You are on page 1of 8

SMK SUNGAI PARI

KAJIAN LAPANGAN
GEOGRAFI
TINGKATAN 1

TAJUK: PENGURUSAN SISA DOMESTIK DI TAMAN


RISHAH RIA, BUNTONG

NAMA: __________________________
KELAS: __________________________
GURU: MOHD HILMI BIN MOHD SALLEH
KANDUNGAN

BIL PERKARA MS

1. PENGHARGAAN

2. PENDAHULUAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. KAEDAH KAJIAN

5. KAWASAN KAJIAN

6. LAPORAN KAJIAN

7. KESIMPULAN

8. RUJUKAN

9. LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Kajian lapangan ini melibatkan kerjasama banyak pihak.


Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang membantu dalam penghasilan laporan
kajian ini: -

A. Pengetua SMK Sungai Pari


B. Guru-guru SMK Sungai Pari
C. Guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 1
D. Ibu, bapa, adik beradik dan ahli keluarga
E. Penduduk Taman Rishah Ria, Buntong

Terima Kasih

PENDAHULUAN

Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 1 merupakan salah


satu tajuk yang terdapat dalam DSKP Geografi Tingkatan
1.Salah satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh semua
murid ialah kajian lapangan. Dalam kajian lapangan ini
saya telah memilih isu alam sekitar yang bertajuk
Pengurusan Sisa Domestik.
OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian lapangan ini saya dapat:-

1. Mengenalpasti jenis-jenis sisa domestik di Malaysia

2. Menghuraikan kesan pembuangan sisa domestik di


Malaysia

3. Mencadangkan langkah mengurangkan kesan


pembuangan sisa domestik

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan kajian lapangan ini, sya telah


menggunakan beberapa kaedah bagi mendapatkan
maklumat dan data yang tepat.

1. Pemerhatian : Pemerhatian dikawasan kajian berkaitan


jenis sisa domestik yang banyak terdapat di kawasan ini.

2. Soal-selidik: Responden yang merupakan penduduk


dikawasan kajian diberi borang soal-selidik bagi
mengetahui kesan pembuangan sisa domestik .

3. Rujukan: Bagi menambahkan maklumat saya membuat


rujukan di pusat sumber, buku teks dan internet.
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah di


________________ di Negeri Perak. Kawasan ini terletak
dibawah pentadbiran Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI).
Kedudukan kawasan ini boleh dilihat berdasarkan peta 1.0
dibawah.

Peta 1.0: Taman Rishah Ria, Buntong

Lekatkan
Kawasan petasebagai
ini dipilih kawasan taman/kampung
kawasan kajian saya kerana
(tempat
merupakan kawasan tinggal
taman kamu)
perumahan yang dihuni oleh
pelbagai kaum dan berisiko menghadapi masalah
berkiatan pengurusan sisa domestik.

*** Jika huraikan % kaum dan kegiatan sosio ekonomi


penduduk adalah lebih baik
LAPORAN KAJIAN

Tajuk: Pengurusan Sisa Domestik Di Taman Rishah Ria

A. Maksud Sisa Domestik

Sisa domestik di Maalaysia merujuk kepada sisa yang


terhasil dari kawasan perumahan.Ia juga merujuk kepada
sisa-sisa yang dibuang dari rumah atau lebih dikenali
sebagai sampah-sarap. Mengikut data yang diekluarkan
oleh kerajaan, jumlah sisa domestik yang dihasilkan di
Malaysia setiap hari ialah 33 000 tan metrik. Jumlah yang
sangat banyak ini akan memberi kesan kepada
kehidupaan masyarakat di negara ini.

B. Jenis-Jenis Sisa Domestik

Sisa yang terhasil dari rumah-rumah penduduk di Malaysia


terdapat dalam bentuk cecair dan juga pepejal contohnya,
minyak serta kumbahan (cecair) dan sisa makanan, plastik,
kertas, logam, perabot dan lampin pakai buang (Pepejal).
Jenis-jenis sisa domestik pula boleh dikategorikan kepada
sisa yang dihasilkan daripada bahan organik seperti sisa
kebun, sisa makanan dan kertas dan sisa dari bahan
bukan organik seperti tin, kaca, besi buruk dan plastik.
Sisa daripada bahan organik mudah untuk diurai dan
dilupuskan, kerana dihasilkan daripada sumber haiwan
dan tumbuhan.Sisa bahan bukan organik pula sebaliknya
sukar dilupusk dan diurai kerana dihasilkan daripada
bahan mineral seperti petroleum dan bijih besi.

Berdasarkan pemerhatian saya di kawasan kajian, sisa


domestik yang banyak dapat dilihat di kawasa
persekitaran ialah Plastik (50%), sisa kebun (30%) dan
besi buruk (lain-lain). Carta pai dibawah menunjukkan
jenis sisa domestik yang terdapat dikawasan kajian.

LAIN-LAIN
20%

SISA PLASTIK
KEBUN 50%
30%

Carta 1.0 Jenis Sisa Domestik di Taman Rishah

C. Kesan Pembuangan Sisa Domestik

Pengurusan sisa domestik perlu diambil serius kerana


boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan
penduduk setempat seperti:

i. Pencemaran Air, bau dan udara

(Salin daripada m/s 148 buku teks Geografi Tingkatan 1)

ii. Wabak Penyakit

(Salin daripada m/s 148 buku teks Geografi Tingkatan 1)

iii. Banjir Kilat

(Salin daripada m/s 149 buku teks Geografi Tingkatan 1)


D. Langkah Mengatasi Kesan Pembuangan Sisa Domestik

Bagi mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik


yang menggangu kehidupan dan keselesaan penduduk
masyarakat, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlulah
memainkan peranan dan bekerjasama secara lebih erat.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan seperti:

i. Amalan 3R

(Salin daripada m/s 150 buku teks Geografi Tingkatan 1)

ii. Penggunaan Teknologi Terkini

(Salin daripada m/s 150 buku teks Geografi Tingkatan 1)

iii. Penguatkuasaan Undang-undang

(Salin daripada m/s 151 buku teks Geografi Tingkatan 1)

iv. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar

(Salin daripada m/s 151 buku teks Geografi Tingkatan 1)

KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan sisa domestik di kawasan


kajian memerlukan kerjasama yang erat antara penduduk
dan pihak berkuasa daripada segi perubahan sikap, tadbir
urus pengurusan sisa domestik dan penguatkuasaan
undang-undang. Diharapkan dengan hasil kajian ini dapat
menyedarkan kita bahawa tanpa rasa tanggungjawab
semua pihak, pengurusan sisa domestik yang baik tidak
akan dapat dilaksanakan.

You might also like