You are on page 1of 20

SMK MOHD KHALID

TAJUK: KAJIAN PENGURUSAN SISA


DOMESTIK DI KAWASAN KEDIAMAN

NAMA: SYARIFUL ALWI BIN IZAT


KELAS: 1 CRYSTAL
ISI KANDUNGAN

1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Hasil Kajian
7) Rumusan
8) Rujukan
9) Lampiran
BIL. TARIKH AKTIVITI/PERKARA
1. (16/9) Mendengar taklimat kerja lapangan
Geografi di dalam kelas.
2. (17/9) Berbincang dengan guru Geografi
mengenai kehendak kajian
lapangan 2021
3. (18/9-19/9) Mencari maklumat lanjut mengenai
konsep, kesan, jenis dan cadangan
pengurusan sisa domestik
4. (20/9) Membina jadual kerja dan senarai
kandungan
5. (21/9) Menulis penghargaan dan
pendahuluan tentang kerja
lapangan
6. (22/9) Menentukan kaedah kajian yang
digunakan dalam kerja lapangan
7. (23/9) Merangka soalan borang soal
selidik
8. (24/9) Melawat kawasan kajian untuk
memerhatikan jenis sisa-sisa
domestic yang terdapat di taman
kediaman tersebut
9. (25/9) Menulis konsep dan sisa domestik
10. (26/9) Menghuraikan cadangan-cadangan
pengurusan sisa domestic yang
boleh dilaksanakan di taman
kediaman tersebut
11. (27/9) Menulis rumusan dan sumber
rujukan untuk bahan-bahan yang
dirujuk
12. (28/9) Melengkapkan senarai kandungan
dan jadual kerja
13. (29/9) Menghantar kerja lapangan kepada
cikgu Geografi untuk disemak
PENGHARGAAN
Saya amat gembira kerana dapat menyiapkan kajian pengurusan
sisa domestik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
pengetua SMK MOHD KHALID,Puan Anita Binti Haji Mazian
kerana memberi izin melakukan kerja lapangan ini.Saya juga ingin
berterima kasih kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Endong
Maznah Binti Jusoh kerana mengizinkan saya melakukan kerja
Lapangan tersebut.

Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya


Iaitu Nik Nor Murni Binti Nik Arifin dan Izat Bin Hafiz dari segi
Kewangan dan menyokong saya dalam proses kerja tersebut.

PENDAHULUAN
Saya mula menjalankan kajian tentang sisa-sia tong sampah di
Jalan Nong Chik Heights, Taman Nong Chik Heights.
Saya memilih tajuk ini kerana terdapat benyak sisa-sisa tong
merata-rata seperti botol plastik dan sisa-sisa makanan.
Saya menjalankan kajian ini selama 2 minggu pada bulan Ogos dan
September. Penulisan laporan lapangan dilakukan pada waktu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Geografi.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Jalan Nong Chik Heights,Taman


Nong Chik Heights:

-1) Menyata pengertian Sisa Domestik.


-2) Menjelaskan jenis-jenis sisa domestik di kawasan kediaman.
-3) Menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik di
kawasan kediaman.
-4) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pembuangan
sisa domestik di kawasan kediaman.
KAWASAN KAJIAN
Kajian dilaksanakan di Jalan Nong Chik Heights, Taman Nong Chik
Heights. Kawasan kajian ini berhampiran dengan tempat tinggal saya.
KAEDAH KAJIAN

PEMERHATIAN- Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui


jenis-jenis sampah yang terdapat di sekeliling saya.

RUJUKAN- Saya merujuk di Internet untuk mendapat lebih maklumat

TEMU BUAL- Saya mendapat banyak ilmu tentang sisa-sisa sampah


di taman tersebut tentang cara-cara mencegah masalah tersebut.

DAPATAN KAJIAN

(PENGERTIAN SISA DOMESTIK)


Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari
kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan
logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau
enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa
domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik
dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik.
Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia
dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam
sekitar.
(JENIS-JENIS SISA DOMESTIK)
Terdapat pelbagai jenis sisa domestik di kawasan kediaman tersebut
iaitu di Jalan Nong Chik Heights, Taman Nong Chik Heights
seperti sisa-sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam yang
terpakai. Disebabkan sisa domestik tersebut tidak dikawal dengan
baik, ia telah menyebakan banyak kesan sampingan.

(KESAN-KESAN KEPADA KAWASAN KEDIAMAN)


Kesan pertama ialah pencemaran alam sekitar. Selain itu, terdapat
banyak longkang yang tersumbat di kawasan kediaman tersebut
merupakan akibat pembuangan plastik secara merata-rata. Hal ini,
boleh seterusnya menyebabkan banjir kilat. Pencemaran udara, bau
busuk, pembiakan lalat, nyamuk dan tikus juga merupakan kesan
sampingan apabila sisa-sisa makan di kawasan tersebut tidak
diuruskan dengan betul. Akhir sekali, wabak penyakit juga berlaku.
(CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN
PEMBUANGAN)

1) MEMBERI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR


Dengan ini, kita dapat memberi kesedaran betapa pentingnya
kewujudan alam sekitar lalu mengelakkan daripada sisa-sisa
sampah dibuang merata-rata. Kita juga dapat memberi manfaat
kepada orang.

2) MENGADAKAN KEMPEN KESEDARAN CINTAI ALAM SEKITAR


Dengan mengadakan kempen ini, kita dapat mengurangkan
sisa-sisa tong sampah yang dibuang merata-rata dan menjadikan
kawasan kediaman tersebut bersih.

3) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pihak berkuasa tempatan perlu mengenekan denda yang lebih berat.
Contohnya, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 untuk menguruskan sisa domestic dengan sistematik.

4) AMALAN 3R ( KURANGKAN, GUNA SEMULA, KITAR SEMULA )


Pelaksanaan amalan 3R pasti dapat mengurangkan sisa domestik di
sekitar kawasan kediaman tersebut kerana amalan 3R dapat
menerapkan nilai disiplin dan prihatin dalam setiap individu.
(BAHAN-BAHAN DALAM DAPATAN KAJIAN)

BAHAN-BAHAN DALAM
DAPATAN KAJIAN

Telefon bimbit Buku rujukan internet

RUMUSAN
Kesimpulannya, jenis sisa-sisa tong sampah utama di Jalan Nong
Chik Heights,Taman Nong Chik Heights.Sisa-sisa tong sampah ini
Mennyebabkan pelbagai pencemaran.

Contohnya, pencemaran udara dan pencemaran alam sekitar.


Sisa-sisa tong sampah yang terdapat di sekeliling saya adalah
Seperti sisa-sisa makanan, plastic, kertas dan bahan logam.

Saya amat bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini


Dengan mudah.Saya berharap kajian ini dapat memberi manfaat
Kepada pembaca dan dapat memupuk sifat tanggungjawab dalam
Diri sendiri.
RUJUKAN

1) BUKU
- Buku Geografi tingkatan 1 ERA VISI Sdn. Bhd. (2016)

2) ORANG SUMBER
- Izat Bin Hafiz, 48 Tahun , No.23 Taman Nong Chik Heights, 8100
Johor Bahru, Johor.

-Nik Nor Murni Binti Nik Arifin, 47 Tahun , No.23 Taman Nong
Chik Heights , 8100 Johor Bahru , Johor.

3) INTERNET

https://www.google.com/search?q=pengertian+sisa+domestik&o
q=pengertian+sisa&aqs=chrome.2.69i57j0i512j0i22i30l8.4497j0j7
&sourceid=chrome&ie=UTF-8

https://www.google.com/search?tbs=lf:1,lf_ui:1&tbm=lcl&sxsrf=
AOaemvKy1tHVCbv0JjhoRKYkVwwN9rcqKA:1630413503870&q=k
edudukan+taman+nong+chik+heights&rflfq=1&num=10&ved=2ah
UKEwizrPDNo9vyAhUGxTgGHezqASUQtgN6BAgJEAM#rlfi=hd:;si:;
mv:[[1.4833170265346511,103.77028780237428],[1.45753356569
8101,103.71964769617311],null,[1.4704253333457291,103.74496
77492737],15
LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK (1)


NAMA: KAMALIAH BT KAMARUDDIN
UMUR: 21
TEMPAT TAMAN NONG CHIK HEIGHTS
TINGGAL:
JENIS-JENIS 1) SISA MAKANAN
SISA
DOMESTIK
YANG
TERDAPAT DI
TAMAN
TERSEBUT:
KESAN- PEMBIAKAN LALAT, NYAMUK DAN TIKUS
KESAN SISA
DOMESTIK:
CADANGAN MENGAMALKAN KITAR SEMULA
TINDAKAN
BAGI
MENGATASI
MASALAH
TERSEBUT:
BORANG SOAL SELIDIK (2)
NAMA: MOHD ZAMIR IRFAN BIN MOHD TAJUDDIN
UMUR: 30
TEMPAT TAMAN NONG CHIK HEIGHTS
TINGGAL:
JENIS-JENIS 1) PLASTIK
SISA 2) BAHAN LOGAM
DOMESTIK
YANG
TERDAPAT DI
TAMAN
TERSEBUT:
KESAN- PENCEMARAN ALAM SEKITAR
KESAN SISA
DOMESTIK:
CADANGAN KUATKUASA LARANGAN PENGGUNAAN
TINDAKAN PLASTIK
BAGI
MENGATASI
MASALAH
TERSEBUT:
BORANG SOAL SELIDIK (3)
NAMA: NIK MURNI BT NIK ARIFFIN
UMUR: 45
TEMPAT TAMAN NONG CHIK HEIGHTS
TINGGAL:
JENIS-JENIS 1) SISA MAKANAN
SISA
DOMESTIK
YANG
TERDAPAT DI
TAMAN
TERSEBUT:
KESAN- BAU BUSUK
KESAN SISA
DOMESTIK:
CADANGAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA AGENSI
TINDAKAN PENGURUSAN SAMPAH
BAGI
MENGATASI
MASALAH
TERSEBUT:
BORANG SOAL SELIDIK (4)
NAMA: AISYAH AMANDA BT MOHD SALLEH
UMUR: 25
TEMPAT TAMAN NONG CHIK HEIGHTS
TINGGAL:
JENIS-JENIS 1) PLASTIK
SISA 2) KERTAS
DOMESTIK
YANG
TERDAPAT DI
TAMAN
TERSEBUT:
KESAN- PENINGKATAN KOS PENYELENGGARAAN
KESAN SISA
DOMESTIK:
CADANGAN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN TEMPAT
TINDAKAN TINGGAL MASING-MASING DI TAMAN
BAGI TERSEBUT.
MENGATASI
MASALAH
TERSEBUT:
BORANG SOAL SELIDIK (5)
NAMA: SHAFIQ SHAMSUDDIN BIN AHMAD FIRDAUS
UMUR: 31
TEMPAT TAMAN NONG CHIK HEIGHTS
TINGGAL:
JENIS-JENIS 1) BAHAN LOGAM
SISA 2) SISA-SISA MAKANAN
DOMESTIK
YANG
TERDAPAT DI
TAMAN
TERSEBUT:
KESAN- 1) WABAK PENYAKIT
KESAN SISA 2) BANJIR KILAT
DOMESTIK:
CADANGAN 1) PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
TINDAKAN YANG LEBIH KETAT OLEH PIHAK
BAGI BERKUASA
MENGATASI 2) KEMPEN PENGURUSAN SAMPAH
MASALAH
TERSEBUT:
GAMBAR (1)
GAMBAR (2)
GAMBAR (3)

You might also like