You are on page 1of 15

SMK BUKIT JAMBUL , JALAN

BUKIT GAMBIR ,11700 GELUGOR


PULAU PINANG , MALAYSIA

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 1 2023

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK


DI PANGSAPURI TNB , SUNGAI ARA , BAYAN LEPAS
PULAU PINANG

Nama: NUR RANIA ARISSA BINTI AZAHARRY


Kelas: 1 AVIOR
Nama Guru: AHMAD IQBAR
Tarikh Hantar : 15 DISEMBER 2023
JADUAL KERJA

Bil. Tarikh/Hari Aktiviti


1. 21/11/2023 Menerima tajuk tugasan dan
SELASA mendengar taklimat tentang kerja
lapangan daripada Cikgu Iqbar.
2. 29/11/2023 Mencari maklumat lanjut mengenai
RABU konsep,jenis,kesan,Langkah
pengurusan sisa domestic.
3. 5/12/2023 Membuat jadual kerja , isi kandungan ,
SELASA penghargaan dan pendahuluan tentang
kerja lapangan.
4. 7/12/2023 Membuat objektif kajian.
KHAMIS
5. 9/12/2023 Mencari lampiran di kawasan
SABTU perumahan.
6 9/12/2023 Mengambil gambar sisa domestic di
SABTU kawasan perumahan.
7. 13/12/2023 Melengkapkan senarai kandungan dan
RABU jadual kerja.
8. 15/12/2023 Menghantar tugasan kepada Cikgu
JUMAAT Iqbar.
ISI KANDUNGAN
1) PENGHARGAAN --------------------1

2) PENGDAHULUAN--------------------2

3) OBJEKTIF KAJIAN--------------------3

4) KAWASAN KAJIAN-------------------4

5) KAEDAH KAJIAN---------------------5

6) HASIL KAJIAN------------------------6

7) RUMUSAN----------------------------13

8) RUJUKAN------------------------------14

9) LAMPIRAN-----------------------------15
PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan Syukur dipanjat Ilahi dengan


izin dan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan
kerja lapangan geografi bagi memenuhi kriteria saya
sebagai seorang pelajar tingkatan 1 bagi tahun 2023
dalam masa yang ditetapkan.
Saya, NUR RANIA ARISSA BINTI AZAHARRY
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya, Cikgu Iqbar di atas
tunjuk ajar tanpa putus asa kepada saya untuk
menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana
telah memberi dorongan dan galakan demi
memastikan kajian dijalankan dengan sempurna.
Seterusnya,terima kasih diucapkan kepada rakan-
rakan saya yang telah banyak memberikan informasi dan
maklumat yang sewajarnya kepada saya bagi
menyempurnakan kerja khusus ini
PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan


berkaitan dengan sisa domestik. Saya
membuat kerja tentang jenis jenis sisa
domestik dan kesan pembuangan sisa
domestik yang dihadapi oleh penduduk di
kawasan taman tersebut. Selain itu,saya
juga bercadang agar pengurusan sisa
domestik secara terancang di taman
tersebut. Antara sebab pemilihan kawasan
kajian adalah kawasan ini berhampiran
dengan rumah saya, jadi memudahkan
saya mejalankan kajian.
OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian di sekitar


Kawasan Pangsapuri TNB, bertujuan untuk :

 Menyatakan konsep,jenis dan contoh sisa


domestic di Pangsapuri TNB.

 Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestic


yang terdapat di sekitar Pansapuri TNB.

 Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan


pembuangan sisa domestik secara bijaksana di
Kawasan sasaran.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya terletak di Pangsapuri


TNB, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pangsapuri TNB juga merupakan sebuah
taman perumahan yang terletak di dalam
daerah Pulau Pinang iaitu berdekatan dengan
kawasan kajian saya.

Bentuk muka bumi yang terdapat di


Pangsapuri TNB ialah tanah beralundan
saliran.Terdapat banyak infrastruktur yang
dibangunkan di tanah pamah seperti tempat
berstiadat , sekolah , petempatan , gerai ,
pokok kelapa dan sebagainya.
KAEDAH KAJIAN

A. Pemerhatian:
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar
Pangsapuri TNB untuk mengenal pasti jenis-jenis sisa
domestik di Kawasan ini.

B. Rujukan:

Saya telah mendapatkan maklumat tentang


konsep sisa domestik dengan merujuk kepada
Buku Teks Geografi dan bahan rujukan lain.Selain
itu, saya juga melayari internet untuk mencari
maklumat tentang kesan-kesan pembuangan sisa
domestik dan cadangan pengurusan sisa domestik
yang terancang.
HASIL KAJIAN

1)Konsep Sisa Domestik

Menurut internet, sisa domestik ialah bahan


buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan seperti sisa makanan, botol
plastik,kertas dan bahan logam terpakai. Sisa
buangan toksin pula seperti minyak masak
atau enjin,lebihan racun rumpai atau
serangga dan hampas organik. Sisa domestik
terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Ia
juga dapat dikelaskan kepada bahan organik
dan bahan bukan organik. Kebanyakkannya
sisa domestik berpunca daripada aktiviti
harian manusia dan selebihnya daripada
tindak balas semulajadi alam sekitar.
Jenis jenis sisa domestik
di Pansapuri TNB

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Pangsapuri TNB,


saya mendapati terdapat dua jenis sisa domestik di kawasan ini
iaitu terdiri daripada bahan organik seperti, sisa makanan dan
kertas serta bahan bukan organik seperti tin, plastik dan kaca

Sisa domestik di Pangsapuri TNB ini juga terdiri daripada sisa


pepejal dan sisa cecair.

Sisa pepejal ialah seperti sisa makanan,plastik,kertas,logam


dan perabot.Tetapi sisa cecair pula seperti minyak masak ,
minyak jalan, kencing tikus dan kumbahan di sekitar tong
sampahnya.
Langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksan
di Kawasan sasaran

i) Amalan 3R
Melalui kaji selidik, saya mencadangkan agar penduduk di
Pangsapuri TNB mengamalkan 3R ( Recycle,Reuse,Reduce). Amalan
ini dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang serta dapat
menjimatkan wang penduduk. Contohnya penduduk boleh
mengadakan pertandingan pengubahsuaian barang-barang terpakai
pada hari keluarga tahunan.

ii) Aktiviti Gotong-royong


Daripada respon penduduk juga, ada yang mencadangkan agar
diadakan gotong-royong. Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi
kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan
(PBT) dan orang perseorangan. Kempen-kempen ini dijalankan secara
menyeluruh melalui pelbagai media sosial. Jabatan Alam Sekitar telah
menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam
Sekitar dan Kempen 3R
Penguatkuasaan Undang-Undang

Antara lain juga, penduduk mencadangkan


diperketatkan Penguatkuasaan undang undang
sebagai langkah pengurusan sisa domestik lebih
teratur. Pihak berkuasa tempatan(PBT) telah
menguatkuasakan undang undang berkaitan sisa
domestik denganmengenakan denda dan hukuman
yang lebih berat bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada masyarakat.

Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan


awam 2007( Akta 672 ) dan akta pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam ( Akta 673 ) dibuat
untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan
sistematik.
RUMUSAN

Setelah selesai kerja lapangan ini


disiapkan, saya telah menemui beberapa
dapatan yang berkaitan dengan jenis-
jenis sisa domestik di Pangsapuri TNB.
Dapatan ini juga dapat membantu saya
memahami lebih dalam tentang kesan-
kesan pembuangan sisa domestik
disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya
telah mencadangkan beberapa cadangan
untuk menguruskan sisa domestik
dengan lebih terancang dalam kerja
lapangan saya.Dengan itu,saya berharap
Pangsapuri TNB menjadi semakin bersih
dan ceria pada masa akan datang.
RUJUKAN

i) Pencemaran Alam Sekitar :


https://www.permohonan.my/pencemaran-
alamsekitar/.

ii) Kepentingan Pengasingan Sisa


Domestik :
https://www.myhealth.gov.my./kepentinganpengasing
an-sisa-sisa-pepejal-kepada-kesihatan-awam/

iii) Pentingnya Penjagaan Alam Sekitar :


https://amirulazmi.weebly.com/kenapa-pentingnya-
penjagaan-alam-sekitar
LAMPIRAN

You might also like