You are on page 1of 18

SMK BUKIT JAMBUL ,

JALAN BUKIT
GAMBIR,
11700 GELUGOR,
PULAU PINANG.

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 1 2023

KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK


DI FLAT HAMNA , SUNGAI DUA,
GELUGOR , PULAU PINANG

NAMA : DHIYA DARWISYAH BINTI MOHD ZULHAKIMI


KELAS :1 AVIOR
NAMA GURU : AHMAD IQBAR
TARIKH MENGHANTAR TUGASAN : 15 DISEMBER 2023
JADUAL KERJA

1) 21 . 11 . 2023 - Menerima tajuk tugasan dan


(SELASA) mendengar taklimat tentang kerja lapangan
daripada Cikgu Ahmad Iqbar .

2) 21 . 11 . 2023 - Berbincang dengan guru Geografi


(SELASA) iaitu Cikgu Ahmad Iqbar mengenai
kehendak kerjs lapangan 2023.

3) 01 . 12 . 2023 - Mencari maklumat lanjut mengenai


(JUMAAT) konsep , jenis , kesan dan
Langkah pengurusan sisa domestik .

4) 13 . 12 . 2023 - Membuat jadual kerja ,


(RABU) isi kandungan , penghargaan
dan pendahuluan tentang kerja lapangan

5) 13 . 12 . 2023 - Membuat objektif kajian


(RABU)

6) 14 . 12 . 2023 - Membuat Kawasan kajian dan peta lakar.


(KHAMIS)

7) 14 . 12 . 2023 - Pergi ke Kawasan kajian dan


(KHAMIS) mengambil gambar Kawasan
yang mempunyai sisa domestik .

8) 14 . 12 . 2023 - Melengkapkan senarai kandungan


(KHAMIS) dan jadual kerja .

9) 15 . 12 . 2023 - Menghantar kerja lapangan kepada


(JUMAAT) Cikgu Geografi untuk disemak .

i
ISI KANDUNGAN
HALAMAN

1 . PENGHARGAAN………………………………2

2 . PENDAHULUAN ………………………………3

3 . OBJEKTIF KAJIAN…………………………… 4

4 . KAWASAN KAJIAN………………………….. 5

5 . PETA KAWASAN KAJIAN…………………..6

6 . KAEDAH KAJIAN…………………………….. 7

7 . HASIL KAJIAN………………………………...8

8 . RUMUSAN………………………………………14

9 . RUJUKAN……………………………………… 15

10 . LAMPIRAN…………………………………….. 16

ii
1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah , syukur dipanjat Ilahi kerana dengan izin-


Nya , saya dapat menyiapkan kerja lapangan Geografi ini
tanpa sebarang halangan bagi memenuhi kriteria saya
sebagai seorang murid Tingkatan 1 tahun 2023 dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan.

Saya , Dhiya Darwisyah binti Mohd Zulhakimi ingin


mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya , iaitu Cikgu Ahmad Iqbar atas
ilmu dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya
kerana sokongan yang telah diberikan kepada saya demi
melancarkan tugasan ini .

Seterusnya , terima kasih juga kepada rakan-rakan


saya yg dikasihi kerana telah banyak membantu dan
mengongsikan maklumat yang sewajarnya kepada saya
untuk menyempurnakan kerja lapangan ini. Saya amat
menghargai segala jasa kalian terhadap saya .

2 . PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan
berkaitan dengan sisa domestik . Saya membuat
kerja tentang jenis-jenis-jenis sisa domestik dan
kesan pembuangan sisa domestik yang dihadapi oleh
penduduk di Kawasan taman tersebut . Selain itu ,
saya juga bercadang agar pengurusan sisa domestik
secara terancang di taman tersebut . Antara sebab
pemilihan kawasan kajian adalah kawasan ini
berhampiran dengan rumah saya , jadi
memudahkan saya menjalankan kajian .

3 . OBJEKTIF KAJIAN
Saya melakukan kajian di sekitar kawasan Flat
Hamna , bertujuan untuk :

Menyatakan konsep, jenis dan contoh sisa


domestik yang terdapat di Flat Hamna .

Menjelaskan kesan pembuangan sisa


domestik yang terdapat di Flat Hamna .

Menghulurkan 3 langkah menggunakan


kesan pembuangan sisa secara bijaksana di
Kawasan sasaran .

4
4. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di Flat Hamna , Sungai Dua
, Gelugor , Pulau Pinang . Flat Hamna merupakan sebuah
Kawasan perumahan yang terletak di dalam daerah Barat
Daya , iaitu berdekatan dengan Kawasan kajian saya .

Kawasan ini terletak tidak jauh daripada Flat


Hamna dan mengambil masa kurang daripada 5 minit
untuk sampai ke sana jika menaiki kereta .

Bentuk muka bumi yang terdapat di Flat Hamna


ialah saliran . Terdapat banyak kemudahan struktur
berdekatan dengan Kawasan ini seperti kompleks
membeli-belah , petempatan , tempat beristiadat dan
sebagainya .

5
5. PETA KAWASAN KAJIAN
6
6. KAEDAH KAJIAN
A ) PEMERHATIAN :

Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar Flat


Hamna untuk mengenalpasti jenis-jenis sisa
domestik di Kawasan ini .

B ) RUJUKAN :

Saya telah mendapatkan maklumat tentang konsep


sisa domestik dengan merujuk kepada Buku Teks
Geografi dan bahan rujukan lain. Selain itu , saya
juga melayari internet untuk mencari maklumat
tentang kesan-kesan pembuangan sisa domestik
dan cadangan pengurusan sisa domestik yang
terancang.

7
7 . HASIL KAJIAN
I ) Menurut Wikipedia , Sisa domestik ialah bahan-bahan
buangan yang dibuang dari Kawasan perumahan seperti
sisa makanan , botol plastik, kertas dan bahan logam
terpakai. Sisa buangan toksin pula seperti minyak masak
atau enjin , lebihan racun rumpai atau serangga dan
hampas organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa
pepejal dan sisa cecair . Ianya dapat dikelaskan kepada
bahan organik dan bahan bukan organik . Kebanyakannya
sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia
dan selebihnya daripada tindak balas semulajadi alam
sekitar .

BAHAN ORGANIK
 Boleh diluraikan dan dilupuskan
 Dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan

BAHAN BUKAN ORGANIK


 Sukar diluraikan dan dilupuskan
 Dihasilkan dari sumber MINERAL

JENIS-JENIS SISA DOMESTIK di FLAT


HAMNA
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Flat
Hamna , saya mendapati terdapat dua jenis sisa
domestik di Kawasan kilang ini iaitu terdiri daripada
bahan organik seperti sisa makanan dan kertas
serta bahan bukan organik seperti tin , plastic , besi
buruk , dan kaca .

Sisa domestic di Flat Hamna ini juga terdiri daripada


sisa pepejal dan sisa cecair . Sisa pepejal ialah
seperti sisa makanan , plastik , kertas , logam ,
perabot dan lampin pakai buang . Manakala sisa
cecair seperti minyak masak dan kumbahan.

II) KESAN-KESAN PEMBUANGAN SISA


DOMESTIK DI FLAT HAMNA
A ) PENCEMARAN BAU
Melalui kajian yang saya lakukan , didapati
penduduk menghadapi masalah pencemaran bau di
persekitaran Flat Hamna . Longgokan sampah sarap
yang lama terbiar dan tidak dikutip mengeluarkan
bau busuk dan membuatkan persekitaran Kawasan
Flat Hamna menjadi kotor . Penduduk terpaksa
menghidu bau busuk dari Kawasan pembuangan
sampah terutamanya selepas hujan.

B) WABAK PENYAKIT
Berdasarkan kajian saya juga , penduduk turut
menghadapi masalah seperti wabak penyakit di
persekitaran Flat Hamna . Sisa pembuangan sampah
secara langsung dapat menjadi tempat penularan
wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan
seperti tikus , lipas dan lalat . Sebagai contoh ,
penyakit taun , demam denggi , malaria , zika dan
rotavirus.

10
C) BANJIR KILAT
Selain itu juga , penduduk menghadapi masalah
seperti berlakunya banjir kilat yang seringkali
berlaku di Flat Hamna . Sikap tidak
bertanggungjawab penduduk yang membuang
sampah ke dalam longkang , parit dan sungai akan
menyebabkan aliran air tersekat . Apabila hujan
lebat , jumlah air meningkat secara mendadak
sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

11
III) LANGKAH MENGURANGKAN
KESAN PEMBUANGAN SISA SECARA
BIJAKSANA DI KAWASAN SASARAN

ii) AMALAN 3R
Melalui kaji selidik , penduduk mencadangkan agar
Flat Hamna mengamalkan 3R ( Recycle , Reuse ,
Reduce ) . Amalan ini dapat mengurangkan jumlah
sampah yang dibuang serta dapat menjimatkan
wang penduduk. Contohnya penduduk Flat Hamna
boleh mengadakan pertandingan pengubahsuaian
barang-barang terpakai pada hari keluarga tahunan.

A ) GOTONG-ROYONG
Daripada respon penduduk juga , ada yang
mencadangkan agar gotong-royong diadakan .
Pelbagai kempen teah dijalankan oleh agensi
kerajaan , badan bukan kerajaan (NGO) , pihak
berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh
melalui pelbagai media sosial. Jabatan Alam Sekitar
telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen
Kesedaran Alam Sekitar , Kempen 3R dan Kempen
Cintai Sungai Kita.

12
B ) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Antara lain juga , penduduk mencadangkan
diperketatkan Penguatkuasaan Undang-undang
sebagai Langkah pengurusan sisa domestik lebih
teratur . Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah
menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa
domestik dengan mengenakan denda dan hukuman
yang lebih berat bertujuan untuk memberikan
kesedaran kepada masyarakat.

Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan


awam 2007 (Akta 672) dan akta pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam (Akta 673) dibuat
untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan
sistematik.

13
8. RUMUSAN

Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai disiapkan


, saya telah menemui beberapa dapatan yang
berkaitan dengan jenis-jenis sisa domestik di Flat
Hamna . Dapatan ini juga dapat membantu saya
memahami lebih dalam tentang kesan-kesan
pembuangan sisa domestik disekitar Kawasan
kajian. Selain itu , saya telah mencadangkan
beberapa cadangan untuk menguruskan sisa
domestik dengan lebih terancang dalam kerja
lapangan saya . Dengan itu , saya berharap kesan-
kesan negatif sisa domestik dapat dikurangkan dan
Flat Hamna akan menjadi semakin bersih dan ceria
pada masa yang akan datang.

14
9. RUJUKAN

LAMAN SESAWANG
PENCEMARAN ALAM SEKITAR :
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/.

KEPENTINGAN PENGASINGAN SISA-SISA PEPEJAL :


http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-
sisa-sisa-pepejal-kepada-kesihatan-awam/.

PENTINGNYA PENJAGAAN ALAM SEKITAR :


https://amirulazmi.weebly.com/kenapa-pentingnya-
penjagaan-alam-sekitar.

BUKU TEKS
HISYAM AZMAN BIN IBRAHIM MOHAMAD KHAIRUN FITRI
BIN AHMAD , 2017 , GEOGRAFI TINGKATAN 1 , ERA VISI
SDN.BHD.

15
10 . LAMPIRAN

16

You might also like