You are on page 1of 15

23000 DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK DI SEKITAR


KAMPUNG SURA HUJUNG DUNGUN TERENGGANU

NAMA MURID : NUR AINA SYAZWANA BINTI MAZLAN


No. K/P : 080630-11-0048
TINGKATAN : 1 INTAN 1

DEMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR


Mengumpul Maklumat /20
Merancang /20
Mengaplikasi /20
Membuat refleksi /10
Berkomunikasi /20
Etika dan Kerohanian /10
KESELURUHAN /100

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa kerja lapangan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan
petikan, foto dan grafik yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan : …………………………………………….

PERAKUAN GURU PENGESAHAN GKMP

Tandatangan : ………………………………………… Tandatangan : ………………………………………

Nama : Pn. Nik Lini Murni binti Nik Mat Nama : Pn. Maizatul Akmaliah binti Yusof

Tarikh : …………………………………………. Tarikh : ………………………………………..

1
SMK TENGKU INTAN ZAHARAH DUNGUN
TERENGGANU

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN


TINGKATAN 1
2021

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK SEKITAR


KAMPUNG SURA HUJUNG,
DUNGUN TERENGGANU

NAMA : NUR AINA SYAZWANA BINTI MAZLAN


KELAS : 1 INTAN 1

2
JADUAL KERJA
BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
Mendengar taklimat Kajian Lapangan Geografi
Tempatan yang disampaikan oleh Cikgu Nik Lini Melalui google
7.09.2021
Murni melalui googlemeet di rumah masing- meet
1 masing. Tajuk KLGT Kajian tentang sisa
domestik di kawasan tempat tinggal anda.
2 10.09.2021 Membuat persediaan awal dan merancang Selepas PDPR
jadual kerja
3 11.09.2021 Menulis objektif kajian dan menentukan Selepas PDPR
kaedah kajian yang sesuai
4 14.09.2021 Menyediakan borang soal selidik Selepas PDPR

5 14.09.2021 Mengumpul maklumat daripada pelbagai Selepas PDPR


sumber seperti internet dan buku teks
6 14.09.2021 Meminta responden menjawab borong soal Selepas PDPR
selidik di kalangan keluarga terdekat
7 14.09.2021 Melakar peta lakar yang lengkap berdasarkan Selepas PDPR
googlemaps
8 14.09.2021 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan 3 masa PDPR
guru dan tunjuk ajar guru.
9 15.09.2021 Menulis maksud sisa domestik dan jenis-jenis 3 masa PDPR

10 15.09.2021 Menulis kesan, langkah mengurangkan kesan 3 masa PDPR


pembuangan sisa domestik dan rumusan
11 15.09.2021 Mengemaskini tugasan, menyemak dan Selepas PDPR
menghantar kepada guru
ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Halaman


1 PENGHARGAAN 5
2 PENDAHULUAN 5
3 OBJEKTIF KAJIAN 6
4 KAWASAN KAJIAN 6
5 KAEDAH KAJIAN 8,9,10,11
6 HASIL KAJIAN 9
7 RUMUSAN 12
8 RUJUKAN 13
9 LAMPIRAN 13&14

4
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pengetua SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun iaitu Encik Kamari
bin Ibrahim kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan-
rakan yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini dengan
jayanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru geografi
saya iaitu Cikgu Nik Lini Murni yang telah memberi bimbingan,
tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa saya
iaitu Mazeni binti Mat Amin dan Mazlan bin Awang kerana
sentiasa memberi dorongan serta sokongan yang menjadikan saya
bersemangat.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada
rakan-rakan saya yang telah membantu saya menyiapkan kerja
ini. Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
responden saya iaitu abang-abang dan kakak saya memberi
kerjasama yang baik untuk mendapat maklumat semasa kajian
ini dijalankan

PENDAHULUAN

Kajian Lapangan Geografi Tempatan (KLGT) ini dijalankan


untuk memenuhi DSKP KSSM Geografi Tingkatan 1 Tahun 2021
bagi penilaian Pentaksiran Bilik Darjah. Saya telah mamilih tajuk
“Kajian Tentang Pembuangan Sisa Domestik di Kampung Sura
Hujung, Dungun” sebagai tajuk kajian lapangan saya. Saya
memilih kawasan tempat tinggal saya sebagai kajian untuk
memudahkan saya mendapatkan maklumat dan berdekatan
dengan tempat tinggal saya.
Tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan kerja
lapangan ini ialah selama 2 minggu. Pengumpulan data dan
maklumat yang diperlukan dalam kerja lepangan ini dilakukan
pada waktu lapang selepas PDPR. Manakala penulisan laporan
pula dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Geografi di rumah.

5
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian tentang pembuangan sisa domestik di


Kampung Sura Hujung. Antara objektif adalah seperti berikut
i. Menjelaskan maksud sisa domestik.
ii. Menjelaskan latar belakang kawasan kajian.
iii. Melakar peta kawasan kajian.
iv. Menghuraikan jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di
kawasan ujian
v. Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik
vi. Menjelaskan langkah-langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di sekitar Kampung Sura
Hujung, Dungun. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di
kawasan kajian saya. Antaranya ialah pantai dan hutan.
Kedudukan kawasan kajian saya adalah di utara bandar Dungun.
Jaraknya kira-kira 5 km dari bandar Dungun dan 80 km dari
bandar Kuala Terengganu.
Selain itu, ciri budaya yang terdapat di sekitar kawasan
kajian saya adalah jalan raya, petempatan, sekolah dan lorong
pejalan kaki. Jalan raya yang saya nyatakan ialah jalan yang
menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain.

6
PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN

*sumber : google maps

7
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah dalam menjalankan
kaedah kajian ini. Antaranya ialah :

1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di Kampung Sura Hujung untuk
mengenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya bagi memudahkan saya
melukis peta lakar.

2. Soal selidik
Saya telah memberi soal selidik kepada keluarga saya untuk
mendapatkan maklumat tentang jenis sisa domestik dan kesan
pembuangan sisa domestik.

3. Rujukan
Saya telah membuat rujukan tentang langkah-langkah
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di internet dan
buku teks.

8
HASIL KAJIAN
Maksud dan Takrifan Sisa Domestik
Mengikut buku teks muka surat 147 maksud sisa domestik
ialah sisa yang terhasil dari kawasan perumahan.
Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair yang
boleh dikategorikan sebagai bahan organic dan bahan bukan
organik. Maksud bahan organik ialah bahan yang boleh diuraikan
dan dilupuskan dan ia dihasilkan dari sumber haiwan dan
tumbuhan.

Jenis-jenis sisa domestik


Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil
dari kawasan perumahan, berdasarkan pemerhatian saya, antara
sisa domestik yang terdapat di kawasan rumah saya ialah sisa
makanan, kertas, tin, plastik dan kaca.

Jadual di bawah menunjukkan pemerhatian saya


tentang sisa domestik yang terdapat di rumah saya.
HARI SISA KERTAS TIN PLASTIK KACA
MAKANAN
Ahad 2500g 80g 65g 90g 1g

Isnin 3350g 70g 40g 60g 1.5g

Selasa 1500g 70g 0g 80g 0g

Rabu 1000g 55g 30g 100g 0g

*sumber : pemerhatian selama 4 hari di rumah saya

9
Berdasarkan jadual yang diperolehi di atas, saya dapati hasil sisa
domestik yang paling banyak di rumah saya ialah sisa makanan,
ini kerana manusia memerlukan makanan untuk hidup. Manakala
sisa domestik yang paling sedikit ialah kaca kerana kami jarang
menggunakan barang/peralatan yang berkaca.

Kesan pembuangan sisa domestik


Pembuangan sisa domestik tanpa kawalan dan pengurusan yang
lemah akan membawa kesan buruk kepada alam sekitar.
1. Pencemaran
Pembuangan sisa domestik atau sampah tanpa kawalan akan
menyebabkan berlakunya pencemaran. Contohnya pencemaran
air berlaku apabila sampah sarap dan sisa toksik dibuang ke
dalam sungai, kolam, tasik, laut dan parit.
2. Banjir kilat
Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa
domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan
menyebabkan aliran air tersekat. Contohnya, apabila hujan lebat,
jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan
banjir kilat berlaku.
3. wabat penyakit
Sisa pembuangan sampah dapat menjadi tempat penularan
wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas
dan lalat. Seperti contoh, penyakit taun, demam denggi, malaria,
zaika dan rotavirus.

*sumber : buku teks ms 146

10
Langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa
domestik

1. Penguatkuasaan undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menguatkuasakan
undang-undang berkaitan sisa domestik dengan
mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat
bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat.
2. Menguatkuasakan larangan penggunaan plastik
Menguatkuasakan larangan penggunaan plastik secara
menyeluruh. Plastik merupakan penyumbang utama
kerana ia memerlukan berpuluh tahun untuk dikompos
atau mereput. Tambahan pula, plastik digunakan hanya
sekali. Langkah untuk mengharamkan penggunaan plastik
memberi hikmah bukan sahaja kepada kita tetapi juga
kepada hidupan yang lain.
3. Melaksanakan kempen
Kita perlu melaksanakan kempen tentang pembuangan
sisa domestik. Kempen-kempen ini dijalankan secara
menyeluruh melalui pelbagai media sosial untuk memberi
kesedaran kepada kita semua kerana media sosial
merupakan salah satu media yang mempunyai peranan
besar dalam kehidupan masyarakat kini. Sebagai contoh,
kempen kesedaran alam sekitar, kempen 3R dan kempen
cintai sungai kita.

*sumber : buku teks ms 151 dan internet

11
Rumusan
Sebagai kesimpulan, terdapat 2 jenis sisa domestik iaitu sisa
pepejal dan sisa cecair. Antara hasil sisa domestik dari rumah saya
ialah sisa makanan, plastik, kertas, dan minyak masak. Manakala
kesan pembuangan sisa domestik di kawasan tempat tinggal saya
ialah pencemaran dan peningkatan kos penyelenggaraan.
Oleh itu, antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik iaitu dengan
cara memperketatkan lagi penguatkuasaan undang-undang,
menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan
mengadakan kempen. Oleh itu mata pelajaran geografi
bermatlamat untuk melahirkan insan bermaklumat geografi yang
berupaya berinteraksi dengan persekitaran secara berhemah
kearah kelestarian alam dan kesejahteraan hidup.

12
RUJUKAN

o INTERNET
1. Langkah Menangani Masalah Pembuangan Sampah (ipendidikan.my)
https://www.ipendidikan.my/langkah-menangani-pembuangan-sampah.html
2. https://www.google.com/maps

o ORANG SUMBER
Mazlan bin Awang , 52, Lot 7099, Kampung Sura Hujung,
23000 Dungun, Terengganu

o BUKU TEKS
Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun Fitri bin
Ahmad, Geografi Tingkatan 1 (2017), Era Visi SDN, BHD.

LAMPIRAN

13
14
BORANG SOAL SELIDIK

TAJUK: SISA DOMESTIK SEKITAR KAMPUNG SURA HUJUNG


NAMA RESPONDEN : AHMAD NAZIRUL SYAZWAN BIN MAZLAN
UMUR : 21
ALAMAT : LOT 7099, KAMPUNG SURA HUJUNG, 23000 DUNGUN TERENGGANU

Sila tanda satu (1) jawapan yang utama sahaja.

1. Contoh sisa domestik yang terdapat di kawasan tempat


tinggal anda ?

Perabot
Sisa kebun
Kertas 1
Besi buruk
Lain-lain

2. Nyatakan kesan akibat pembuangan sisa domestik di


kawasan tempat tinggal anda ?

Pokok banyak ditebang


Kawasan rumah menjadi panas
Banjir kilat
Pencemaran 1
Lain-lain

3. Cadangkan langkah untuk mengurangkan kesan


pembuangan sisa domestik di kawasan tempat tinggal anda?

Penguatkuasaan undang-undang 1
Tanam lebih banyak tumbuhan hijau
Membuang sampah merata-rata
Penggunaan tenaga mesra alam
Lain-lain

SEKIAN TERIMA KASIH

15

You might also like