You are on page 1of 19

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TINGKATAN 1
TAHUN 2022

TAJUK: KAJIAN TENTANG KESAN-KESAN


DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DI TAMAN
BAKP INDAH

Disediakan oleh:

Nama: Loh Zi Hui


Tingkatan: 1 Oxford
Nama guru: Aida Syakila Binti Md Rodzi
KANDUNGAN

Bil Kandungan m/s


1 Penghargaan 1
2 Pendahuluan 2
3 Objektif kajian 3
4 Kawasan kajian 4-6
5 Kaedah kajian 7-8
6 Hasil kajian 8-12
7 Rujukan 13
8 Lampiran 14-16
PENGHARGAAN

Saya mengucapkan terima kasih yang tidak


terhingga kepada semua individu yang telah
membantu saya melaksanakan kerja saya ini
secara langsung ataupun tidak langsung. Pertama
kali, terima kasih kepada Cikgu Aida Syakila Binti
Md Rodzi selaku guru mata pelajaran Geografi
atas bimbangan dan tunjuk ajar beliau kepada
saya. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu dan
bapa saya yang banyak memberi galakan dan
bantuan sepanjang kajian lapangan ini
dilaksanakan. Begitu juga kepada 20 orang
responden yang sudi mengisi borang selidik
berkaita kajian lapangan serta kawan-kawan atas
dorongan dan sokongan sehingga saya dapat
menyiapkan tugasan ini.
PENDAHULUAN

Tempoh masa yang diberi untuk menyiapkan


kajian ini ialah tiga minggu. Saya telah
menggunakan tempoh masa satu minggu yang
pertama untuk mencari maklumat dan satu minggu
yang seterusnya untuk membuat hasil kajian.
Saya membuat kajian ini untuk mengetahui jenis-
jenis sisa domestik, masalah-masalah yang
dihadapi akibat pembuangan sisa domestik yang
tidak sistematik dan cara mengatasinya.
OBJEKTIF KAJIAN

Untuk melaksanakan kajian tentang sisa domestik


dan masalah-masalah yang dihadapi akibat
pengurusan sisa domestik yang tidak
sistematik.Terdapat beberapa objektif yang
inigin dicapai melalui kajian ini:
A) Menjelaskan maksud sisa domestik
B) Mengenal pasti jenis-jenis domestik di Taman
Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang
C) Mengkaji kesan-kesan pembuangan siisa
domestik di Taman Bakap Indah, Sungai Bakap,
Pulau Pinang
D) Mencadangkan langkah-langkah untuk
mnegatasi pembuangan sisa domestik di Taman
Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang
KAWASAN KAJIAN

Kajian yang saya jalankan ialah berkaitan


dengan sisa domestik dikawasan Sungai
Bakap, Taman Bakap Indah bagi
mendapatkan maklumat berkaitan jenis-jenis
sisa domestik. Saya mengambil beberapa
keping gambar dan mencatat maklumat yang
telah diperoleh.
Jarak dari SMJK Jit Sin II ke Taman
Bakap Indah ialah 6.7 km. Taman Bakap
Indah merupakan tanah pamah yang luas.
Pandang darat fizikal yang ada di
kawasan kajian termasuklah rumput, gunung,
hutan dan lain-lain. Selain itu, sekolah, jalan
raya, hospital dan selainya merupakan
pandang darat budaya di Taman Bakap
Indah.
KAEDAH KAJIAN

1) Kaedah permerhatian

- Saya melakukan permerhatian di kawasan


kajian, iaitu di sekitar Taman Bakap Indah bagi
mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis sisa
domestik. Saya menunggang bisikal di sekitar
taman. Saya telah mengambil beberapa keping
gambar.

2) Kaedah soal selidik

- Saya telah membuat dan mengedarkan borang


soal selidik tentang sisa domestik di sekitar
Taman Bakap Indah. Saya telah melakukan soal
selidik kepada 20 orang responden bagi
mendapatkan maklumat berkaitan kajian lapangan.

3) Rujukan

-Saya telah melayari laman web berkaitan sisa


domestik untuk mengumpul maklumat tentang
kajianl lapangan. Saya juga telah membuat
rujukan berkaitan peta kawasan kajian. Buku teks
Geografi Tingkatan 1 juga dirujukan dalam kajian
ini.
HASIL KAJIAN
A) Konsep sisa domestik

Sisa domestik merupakan bahan-bahan


buangan yang dibuang dari kawasan perumahan
seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan
logam terpakai.
Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal
dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan
kepada bahan organik dan bahan bukan organik.
Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada
aktiviti harian manusia.
Sisa domestik menyebabkan beberapa kesan
buruk terhadap alam sekitar dan juga
mengakibatkan pencemaran.

B) Jenis-jenis sisa domestik

Sisa makanan seperti teh susu, kacang dan


lain-lain terjumpa di sekeliling lorong jalan Taman
Bakap Indah. Kebanyakan sisa makanan
disebabkan oleh pasar malam pada setiap hari
Sabtu.
Lebihnya,juga ada perabot yang tidak
diperlukan terjumpa di taman beberapa buah
keluarga membuang perabot seperti rak di tepi
jalan raya.
Tambahan pula, penduduk-penduduk Taman
Bakap Indah membuang pembalut makanan di
merata-rata mengakibatkan plastik dapat
dijumpa di mana-mana kawasan Taman Bakap
Indah.
C) Pengasingan sisa domestik?
Ya Tidak
15 9

D) Kesan pembuangan sisa domestik:

Antara kesan pembuangan sisa domestik ialah


pencemaran. Pencemaran air dipunca oleh
pembuangan sisa domestik ke dalam sungai atau
saliran manakala bau busuk dari sisa domestik
mengakibatkan pencemaran udara. Pembuangan
sampah ke dalam saliran akan menyebabkan
saliran tersumbat. Lebih-lebi lagi, sungai yang
tersumbat juga akan menyebabkan banjir kilat.
Selain itu, sisa pembuangan sampah secara
langsung dapat menjadikan tempat penularan
wabak penyakit. Contohnya, penyakit taun, demam
denggi dan kencing tikus.
E ) Cadangan mengatasi masalah sisa domestik :
Antara cadangan yang boleh mengatasi masalah sisa
domestik alah mengamalkan amalan 3R. 3R merangkumi
guna semula (Reuse), kitar semula (Recycle) dan
kurangkan (Reduce). Kita boleh mengguna semula
barangan terpakai da mengurangkan penggunaan plastik
dan bahan yang tidak boleh dikitar semula.
Selain itu, kerajaan atau pihak-pihak berkuasa
boleh mengadakan kempen atau ceramah tentang sisa
domestik. Ini dapat meningkatkan kesedaran rakyat
tentang sisa domestik dan mendidik penduduk.
Akhir sekali, penduduk setmpat harus mengadakan
gotong-royongsetip tiga bulan. Melalui gotong-royong,
kawasan dapat dibersihkan dan mengelakkan
pencemaran. Gotong-royong juga dapat memupuk
perpaduan antara kaum.
RUJUKAN
- Buku teks Geografi Tingkatan 1
- Modul Interaktif Geografi Nota Padat
Tingkatan 1
- Laman web
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sisa_domestik
LAMPIRAN

Peta kawasan kajian

You might also like