasilkan keluaran

Menurut Wikipedia
● proses menukar bahan buangan menjadi bahan
dan objek baharu.

1.Elemen-elemen Kitar Semula

i.Reduce (Kurangkan) – mengurangkan sisa pepejal


untuk meminimumkan penggunaan sumber semula
jadi.
ii.Reuse (Guna Semula)- penggunaan semula barang
secara berulang kali untuk mengurangkan
penghasilan sisa.
iii.Recycle (Kitar semula)- mengasingkan barang
mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang
sama jenis atau baharu semula.
2. Kepentingan Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian

● Membuat baja menggunakan e-waste yang dikumpul


daripada pusat kitar semula
● Mewujudkan persekitaran yang sihat dengan
bilangan penduduk yang kian meningkat.
● Membuat photo frame daripada sisa styrofoam
yang dikumpul

3. Amalan Kitar Semula Di Kawasan Kediaman atau


Tempat Tinggal Anda

● Reduce - pengurangan penggunaan barang


polistirena oleh kedai makan dan penyedia makanan
● Reuse - besi lebihan atau buangan dilebur dan
dijadikan tiang lampu di Bandar Baru Bangi
● Recycle - pusat pengumpulan barang kitar semula
mini di taman/padang permainan setiap perumahan
RUMUSAN

Setelah menjalankan kerja lapangan , saya dapat


mengetahui dengan lebih terperinci berkaitan kitar
semula yang sangat bermanfaat untuk kelangsungan
hidup yang sihat sekiranya diamalkan oleh semua
lapisan masyarakat .

Saya dapat mengetahui elemen kitar semula yang


terdiri dari 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle dan
akan cuba mengaplikasikan dengan baik di kediaman
saya dan di tempat tinggal saya.

Saya juga dapat mengetahui kepentingan amalan


kitar semula untuk kesejahteraan masyarakat dan
alam sekitar.

Saya rasa bersyukur kerana mempunyai rasa


tanggungjawab untuk melaksanakan amalan kitar
semula di kediaman saya dan dalam masa yang sama
ingin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya
amalan kitar semula dilaksanakan.
RUMUSAN

- peta kawasan kajian dari internet

You might also like